Monday, 2 July 2007

SELAGI PUSAT MAKSIAT TIDAK DITUTUP SELAGI ITULAH MAKSIAT AKAN BERLELUASA



Lapan pelajar seksi dicekup

MELAKA : Melaka memang terkenal sebagai antara negeri ‘Darul Maksiat’ Islam Hadhari. Jolokan ini amat sinonim dengan Melaka kerana pusat-pusat maksiat tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan tanpa ditegah oleh kerajaan Islam Hadhari. Sebut sahaja apa juga nama pusat maksiat samada karaoke, dangdut, disko, night club dan macam-macam lagi semuanya ada di Melaka.

Ini ditambah lagi dengan perangai pemimpin Islam Hadhari yang memang suka kepada program maksiat seperti konsert dan nyanyian. Lihat sahaja majlis-majlis sambutan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan agensi-agensinya sudah pasti diselitkan dengan acara konsert, nyanyian atau sekurang-kurangnya karaoke. Program-program maksiat yang dianjurkan oleh stesyen-stesyen TV juga sudah pasti tidak akan ditolak oleh Imam Hadhari Melaka. Sebab Jom Heboh, Gegar dan sebagainya menjadikan Melaka sebagai destinasi strategic mereka.

Malam kelmarin dilaporkan bahawa lapan pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di bandar ini yang menyeludup masuk ke sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, di sini semata-mata untuk berhibur dan merasai nikmat sebagai orang dewasa ditahan dalam satu operasi bersepadu antara polis dan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Semua pelajar berusia 16 dan 17 tahun itu juga mengenakan pakaian seksi dan dikatakan berbuat demikian bagi membolehkan ‘bouncer’ membenarkan mereka masuk tanpa perlu melalui pemeriksaan ketat.

Dalam operasi bersepadu yang dijalankan Jabatan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) negeri dan Jaim itu, seramai 37 wanita termasuk kumpulan pelajar perempuan terbabit berusia antara 17 hingga 35 tahun ditahan kerana berpakaian tidak sopan.

Selain itu, 10 lelaki berusia antara 26 hingga 34 tahun turut ditahan kerana meminum minuman keras.

Ketua Pegawai PenguatKuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata semua pelajar perempuan berkenaan pergi ke pusat hiburan itu kerana mengikut rakan yang lebih dewasa.

Katanya, ketika soal siasat dijalankan, mereka menyatakan datang ke pusat hiburan itu untuk berseronok dan berhibur pada malam cuti hujung minggu.

“Semua mereka begitu berani berpakaian sendat dan melampau sehingga ada menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

“Semua pelajar dan wanita berkenaan ditahan kerana melakukan kesalahan berpakaian tidak sopan,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Operasi selama tiga jam bermula jam 1 pagi itu turut memeriksa lebih 100 pengunjung dan semua mereka dikehendaki menjalani ujian air kencing bagi mengesan kemungkinan ada di kalangan mereka mengambil dadah.

Rahimin berkata, 10 lelaki yang ditahan itu pula berada di dalam sebuah bilik di pusat hiburan berkenaan bersama-sama tiga wanita sambil meminum minuman keras.

“Rata-rata pengunjung di dalam pusat hiburan itu adalah mereka yang berketurunan Melayu dan beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga berharap ibu bapa dapat mengawal aktiviti anak mereka pada sebelah malam dengan mengambil tahu di mana anak mereka pergi.

Menurutnya, semua wanita yang ditahan itu diberikan saman hadir dan pengunjung di bawah umur itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pengunjung yang berpakaian seksi itu akan didakwa mengikut Seksyen 71, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka, 1991, kerana perbuatan tidak sopan.

“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM1,000 atau penjara selama enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Bagi lelaki terbabit mereka akan didakwa mengikut Seksyen 50, enakmen sama kerana meminum minuman yang memabukkan. Sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara selama 12 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Gambar Hiasan


PAS ramal menang dua pertiga DUN T’ganu : Idris pucat gigi



Laporan Malaysiakini hari ini sudah pasti merimaskan Idris Jusoh MB Terengganu yang terkenal bercakap besar. Beliau berangan-angan untuk menjadikan Terengganu sifar pembangkang selepas PRU 12.

