Monday, 25 June 2007

LIMA KUNCI UNTUK DAPAT BANTUAN ALLAH.


oleh Ustaz Aziz

Ada banyak persoalan yang melingkari kehidupan kita, baik masalah peribadi, keluarga, kerja atau lebih besar daripada itu. Seiring dengan masalah yang di hadapi, banyak pula cara boleh kita lakukan untuk menyelesaikannya. Kita boleh mengatasinya menerusi kecerdasan akal, kemampuan fizikal, harta kekayaan, perhubungan atau apa sahaja. Namun bagi saya sendiri, tidak ada yang paling ampuh selain meminta pertolongan Allah SWT sambil berusaha.

Mengapa pertolongan Allah? Tidak ada satu masalah pun terjadi, kecuali atas izin Allah. Semuanya ada dalam gengaman Allah. Dalam keadaan demikian, alangkah mudahnya jika Allah membuka jalan kemudahan bagi sesiapa yang ditimpa masalah. Disebabkan itu, masalah terbesar dalam hidup adalah ketika kita tidak mendapat pertolongan Allah.

Seberat mana persoalan akan menjadi ringan bila dibantu Allah. Soalnya, bagaimana agar kita ditolong Allah? Jawapannya ada didalam Al-Quran,surah Thalaaq,ayat dua dan tiga, bermaksud " Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah,nescaya dia akan menyediakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan(yang dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah menentukan setiap sesuatu"

Jadi, kunci pembuka bantuan Allah ada didalam ketakwaan kita. Semakin takwa kita, semakin terbuka lebar pintu pertolongan Allah. Sebaliknya, semakin ingkar kita, semakin tertutup rapat pintu pertolongan Allah.

Pertama Mencintai Masjid.

Masjid adalah rumah Allah yang ada dibumi. Pertolongan Allah akan datang kepada sesiapapun yang cinta dan gemar memakmurkan masjid.

Kedua Solat Tahajud.

Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang sangat dicintai Allah. Sangat rugi yang mensia-siakan waktu sepertiga malam terakhir.Sebab ia telah mensia-siakan datangnya pertolongan allah.

Ketiga Rajin Bersedekah.

Amalan ini sungguh luar biasa. Dengan bersedekah, rezeki, urusan menjadi mudah, kita pun terhindar daripada musibah. Jaminan daripada Allah demikian pasti kepada ahli sedekah.

Keempat Bantu Orang Lain.

Sesungguhnya Allah akan menolong orang yang gemar membantu saudaranya dan permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita.

Kelima Banyak berselawat.

Berselawat kepada Rsulullah SAW adalah amalan yang terpuji.Cinta akan Rasul dan bila Allah sudah cinta, pertolongannya akan terbuka bagi kita.


PAS AKAN TAWAN TERENGGANU


PAS Terengganu akan mengadakan kongres khas untuk membincangkan secara khusus perancangan dan strategi untuk merampas semula Terengganu dalam pilihanraya umum akan datang.

Kongres khas itu akan berlangsung pada 30 Jun di ibupejabat PAS di Taman Melewar, Gombak.

Sehubungan itu, Presiden PAS yang juga bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyampaikan ucaptama bertajuk "Kembalikan Pemerintahan Islam di Terengganu".

Manakala Menteri Besar Kelantan, yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menutup kongres tersebut.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali yang juga pengarah pilihanraya PAS pusat pula akan menyampaikan ucapan bertajuk "Tawaran PAS kepada rakyat Terengganu."

Manakala bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Dr Shafie Abu Bakar pula akan membentangkan kertas kerja bertajuk "Analisa Politik Terengganu – Mampukah PAS menguasai Terengganu" dalam pilihanraya umum akan datang.

Menurut Mustafa, isu tersebut akan diulas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dan Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim dari Universiti Malaya.

Yakin menang

"Kami mensasarkan 500 penyokong PAS dan orang ramai, termasuk golongan profesional, akan datang dan memberi pandangan, terutama tentang apa perlu PAS lakukan untuk menang semula di Terengganu dalam pilihanraya kelak," katanya.

Mustafa berkata, kongres tersebut akan menaikkan semangat penyokong dan ahli PAS dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.


