Saturday, 30 June 2007

OIC TERUS JADI KUDA TUNGGANGAN AMERIKA



Amerika akan melantik seorang wakil khas ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan keputusan itu di sambut baik oleh pemimpin pengecut OIC iaitu Imam Al Hadhari. Maka sudah jelaslah kepada kita bahawa OIC (atau lebih popular dengan gelaran Oooo I See) akan menjadi pak sanggup dan penjilat Amerika.

Sambil menyambut baik langkah itu, Imam Al Hadhari yang pengecut itu turut dilaporkan berharap AS akan mendengar suara OIC sebagai satu pertubuhan dan bukan sekadar memilih untuk membabitkan negara individu. Kenyataan Abdullah disiarkan kebanyakan akhbar harian semalam (29 Jun).

Apakah Imam Al Hadhari tidak sedar bahawa negara jahannam Amerika tidak akan melakukan sesuatu perkara melainkan tindakan itu akan mendatangkan kebaikan kepada mereka jauh sekali untuk berbaik-baik dengan Islam. Yanga jelas ialah Amerika merestui dan berbangga dengan Islam Hadhari kerana ianya sejajar dengan kehendak Amerika iaitu menentang perjuangan Islam sebenar, bersetuju dengan agenda menentang keganasan ciptaan Amerika dan sebagainya.

Amerika begitu yakin dan percaya bahawa OIC akan terus menjadi kerbau yang dicucuk hidung oleh Amerika dan akan ditarik ke hulu ke hilir menjadi hamba dan budak suruhan Bush. Keyakinan bukannya mimpi kosong sebaliknya sebelum ini pun Imam Hadhari ini sendiri sudah lama menjadi pembodek Bush.


SYARAT MENJADI PEMIMPIN UMNO MESTI PEMBOHONG




Seamalam terbongkar lagi satu pekung di dada pemimpin Umno. Kalau sebelum ini si dia (Najib) begitu lantang menafikan bahawa beliau pernah bertemu Altantuya apa lagi mengenalinya, kini semuanya telah terbukti bahawa Najib adalah pembohong besar.

Kita masih ingat kenyataan Najib ketika kempen di Ijok dahulu. Najib pernah berkata, "Saya hanya lihat gambarnya (Altantuya) yang disiarkan oleh akhbar."

Hanya lihat gambar yang disiarkan oleh akhbar (yang disiarkan oleh akhbar sahaja!) bermaksud tidak pernah berjumpa dan bersua muka. Jauh lagi bertegur sapa dan bermesra. Jangan pandai-pandai nak menuduh wujudnya urusniaga. Jauh lagi adegan asmara!

Tetapi sebenarnya tiada siapa yang percaya kata-kata Najib ini, kerana semua orang kenal Najib. Begitu banyak cerita zaman mudanya dulu yang tak payah lah dinukilkan di sini. Satu kampung dah tahu.

Semalam............Najib tersentak. Mungkin beliau berusahanya supaya namanya tidak dikaitkan langung atau tidak disebut semasa sessi perbicaraan. Tetapi usahanya hancur berkecai.

Sepupu Altantuya Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah Shah Alam semalam:

Altantuya had shown her the photo when she returned from a trip to France.

It is believed that the government official in the photograph is Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak, who has close ties with political analyst Abdul Razak Baginda -lapor Malaysiakini.

Siapa yang cakap benar? Najib atau Burmaa? Kalau Najib benar, Burmaa pembohong. Kalau Burmaa benar, Najib pembohong. MAKA NAJIB BERJAYA MELENGKAPKAN DIRI DENGAN SIFAT-SIFAT PEMIMPIN ISLAM HADHARI IAITU SUKA BERBOHONG.


ULAMA IRAN KATA FATWA BUNUH SALMAN RUSHDIE MASIH SAH, ULAMA ISLAM HADHARI MEMBISU KECUT PERUT



Fatwa bunuh Rushdie sah’

TEHERAN: Fatwa hukuman mati ke atas Salman Rushdie, oleh pemimpin revolusi Islam Iran, Ayatollah Khomeini, 18 tahun lalu masih lagi sah, kata seorang ulama negara itu, semalam, merujuk kepada tindakan Britain memberi anugerah kepada penulis itu.

“Di Iran, fatwa era revolusi oleh Khomeini masih sah dan tidak boleh dipinda,” kata Hojatoleslam Ahmad Khatami ketika memberi khutbah Jumaat di sini, semalam.

Malangnya di Malaysia Imam Al Hadhari dan Ulama'ulama pengampu dan 'penjilatnya' langsung tidak bersuara, takut dan kecut perut untuk memberikan fatwa atau komen. Hatta bab aurat pun mereka takut nak tegur Imam Al Hadhari.

Penulis kelahiran India itu menyembunyikan diri selama satu dekad selepas Khomeini mengumumkan hukuman mati ke atas Rushdie pada 1989 kerana menghina Islam menerusi buku bertajuk The Satanic Verses.

Iran awal minggu ini mengadakan pertemuan dengan duta Britain ke negara itu bagi menyampaikan bantahan terhadap anugerah Ratu Elizabeth kepada Rushdie dan menyifatkannya sebagai ‘provokasi.’

Pengganti Khomeini, Ayatollah Ali Khamenei, pada Januari 2005 berkata, penulis Britain adalah seorang lelaki murtad dan dizinkan bunuh mengikut Islam.


