Tuesday, 3 July 2007

PAKAIAN ARTIS : JAKIM TIADA KUKU



KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) jelas tidak berdaya untuk mengawal artis dan menasihatkan mereka dalam hal berpakaian. Jakim bagaikan harimau yang tidak berkuku dan bertaring.

Sepatutnya Jakim mesti bertegas bahawa garis panduan berpakaian mestilah menutup aurat dan berpakaian sopan bagi yang bukan Islam. Dalam hal ini Jakim mesti bertegas bahawa semua artis yang ingin mengambil bahagian dalam rancangan di RTM mesti menutup aurat bagi yang artis Islam.

Malangnya bukan artis sahaja yang gagal di kawal oleh Jakim malah menteri-menteri wanita, isteri Imam Al Hadhari, pemimpin-pemimpin wanita dan Puteri Umno juga dibiarkan terus tidak menutup aurat. Inilah Jabatan Kemajuan Islam HADHARI Malaysia (JAKIHM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata Jakim tidak boleh mengambil tindakan terhadap artis atau stesen televisyen yang tidak mengikut garis panduan berpakaian.

Ini kerana, katanya, garis panduan yang dikeluarkan itu hanya sebagai panduan serta rujukan kepada seluruh penggiat hiburan dan masyarakat dalam memastikan aktiviti hiburan yang dijalankan menepati piawaian yang ditetapkan oleh ajaran Islam.

Beliau menjawab soalan Datuk Paduka Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini mengenai sama ada Jakim boleh mengambil tindakan terhadap artis dan stesen televisyen yang tidak mengikuti garis panduan mengenai cara berpakaian yang dikeluarkan jabatan itu.

Mengenai jumlah garis panduan berpakaian artis yang dikeluarkan oleh Jakim, Dr Abdullah berkata setakat ini Jakim mengeluarkan 40 garis panduan berkaitan nasihat dalam pelbagai bidang.

Bagaimanapun, katanya kuasa untuk mengawal cara berpakaian artis dan stesen televisyen di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan dan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi.

"Mereka telah mengadakan jawatankuasa bersama untuk mengatasi masalah itu dengan kementeriankementerian yang berkaitan dan nasihat itu akan dipergiatkan dari semasa ke semasa," katanya.


TIMBANG RASALAH SIKIT



ALOR GAJAH : Operasi pasar malam yang dilancarkan oleh Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) sejak Mei lalu sehingga kini telah mengeluarkan sebanyak 25 kompaun ke atas para peniaga yang tidak berlesen.

Pengarah Jabatan Penguatkuasa MPAG, Radzyma mahat berkata, operasi tersebut turut dijalankan pada hari biasa dan juga pada hujung minggu meliputi semua pasar malam di daerah itu.

"Selain kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen dari pihak MPAG, peniaga juga gagal mempamerkan lesen perniagaan, tempat perniagaan yang kotor, tiada suntikan perubatan bagi pengendalian makanan, tidak memakai apron dan tidak memakai penutup kepala," katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Katanya Operasi pemantuan itu akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan para peniaga tidak melakukan kesalahan yang sama dan sentiasa mematuhi arahan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan MPAG.

MENGAPA PENIAGA KECIL-KECILAN INI DIKENAKAN TINDAKAN SEDEMIKIAN RUPA TETAPI JERUNG-JERUNG YANG TIDAK MEMBAYAR CUKAI TANAH DAN RUMAH DILEPASKAN. MALAH MENTERI YANG TIDAK MEMBAYAR BIL TELEFON PUN DIBIARKAN SAHAJA.

