Friday, 22 June 2007

KERA MELAKA GIGIT BUDAK HINGGA PARAH


MELAKA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera parah digigit seekor kera jantan liar ketika bermain bersama beberapa sepupunya berusia antara tiga hingga lima tahun di atas pangkin di halaman rumah keluarganya di Padang Temu, di sini, pagi semalam.

Mangsa, Nornazira Norazhar yang digigit di bahagian depan dan belakang kelengkangnya kini terpaksa dirawat di Wad Kanak-Kanak Hospital Melaka (HM) selepas doktor mendapati luka yang dialaminya agak parah dan memerlukan pembedahan segera.

Menurut nenek saudara mangsa, Naemah Rahmat, 56, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika Nornazira dan beberapa sepupunya leka bermain di atas pangkin di depan rumahnya.

Katanya, ketika itu dia berada di dalam rumah apabila terdengar suara kanak-kanak menjerit sambil menangis.

Beliau berkata, sebaik mendengar jeritan itu, anak lelakinya, Mazlan Wahab, 25, yang juga bapa saudara Nornazira yang kebetulan berada di pintu dapur rumahnya terus berlari ke arah kanak-kanak itu.

“Ketika itulah, Mazlan terlihat sepasang kera berada berhampiran anak saudaranya dan terus membaling batu ke arah haiwan berkenaan.

“Berikutan itu, mak cik dan beberapa ahli keluarga lain termasuk ibu Nornazira, Izurah Ismail membawa Nornazira ke HM untuk rawatan lanjut. Ketika itu, saya lihat bahagian bawah pahanya berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Naemah berkata, memang banyak kera berkeliaran di kampung itu bagi mencari makanan dan dipercayai menghuni belukar berhampiran.

Beliau berkata, dianggarkan antara 30 hingga 40 kera menghuni kawasan belukar itu dan sering ke rumah penduduk mencari makanan.

“Ada kalanya kera berkenaan mencuri makanan yang ada di dapur selepas mencuri masuk, malah susu cair dan sebagainya turut dilarikan.

“Keadaan ini membimbangkan kami kerana ia membabitkan keselamatan kanak-kanak yang selalu bermain di halaman rumah, malah orang dewasa pun turut takut disebabkan haiwan berkenaan bersikap ganas apabila cuba dihalau,” katanya.

Sementara itu, ketua kampung Kampung Padang Temu, Sidang Musa Salam berkata, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri diminta mengambil tindakan segera menghapuskan kera berkenaan.

"Kalau boleh saya harap Perhilitan memasang perangkap atau menggunakan apa jua kaedah yang sesuai untuk mengurang atau menghapuskan terus kehadiran kumpulan kera di kampung ini," katanya.

Hmetrok


PEMIMPIN UMNO 'OVER CONFIDENT' SEBAB SPR, JPN, MEDIA JADI 'PENJILAT' MEREKA



Para pempinan begitu perasan bahawa Umno adalah sebuah parti yang cukup kuat. Namun begitu mereka sedar kekuatan itu adalah dengan syarat tidak berlaku sebarang krisis kepimpinan dalam parti tersebut. Sejarah telah membuktikannya. Dalam pilihanraya umum 1990, Umno berpecah selepas Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad bagi jawatan presiden Umno.

Dalam pemilihan parti itu pada 1987, Dr Mahathir menang tipis. Segelintir ahli Umno membawa kes pemilihan parti itu ke mahkamah kerana mendakwa wujud perwakilan 'haram'. Berikutan itu, Umno diharamkan.

Tengku Razaleigh menubuhkan parti serpihan Umno - Parti Semangat 46 (S46) - manakala Dr Mahathir pula menubuhkan Umno (Baru). Perpecahan itu mewujudkan Team A dan Team B dalam Umno sehingga menjejaskan prestasi parti itu dalam pilihanraya umum 1990.

Dalam pilihanraya umum itu, Umno kehilangan Kelantan kepada PAS yang bekerjasama dengan S46 melalui barisan pembangkang - Angkatan Perpaduan Ummah.

