Thursday, 5 July 2007

RAKYAT SEMAKIN TERTEKAN HARGA BERAS NAIK



KUALA LUMPUR: Kenaikan harga beras yang diumumkan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) akan mengakibatkan peningkatan perbelanjaan bulanan isi rumah antara 50 sen dan 70 sen sebulan bagi setiap orang. Bebanan yang terpaksa ditanggung rakyat selama ini akan semakin berat dengan kenaikan harga beras pula.

Dalam satu kenyataan hari ini Bernas bagaimanapun menganggap kesan kenaikan harga beras terhadap pengguna amat minimum.

Bernas juga mengesahkan laporan akhbar mengenai kenaikan harga borong beras putih, beras wangi, beras basmati dan beras pulut atas alasan kenaikan harga beras di pasaran antarabangsa serta kenaikan kos pengendalian.

Kenaikan harga di peringkat pemborongan itu berkuatkuasa 1 Julai membabitkan antara 5 sen dan 10 sen sekilogram bagi beras putih, beras wangi dan beras basmati manakala 20 sen sekilogram bagi beras pulut.

"Sehubungan itu peningkatan harga di peringkat pengguna pula tidak dapat dielakkan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah kenaikan harga pelbagai gred beras tidak dapat dielakkan dan sejak 2005 hingga permulaan tempoh separuh kedua tahun ini ia mencatatkan peningkatan sebanyak 10 hingga 100 peratus.

Kenaikan harga pelbagai gred beras itu juga tidak akan menjejaskan harga kawalan pengguna bagi beras tempatan dengan kandungan hancur 15 peratus yang ditetapkan kerajaan membabitkan harga antara RM1.65 dan RM1.80 sekilogram.

Menurut kenyataan itu kenaikan harga berkenaan disebabkan peningkatan kos pengendalian dan kos bahan api yang memberi kesan secara langsung terhadap kos perkapalan iaitu sebanyak 30 hingga 50 peratus sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Kos pengangkutan darat juga naik sebanyak tujuh hingga lapan peratus dari 2005 hingga tahun ini sejajar dengan kenaikan kos diesel dan petroleum yang dialami barubaru ini.

Kenaikan harga beras juga disebabkan persaingan luar biasa negara pengimport untuk mendapatkan bekalan didorongi penuaian padi rendah di negara masingmasing dan stok semasa yang perlu ditingkatkan.

"Ini secara tidak langsung mendorong harga meningkat lebih tinggi sedangkan bekalan beras di negara pengeksport terhad. Harga beras di pasaran antarabangsa juga dijangka terus kukuh pada paras sedia ada," kata kenyataan itu.

Kenaikan harga jualan itu hanya dibuat selepas mengambilkira impak di peringkat pengilangan, pemborongan dan juga pengguna.

Walaupun dibebani kenaikan harga beras import yang tinggi Bernas menyerap sebahagian kos kenaikan keseluruhan supaya impak kenaikan beras dapat dibendung kepada paras yang diterima semua pihak termasuk pengguna.

Bernas juga menaikkan harga beras tempatan kerana kos pengeluaran meningkat di setiap rantaian bekalan yang secara tidak langsung usaha berkenaan dapat mengurangkan beban petani.

Faktor luar biasa perkembangan pasaran beras di peringkat antarabangsa mengakibatkan kenaikan harga dan Bernas akan mengambil langkah sewajarnya untuk membuat penyesuaian harga apabila tekanan pasaran pulih dan reda.

Kenaikan harga beras ini sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan Islam Hadhari yang memerintah Malaysia sekarang ini ternyata gagal menjaga kebajikan rakyat. Maka sudah sampai masanya kerajaan ini ditumbangkan pada pilihanraya yang bakal menjelang ini.


POSTER BN DAH SAMPAI DI PELABUHAN KLANG?


Kami mendapat message dari seorang pengunjung bahawa poster BN dah sampai di Pelabuhan Klang. Samada ianya benar atau tidak ia tidak menjadi masalah, yang penting kita mesti bekerja kuat untuk memenangkan PAS dan BA.

Message yang dihantar oleh Taib bertarikh 5 Jul 07 pada 11:12 pada ruangan sembang di Blog ini. Messagenya berbunyi :

"bendera/poster/dan peralatan BN untuk piliharaya dah tiba di pelabuhan kelang....pas dah cetak lom?"


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59