BANGUNLAH WAHAI RAKYAT. TUMBANGKAN KERAJAAN ZALIM DAN TIDAK ADIL INI


MENGAPA ALI RUSTAM TAKUT KEPADA VIRUS MELAKA



MELAKA : Merah padam Ali Rustam apabila Menteri Kesihatan Chua Soi Lek menamakan virus yang dijumpai di Melaka di namakan virus Melaka.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan dua tiga hari lalu sedikit pun Ketua Menteri ini tidak senyum.Takut benar beliau kepada nama Virus Melaka itu. Kita dapat mengagak bahawa beliau takut pelancong tidak datang ke Melaka sebab nama itu mungkin menunjukkan Melaka penuh dengan virus dan bahaya untuk dilawati. Sementelah pula beliau begitu bersungguh-sungguh membelanjakan duit rakyat untuk industri pelancongan ini yang kadang-kadang perbelanjaan itu tidak munasabah dan tidak 'viable'.

Tetapi kita hairan mengapa Imam no 3 Islam Hadhari ini tidak kisah dengan laporan bahawa lapan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di bandar ini yang menyeludup masuk ke sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya telah ditangkap oleh polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim). Tidakkah Imam Hadhari no 3 ini risau dan bimbang dengan gejala ini.

Semua pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu juga mengenakan pakaian seksi dan dikatakan berbuat demikian bagi membolehkan ‘bouncer’ membenarkan mereka masuk tanpa perlu melalui pemeriksaan ketat.

Tidakkah juga Imam Al Hadahri no 3 risau dengan bertambahnya gejala maksiat dan jenayah di negeri Hang Tuah ini?. Mengapa beliau hanya mementingkan aspek material tanpa memikirkan masalah anak-anak muda Islam, masalah gejala sosial, dadah, jenayah dan rasuah yang semakin berleluasa.

Jawapannya ialah kebimbangan terhadap semua perkara itu memang tidak di ajar oleh Islam Hadhari. Ajaran Islam Hadhari hanya mementingkan aspek dunia dan material.

Syabas Ali Rustam kerana berjaya 'merosakkan' anak-anak muda Melaka dengan kewujudan Pub, Night Club, Dangdut dan sebagainya.

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri dan Jaim itu, seramai 37 wanita termasuk kumpulan pelajar perempuan terbabit berusia antara 17 hingga 35 tahun ditahan kerana berpakaian tidak sopan.


AKTIVITI KEMASYARAKATAN DAN PENERANGAN MTD DURIAN TUNGGAL TERUS RANCAK



DURIAN TUNGGAL : Aktiviti kemasyarakatan dan penerangan Majlis Tindakan DUN (MTD) Durian Tunggal terus rancak digerakkan. Ahad lalu, Program Jom Turun Padang (JTP)telah diadakan dengan jayanya. Pada sebelah malam pula diadakan program ceramah perdana yang disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam ceramah menyatakan bahawa media arus perdana bersekongkol bersama Umno dan Barisan Nasional untuk tidak melaporkan secara tepat mengenai kedudukan sebenar sesuatu perkara yang berlaku dalam negara ini.

Beliau berkata sebab sebenar laporan dibuat sebegitu kerana Umno tidak mahu mendedahkan keburukan sebenar yang berlaku dalam parti berkenaan.

"Sebagai contoh pendedahan mengenai bil telefon Dato' Seri Rafidah Aziz yang tidak dibayar dari 2005 sehingga 2007 berjumlah RM10,000 tidak dilaporkan oleh media arus perdana.

"Kita lihat dalam kes Altantuya mengenai keterangan seorang saksi bahawa beliau ada gambar Altantuya dengan Dato' Seri Najib Tun Razak tetapi gambar itu tidak dibentangkan di mahkamah sehingga menimbulkan perdebatan.

"Akhbar melaporkan perbicaraan ini secara terperinci tapi tiba pada gambar itu media tidak melaporkannya sebab ianya melibatkan Timbalan Perdana Menteri," kata beliau.

Selain itu, kes Dato' Johari Baharom yang dituduh membebaskan penjenayah dari Perak iaitu adik Timbalan Menteri MCA, timbalan menteri Umno membebaskan penjenayah adik timbalan menteri MCA 'confirm' Malaysia ditadbir penjenayah, di Sarawak juga heboh tapi rakyat tak tahu, kata beliau.