Umno sekali lagi dilanda krisis apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari Umno dan kerajaan. Parti Keadilan pimpinannya isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekerjasama dengan pembangkang dalam pilihanraya umum 1999.

Dalam pilihanraya tersebut, Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, menghadapi cabaran hebat daripada pembangkang dan kali ini, parti itu kehilangan Terengganu, juga kepada PAS.

Dan dalam pilihanraya umum 2004, Umno tidak menghadapi sebarang krisis dalaman. Dr Mahathir bersara dan Datuk Seri Abdullah Ahmad mengambil alih tampuk kepimpinan negara dan Umno.

Mampu pertahan kerusi

BN menang besar - 199 daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Umno juga berjaya merampas semula Terengganu dan hampir-hampir menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan.

Dan jika didasarkan kepada kemenangan besar yang dicapai oleh BN, khususnya Umno, dalam kesemua lima pilihanraya kecil sejak 2004 - di atas kertas, parti itu dalam keadaan yang cukup baik untuk menghadapi pilihanraya umum kali ini. Benarkah begitu keadaannya?

Sebenarnya Umno sudah bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa. Umno tidak menjangka akan menghadap tentangan hebat dari musuh tradisinya, PAS, kali ini kerana parti pembangkang itu terpaksa menumpukan seluruh jentera pilihanrayanya untuk mempertahankan kerajaan negeri Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan kini dalam keadaan yang amat genting. Ia memerintah Kelantan hanya dengan satu kerusi majoriti - 23 (PAS) dan 22 (BN-Umno).

Sehubungan itu, para pemerhati politik berpendapat, seharusnya PAS mencurahkan segala jentera pilihanraya untuk mempertahankan Kelantan bagi menambah jumlah kerusinya supaya kerajaannya di negeri itu lebih stabil.

Oleh itu, kata mereka, tumpuan PAS di negeri-negeri lain akan terjejas dan tidak banyak dapat membantu barisan pembangkang untuk berdepan dengan BN di luar Kelantan.

Tanpa saingan sengit dari PAS, Umno yakin dapat mempertahankan disemua 110 kerusi Parlimen yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 2004.

Jumlah itu merupakan 50 peratus daripada 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. Selain Umno, kira-kira 38 kerusi Parlimen disumbangkan oleh parti-parti komponen BN di Sabah dan Sarawak. Dan mereka juga dijangka tidak menghadapi masalah besar untuk mempertahankannya dalam pilihanraya umum akan datang.

Jadi, jika dicampur kerusi Parlimen Umno dan kerusi Parlimen parti komponen BN Sabah dan Sarawak, maka BN sudah ada 148 kerusi.

Malah, parti-parti komponen utama BN di Semenanjung - Geakan, MCA, MIC - juga dijangka tidak menghadapi masalah besar dalam pilihanraya umum kali ini. Dalam pilihanraya umum yang lalu, MCA memenangi 31 kerusi Parlimen, Gerakan (10), MIC (9) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) mendapat satu kerusi.

Namun, jika parti-parti komponen itu mampu mempertahankan dua pertiga sahaja daripada kerusi Parlimen mereka, ianya sudah memadai untuk BN kembali berkuasa semula dengan selesa selepas pilihanraya umum akan datang, walaupun mungkin tidak mencecah 199 seperti sekarang.

DAP mantap

Seandainya ura-ura pembubaran parti Barisan Progresif India (IPF) untuk menyertai MIC menjadi kenyataan, maka parti kaum India itu pastinya berada dalam keadaan yang baik untuk menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Lantaran itulah, kata para pemerhati politik, mungkin ada kebenarannya bahawa kerajaan akan mengadakan pilihanraya umum lebih awal, sepertimana yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang sekarang.

Parti-parti pembangkang utama yang bakal dihadapi parti-parti komponen bukan Melayu BN ialah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Namun, sehingga ini, pemerhati politik berasakan PKR belum dalam keadaan bersedia sekiranya pilihanraya umum diadakan seawal tahun ini. Lagi pula parti tersebut kini dalam proses peralihan kepimpinan selepas Anwar mengambilalih parti itu dari Dr Wan Azizah.