PAS memerintah Terengganu selepas pilihanraya umum 1999 tetapi Barisan Nasional (BN) berjaya merampasnya semula dari parti pembangkang itu dalam pilihanraya umum 2004.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, berikutan sokongan besar rakyat, PAS yakin akan dapat merampas semula Terengganu dalam pilihanraya umum akan datang.

"Apapun, kami sangat memerlukan pandangan dan cadangan orang ramai bagi memantapkan lagi jentera pilihanraya parti menjelang pilihanraya umum akan datang," katanya.

Mustafa berkata, kongres tersebut juga boleh menjadi medan orang ramai untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai politik Terengganu sejak BN memerintah negeri itu sejak tiga tahun lalu.

Ketika ini, PAS cuma mempunyai empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)) dan gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen di Terengganu dalam pilihanraya umum lalu.

Malaysiakini


HAMPIR SEPARUH MENTERI KE LUAR NEGARA : MEMBAZIR ATAU TIDAK.


Kadir Jasin menulis dalam Blognya.

Setelah meminta bantuan daripada beberapa pihak rasmi dan tidak rasmi, di dalam dan luar negara, saya mengumpulkan maklumat berikut. Namun perlu secara kategorikal saya menyatakan bahawa maklumat ini tertakluk kepada perubahan dan pembetulan.

Menteri ada tujuh atau lapan orang. Antaranya Rafidah Aziz, Samy Vellu, Syed Hamid Albar, Shafie Apdal, Jamaluddin Jarjis, Khalid Nordin dan Zainuddin Maidin.

Menteri besar dan ketua menteri pula adalah Tajol Rosli Ghazali (Perak), Mahdzir Khalid (Kedah) , Adnan Yaakob (Pahang) dan Ali Rustam (Melaka). Saya tidak dapat mengesahkan jika benar bahawa Idris Jusoh (Terengganu) pun turut sama atau berada di Eropah Selatan.

Khabarnya tidak semua menteri, menteri besar, ketua menteri dan timbalan menteri mengekori Perdana Menteri ke semua destinasi. Lain negara yang dilawati, lain pula perwakilan pembesarnya.

Dimaklumkan juga ada seorang dua menteri besar kecil hati kerana tidak dijemput menyertai rombongan Perdana Menteri.


5 TAHUN SUDAH USTAZ FADZIL TINGGALKAN KITA



Sudah 5 tahun Ustaz Fadzil negarawan ulung kita meninggal dunia. Namun ianya seolah-olah baru semalam beliau pergi. Aku masih ingat ketika itu aku sedang memandu kereta untuk pulang ke Melaka. Sesampai aku di 'Traffic Light' Simpang Ayer Hitam, telefon tangan buruk ku berbunyi tanda ada sms masuk. Aku tersentak membaca sms tersebut yang menukilkan bahawa Almarhum telah meninggal dunia sebentar tadi. Ketika jam menunjukkan pukul 11.15 pagi. Aku terlewat 45 minit menerima berita sedih itu. Aku seolah-olah ingin sahaja memberhentikan kereta ku kerana kesedihan. Namun ku gagahi juga perjalanan ku.

Nukilan Akmal Danial.25 Jun 2007

Dipetik dari Harakahdaily

Peristiwa 23 Jun 2002 tetap bersemadi dalam memori seluruh umat Islam luar dan dalam negara kerana pada tarikh tersebut perginya idola tersayang, Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor.

Almarhum meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat sakit jantung pada jam 10.30 pagi.

Almarhum menerima rawatan selepas melakukan pembedahan pintasan jantung pada 10 Jun 2002. Sebelum itu Alhamrhum dimasukkan ke Hospital Kuala Terengganu kerana mengadu sakit dada.

Pemergiannya ditangisi, jasa dan ketokohan Almarhum tiada tolok bandingnya.

Kini lima tahun sudah berlalu, namun memori bersama Almarhum tetap dalam berada dalam lipatan kenangan.

Setiausaha Agong PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar sentiasa mengenang jasa dan ketokohan Almarhum dan yakin seluruh ahli dan kepimpinan PAS turut merasainya.

Beliau yang dihubungi kagum dengan kehebatan dan kepintaran Almarhum memimpin parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dari tahun 1990 hingga pertengahan 2002.