Ustaz Nasharuddin juga mempersoalkan kenapa hampir separuh menteri kabinet mengikuti rombongan Pak Lah ke Itali baru- baru ini sehinggakan baru 3 tahun memerintah sudah 40 kali keluar negeri dengan membelanjakan duit rakyat.

"Ada kajian telah dibuat di Kelantan selama 17 tahun PAS memerintah tiada masalah antara agama lalu akhirnya dibuat satu cadangan ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu iaitu kejayaan PAS kelantan memerintah dalam mengekalkan keharmonian antara agama, ini pun tidak dilaporkan oleh media arus perdana," katanya lagi.

Sementara itu dalam program JTP tersebut, beberapa orang golongan susah dan miskin di sekitar DUN tersebut telah diberi bantuan berupa barangan keperluan harian. Antara penerimanya ialah Ibu Tunggal di kampung Bukit Tambun disini. Barangan tersebut di sampaikan sendiri oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Ustaz Abdul Ghani Shamsudin yang dijemput khas untuk menyerikan lagi program JTP ini.

SYABAS KEPADA MTD DURIAN TUNGGAL.

Sumber : n9duriantunggal.blogspot.com dan harakahdaily


DEWAN MUSLIMAT NEGERI ANJURKAN PROGRAM MOTIVASI PILIHANRAYA DAN KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI



MELAKA : Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka telah berjaya mengadakan program Motivasi Pilihanraya dan Kursus Organisasi Ahad lalu.

Kursus yang di adakan adalah bertujuan untuk meniup semangat tenaga muslimat bagi menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang. Selain dari itu pimpinan muslimat negeri dan kawasan juga diberikan pendedahan terhadap aspek pengurusan organisasi yang sangat penting bagi memantapkan lagi gerakerja muslimat.

Perkara itu dijelaskan oleh Mahani Osman, 37 AJK Dewan Muslimat Negeri ketika ditemui Ahad lalu.


Dua orang penceramah telah dijemput untuk menjayakan program tersebut iaitu AJK PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Adly Zahari.

Dalam ucapannya Dato' Tuan Ibrahim menegaskan bahawa pilihanraya semakin hampir di mana SPR telah mula menempah helikopter untuk kegunaan semasa pilihanraya. Menurutnya maklumat yang beliau terima bahawa helikopter tersebut di tempah pada bulan November. Jadi besar kemungkinan Pilihanraya akan diadakan pada bulan November.

Selain itu Dato' Tuan Ibrahim juga mengingatkan muslimat supaya terus komited dan istiqamah melakukan kerja-kerja Islam kerana menurutnya, Islam sekarang semakin terhimpit dan terhakis.

"Muslimat merupakan tenaga penting dalam perjuangan Islam, ini dibuktikan sejak zaman Rasulullah sehingga ke zaman sekarang" kata beliau yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Turut hadir dalam program yang diadakan di Pejabat PAS Negeri di sini ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Dr Hajah Khatijah Jumangat. Selain itu Dewan Muslimat PAS negeri dan Kawasan-kawasan diwakili oleh seluruh Ahli Jawatan Kuasa masing-masing.


KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN LURUS



SEREMBAN: Media melaporkan bahawa Menteri Besar Negeri Sembilan, Mat Hasan menegur sesetengah individu di negeri ini yang berebut jawatan imam dan ketua kampung sehingga menimbulkan kekecohan dan mendorong kepada perbuatan fitnah-memfitnah serta perdebatan mengenai siapa yang paling layak dilantik ke jawatan itu.

