Monday, 9 July 2007

NORZA BACUL


Tindakan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan menyarankan kerajaan menahan Pengendali Blog yang memuatkan berita dan laporan menghina pemimpin Islam Hadhari di bawah ISA merupakan saranan yang bacul dan penakut.

Sepatutnya hujah dan fakta dilawan dengan hujah dan fakta bukannya akta drakonian tersebut, kata Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ghazali Othman pagi ini.

"Kalau betul ianya fitnah dan tuduhan melulu, apa yang yang hendak ditakutkan, heret mereka ke mahkamah dan kita lawan di mahkamah" kata Ghazali lagi yang juga Ahli Jawatan Kuasa Dewan Pemuda Negeri.

Penahanan di bawah ISA merupakan tindakan zalim dan tidak munasabah dan ianya jelas digunakan oleh kerajaan bacul seperti kerajaan Islam Hadhari ini, jelas Ghazali lagi.

Beliau juga menyifatkan Norza sebagai pemimpin pemuda yang bacul dan pengecut dengan menggesa kerajaan menggunakan ISA dalam isu ini. Sepatutnya sebagai pemimpin pemuda beliau mesti berani tampil dengan hujah dan fakta untuk menangkis isu ini. Di samping itu Norza sepatutnya berani menggesa pemimpin Umno supaya bersikap jujur dan bertanggungjawab dalam apa juga isu termasuk isu gambar Najib dan Altantuya ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59