Namun Malaysiakini melaporkan bahawa PAS meramalkan akan memenangi 24 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dan seterusnya merampas semula negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Malah, kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, PAS Terengganu juga yakin mampu merampas kerusi DUN Jertih yang kini diwakili oeh Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, dalam pilihanraya akan datang.

Husam berkata, PAS kalah pada 2004 ekoran pertambahan undi luar biasa sebanyak 93,179 yang diperolehi oleh Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pertambahan undi ‘luar biasa’ itu tidak akan berulang lagi dalam pilihanraya umum akan datang dan kerana itu PAS yakin dapat merampas semula Terengganu.

Menurutnya, persoalan bagaimana BN mendapat 93,179 undi baru itu pernah ditimbulkan dalam persidangan DUN Terengganu, tetapi dakwanya, ia tidak boleh dijawab oleh pemimpin BN negeri itu.

Dalam pilihanraya umum yang lalu, katanya, BN memperolehi peningkatan purata 19 peratus atau kira-kira 2,200 pengundi baru bagi setiap DUN.

Pertahan kerusi sekarang

Manakala undi untuk PAS pula, katanya cuma merosot lima peratus atau 280 undi bagi setiap DUN.

Undi untuk PAS, katanya, paling banyak merosot di kerusi DUN Alor Limbat (902 undi) dalam Parlimen Marang. Ekoran itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang gagal mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan dalam pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, katanya, bagi DUN Cukai, undi PAS meningkat sebanyak 766 undi – yang terbanyak daripada 32 kerusi DUN di negeri itu.

Katanya, 24 kerusi yang bakal dimenangi PAS termasuk empat kerusi sedia ada – Rhu Rendang (Abdul Hadi), Wakaf Mempelam (Abdul Wahid Endut), Batu Burok (Datuk Wan Mutalib Embong) dan Manir (Datuk Harun Taib) – yang tidak pernah dimenangi Umno sejak pilihanraya umum 1982.

Selain DUN Jertih, Husam berkata, 19 kerusi DUN yang dijangka dapat ditawan PAS dalam pilihanraya umum akan datang ialah Kuala Besut, Hulu Besut, Jabi, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Tepoh, Teluk Pasu, Bukit Tunggal, Bandar, Alur Limbat, Bukit Payung, Pengkalan Berangan, Telemong, Kuala Berang, Ajil, Bukit Besi, Sura dan Rantau Abang.

Husam memberitahu demikian di Kongres Anak Terengganu di Markaz PAS, Taman Melewar dekat ibu negara kelmarin yang khusus membincangkan strategi PAS untuk merampas semula Terengganu dalam pilihanraya umum akan datang.

Kongres itu dirasmikan oleh Abdul Hadi yang juga bekas Menteri Besar Terengganu dan dihadiri oleh kira-kira 300 ahli dan penyokong PAS.

Kroni bolot projek

PAS memerintah Terengganu selepas pilihanraya umum 1999 tetapi dirampas semula oleh BN dalam pilihanraya umum lalu.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata, rakyat negeri itu mula menunjukkan kecenderungan untuk mengubah kerajaan negeri sedia ada dalam pilihanraya akan datang.

Beliau mendakwa, isu yang menjadi perbualan hangan di kalangan penduduk Terengganu ialah satu demi satu projek dibolot oleh kroni pemimpin Umno.

“Bukan sahaja projek besar, projek kecil juga diberikan kepada kroni mereka sehingga rakyat biasa melopong siang malam,” katanya.

Abdul Hadi pula berkata, bedah siasat yang dibuat mendapati kekalahan PAS Terengganu dalam pilihanraya umum lalu bukan kerana kelemahan pimpinan parti itu.

Sebaliknya, katanya, pertambahan luar biasa jumlah pengundi yang mengundi BN disemua 32 kerusi DUN di seluruh negeri.

Gambar Hiasan : Dr Khatijah Jumangat Ketua DMP Negeri Melaka


GERAKERJA MTD AYER MOLEK DILANCARKAN



Majlis Pelancaran Gerakerja MTD Ayer Molek telah di sempurnakan dengan jayanya oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman semalam. Selain dari upacara pelancaran itu, sebelum majlis pelancaran tersebut pada sebelah paginya jentera Pilihanraya MTD Ayer Molek dan Unit-Unit Peti Undi seluruh DUN Ayer Molek juga telah diberikan taklimat dan motivasi oleh Setiausaha Jentera Pilihanraya Negeri, Baihaki Ismail.

