Friday, 29 June 2007

PEMUDA BUKIT KATIL SOKONG MTUC



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menyokong Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket bagi mendesak kerajaan melaksanakan gaji minimum RM900 dan elaun sara hidup (COLA) RM300 kepada pekerja swasta di negara ini.

Ketua Lajnah Kerajaan dan Swasta DPPBK, Suffian Ab Bakar(gambar atas) berkata, DPPBK tetap akan menyokong apa sahaja tuntutan MTUC asalkan ianya munasabah dan benar-benar menjaga kebajikan pekerja.

Mengulas lanjut perkembangan piket tersebut, beliau berkata isu gaji minimum ini telah lama diselesaikan di Eropah di mana 18 atau 19 peratus negara Eropah telah melaksanakan pembayaran gaji minimum yang disesuaikan dengan kos hidup negara masing-masing. Suffian juga yakin bahawa ianya amat sesuai di gunapakai di mana-mana negara demi untuk menjaga kebajikan pekerja.

`Cuba bayangkan bagaimana sebuah keluarga yang ahlinya seramai 8 orang boleh ‘survive’ dengan pendapatan bapa hanya RM500. Di tambah lagi dengan kos persekolahan dan barangan yang semakin naik`

`Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka ini boleh hidup dengan gaji sebanyak itu` tambah Suffian dengan serius.

Oleh itu, kata Suffian, apa yang dituntut oleh MTUC itu ada kaitan dengan tanggungjawab kerajaan iaitu membenarkan pembayaran gaji minimum untuk sektor swasta dilaksanakan.

Suffian menolak dakwaan bahawa pelaksanaan gaji minimum akan menyebabkan majikan akan gulung tikar kerana terpaksa berbelanja lebih dengan membayar gaji lebih setiap bulan.

Ditanya samada DPPBK sedia untuk bersama-sama MTUC jika ianya dijalankan di Melaka, dengan tegas Suffian menjawab. ` tentu sekali’ dengan semangat.

Isnin lalu, MTUC mengadakan piket di beberapa tempat di seluruh negara bagi menuntut kerajaan melaksanakan gaji minima RM900 dan COLA RM300 kepada pekerja sektor swasta.

MTUC mendakwa pelaksanaan gaji minimum perlu kerana ada sesetengah pekerja swasta dalam sektor tertentu yang mendapat gaji kurang RM500 sebulan.

Presiden MTUC, Syed Shahir Mohamud berkata, piket akan diteruskan sehingga kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan tersebut.


KES ALTANTUYA : NAJIB MULA PANAS, NAMANYA DISEBUT DI MAHKAMAH HARI INI


Najib mula panas hari ini apabila namanya disebut di dalam mahkamah. Seorang saksi rakyat Mongolia memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bahawa dia pernah melihat gambar Altantuya Shaariibuu sedang makan bersama dengan seorang pegawai kerajaan Malaysia bernama Najib Razak.

Burmaa Oyunchimeg, yang juga dikenali sebagai Amy, memberitahu mahkamah bahawa Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar tersebut sekembalinya dari Perancis.

Dipercayai pegawai kerajaan Malaysia dalam gambar tersebut adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mempunyai hubungan rapat dengan Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak kini menghadapi tuduhan bersubahat membunuh Altantuya, 28.

Burmaa, 26, menyebut mengenai gambar itu ketika disoalsiasat oleh Timbalan Pendakwaraya, Manoj Kurup.

Bagaimanapun, apabila dia menyebut mengenai gambar yang menunjukkan Altantuya sedang makan dengan Razak dan seorang ‘pegawai kerajaan’, pihak pendakwa beralih kepada soalan lain.

Kira-kira 20 minit kemudian, Karpal Singh, yang menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya, memohon kebenaran mahkamah untuk bertanya mengenai gambar tersebut.

'Sama nama'

Ia dibantah oleh pihak pendakwa dan berlaku pertikaman lidah berhubung sama ada soalan itu relevan atau tidak. Bagaimanapun, Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yusni membenarkan permohonan Karpal itu.

Karpal kemudiannya bertanya kepada Burmaa apakah yang terdapat dalam gambar tersebut.

“Dia (Altantuya) sedang makan bersama Razak (Baginda), seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain,” jawabnya.

Karpal kemudian bertanya mengenai identiti pegawai kerajan itu dan Burmaa menjawab: “Saya ingat namnya Najib Razak, nama mereka sama. Saya bertanya kepadanya (Altantuya) sama ada mereka bersaudara.”

Ini mencetuskan satu lagi pertikaman lidah antara Karpal dengan pihak pendakwa.

Menurut pihak pendakwa, Abdul Razak dan Altantuya bertemu pada 2004 dan menjalinkan hubungan, ketika mana Razak memberi wang kepadanya.

