Thursday, 12 July 2007

TAKUT KEHILANGAN KUASA


Manusia bila sudah berkuasa seakan-akan kemaruk dengan kuasa. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka tidak lagi mampu mentadbir walaupun sebenarnya memang mereka tidak berdaya dek kerana sakit atau sebab-sebab lain. Itu lumrah manusia yang sangat cintakan kuasa, harta dan wanita.

Sebab itulah ramai dikalangan pemimpin dunia yang 'mati berdiri dalam pejabat'. Di Malaysia ada 2 orang lagi pemimpin sebegini. Seorang menteri yang menjaga jalanraya dan seorang lagi Ketua Menteri di negeri kepulauan Borneo.

Kedua-dua sudah menjadi menteri dan Ketua Menteri lebih dari 25 tahun. Bukan itu sahaja usia mereka memimpin parti masing-masing juga lebih dari 25 tahun juga. Mengapa liat benar mereka nak melepaskan jawatan itu? Tidak lain dan tidak bukan jawapannya ialah cintakan kuasa dan harta. Sebab dengan kuasa mungkin mereka boleh mengumpul harta kekayaan.

Salah seorangnya sekarang dikatakan sedang sakit di Australia. Dengar khabarnya bukan sakit biasa tetapi sakitnya agak berat. Namun sehingga kini dia dilihat masih lagi sayang kepada kuasanya. Sebab itu susah benar beliau hendak melantik penggantinya.

Mungkin tiada calon pengganti yang sesuai agaknya. Atau si tua ini memang tidak yakin dengan kebolehan calon-calon keliling kelalang beliau. Atau mungkin si tua ini ada rancangan untuk melantik anaknya menjadi Ketua Menteri.

Sudah menjadi lumrah alam, biasanya Ketua atau Presiden memang akan mencari calon pengganti yang diyakini tidak akan mengambil sebarang tindakan di atas kesalahan dan dosa yang dilakukannya semasa menjadi ketua dahulu. Sebab itu si ketua sentiasa berhati-hati takut-takut nanti hari pertama dia kehilangan kuasa, dia terus diheret ke mahkamah.

Agaknya itulah yang bermain di dalam kepala si tua dari Malaysia Timur ini. Beliau memang terkenal sebagai seorang Ketua Menteri yang tersangat kaya, sehinggakan anak lelakinya sendiri mampu menguasai sebuah Bank di tanahair. Cuba bayangkan kekayaanya kalau Bank pun dia mampu kuasai dan beli.

Diberitakan suku-sakat 'wok yik' nya bergegas ke Australia awal minggu ini, kononnya mungkin untuk mendengar berita gembira siapa yang akan dilantik untuk memangku atau menjadi Ketua Menteri. Mungkin tiga empat orang itu sudah pasang badan dan berangan-angan untuk menjadi Ketua Menteri. Tetapi sehingga ke hari ini niat dan angan-angan mereka masih belum termakbul. Bila hanya Allah yang mengetahui?


TANGANI ISU KUIL DENGAN BERHATI-HATI



Isu pembinaan Kuil Hindu di Kampung Tambak Paya, Ayer Molek masih belum selesai. Walaupun ianya telah berlarutan beberapa bulan namun penyelesaian masih belum jelas. Hari ini sebuah media internet menyiarkan keluhan beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan isu tersebut.

2 kain pemidang yang dipasang oleh Pemuda Umno Cawangan Tambak Paya yang tertulis "Jangan Uji kesabaran Kami" dan "Robohkan Kuil Haram ini" masih berkibaran di kampung tersebut.

Laporan media itu menyebut bahawa, Harold Gomez, 55, seorang pemegang amanah Kuil Sri Maha Preiyachi yang berumur 16 tahun, bimbang disebabkan bantahan Pemuda Umno Cawangan, kuil tersebut mungkin akan dirobohkan sebelum 15 Julai sebagaimana tarikh akhir yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan(PBT)

Harold Gomez juga mempersoalkan mengapa Pemuda Umno sibuk masuk campur urusan mereka dan PBT, sedangkan pihaknya masih dalam proses perbincangan dengan PBT. Beliau juga bimbang tindak tanduk Pemuda Umno akan mengeruhkan suasana aman dan damai antara Kaum Melayu dan India di kampung itu.

Ketua Kampung Tambak Paya, Senin Mat pula berkata, majoriti penduduk di kawasan itu merupakan orang Melayu dan masyarakat India cuma kira-kira 100 orang sahaja.