MELAKA PUN ADA VIRUS. SEGALA MACAM MAK NENEK ADA DI NEGERI INI



MELAKA – Sejenis virus baru bawaan kelawar yang menyebabkan demam panas yang tinggi kepada pesakit yang dijangkiti virus itu, dikesan di Melaka, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Beliau berkata, bagaimanapun ia tidak menyebabkan kematian dan kementerian mempunyai ubat untuk virus yang dinamakan sebagai ‘virus Melaka’ itu kerana ia ditemui di negeri ini.

“Seseorang yang dijangkiti virus itu akan mengalami beberapa simptom seperti demam panas yang tinggi, batuk, selesema, sukar menelan dan lemah seluruh anggota. Virus ini boleh berjangkit daripada manusia ke manusia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kenali Ubat Anda di Dataran Pahlawan Megamall di sini, hari ini.

Beliau berkata, virus itu ditemui hasil ujian sekumpulan ahli sains terhadap sebuah keluarga di Melaka yang mengalami demam panas yang tinggi, batuk, selesema, sukar menelan dan lemah seluruh anggota pada Mei tahun lepas.

Virus itu dipercayai dibawa oleh kelawar yang memasuki rumah keluarga terbabit, katanya.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berjangkit kerana kemungkinan setiap tahun akan muncul sejenis penyakit baru.

Ditanya mengenai rampasan produk makanan kesihatan NP Trimz bernilai RM6 juta oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan semalam, Dr. Chua berkata, pihaknya akan membatalkan lesen kilang di Sungai Lalang, Semenyih yang mengeluarkan produk itu.

Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah membuat serbuan di seluruh negara, merampas produk yang didakwa boleh mengurangkan berat badan itu setelah disahkan mengandungi bahan beracun ‘sibutramin’.

Mengenai Kempen Kenali Ubat Anda, Dr. Chua meminta doktor supaya meluangkan masa untuk mendidik pesakit mengenai jenis ubat yang diberikan dan cara pengambilan yang betul.

“Tahap kesedaran berkaitan kefahaman terhadap ubat-ubatan di kalangan rakyat Malaysia masih rendah.

“Kita harap kempen ini dapat mendidik mereka sekurang-kurangnya mereka tahu nama ubat, kandungan ubat, cara pengambilan ubat, tindak balas ubat dengan makanan atau ubat yang lain, dan kesan-kesan sampingan ubat itu,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai kempen itu dengan melayari laman web www.know yourmedicine.gov.my.


STESYEN RADIO DAN TV BAGAIKAN MAK BAPAK MEREKA YANG PUNYA


Memang tidak menjadi rahsia umum bahawa stesen radio dan televisyen milik kerajaan diarahkan supaya jangan menyiarkan tentang pembangkang. Tetapi kini stesen radio dan televisyen swasta juga tidak terlepas daripada arahan yang sama.

Nampaknya kerajaan Islam Hadhari dan agensi-agensinya merasakan bahawa stesyen radio dan TV kerajaan dan Swasta semacam mak bapak mereka punya. Sebab mereka menghalang sebarang siaran dan berita mengenai pembangkang, atau komen-komen dari pemimpin pembangkang.

Kalau adapun cuma berita-berita dan komen-komen yang negatif yang menguntung kerajaan Islam Hadhari. Ini satu lagi dalil bahawa Pilihanraya Umum semakin hampir.
Mereka sengaja buat-buat tidak sedar bahawa penyokong dan pemimpin pembangkang juga adalah rakyat Malaysia yang sama-sama membayar cukai.

Akhbar internet Malaysiakini memperolehi salinan surat yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang mengarahkan semua stesen radio dan televisyen swasta supaya berhenti menyiarkan ucapan pemimpim pembangkang. (Surat asal : http://www.malaysiakini.com/others/mcmcletter.html)

“Adalah dimaklumkan bahawa pihak kerajaan mendapati bahawa beberapa stesen-stesen TV dan radio swasta telah menyiarkan ucapan dari pemimpin parti pembangkang,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Dr Halim Shafie dalam surat bertarikh 7 Jun lalu.

“Sehubungan dengan itu, pihak tuan adalah diminta untuk tidak lagi menyiarkan ucapan sedemikian di masa akan datang,” tambahnya.

Menurut surat itu lagi, mereka diminta melaksanakan serta merta arahan tersebut.

Halim tidak dapat dihubungi untuk mengulas mengenai arahan tersebut.

SKMM adalah agensi kerajaan di bawah Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, mempunyai kuasa untuk mengawal perkara berkaitan dengan aktiviti komunikasi dan multimedia, termasuk stesen radio dan televisyen swasta serta lamanweb internet.

Bidangkuasanya merangkumi urusan pelesenan stesen radio dan televisyen swasta.

Salinan surat tersebut turut dihantar kepada Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Dr Halim Man.

Stesen nafi

Semalam, stesen televisyen swasta, ntv7 menafikan dakwaan parti pembangkang bahawa ia telah menerima arahan supaya tidak menyiarkan komen pihak pembangkang.

Rabu lalu, Ahli Parlimen DAP, Tan Kok Wai memberitahu satu sidang akhbar bahawa beliau telah mendapat maklumat dari sumber yang layak dipercayai mengenai arahan tersebut.

Beliau menyifatkan arahan itu sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap parti-parti pembangkang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59