Selepas mereka berpisah setahun kemudiannya, Razak dikatakan terus memberi wang setiapkali diminta oleh Altantuya. Tetapi tiada lagi pembayaran dibuat tahun lalu, menyebabkan Altantuya tidak puashati dan datang ke Malaysia pada bulan Oktober lalu, kata pihak pendakwa.

Mayat Altantuya kemudiannya ditemui diletupkan di sebuah kawasan di Shah Alam, selepas dia dibawa pergi dari luar kawasan rumah Abdul Razak pada pertengahan Oktober lalu.

Di kandang tertuduh ialah Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman yang didakwa membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja di sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Abdul Razak, 46, pula didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam melakukan pembunuhan itu. Jika sabit kesalahan, ketiga-tiga mereka boleh dihukum mati.


UMNO PEROSAK GOLONGAN REMAJA



Umno terus membuktikan mereka adalah Perosak Anak Muda dan Bangsa. Manakan tidak pemimpin-pemimpin yang serba boleh terus memberikan galakan kepada program-program maksiat dan hiburan. Bukan sahaja ianya diadakan di bandar-bandar besar malah di Pekan-pekan ‘Cowboy’ pun program seperti di adakan dengan giat atas sokongan dan ‘tajaan’ Umno.

TIDAK pernah mengecewakan! Itulah ungkapan yang disiarkan oleh Utusa Meloya ke atas konsert yang diadakan di sebuah Pekan Kecil Bera di Pahang. Konsert bergerak Pancaindera Mingguan Malaysia jelas tidak memberikan sebarang manfaat sebaliknya ianya mendatangkan mudharat seperti pergaulan bebas, melalaikan masa dan sebagainya. Lebih mengaibkan konsert tersebut mendapat sokongan dari pemimpin Umno apabila Ketua Umno Bahagian Bera yang juga Ahli Parlimen Bera, Datuk Ismail Sabri Yaakob turut sama menyaksikan konsert maksiat tersebut.

Selepas Port Dickson, Negeri Sembilan dan Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, tiba pula giliran Laman Kerayong di Bera, Pahang diserbu lebih 20,000 pengunjung malam Sabtu lalu. Cuba bayangkan berapa ramai anak muda yang berseronok dan tertipu dengan hiburan dunia yang melalaikan. Lebih malang lagi kebiasaannya sebahagian anak muda yang datang menyaksikan konsert ini tidak balik terus ke rumah selepas konsert habis sebaliknya melencong ke lain.

Inilah dosa Umno yang tidak mungkin dapat dimaafkan kerana merosakkan anak muda kita.

Tidak cukup dengan anak muda melayu , malah golongan remaja masyarakat orang Asli yang tinggal di sekitar daerah Bera juga di’rosak’kan oleh Umno.

Antara penyeru kearah maksiat yang memberikan persembahan malam itu ialah Saleem, Ramlah Ram, Achik Spin, Siti Nordiana, Elyana dan Alif (One In A Million).

Sedarkah wahai pemimpin Umno, jangan kamu menyesatkan anak muda lagi kerana sesungguhnya anak-anak muda sekarang sudah hanyut dan menjauhi agama, jangan kamu menambahkan lagi masalah ini.

Keterangan Gambar : Ismail Sabri bergambar dengan artis yang mengambil bahagian dalam program perosak remaja tersebut.


LAGI KECUAIAN HOSPITAL ISLAM HADHARI


REMBAU: Kecuaian demi kecuaian kakitangan hospital dilaporkan oleh media. Namun ianya terus berlaku.

Semalam sebuah media melaporkan bahawa ibu kepada bayi berusia tiga bulan, Nur Alya Sabrina yang luka di belakang kepala dan semakin membengkak tidak berpuashati dengan penjelasan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) berhubung kecederaan bayi itu ketika dilahirkan pada 8 Mac lalu.

Berikutan itu, dia serta ahli keluarga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap hospital berkenaan termasuk doktor wanita yang menjalankan pembedahan atas dakwaan cuai menjalankan tugas.

Norazian Yaacob, 27, berkata penjelasan yang diberikan hospital seperti dilaporkan dalam akhbar ini semalam tidak menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah yang menimpanya sebaliknya sekadar mempertahankan kesilapan yang sudah dilakukan.

Katanya, biarpun hospital mendakwa sering melakukan pemeriksaan, tetapi setiap kali dibuat, doktor yang merawat seringkali mengatakan luka semakin sembuh, sedangkan ia belum pulih.

“Saya tidak puas hati. Kalau dia (doktor) kata lukanya semakin baik, tidak mungkin selepas lebih tiga bulan masih lagi keadaannya macam ini. Kalau secara logik pun, dalam tempoh itu mesti sudah sembuh tetapi kita tengok luka ini semakin bengkak dan bernanah,” katanya.

Norazian juga tidak puashati dakwaan hospital yang mengatakan dia sering lewat ketika temujanji menyebabkan pihak hospital terpaksa memberi tarikh baru.


MENTERI KESIHATAN MESTI BERTANGGUNGJAWAB DAN MELETAKKAN JAWATAN


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59