Wednesday, 11 July 2007

SEMUA SEPATUTNYA DI SIASAT TERMASUK PERDANA MENTERI


Semua pihak bukan sahaja Musa Hassan, Johari Baharum malah Perdana Menteri juga mesti disiasat di bawa ke muka pengadilan jika didapati bersalah. Apa tidaknya banyak sungguh dakwaan terhadap Perdana Menteri,

Antaranya :-

Beliau dituduh menyalahgunakan kuasanya menangkap rakyat yang tidak bersalah di bawah ISA

Beliua dituduh 'mengkayakan' anaknya, dengan tidak semena-mena Kamaluddin menjadi seorang jutawan.

Beliau juga perlu disiasat kerana pengelibatan menantunya dalam saham ECM Libra dahulu.

Beliau juga perlu disiasat kerana melantik menteri-menteri penuh dengan kontroversi, adakah unsur-unsur rasuah wujud yang menyebabkan menteri sedemikian dilantik semula sedangkan Perdana Menteri dengan lantang ingin membasmi rasuah.

Beliau juga perlu disiasat kerana gagal memerintah BPR dan pihak berwajib lain menyiasat dakwaan rasuah terhadap Khir Toyo, Rafidah Aziz dan yang terbaru laporan Ezam terhadap seorang menteri.

Beliau juga perlu disiasat menggunakan wang rakyat membuat lawatan yang terlalu kerap ke luar negara sedangkan hasilnya belum jelas.

Beliau juga perlu disiasat kerana didakwa menempah Kapal Layar berharga jutaan ringgit di Turki.

Beliau juga perlu disiasat kerana dikatakan membeli sebuah lagi jet peribadi sedangkan jet yang sedia ada masih baru dan baik.

Beliau dituduh kuat tidur menyebabkan kredibilinya sebagainya PM diragui........dan macam-macam lagi.........tak habis nak cerita


LAJNAH PENERANGAN PEMUDA ANJURKAN KURSUS PENGUCAPAN AWAM 15 JULAI



BUKIT KATIL : Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan dengan kerjasama Lajnah Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan Kursus Pengucapan Awam pada 15 Julai ini bertempat di sebuah Institusi Pendidikan di sini.

Kursus yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk memberikan latihan asas kepada tenaga-tenaga penerangan pelbagai peringkat dalam Kawasan Bukit Katil. Demikian ditegaskan oleh Ketua Penerangan DPPK Bukit Katil, NAzri Ariffin.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua AJK Kawasan, AJK Dewan Pemuda Kawasan, AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan, AJK MTD, AJK UPU, AJK Cawangan dan seluruh tenaga penerangan dalam kawasan ini.

"Kita harap selepas program ini Lajnah Penerangan, Dewan Pemuda Kawasan akan mencapai target untuk melahirkan 6 orang penceramah dan 6 orang pengerusi" ujar Nazri yang juga merupakan Penolong Setiausaha PAS Kawasan.

Nazri menyatakan program ini amat menarik kerana para peserta akan diberikan teori terlebih dahulu sebelum latihan praktikal di buat. Slot ini biasanya membuat peserta tidak kering gusi melihat bakal-bakal penceramah berceramah atas tajuk bebas atau tajuk yang telah ditentukan.

Dengan latian ini Insya Allah kita akan ketandusan penceramah semasa kempen pilihanraya ini.

"Kalau mereka tak boleh berceramah di hadapan khalayak ramai, mereka boleh menjadi penceramah kelompok yang sememangnya dalam majlis-majlis ceramah kecil ini" kata Nazri mengakhiri kenyataannya kepada blog ini.


ROGOL KEGEMARAN BARU REMAJA



KUALA PILAH: Parah semakin parah. Apa lagi yang boleh diharapkan kepada sistem pendidikan Islam Hadhari. Semalam diberitakan kira-kira 300 lebih remaja mati akibat kemalangan jalan raya. Yang terlibat dengan dadah jangan cakaplah.

Hari ini media melaporkan pula satu angka yang amat menggerunkan apabila dinyatakan bahawa jumlah remaja terbabit jenayah rogol semakin membimbangkan dengan 52 kes dilaporkan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini, kes yang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan itu mencatatkan jumlah 52 kes berbanding sepanjang 2006 yang hanya 96 kes.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Najib Abd Aziz, berkata rogol adalah jenayah kedua tertinggi dilakukan remaja sepanjang tahun lalu.

