Sunday, 8 July 2007

PENYAKIT TIDAK TAHU MASIH MEMBELENGGU IMAM AL HADHARI



PULAU PINANG, - Imam Al Hadhari berkata beliau akan meneliti memorandum yang dihantar oleh Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak) yang mendakwa kononnya seorang menteri Kabinet terbabit rasuah jutaan ringgit.

"Saya difahamkan ada surat itu (memorandum daripada pengerusi Gerak Ezam Mohd Noor) dihantar kepada pejabat saya dan saya akan menelitinya," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran Alam Sekitar di sini hari ini.

Ezam dilaporkan menghantar satu dokumen setebal 632 muka surat dan lengkap dengan laporan polis mendakwa kononnya seorang menteri terbabit dengan rasuah membabitkan wang berjuta ringgit dan beliau mahukan Abdullah sendiri mendedahkan nama menteri berkenaan.

Ditanya mengenai siapakah yang dituduh rasuah itu, Abdullah berkata: "Saya tidak tahu."

Macamana seorang Perdana Menteri tidak tahu tentang tindak tanduk anak buah para menterinya sendiri, sedangkan semasa mengambilalih tampuk pemerintahan dari Tun Mahanthir dulu bukan cakap berdegar-degar untuk membenteras rasuah. Tetapi akhirnya 'tahi penuh di ekor' rupanya Imam Al Hadhari ini.


NAJIB KECUT PERUT, TAKUT NAK ULAS ISU GAMBARNYA DENGAN ALTANTUYA



MUAR – Najib Tun Razak enggan mengulas panjang tindakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, mencipta gambar palsu beliau bersama seorang wanita yang dikatakan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan disiarkan dalam laman blog.

“Biarlah orang lain bergaduh dulu,” kata Timbalan Perdana Menteri ringkas apabila diminta mengulas mengenai tindakan anggota pembangkang itu, di sini semalam.

Sebelum itu beliau yang juga Penasihat Kehormat Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) merasmikan Karnival Ukhuwah Majlis Pemimpin Negara Bersama Keluarga Pekida di Tangkak di sini.

Pengunjung laman blog milik Tian Chua boleh melihat gambar Timbalan Perdana Menteri sedang duduk di meja makan diapit seorang wanita dikatakan Altantuya dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.

Nampak jelas Najib tidak senang duduk dan rimas dengan isu gambar yang disebut pada perbicaraan pembunuhan kejam Altantuya di Mahkamah baru-baru ini.

Sepatutnya sebagai seorang yang bermaruah dan berjawatan tinggi beliau mesti berani menafi atau mengiyakan berita tersebut supaya rakyat tidak membuat spekulasi dan fitnah. Ambil sahaja contoh pemimpin negara maju yang sudah pasti akan berkata benar tentang isu ini. Malangnya pemimpin Umno sentiasa mengekalkan sifat mereka iaitu tidak bermaruah dan muka tembok.

Kita menasihatkan Najib supaya mengambil cuti dan berehat sehingga beliau berani tampil untuk membuat kenyataan yang jujur dan amanah. Jika sekiranya beliua tidak berbuat demikian selagi itulah kredibilitinya dipersoalkan.


Bernas dipanggil -- Kerajaan mahu penjelasan kenapa harga beras naik mendadak. SETAKAT PANGGIL TIADA GUNANYA



KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaporkan akan mengadakan perjumpaan khas dengan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) hari ini berhubung pengumuman mendadak kenaikan harga beras oleh syarikat itu.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr. Zulkifli Idris memanggil pihak pengurusan Bernas untuk menjelaskan asas kenaikan harga beras import berkenaan.

Beliau berkata, sebarang kenaikan harga sepatutnya dibincangkan dengan kementerian kerana komoditi itu adalah keperluan asas rakyat dan sebarang kenaikan harga akan memberikan implikasi kepada pengguna.

Kenaikan harga beras di peringkat pemborongan itu berkuat kuasa 1 Julai lepas membabitkan antara 5 sen dan 10 sen sekilogram bagi beras putih, beras wangi dan beras basmati, manakala 20 sen bagi beras pulut.

Bernas dalam kenyataan Khamis lalu berkata, kenaikan pelbagai gred beras itu tidak menjejaskan kawalan harga pengguna bagi beras tempatan dengan kandungan hancur 15 peratus yang ditetapkan kerajaan membabitkan harga antara RM1.65 dan RM1.80 sekilogram.

Setakat panggil dan berbincang mengapa harga beras dinaikkan tiada gunanya. Apa yang penting kerajaan mesti bertegas supaya makanan ruji rakyat itu tidak dinaikkan untuk meringankan beban rakyat.

Kalau kerajaan Islam Hadhari tidak berupaya untuk menurunkan harga minyak dan barangan lain lebih baik mereka menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Barisan Alternatif yang Insya Allah mampu memberikan kesejahteraan dan menjaga kebajikan rakyat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59