Situasi ini sebenarnya bukan berlaku di negeri itu sahaja tetapi ianya menular ke seluruh pelusuk kampung di negara Islam Hadhari. Perkara berlaku dengan lebih hebat lagi selepas Imam, Bilal dan Ketua-ketua ini diberikan elaun. Ada yang sudah tua tidak bergigi pun masih mahu memegang jawatan Imam walaupun bacaan Al-Quran dari makhraj, tajwid dan sebagai sudah tidak betul.

Sebenarnya ini semua tidak lain tidak bukan adalah teladan yang ditunjukka oleh pemimpin Islam Hadhari sendiri yang berebut-rebut untuk memegang jawatan Ketua Cawangan, Ketua Bahagian dan lain-lain jawatan sehingga sanggup memberikan rasuah dan sebagainya.

Maka tidak hairanlah Imam, Bilal dan Ketua Kampung pun turut sama meneladani tabiat buruk itu.


DPPK BUKIT KATIL BANTU KELUARGA INDIA MISKIN


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek telah menziarahi satu keluarga India yang susah dan miskin Ahad lalu. Lawatan itu merupakan lawatan kedua selepas lawatan pertama pada minggu sebelumnya.

Keluarga Encik Tanggeras,60 yang tinggal di Kampung Tambak Paya berasa begitu bertuah apabila ada insan yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka. Menurut keluarga tersebut sebelum ini mereka tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana pihak.

"Hanya sekali sahaja YB Raghavan datang melawat dengan memberikan bantuan membayar bil elektrik dan air yang tertunggak, lepas itu tiada lagi" jawab menantu Encik Taggeras yang enggan namanya disiarkan.

Encik Tanggeras yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan sebenarnya tidak mampu menyara keluarganya yang berjumlah 9 orang termasuk anak lelakinya, Ramesh,37 yang mengidap kanser hidung. Beliau juga terpaksa membayar sewa rumah RM250 sebulan.

Lebih meruncingkan lagi anak lelakinya itu tidak berdaya untuk bekerja sejak 6 bulan lalu untuk menanggung 3 orang anak dan isterinya. Ramesh terpaksa bergantung hidup kepada bapanya. Keadaan Ramesh semakin kritikal sehingga beliau tidak boleh bercakap dan makan sejak sebulan lalu.

Dalam lawatan itu, pihak MTD dan DPPK Bukit Katil telah menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan harian dan wang ringgit.

Bantuan itu disampaikan oleh Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek. Turut bersama dalam program ziarah tersebut ialah Timbalan YDP Kawasan, Hj Salim Tahir; Setiausaha Kawasan, Hj Salamat Aman; Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa; Ketua Pemuda Bukit Katil, Sofi Wahab; Ketua Lajnah Kebajikan DPPK Bukit Katil, Ahmad Rafa'i Hassan dan beberapa orang ahli PAS setempat.


PEMUDA MESTI ADA SIFAT NEGARAWAN - USTAZ KAMARUDDIN





USTAZ KAMARUDDIN SIDEK


SAF KEPIMPINAN DPPN MELAKA YANG TURUT HADIR




AJK DPPK BUKIT KATIL















DEWAN HARIAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI MELAKA (DPPNM) TELAH MENGADAKAN LAWATAN KE KAWASAN BUKIT KATIL PADA 27 JUN LALU BERTEMPAT DI PEJABAT PAS BUKIT KATIL. LAWATAN TERSEBUT MERUPAKAN PROGRAM TRADISI PEMUDA NEGERI PADA SETIAP TAHUN SELEPAS KEPIMPINAN BARU PEMUDA DIPILIH.

LAWATAN TERSEBUT DIKETUAI OLEH KETUA DPPN MELAKA USTAZ KAMARUDDIN SIDEK. TURUT BERSAMA BELIAU IALAH SETIAUSAHA DPPN AHMAD SHAHRUM DAUD;BENDAHARI, TUAN HAJI SAHAHRUDDIN YUSOF; KETUA PENERANGAN, YUHAIZAD ABDULLAH.