Ustaz Ghani dalam ucapan perasmian pelacaran gerakerja tersebut mengingatkan bahawa situasi sekarang adalah amat genting kerana kedaulatan Islam dan Melayu semakin hilang disebabkan kelemahan dan kelekaan Umno yang diberi kuasa memerintah negeri.

‘Para pemimpin Umno leka dengan kemewahan dan kedudukan masing-masing, tanpa menghiraukan Islam dan kedaulatan melayu’ kata Ustaz Ghani yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat.

‘Sekarang ini seluruh jentera dan ahli PAS sepatutnya tidak mempunyai masa untuk berehat dan membuang masa, kita mesti bekerja siang dan malam untuk menyedarkan rakyat tentang penyelewengan dan kelemahan kerajaan’ tambah Ustaz Ghani.

Beliau juga mengingatkan semua ahli PAS dan jentera PAS supaya tidak membuang masa bersiar-siar dan berbual kosong tanpa tujuan kerana musuh kita sentiasa bekerja siang dan malam untuk memadamkan cahaya Islam.

“Jentera mesti diperkemas dan digerakkan, program mendekati masyaralat diperhebatkan, culaan disiapkan dan lain-lain tugas yang tidak pernah habis”ujar Ustaz Ghani lagi.

Turut hadir dalam program pelancaran jentera MTD Ayer Molek tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat dan beberapa pimpinan PAS Kawasan dan Dewan-Dewan. Seramai 52 orang AJK MTD dan Unit Peti Undi Ayer Molek hadir dalam majlis tersebut.


SIAPA SASARAN ADUAN RASUAH OLEH EZAM. HANYA ADA 2 TAN SRI SAHAJA DALAM KABINET?


Siapakah pula sasaran Ezam kali ini?

Siapakah Menteri Umno yang telah songlap wang RM30 juta itu?

Semasa sidang akhbarnya Ezam menyatakan bahawa Menteri itu seorang lelaki dan bukannya wanita. Dalam kabinet Dollah, selain beliau selaku PM dan Najib selaku TPM terdapat 20 orang anggota kabinet dari Umno iaitu 17 lelaki dan 3 wanita.

Jika kata Ezam, Menteri berkenaan adalah seorang lelaki bermakna jika dikecualikan PM dan TPM tinggal 17 orang susupek! Siapakah si dajal dari 17 orang ini?

Semalam di Rimba Jaya, Shah Alam ketika menghadiri satu majlis ceramah anjuran PAS Shah Alam, Ezam terus memalu paku terakhir ke keranda Menteri berkenaan dengan menyatakan Menteri itu adalah seorang Tan Sri! Dari 17 orang Menteri Kabinet Umno yang lelaki, cuma dua yang bergelar Tan Sri iaitu:

TAN SRI Muhyiddin Mohd Yassin
TAN SRI Nor Mohamaed Yakcop


Macam lagu 10 budak hitam pula bunyinya. Tetapi yang ini 17 budak hitam jatuh 15 tinggal dua, dan jika tidak silap maklumat kata Ezam, Tan Sri itu menjaga Perdendaharaan negara, maka tinggallah satu budak hitam yang memang kebetulan hitam pun!

Saya difahamkan Ezam memberikan tempoh 7 hari kepada Perdana Menteri untuk mengumumkan sendiri nama Menteri berkenaan jika tidak beliau sendiri akan mengambil tindakan seterusnya. Dalam hal ini saya mengalu-alukan dan mengucap syabas di atas keberanian Ezam dan GERAK, kalau boleh jangan seorang pun yang nanti didiamkan jika jelas mereka terjerumus dalam angkara rasuah dan salah-guna kuasa.

Bagaimana Dollah, beranikah bertindak atau mahu tanya isteri baru dulu?ADAKAH DOLLAH BERANI MENGAMBIL TINDAKAN KALI INI?

Roslan sms


50 TAHUN MERDEKA ISU PEKERJA HIDANG ARAK MASIH BELUM SELESAI


MARANG: Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar berkata, kerajaan pada asasnya tidak bersetuju pekerja Islam menjadi penghidang minuman keras dan meminta majikan di negara ini supaya tidak memberikan tugas dan tanggungjawab itu kepada pekerja Islam.