Pastinya Anwar memerlukan masa untuk mententeramkan ahli-ahli lama parti itu yang beranggapan mereka telah dipinggirkan, ekoran semakin ramai tokoh-tokoh baru, termasuk dari kalangan korporat dibawa masuk menyertai PKR.

Satu-satunya parti pembangkang yang mantap dan dijangka memperlihatkan prestasi yang baik dalam pilihanraya umum kali ini ialah DAP. Namun, menurut pemerhati politik, tumpuan DAP hanyalah terhad di kawasan majoriti bukan Melayu sahaja. Jadi siapa cakap BN, khususnya Umno, tidak boleh adakan pilihanraya umum seawal Ogos ini!

dari malaysiakini


JENAYAH SEMAKIN MENINGKAT : MANUSIA ISLAM HADHARI BERDEGIL INGIN SELESAIKAN IKUT NAFSU DAN AKAL


Selagi hukum Allah tidak ditegakkan selagi itulah jenayah di Malaysia tidak akan dibendung. Ini kerana Hukum Manusia yang diterima pakai sekarang ini tidak akan menggerunkan dan menginsafkan manusia. Tidak seperti hukum Allah yang dijamin oleh Allah bahawa pengunaannya akan mendapat keberkatan dari Allah.
Malangnya manusia Islam Hadhari di Malaysia pada hari ini masih berdegil walaupun terbukti undang-undang manusia telah gagal membendung jenayah dari dahulu, kini dan selamanya.
Pelbagai usaha dilakukan oleh manusia Islam Hadhari untuk membendung jenayah tetapi semuanya tidak mendatangkan hasil yang positif. buktinya jenayah seperti di Johor Bahru dan lain-lain semakin meningkat.

Namun mereka masih ingkar dan degil. Manusia Islam Hadhari terus berusaha membendung jenayah dengan akal dan fikiran cetek mereka. Untuk kembali kepada Islam jauh sekali . Semalam diberitakan bahawa seramai 350 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah digerakkan untuk tugasan pencegahan jenayah di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Hussin Ismail berkata, anggota polis tambahan seramai 400 orang seperti diumumkan Kabinet semalam, hanya akan diterima menjelang akhir tahun ini selepas kesemua rekrut itu menamatkan latihan masing-masing.

Ekoran itu, katanya, bagi langkah awal tugas pencegahan jenayah di daerah ini, dua platun PGA dan dua platun PSP digerakkan di lokasi tertentu di sekitar Johor Bahru.

‘‘Daripada jumlah keseluruhan anggota PGA dan FRU yang diterima, pembahagian anggota adalah mengikut platun dengan anggaran 80 orang bagi satu platun,’’ katanya.

Hussin menegaskan, pendekatan tersebut terpaksa diambil kerana pihaknya tidak dapat menunggu kedatangan 400 anggota tambahan menjelang penghujung tahun ini .

Ini kerana, kata beliau, pihaknya mahu memulakan operasi lima balai baru iaitu di Kota Masai, Permas Jaya, Setia Indah, Pelangi Indah dan Pasir Putih di Pasir Gudang dalam waktu terdekat.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kabinet mengerahkan tambahan 400 anggota polis secepat mungkin bagi mengatasi masalah jenayah di Johor yang disifatkan agak serius akhir-akhir ini.

Nampaknya manusia Islam Hadhari ini memang degil dan bebal. Langsung tidak terfikir agaknya untuk kembali menyerah diri kepada Yang Maha Esa untuk mengadu masalah yang dihadapi. Penyelesaian kepada sebarang masalah telah dibentangkan oleh Allah didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W, tetapi manusia Islam Hadhari tidak menghiraukan. Mereka terus hanyut dan nafsu dan akal fikiran mereka yang cetek. Yang menjadi masalahnya kita sebagai anggota masyarakat juga terdedah sama dengan bahaya dan risiko jenayah kerana kegagalan kerajaan manusia Islam Hadhari yang degil ini.

Jadi hanya ada satu jalan sahaja untuk menumbangkan kerajaan manusia Islam Hadhari ini iaitu jangan undi calon mereka pada pilihanraya umum nanti.