USTAZ KAMARUDDIN DALAM UCAPANNYA MENGINGATKAN GOLONGAN PEMUDA SUPAYA SENTIASA ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN WALAUPUN SUDAH PASTI MENDAPAT CUBAAN DAN UJIAN DARI ALLAH. BELIAU JUGA MENYARANKAN PEMUDA SUPAYA KELUAR DARI KEPOMPONG PAS DAN TERJUN MENDEKATI MASYARAKAT SUPAYA PAS LEBIH DIKENALI DAN BERKETERAMPILAN.

"KITA TIDAK MAHU PAS HANYA HEBAT DIGELANGGANG SENDIRI TETAPI KECUT DAN TAKUT UNTUK BERHADAPAN DENGAN RAKYAT. KITA MESTI MEMPUNYAI JIWA NEGARAWAN SUPAYA RAKYAT MELIHAT PAS MAMPU MENTADBIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH RAKYAT" TEGAS BELIAU.

DALAM MAJLIS ITU 16 ORANG DARI 19 ORANG AJK DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL HADIR UNTUK MENYAMBUT DAN MENERIMA AMANAT DARI KEPIMPINAN DPPNM. SELAIN ITU DIALOG DUA HALA ANTARA DPPK DAN DPPN JUGA DIADAKAN. ANTARA SOALAH YANG DIKEMUKAKAN IALAH BERKENAAN DENGAN MASALAH PELAPIS DALAM GERAKAN PEMUDA DAN ISU PILIHANRAYA.


KALAU TAK TAHAN HIJRAH MASUK PAS


Kita sangat mengalu-alukan mana-mana pemimpin Politik baik Umno atau pembangkang yang tidak tahan dengan kerenah parti masing-masing supaya masuk PAS. PAS sebagai sebuah parti Islam tidak akan mengkhianati ahli dan pejuang Islam kecuali mereka sendiri yang berbuat demikian. Sebab itu PAS tetap utuh dari mula-mula ditubuhkan sehingga sekarang.

Sekarang ini beberapa orang dalam parti sahabat PKR diberitakan bertelagah dengan parti mereka sendiri. Mungkin ada perasaan tidak puashati terhadap individu-individu tertentu dalam parti yang menyebabkan keadaan itu berlaku. Maka kalau demikian ceritanya lebih baik bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Kita rasakan PKR sendiri tidak marah masuk PAS sebab PAS tetap parti pembangkang yang musuhnya sama dengan musuh PKR iaitu BN.

Blog darigaunghati menyiarkan berita bahawa bekas orang kuat PKR Pahang Mohd Nizam Abdul Hamid tidak berpuashati dengan PKR.

Berita itu menyebut bahawa :SMS diterima daripada seorang rakan yang di 'forwodkan' penulis membayangkan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, iaitu Ahmad Nizam Abdul Hamid (gambar) akan meninggalkan parti itu ..... dalam smsnya dia menuliskan kegelisanya ketidakpuasan hatinya diatas tindak tanduk pengurusan PKR yang gagal mengiktiraf kemenanganya. Di fahamkan kemenanganya tidak diiumumkan, semasa keputusan pemilihan diumumkan. walaupuan media alternatif termasuk media PKR sendiri , menyiarkan beliau adalah diantara calon yang menang dalam pemilihan itu. Dalam SMSnya juga dibayangkan beliau mungkin akan mengambil tindakan undang-undang terhadap PKR sebagai jalan terakhir atau meninggalkan saja PKR untuk bersama parti altenatif lain.

darigaunghati memberikan komen begini :****Penulis pelik betul dengan tindak tanduk PKR ini, orang sibuk nak lawan Umno, PKR sibuk lawan sesama sendiri? apa ni.... kuat sangat ke PKR untuk bergaduh sesama sendiri pada saat pilihan raya semakin hampir ? kalau macam inilah rupa PKR macam manalah hendak lawan Umno/BN?
Hentikanlah kerja lawan sesama sendiri itu tak ada faedahnya kecualilah kau orang tu agen Umno/BN yang masuk PKR untuk bunuh PKR.


