Saturday, 14 July 2007

IMAM ISLAM HADHARI TERKUTUK


Seorang Imam Masjid Islam Hadhari di Selayang, Selangor melakukan perbuatan terkutuk meraba seorang wanita yang datang berjumpanya di masjid tersebut.

Tok Imam berusia lingkungan 60-an itu didakwa konon cuba memberi ‘kaunseling’ serta ‘menasihati’ gadis 17 tahun berkenaan mengenai perbuatannya, namun mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Mangsa yang ingin dikenali sebagai ‘Ika’ dan kini sarat mengandung lapan bulan itu dikatakan berjumpa dengan Tok Imam berkenaan di masjid itu sambil ditemani teman lelakinya, Zamry Mohd Razib, 20, serta bapanya, petang Rabu lalu.

Selepas selesai menandatangani surat nikah, ‘Ika’ berkata, dia diminta menunggu sebentar sementara bapa dan teman lelakinya diarah pulang.

“Saya menyangkakan ia adalah sesi kaunseling dan nasihat sebaliknya, tetapi dia cuba mengambil kesempatan.

“Ketika sebak menceritakan perkara yang berlaku, dia mengambil kesempatan memeluk dan menyentuh bahagian atas badan hingga perut kononnya ingin ‘mencurahkan kasih sayang’ serta menganggap dirinya sebagai bapa.

“Saya ketakutan dan kaku. Selepas hampir sejam berada dalam ‘sesi kaunseling’ itu saya terus menceritakan kejadian itu kepada bakal suami dan membuat laporan polis di Balai Polis Selayang,” katanya kepada wartawaan sebuah media di sini, semalam.

Tidak cukup melakukan perbuatan itu, ‘Ika’ berkata, lelaki tua itu sempat mempelawa untuk bertemu lagi atas dasar ‘mengambil berat’ dengan nasibnya.

Sementara itu, Zamry berkata, dia amat kecewa dan kesal apabila Tok Imam sendiri tergamak melakukan perkara itu sedangkan kedudukannya dipandang tinggi masyarakat.

“Perkara ini sudah berada dalam perhatian polis kerana selepas kami membuat laporan, mereka terus ke sana berjumpa Tok Imam terbabit. Terserah kepada mereka untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Manakala bapa remaja itu, Mohd Razib Abbas, 53, meminta perhatian serius Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menjalankan siasatan terhadap kes itu.

NAMPAKNYA ZAMAN ISLAM HADHARI INI, IMAM-IMAM JUGA TIDAK BOLEH DIPERCAYAI. AGAKNYA JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR (JAIS) TIDAK MENJALANKAN PEMERIKSAAN YANG RAPI TENTANG LATARBELAKANG IMAM-IMAM SEBELUM MELANTIK MEREKA. ATAU MUNGKIN JUGA JAIS LEBIH SIBUK MEMANTAU CERAMAH-CERAMAH AGAMA SEHINGGA TERLUPA MENTARBIAH IMAM-IMAM MASJID. MUNGKIN JUGA JAIS LEBIH SUKA MELANTIK IMAM YANG PERANGAINYA MACAM INI ASALKAN MENYOKONG UMNO.


SATU LAGI 'KERANDA TERBANG' HILANG



Sebuah lagi helikopter Nuri yang digelar 'keranda terbang' milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa enam orang hilang selepas 10 minit berlepas dari Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi pagi ini.

Helikopter itu meninggalkan pangkalan tersebut pada pukul 9.25 pagi menuju ke Pangkalan Udara Kuantan.

Dua daripada penumpang helikopter itu berpangkat kapten, seorang flait sarjan dan tiga krew sokongan penerbangan dari 10 Skuadron TUDM yang berpangkalan di Sungai Besi.

Ketika terputus hubungan dengan Menara Kawalan TUDM pada pukul 9.35 pagi, pesawat itu dipercayai sedang terbang di ruang udara di antara hutan Genting Sempah dan Janda Baik di sini.

Pada pukul 9.36 pagi, salah seorang pegawai tentera di dalam helikopter itu cuba menghubungi pusat operasi TUDM menggunakan telefon bimbitnya.

Namun, talian terputus ketika pegawai di pusat operasi menjawab panggilan tersebut. Percubaan untuk menghubungi semula telefon bimbit itu gagal.