Beliau berkata selama ini mereka menggunakan dua buah kuil yang besar tersebut tanpa sebarang halangan, orang Melayu tidak pernah mengganggu mereka. Lokasi kuil kecil tidak sesuai kerana di sekelilingnya merupakan rumah-rumah penduduk orang Melayu dan Cina, selain tapaknya adalah tanah lot tapak rumah.

Senin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tambak Paya berkata, kuil kecil tersebut sudah lama wujud tetapi tidak disedari penduduk kampung kerana ia terselindung oleh bengkel tempat menyimpan besi buruk.

Bagaimanapun, katanya apabila bengkel tersebut dirobohkan apabila lesennya tidak disambung oleh pihak berkuasa, baru penduduk tahu kewujudan sebuah kuil baru di kawasan itu.

Beliau juga mendakwa mula-mula saiznya hanya sebesar sebuah pondok menunggu durian, tetapi ia semakin besar berikutan penganut Hindu yang sebelum ini beribadat di dua kuil yang lain mula datang ke kuil tersebut. Berikutan itu beberapa ahli Pemuda Umno cawangan kampung ini katanya, memasang kain pemidang di depan kuil yang membantah pembesaran kuil tersebut.

Kita merayu kepada semua pihak supaya berhati-hati menangani isu ini kerana ianya melibatkan isu agama dan bangsa. Semua pihak mesti berlapang dada dan sentiasa menghormati undang-undang dan etika. Tidak ada gunanya kita bergaduh dan bermasam muka kerana di sana ada jalan penyelesaiannya iaitu undang-undang.

Semua pihak tidak boleh mengambil tindakan sendiri kerana ianya akan mengakibatkan ketegangan dan perbalahan. Setiap perkara boleh diselesaikan secara aman jika masing-masing mengamalkan sikap toleransi dan sentiasa mementingkan perpaduan.

Setiap pembinaan umpamanya mesti ada pelan, mesti mendapat kelulusan PBT dan lain-lain pihak berwajib seperti Jabatan Parit dan Saliran, BOMBA dan sebagainya. Sebarang perlanggaran kepada syarat dan undang-undang mungkin mengakibatkan bangunan itu tidak dibenarkan untuk didirikan atau kalau sudah dibina ianya mungkin diarah supaya dirobohkan.

Maka jika sesuatu bangunan itu memenuhi kriteria dan syarat-syarat PBT, sudah tentu ia akan dibenarkan untuk dibina.

Begitu juga sekiranya penduduk tidak berpuashati dengan sesuatu binaan, mereka boleh membuat bantahan dan ianya mesti disiasat oleh pihak berwajib. Maka jika sekiranya pihak berwajib telah membuat keputusan maka ia perlulah ditaati supaya keadilan dan hak masing-masing dipenuhi. Maka jangan sekali-kali membelakangkan undang-undang. Andai ianya dilanggar maka tidak perlulah negara kita mempunyai undang-undang.

Malah selepas keputusan diambil sekalipun penduduk masih boleh mencabar keputusan tersebut di mahkamah.

Adalah diharapkan semua pihak bertenang dan berlapang dada. Penyelesaian secara kekerasan dan paksaan tanpa mengikut undang-undang yang ada sudah tentu akan membawa mudarat.

Sebagai masyarakat Malaysia kita semua mesti matang dan rasional dalam isu seperti ini. Jangan sesekali meletakkan kepentingan diri dan komuniti kita sahaja tanpa mengambil kira perasaan dan sensitiviti komuniti lain.

Yang Benar,

Sofi Wahab
Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka
12 Julai 2007


LONGGAR SUNGGUH KAWALAN KELUAR MASUK SENJATA



Perbicaraan kes pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini dikejutkan dengan kenyataan seorang anggota yang bertugas di bahagian persenjataan Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman mengenai kelalaian anggota UTK tidak mencatatkan rekod jumlah peluru dan magazin yang dibekalkan kepada mereka.

Konstabel Fatimah Abd Wahap, 30, mendedahkan bahawa bukan beliau seorang sahaja yang tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan (merekod jumlah peluru dan magazin) tetapi juga beberapa anggota lain, demikian menurut laporan Bernama.

Ketika diminta merujuk buku "Daftar Keluar Dan Masuk Senjata" bertarikh 29 September hingga 2 November 2006 yang mengandungi 65 entri, hanya 16 entri sahaja yang mencatatkan jumlah peluru dan magazin yang dibekalkan.