"Kita lihat dari segi ajaran Islam memang tidak membenarkan orang Islam bersubahat dalam soal pengendalian atau penjualan minuman keras.

"Umat Islam dilarang sama sekali minum arak atau menghidangkannya kerana perbuatan itu memang ditegah agama," katanya.

"Namun dari segi peraturan dan undang-undang, kita kena ambil masa sedikit untuk mengkaji dan meneliti mekanisme cara mana atau kaedah mana supaya perkara ini tidak menjadi masalah kepada tugas dan tanggungungjawab mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas program peningkatan pendapatan rakyat termiskin Dewan Undangan Negeri kawasan Rhu Rendang di sini hari ini.

Dah merdeka 50 tahun pun hal ini masih belum selesai. Siapa yang hendak menanggung dosa ini. Kerajaan Umno memang sejak dari dahulu tidak langsung memikirkan kebajikan pekerja Islam yang terpaksa menghidangkan arak di Hotel-hotel, kapalterbang dan sebagainya. Selain itu terdapat premis-premis perniagaan seperti 7 Eleven yang menjual arak di mana pekerja Islam terpaksa memegang Tin dan Botol Arak ketika menjalankan tugas. Kes ini benar-benar menghina Islam tetapi pemimpin Islam Hadhari buat tidak kisah sahaja. Sebab itulah kilang Carlberg tersergam indah di dalam negara Islam Hadhari ini.

Malah MAS sendiri sebagai syarikat milik kerajaan Islam Hadhari terus menjual arak di mana majoriti pramugari dan pramugaranya adalah orang Islam. Inilah ajaran Islam Hadhari yang langsung tidak memikirkan halal haram.

Kita mendesak Kerajaan Islam Hadhari menggubal undang-undang ini serta merta dan mengeluarkan arahan supaya kakitangan Islam dibenarkan oleh majikan untuk tidak menghidangkan arak ketika bertugas.


PEMUDA UMNO RAGUI EZAM


Nampaknya Pemuda Umno meragui keikhlasan dan kesetiaan Ezam kepada Umno. Sebab itulah Hishamudin menyatakan bahawa bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ezam Mohd. Noor perlu membuktikan keikhlasan dan kesetiaan beliau kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu sebelum sebarang soal tentang kemasukan semula beliau ke dalam Umno dibangkitkan.

Hishammuddin berkata, Ezam yang juga bekas setiausaha politik kepada penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membuktikan kesetiaan dan sokongan beliau kepada Umno dan BN tanpa menjadi anggota Umno.

“Di dalam Pemuda (Umno), kita telah alami pelbagai ujian selepas mereka keluar dari parti. Jadi hendak terima mereka kembali bukanlah suatu proses yang mudah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian selepas majlis perasmian Mesyuarat Umno Bahagian Sembrong oleh Menteri Besar Pahang dan anggota Majlis Teringgi Umno Datuk Seri Adnan Yaakob.

Hishammuddin yang juga ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian Sembrong berkata, pandangan dari akar umbi Pemuda Umno juga perlu diambil kira.


UMNO TAKUT KEPADA PENULIS BLOG


Umno mengakui bahawa Blog berjaya mempengaruhi minda rakyat sehingga terpaksa melantik penulis khas menangkisnya.

Media hari ini melaporkan bahawa Majlis Tertinggi (MT) UMNO akan melantik penulis khas bagi menangkis semua fitnah terhadap pemimpin negara yang disiarkan melalui laman blog di Internet sebagai strategi parti menghadapi perang siber.

Ahli MT, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melantik beliau mengetuai gerakan membendung fitnah itu pada mesyuarat MT, baru-baru ini.

Menurutnya, langkah itu adalah antara dua strategi utama UMNO dalam menghadapi pilihan raya akan datang selain mendaftarkan secara aktif ahli-ahlinya sebagai pengundi.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai blog yang dimaksudkan itu dan cara ia dilaksanakan nanti.

‘‘Setakat ini, kita mempunyai ramai penulis bagi menjalankan perang siber ini. Saya akan berjumpa dengan pengerusi dan ketua bahagian di seluruh negara dalam siri jelajah nanti.

‘‘Setiap negeri akan diminta menyediakan wakil penulis untuk membantu kita nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Persidangan Tahunan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kota Kinabalu semalam.

Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Y.H. Diego.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59