Sebuah syarikat telekomunikasi kemudian memaklumkan kepada TUDM bahawa panggilan berkenaan dibuat dari pencawangnya di Kilometer 36.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak tidak jauh dari pusat peranginan Genting Highlands.

Sehingga pukul 11 malam ini, helikopter tersebut belum dapat dikesan. Nasib anak kapal dan penumpangnya belum diketahui.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff dalam satu kenyataan pada pukul 7 malam ini memberitahu, TUDM telah melancarkan misi mencari dan menyelamat yang melibatkan pelbagai pihak sebaik sahaja terputus hubungan dengan helikopter itu.

Katanya, apabila terputus hubungan, menara kawalan mengarahkan sebuah pesawat TUDM mengesan helikopter tersebut di kawasan sekitar Karak.

Menurutnya, misi itu digerakkan menerusi Pusat Menyelamat (RSC) di Pangkalan Udara TUDM Kuala Lumpur melibatkan pasukan TUDM sendiri, Bomba dan Penyelamat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Pasukan Khas Udara (Paskau).

“Helikopter itu membawa tiga krew bersama tiga penumpang. Waris semua anak kapal dan penumpang telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Selepas mendapat bantuan daripada semua pihak terlibat, operasi mencari dan menyelamat di darat dimulakan di Genting Sempah pukul 3 petang,” kata Zulkiflee.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ayob Mohamad dalam sidang akhbarnya di Kuantan petang ini tidak dapat mengesahkan sama ada helikopter itu terhempas atau hanya mendarat cemas.

“Kami dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 2.40 petang oleh TUDM yang meminta kami membantu mereka mengesan helikopter itu,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Supritendan Mohammad Sakri Che Sulaiman pula memberitahu, misi mencari helikopter itu dimulakan di kawasan berdekatan terowong Genting Sempah di sini dengan mengambil kira di situlah panggilan terakhir menerusi telefon bimbit dibuat oleh salah seorang penumpang helikopter Nuri itu.

Menurutnya, pencarian dilakukan di sekitar Hutan Genting Sempah dan Janda Baik iaitu kawasan penerimaan isyarat pencawang syarikat telekomunikasi Maxis di Kilometer 36.5 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

“Kita percaya panggilan dari telefon bimbit itu dibuat dalam lingkungan lima kilometer dari pencawang tersebut.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi pihak polis untuk membantu gerakan mencari,” katanya.

Sakri berkata, seorang petani di Genting Highlands memberitahu pasukan mencari bahawa dia ternampak sebuah helikopter terbang rendah dengan bunyi yang agak pelik di kawasan lereng bukit berhampiran padang golf Awana Resort.

Menurut beliau, 20 anggota polis dari Bentong dikerah menyertai operasi mencari dan menyelamat. Sehingga pukul 9 malam ini, sekurangnya 200 anggota tentera terbabit dalam gerakan menyelamat.

Polis juga meminta bantuan anggota Ikatan Relawan Malaysia (Rela) untuk memperluaskan gerakan mencari.

Pasukan pencari dan penyelamat tentera telah membuka markas operasinya berhampiran Institut Aminuddin Baki (IAB) di Genting Highlands di sini tengah malam ini.

Sementara itu, di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, wartawan Utusan Malaysia melihat dua kereta jenazah, sebuah ambulans dan satu jentera bomba TUDM keluar dari pangkalan itu pada pukul 8 malam ini.

Bagaimanapun, destinasinya tidak diketahui.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENGGESA MENTERI PERTAHANAN MELETAKKAN JAWATAN KERANA SUDAH BANYAK PESAWAT TUDM TERHEMPAS SEJAK BELIAU MEMEGANG KEMENTERIAN TERSEBUT. KECUAIAN DAN KELALAILAN PEGAWAI-PEGAWAINYA JUGA GAGAL DITANGANI OLEH BELIAU. BELIAU LEBIH SIBUK DENGAN KERJA-KERJA POLITIKNYA SEHINGGA TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMIMPIN KEMENTERIAN DIABAIKAN.

SESUNGGUHNYA KES INI BUKANNYA KES YANG KECIL KERANA IANYA MENJEJASKAN IMEJ PERTAHANAN NEGARA SELAIN DARI IANYA MENGORBANKAN ANGGOTA TENTERA KITA YANG TERLATIH


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59