Katanya, kejayaan Almarhum memimpin PAS dalam suasana mencabar itu dan telah membawa kemenangan terbesar kepada PAS adalah satu fakta sejarah yang tidak dapat dinafikan.

Almarhum juga tambah beliau, dapat memberikan gambaran yang tepat berkenaan konsep kepimpinan Ulama dan ia tidak dapat ditandingi oleh tokoh lain.

Kamaruddin berharap ahli dan pimpinan PAS sentiasa memperingati dan mengkaji cara Almarhum memimpin parti selama berpuluh-puluh tahun dengan berbagai-bagai jawatan.

Sementara itu, Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyifatkan Almarhum cukup `friendly' walaupun beliau seorang pimpinan tertinggi parti.

"Bagi ahli PAS banyak kenangan manis yang patut dicontohi. Almarhum mempunyai sifat `kebapaan' jika berjumpa muslimat tidak lupa bertanya hal suami," katanya.

Menurut beliau kepetahan Almarhum ketika berdebat dan berceramah memang tidak dinafikan, mudah-mudahan pimpinan PAS seterusnya dianugerahkan oleh Allah mempunyai sifat yang dimiliki oleh Almarhum.

Kepada kaum keluarganya kata beliau, seharusnya berusaha untuk menjejaki langkah meneruskan perjuangan Almarhum.

"Sama-samalah kita kirim al-Fatehah kepada roh Almarhum semoga kita yang akan mengikutinya dipilih oleh Allah termasuk dalam golongan orang yang soleh dengan kerana melaksanakan perjuangan ini kerana Allah," katanya.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub berikrar untuk cuba bersungguh-sungguh melangsungkan hasarat dan cita-cita Almarhum mengaplikasikan pendeakatan perjuangan dan menjadikan PAS sebagai sebuah wadah perjuangan yang boleh diterima oleh masyarakat Malaysia.

Menurut beliau, Almarhum telah berjaya meletakkan diirnya bukan sekadar pimpinan PAS tetapi rakyat di luar sana.

Katanya, Almarhum merupakan seorang reformis yang memiliki keberanian untuk melakukan beberapa anjakan paradigma dalam menentukan pemikiran dan hala tuju perjuangan parti.

"Almarhum merupakan contoh ulama kontemporari yang sentiasa menjadikan pengetahuan sebagai asas dalam mendepani cabaran perjuangan," jelasnya.

HARAKAHDAILY


TAK MALU PADA ALLAH DAN PADA MANUSIA?


Semalam di muka depan surat khabar Berita Harian memaparkan pertemuan Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Mufti Bosnia Herzegivina Mustafa Ceric sambil diperhatikan isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah di university of Sarajevo bagi menyampaikan ceramah yang bertajuk Pembangunan Negara dalam Masyarakat berbilang Kaum di Sarajevo . Turut hadhir dalam pertemua itu ialah Isteri Ketua Mufti Aera Ceric .

Saya percaya ramai pihak tersenyum menyaksikan gambar yang terpapar di muka akhbar tersebut. Barangkali inilah kali pertama penampilan isteri baru Perdana Menteri di pentas antarabangsa dalam menyertai lawatan rasmi perdana menteri .

Respon awal saya ialah sepatutnya Ketua Mufti Bosnia Mustafa Ceric yang menyampaikan ceramah kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Pengerusi OIC .

Saya rasa , kuliah awal yang boleh disampaikan oleh Mustafa Ceric ialah mengenai batas - batas aurat dan tanggungjawab seorang suami terhadap isteri sebelum masuk tajuk kuliah dasar yang lain seperti tanggungjawab seorang pemerintah terhadap negara dan rakyatnya.

Apa pun doa saya , pertemuan itu akan memberi erti yang amat bermakna buat Perdana Menteri kita , itupun kalau ia mahu mengerti . Jika tidak , tiada sebarang erti untuk dimengertikan . Pun begitu , saya harap rakyat pun reti - reti lah dalam menilai mana pemimpin yang mengerti dan mana pula pemimpin yang tidak mengerti .

Ermmm... tak kan itu pun tak reti ?

Dari SIAPA YANG TAK RETI? BLOG UST NASA TANTAWI


DAH BOCOR BARU PERASAN. PROJEK BOCOR TAK PERASAN?