Lebih memeranjatkan apabila daripada jumlah itu (16 entri), hanya dua sahaja yang ditulis olehnya sendiri.

Gambar atas : Konstabel Fatimah Abd Wahap.

Itulah fakta yang sama-sama kita baca di media semasa perbicaraan Razak Baginda and the Gang.

Cuba tuan-tuan teliti, longgar sungguh kawalan keluar masuk senjata dan peluru. Kalau macam ini tidak hairanlah bagaimana ianya amat mudah di bawa keluar masuk. Mana pergi dakwaan kononnya Polis Malaysia antara yang terbaik di dunia. Kalau begini cara kawalan senjata alamatlah lepas satu trailer senjata hilang pun tidak dapat dikesan.

MUSA HASSAN MESTI BERTANGGUNGJAWAB DAN MEMBERIKAN JAWAPAN KEPADA RAKYAT MENGAPA PERKARA INI TERJADI. SEPATUTNYA MUSA KENA LETAK JAWATAN ATAS KELEMAHAN YANG MEMALUKAN INI.INI BERKAIT DENGAN MARUAH DAN KESELAMATAN NEGARA.


ISU MUSA HASSAN : IMAM ALHADHARI DAN MUSA HASSAN MESTI LETAK JAWATAN



Penyakit kuat tidur terus menghantui Imam Alhadhari apabila sekali lagi terlepas pandang apabila melantik Musa Hassan menjadi Ketua Polis Negara (KPN) secara kontrak setelah bersara wajib baru-baru ini. Tindakan melantik Musa membuktikan bahawa Imam Alhadhari sering tidak tahu dan mungkin tertidur kerana Musa sendiri baru sahaja didakwa makan rasuah.

Dakwaan makan rasuah ini pula bukannya dakwaan main-main kerana ianya dibuat oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang terletak dibawah dagu Imam Hadhari itu sendiri. Lebih buruk lagi tuduhan dan laporan rasuah terhadap Musa dikatakan dibuat sebelum Imam Hadhari melantik(menyambung kontrak) beliau menjadi KPN.

Macamana Imam AlHadhari tidak perasan bahawa ada laporan tidak baik terhadap Musa. Atau mungkin Imam AlHadhari tertidur lagi. Malang sungguh kita ada ketua macam ini.

Selasa lalu, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharum memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya telah membuat laporan kepada BPR bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung dakwaan KPN menerima suapan RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.

Maka atas dasar ini kredibiliti Imam AlHadhari dan Musa Hassan adalah jatuh dengan 'merudum'. Jadi mereka berdua mesti letak jawatan. Kalaulah kedua-dua mereka mempunyai maruah dan harga diri, mereka sepatutnya sudah lama mengosongkan pejabat mereka dan memberikan peluang kepada insan lain untuk memegang jawatan yang yang berat dan memerlukan insan yang prihatin, dedikasi dan bermaruah serta bertanggungjawab.

Kalau di barat kita sudah pasti akan dapat Perdana Menteri dan Ketua Polis baru dalam sehari dua ini. Tetapi malangnya kita masih berada di zaman 'batu' di mana pemimpin masih mahu 'mati berdiri dalam pejabat' walaupun diri sendiri telah dipersoalkan kredibilitinya oleh rakyat.

DASAR MUKA TAK MALU DAN TAK BERMARUAH.


ULAMA BEBAS VS ULAMA ZOO



Saya tertarik dengan laporan Harakahdaily tentang kenyataan Dato' Tuan Ibrahim tentang Ulama Zoo.

Beliau memberikan perumpamaan ulama yang tidak tahu menjaga ilmu hanya kerana takutkan pemerintah seperti seekor harimau di zoo yang hilang kehebatan sebenar dan mendesak ulama agar tidak terpengaruh dengan apa yang disogokkan pemerintah sehingga mengekalkan kemaksiatan dalam pemerintahan.

“ Harimau ni kalau dihutan akan nampak kehebatannya kerana ia duduk di tempat yang betul. Kalau yang dikurung dalam kandang zoo kita boleh urut kepala. Kita tak nak ulama macam harimau di zoo. Bila dihidangkan lagu pop ye ye nak tercabut serban. Orang buat ikut suka dia. Hilanglah kehebatan ulama, kalau jadi macam tu akan kekal kemaksiatan dalam pemerintahan,” katanya.