“Daripada statistik 2006, jumlah jenayah kekerasan membabitkan remaja dan pelajar 620 kes dengan kes pergaduhan paling banyak dilakukan iaitu 106 kes diikuti 96 kes rogol,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perkhemahan Kor Kadet Polis Kebangsaan Ke-11 di Hutan Lipur Ulu Bendul, di sini, semalam.

Maka jelaslah bahawa keseluruhan sistem pentadbiran dan pendidikan kerajaan Islam Hadhari hancur dan gagal membentuk remaja yang beriman, berakhlaq dan berdisiplin. Apa lagi yang hendak diharapkan.

Selain itu undang-undang ciptaan manusia ternyata gagal menggerunkan pelaku jenayah. Masalahnya pemimpin Islam Hadhari masih degil tidak mahu menerima Islam sebagai cara hidup. Maka terimalah bala Allah sekarang.

Statistik :

1,831 kes jenayah membabitkan pelajar dilaporkan sepanjang 2006.

Jumlah tangkapan - 3,350 orang selepas didapati melakukan pelbagai kesalahan jenayah.

Jenayah harta benda, 1,211 kes dilaporkan dengan kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu mencuri kenderaan bermotor didapati paling tinggi dilakukan pelajar iaitu 587 kes.

Kes kedua tertinggi pula kes curi biasa 332 yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


WABAK 'MATI TENGAH JALAN' PEMBUNUH UTAMA REMAJA KITA


KUALA LUMPUR : Wabak penyakit 'mati tengah jalan' dikenalpasti sebagai penyakit utama yang membunuh remaja kita sekarang. Seramai 334 remaja berusia 16 hingga 20 tahun terbunuh dalam kemalangan melibatkan motosikal bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Golongan penunggang serta pembonceng pada usia itu mencatatkan kematian tertinggi iaitu kira-kira 22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan di negara ini.

Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, punca utama peningkatan jumlah kemalangan dan kematian melibatkan golongan muda itu adalah sikap pemandu yang negatif, cuai dan suka memandu laju.

‘‘Golongan ini gemar menunggang secara berbahaya dengan menunjukkan pelbagai aksi termasuk menunggang sambil mengangkat tayar hadapan motosikal dan terus memecut walaupun sewaktu lampu isyarat berwarna merah bagi menarik perhatian orang ramai.

“Mereka lebih mementingkan keseronokan tanpa mempedulikan keselamatan diri mahupun pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan dilakukan bagi menangani masalah kemalangan motosikal terutama ke atas golongan remaja.

Dari statistik di atas adalah jelas bahawa sistem pendidikan kita gagal melahirkan remaja yang berdisiplin dan berakhlaq. Ini semua adalah disebabkan sistem pendidikan hanya mementingkan peperiksaan dan kecemerlangan akademik semata-mata.

Soal akhlaq, budipekerti dan taqwa tidak dititikberatkan yang akhirnya remaja yang cemerlang dari segi akademik tetapi punah dari segi perangai dan agama.

Lebih parah lagi remaja yang lemah dalam pelajaran juga turut luntur dari segi akhlaq dan agama. Tidak ada apa yang dapat diharapkan lagi kepada golongan ini akibat kegagalan sistem pendidikan mentarbiah dan melatih menjadi insan yang berakhlaq mulia.

Akhirnya oleh kerana lemah jatidiri agama dan budipekerti mereka gagal menilai kegiatan yang mereka buat samada bermanfaat dan halal disisi agama. Maka lahirlan mat rempit, mat gian, mat lepak, minah rempit, minah tenggek dan sebagainya.

Pada masa yang sama kerajaan Islam Hadhari menyogokkan pula remaja dengan hiburan yang melampau dengan konsert dan program maksiat. Maka lengkaplah sebuah 'pusat tarbiah' melahirkan remaja yang terjebak dengan pelbagai wabak penyakit yang berjangkit ini.

Selagi sistem pendidikan tidak dikembalikan kepada Islam selagi itulah isu ini tidak akan selesai. Tambahlah seberapa polis, keluarkan berjuta-juta saman, binalah jutaan penjara, semua itu tidak akan menakutkan mereka kerana tiada keberkatan dari Allah.

Fakta :

Sehingga Mei lalu, seramai 1,502 penunggang dan pembonceng motosikal terbunuh.

Polis Trafik telah mengeluarkan sebanyak 51,243 saman ke atas penunggang motosikal yang memandu tanpa lesen dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Golongan remaja sekali lagi berada di tangga teratas dengan jumlah 22,384 saman dikeluarkan kepada mereka, mewakili 44 peratus daripada jumlah keseluruhan.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59