Kita merasa pelik dengan hairan dengan kerajaan Islam Hadhari dan agensi-agensinya. Banyak sungguh kejadian paip bocor, siling bocor, siling runtuh dan sebagainya. Namun tidak ada langkah-langkah konkrit untuk mengatasi.

Sekali fikir sebab musabab berlaku perkara sedemikian tidak lain tidak bukan ialah kerana kegagalan pihak yang memeriksa dan meluluskan projek tersebut ketika menjalankan pemeriksaan. Bukankah pihak yang terbabit berpengalaman dan mempunyai prosedur-prosedur tertentu untuk memeriksa dan meluluskannya. Sudah tentu mereka mempunyai 'Standard Operating Procedure' atau 'Work Instruction' ketika menjalankan kerja-kerja pemeriksaan. Tidak mungkin mereka terlepas pandang. Mereka bukan buta atau rabun.

Tetapi mengapa perkara ini terjadi. Tepuk dada tanya iman?

Siling bocor mungkin menandakan projek bocor. Bocor di peringkat mana kerana proses pemberian tender ini melalui banyak peringkat.

Agak-agaknya bocor di peringkat mana?

Semalam satu lagi bangunan mengalami kebocoran siling iaitu Hospital Pekan. Siapa yang bertanggungjawab. Biasalah semua lepas tangan dan salah menyalahkan antara satu sama lain.


SIAPA CUAI?. APA TINDAKAN KEATAS KECUAIAN TERSEBUT



Sudah acap kali kecuaian dilakukan oleh samada doktor atau jururawat yang mengakibatkan kesengsaraan si pesakit malah ada kes yang menyebabkan kematian. Namun jarang sekali kita mendengar pihak-pihak yang bertanggungjawab mengaku atau meletakkan jawatan di atas kesilapan dan kealpaan mereka. Inilah yang berlaku di Malaysia. Seseorang pesalah begitu takut untuk mengakui kesilapannya. Malah lebih teruk si pesalah seolah-olah mempunyai 'muka tembok' yang tidak bermaruah sehingga sanggup meneruskan kerja mereka tanpa rasa bersalah.

Inilah fenomena yang berlaku di dalam negara Islam Hadhari disebabkan teladan buruk ini sebenarnya diasaskan oleh pemimpin Islam Hadhari yang tidak bermaruah dan tiada harga diri. Ambil sahaja contoh bagaimana ramai dikalangan pemimpin Islam Hadhari yang didapati bersalah mengamalkan rasuah politik (politik wang) tetapi mereka tanpa segan silu terus menjawat jawatan mereka. Sebahagian besar pemimpin Islam Hadhari terlibat dengan rasuah ini iaitu menyogok pengundi ketika kempen pilihanraya.

Akhirnya kakitangan kerajaan tidak bermaruah juga, tidak mahu meletakkan jawatan walaupun melakukan kesalahan semua gara-gara meniru cara kepimpinan Islam Hadhari yang tidak mengajar pesalah menyesali kesilapan dan bertanggungjawab kepada kesilapan tersebut.

Semalam media melaporkan bahawa seorang suri rumah terpaksa menanggung kesengsaraan hidup selama tiga tahun ekoran seutas wayar sepanjang 33 sentimeter tertinggal di dalam perutnya selepas satu pembedahan batu karang di Hospital Alor Star (HAS).

Rusinah Yatim, 44, berkata, akibat kecuaian yang didakwanya dilakukan oleh HAS itu, dia terpaksa menanggung pelbagai masalah kesihatan dalam tempoh tersebut sehingga wayar itu berjaya dikesan dan dikeluarkan beberapa hari lalu.

Akibat kecuaian itu, katanya, dia mengalami sakit perut hampir setiap hari dan diserang demam panas pada tiap-tiap bulan.

Namun, menurutnya, apabila dirujuk di klinik, doktor tidak dapat mengesan sebarang penyakit sehinggalah kira-kira dua bulan lalu apabila penyakitnya bertambah teruk dan dia mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Petani (HSP).

Kita yakin tidak ada pihak yang berani mengaku bertanggungjawab. Hatta Menteri Kesihatan juga akan mencari 'kambing hitam' untuk menyelamatkan dirinya. Namun menteri tersebut sudah tentu tidak mahu bertanggungjawab.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59