Saturday, 7 July 2007

KONSERT TERUS SUBUR DALAM NEGARA ISLAM HADHARI



Tidak cukup dengan segala masalah sosial dan maksiat disebabkan remaja lalai dengan keseronokan dan hiburan, satu lagi konsert hiburan diadakan di Ibu Negara. Malah ianya seolah-olah digalakkan oleh pemimpin Islam Hadhari.

Konsert yang dinamakan konsert Green Everyday 2007 yang berlangsung petang tadi sudah pasti mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan. Lebih malang lagi ianya dimulakan sebelum masuk waktu Asar. Siapa yang hendak menanggung dosa pengunjung yang mungkin tidak menunaikan solat.

Konsert percuma pertama anjuran stesen radio yang baru setahun jagung ini berjaya mengumpulkan 58 artis dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Konsert terbuka ini akan diadakan di tempat letak kereta A, Stadium Bukit Jalil.

Gambar: Artis Indonesia yang mengambil bahagian dalam konsert tersebut.
Inilah Islam Hadhari.


UMNO MEMANG TAK SUKA MUZAKARAH. MEREKA LEBIH SUKA KONSERT DAN PROGRAM HIBURAN



Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria terkilan dan dukacita apabila Muzakarah Ulama 2007 yang berakhir semalam tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada ahli politik negeri itu.

Beliau berkata, tujuan pihak penganjur menjemput semua wakil rakyat beragama Islam iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ialah supaya dapat bersama-sama mengeluarkan idea demi kebaikan ummah.

‘‘Kita jemput golongan politik untuk bersama dengan kita supaya mereka dapat melibatkan diri, pada mulanya saya rasa ramai yang akan datang tetapi malangnya tidak ramai yang hadir.

‘‘Kalau kita (ulama dan umara) dapat bekerjasama sudah pasti akan dapat kesan yang lebih baik hasil daripada muzakarah ini. Kita sudah jemput semua Ahli Parlimen Perak tetapi tidak hadir, saya sangat dukacita,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis penutup Muzakarah Ulama 2007 yang bertemakan Menyoroti Gandingan Ulama dan Umara dalam Kemerdekaan Negara: Mengimbas 50 Tahun berlalu ke arah Persediaan 50 tahun Mendatang di sini hari ini.

Memang menjadi darah daging pemimpin Umno tidak suka bermuzakarah dan berbincang hal-hal berkaitan Islam. Tetapi kalau dipanggil ke program konsert, Jom Heboh, Joget dan sebagainya sudah pasti mereka datang.

PAS sudah lama mengajak Umno bermuzakarah tentang isu kafir mengkafir, isu perpaduan dan lain-lain, tetapi malangnya bukan sahaja mereka tidak bersetuju, surat pun tidak dijawab. Inilah Umno sebenarnya Dato' Seri. Dato' Seri kena sedar bahawa Umno sememangnya memandang Islam dengan sebelah mata sahaja. Mereka lebih mementingkan hal-hal pembangunan dan 'fulus' sahaja.


PENGERUSI BERNAMA SEOLAH-OLAH BERCAKAP KEPADA TUNGGUL KAYU



Maka berkatalah Pengerusi BERNAMA Annuar Zaini dalam Muzakarh Ulamak 2007 di Ipoh semalam ketika membentangkan kertasnya bertajuk Peranan Media Sejak Kemerdekaan, Sejarah dan Strategi Masadepan, katanya bahawa laporan berdasarkan prinsip kebenaran, keadilan dan ketepatan tanpa buruk sangka adalah penting bagi menjamin integriti pihak media.

Beliau juga bersurah lagi bahawa media merupakan alat penting dalam mempertahankan prinsip keadilan dan sebagai juruodit ketelusan, oleh itu peranannya tidak septut disekat tetapi terus diberi galakkan.

Dan tambah beliau lagi rasuah, penyalahgunaan kuasa, amalan yang tidak telus, perlaksanaan undang-undang yang lemah kesemuanya mesti didedahkan agar tidak ada lagi kezaliman dan penindasan.

Nampaknya Annuar Zaini, Si Pengampu Imam Al Hadhari ini agaknya tidak perasan bahawa rakyat dan peserta muzakarah itu bukannya tunggul kayu. Mereka boleh berfikir tentang benar atau tidak kata-kata Annuar Zaini itu.

Bukankah rakyat telah lama sedar bahawa media hari ini adalah media pengampu dan penjilat kerajaan Islam Hadhari. Apa juga yang dilakukan oleh kerajaan semuanya betul dan maasum. Apa juga yang buruk tentang pemimpin dan kerajaan tidak disiarkan, malah ditutup serapat-rapatnya supaya rakyat tidak tahu.

Lebih teruk lagi pembangkang dan rakyat yang tidak sehaluan dengan kerajaan di hentam dan dihinjak-hinjak oleh media tanpa etika kewartawanan. Hanya perkara-perkara negatif tentang pembangkang yang disiarkan dan diperbesar-besarkan.

Media menjadi tukang hasut dan fitnah hanya semata-mata untuk menyakinkan rakyat bahawa kerajaan adalah maksum dan tidak ada dosa dan kesalahan.

Media-media pro-pembangkang atau media pembangkang seringkali diugut dan dihadkan pengeluarannya. Media-media beroperasi dalam keadaan ketakutan.

Lihat sahaja berita-berita tentang laporan rasuah yang dibuat oleh pembangkang, ianya sudah pasti tidak disiarkan oleh media arus perdana. Yang terbaru laporan rasuah Ezam Mohd Nor terhadap seorang menteri kabinet tidak langsung mendapat liputan.

Apakah ini yang dikatakan laporan berdasarkan prinsip kebenaran, keadilan dan ketepatan tanpa buruk sangka adalah penting bagi menjamin integriti pihak media yang dikatakan oleh Annuar Zaini.

Mimpi disiang hari agaknya orang tua ini. Atau mungkin sudah sampai masanya beliau bersara kerana telah nyanyuk.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59