TOK GURU MASUK HOSPITAL TAPI SUDAH SIHAT



KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pernah mengalami masalah jantung dan darah tinggi, kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini kerana keletihan.

Seorang pegawai di Pejabat Menteri Besar itu berkata Mursyidul Am PAS itu dimasukkan ke HUSM sejak petang Sabtu lepas selepas mengadu penat.

"Tok Guru (Nik Aziz) mengadu penat selepas terpaksa menghadiri banyak tugasan rasminya sebelum itu dan tidak cukup rehat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ini adalah kali keempat Nik Aziz, 75, dilaporkan menerima rawatan di hospital selepas mendapat serangan jantung pada akhir 2004.

Selain mengalami masalah jantung, beliau juga pernah dirawat kerana gastrik.

Pegawai itu bagaimanapun berkata rakyat tidak perlu bimbang dengan keadaan Tok Guru kerana kesihatannya semakin baik dan perlu mendapat rehat yang secukupnya.

Sementara itu pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, Abdul Patah Mahmood ketika ditemui selepas mewakili Nik Aziz merasmikan Seminar Saidatina Khadijah Al-Khuwailid di sini mengakui Menteri Besar itu sebelum ini nampak begitu letih.

"Disebabkan terlalu banyak menghadiri tugasan menyebabkan Tok Guru tidak sempat untuk menjamah makanan terlebih dahulu dan kemungkinan itu faktornya (dimasukkan ke hospital)," katanya.

Sambil mengingatkan penganjur agar tidak mengabaikan aspek kesihatan Nik Aziz sebelum merasmikan program yang dianjurkan mereka, Abdul Patah berkata: "Kadang-kadang penganjur lupa untuk bertanya sama ada Tok Guru sudah makan atau belum dan perkara ini amat dikesali," katanya.

SAMA-SAMA KITA BERDOA AGAR TOK GURU CEPAT SEMBUH


KE MANA EZAM SELEPAS INI? JANJI TAK MASUK UMNO



Ezam Mohd Noor yang keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini, berjanji tidak akan menyertai Umno sebaliknya terus komited dengan pembangkang, khususnya PAS, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar.

Katanya, Ezam yang juga Pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi (Gerak), memberi komitmen itu semasa mereka mengadakan pertemuan di ibunegara hari ini.

Ezam yang telah bersama parti pembangkang itu sejak penubuhannya pada 1999, sebelum ini tidak menolak kemungkinan menyertai PAS atau kembali semula ke pangkuan Umno.

Ezam telah meletakkan jawatan ketua AMK dan ketua PKR Shah Alam, empat bulan ago.

Sementara itu, Mahfuz berkata, dalam pertemuan hari ini, PAS dan Gerak bersetuju bekerjasama untuk membangkitkan kesedaran rakyat mengenai apa yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini.

Katanya, beberapa isu yang sedang berlaku seperti politik dan rasuah perlu disebarkan kepada rakyat kerana ia memberi kesan kepada mereka.

Kunjungan balas

"Kita akan mengumpul dan menggerakkan aktivitis masyarakat dari seluruh negara," katanya ketika dihubungi selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor di ibu negara hari ini.

Mahfuz berkata, pertemuan itu juga membincangkan bagaimana untuk mendapatkan sokongan rakyat bagi menyokong pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Katanya, Ezam juga berjanji akan membantu PAS mempertahankan kerajaan negeri Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut Mahfuz lagi, dua bulan lalu beliau telah berkunjung ke pejabat Ezam di Kelana Jaya dan hari ini bekas Ketua Angkatan Muda (AMK) PKR membuat kunjungan balas.

"Kami akan bertemu sekali lagi dalam tempoh dua minggu akan datang bagi mengadakan perbincangan secara lebih khusus," katanya.

Malaysiakini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59