Hakikatnya pandangan beliau ini amat bertepatan dengan situasi sekarang kerana ramai ulama yang ada disekeliling kita kini adalah Ulama' Zoo yang diberi 'makan' oleh tuannya iaitu Kerajaan Islam Hadhari. Maka Ulama Zoo ini tidak akan berani berkata benar sebab mereka takut tidak diberi makan, maka matilah mereka kelaparan dan kehausan.

Ulama bebas memang semakin kurang. Semuanya ingin menjadi ulama zoo seperti menjadi Ustaz Umno, Ustaz KEMAS, Ustaz Jabatan Agama dan sebagainya. Akhirnya Jabatan Pelajaran, Jabatan Agama dan sebagainya bertindak sebagai zoo 'memenjarakan' mereka. Dan mereka hanya mengaum di dalam zoo yang sedikitpun tidak menggerunkan pengunjung-pengunjungnya.

Kiriman : Danial Fikri, Seberang Jaya.


PEMUDA UMNO 'PEMBODEK' YANG HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI



Pergerakan Pemuda Umno memang terkenal dengan sifat pembodek dan 'penjilat' mereka. Apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin mereka semua betul dan benar. Seolah-olah pemimpin mereka bersifat 'maksum' tiada dosa.

Malah oleh kerana sifat 'yes man' dan pengecut mereka, Pemuda Umno sudah tidak mampu untuk menilai yang mana penting dan tidak penting, yang mana benar dan yang mana salah.

Dalam isu gambar khayalan Najib dan Altantuya ciptaan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua , Pergerakan Pemuda UMNO begitu sensitif sehingga membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), sedangkan sepatutnya Pemuda Umno mesti menyiasat samada benar atau tidak Najib ada bergambar dengan Altantuya. Malah tindakan yang lebih penting ialah mencabar Amy (sepupu Altantuya) menunjukkan gambar asli untuk membuktikan samada benar atau tidak dakwaan wanita Mongolia itu.

Selain itu Pemuda Umno sepatutnya juga menyiasat rekod perjalanan Najib ke Perancis, Hotel mana dia menginap dan lain-lain fakta bagi membersihkan nama Najib.

Namun begitu oleh kerana memang sifat Pemuda Umno tidak mahu mencari kebenaran, mereka siang-siang lagi mengalihkan isu ini dengan menyalahkan Tian Chua. Mereka lari dari isu sebenar iaitu mengkaji dan menyiasat samada benar atau tidak Najib pernah bergambar dengan Altantuya dan Razak Baginda.

Isu ini bukan setakat gambar sahaja tetapi ianya bersangkut paut dengan kredibiliti Timbalan Perdana Menteri sendiri yang sebelum ini menyatakan beliau tidak mengenali Altantuya. Juga ianya lebih besar dari itu, rakyat ingin mengetahui samada Najib terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kes ini kerana semua tertuduh adalah orang yang rapat dengan beliau.


MTD AYER MOLEK PERHEBAT PROGRAM DEKATI RAKYAT




Hj Md Yassim berbaju biru.










SEMABOK : Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek terus memperhebatkan gerakan mendekati rakyat. Itulah komen Pengarahnya, Hj Yassim Musa ketika menjawab soalan wakil kami ketika ditemui pada majlis taklimat dan motivasi pilihanraya di sini malam tadi.

"Kami di Ayer Molek, akan terus menjalankan program Jom Turun Padang, setakat ini kami telah melaksanakannya sebanyak 2 kali, Insya Allah JTP seterusnya akan dilakukan di Peti Undi Pengkalan Minyak" tegas Hj Yassim bersemangat.

"Program ceramah dan kebajikan juga akan diaktifkan, setakat beberapa keluarga warga emas, orang sakit dan sebagainya telah kami bantu" tambah beliau yang juga merupakan aktivis masyarakat yang dikenali ramai.



Pemuda India, Ramesh, 36 yang menerima bantuan dari MTD Ayer Molek




DUN Ayer Molek merupakan antara DUN berpotensi untuk ditandingi oleh PAS lebih-lebih bilangan pengundi melayunya yang melebihi 80%. Pada pilihanraya Umum 1999 Calon PAS Hj Md Yassin Abdul Ghani berjaya menyaingi Calon Umno apabila beliau hanya tewas dengan majoriti kurang dari 2,000 undi.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59