ISU SALMAN RUSHDIE :MENTERI LUAR INDON LEBIH FAHAM DARI IMAM AL HADHARI


Tahniah kepada Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda yang memberikan komen yang tegas terhadap kebiadapan kerajaan Britain yang bercadang memeri anugerah Sir kepada Salman Rushdia.

Penganugerahan gelaran Sir oleh Queen Elizabeth II dari Britain kepada Salman Rushdie boleh menjejaskan usaha untuk meningkatkan hubungan antara tamadaun, budaya dan agama, kata Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda semalam.

"Dari segi masa, saya boleh katakan ia tidak boleh membantu mewujudkan satu suasana yang kondusif bagi membentuk persefahaman yang lebih baik dan hubungan antara tamadun, budaya dan agama," katanya pada majlis penyampaian tauliah di Istana Merdeka di sini.

Beliau berkata Salman Rushdie telah menjadi pengarang kontroversi kerana menulis buku "The Satanic Verses" pada 1989 yang dibantah oleh umat Islam di seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Agensi Berita Antara memetik Hassan sebagai berkata beliau tidak tahu tujuan sebenar Rushdie diberikan gelaran itu kerana tugas atau khidmatnya.

Bekas pemimpin Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini pada 1989 telah mengeluarkan fatwa supaya Salman Rushdie dibunuh kerana menulis buku tersebut.

Manakala di Pakistan dan Brazil rakyatnya juga bertindak membantah Britain. Ikuti artikel yang dipetik dari Tranungkite oleh greenboc.

Majlis Ulamak Pakistan yang merupakan aebuah badan ulamak terbesar di negara itu dan dianggotai lebih 2000 ulamak telah menganugerahkan "Saifullah" - Pedang Allah kepada Osama bin Laden.

"Kami rasa bangga untuk memberikan gelaran ini kepada Osama bin Laden selepas Kerajaan British memutuskan untuk memberikan gelaran "Sir" kepada Salman Rushdie," kata pengerusi badan tersebut, Maulana Tahir Ashrafi kepada AFP.

"Ini adalah pingat tertinggi untuk seorang pejuang Islam."

Osama Bin Laden telah dituduh terlibat di dalam serangan September 11, 2001 di New York dan Washington yang telah mengorbankan 3,000 orang. Pihak barat terutama Amerika dan sekutunya mempercayai Osama bersembunyi di sempadan Pakistan-Afghanistan.

Afzal Sahi -- wakil dewan wilayah Punjab yang juga ahli parti Liga Muslim Pakistan yang selama ini menyokong Presiden Pervez Musharraf -- menegaskan di dalam perbahasan yang beliau sendiri akan membunuh Salman Rusydie jika terserempak dengannya".

Sementara itu Samiul Haq - Ketua Jamiat Ulema-e-Islam menyatakan bahawa umat Islam wajar mengurniakan gelaran "Sir" dan lain-lain gelaran mulia kepada Osama (kiri) dan Mullah Omar (kanan) sebagai tindakbalas terhadap tindakan penghinaan penganugerahaan Sir kepada Rsuhdie"

Kenyataan Samiul-Haq disokong oleh anaknya, Maulana Hamidul Haq Haqqani yang merupakan seorang ahli Dewan Pakistan. Beliau menegaskan:
"Osama Bin Laden dan Mullah Omar mengepalai gerakan membela Umat islam dan yang demikian wajar diberikan penghormatan dan menerima kurniaan gelaran oleh sekalian umat Islam."

Di dalam satu perkembangan berasingan rakyat Brazil hari ini turut menyokong Osama ben Laden. Seorang penyokong kelab Gremio's menjulang gambar Osama Bin Laden memakai pakaian bersimbol Gremio sebelum perlawanan akhir Copa Libertadores menentang Boca Juniors di Porto Alegre, Brazil, pada Jun 20, 2007 kelmarin.

Dan di Britain sendiri filem "Osama the Hero" yang ditulis oleh Dennis Kelly dan diarahkan oleh Syd Brisbane baru saja memenangi satu anugerah berprestij mengkisahkan tugasan sebuah sekolah yang meminta pelajarnya menamakan seorang wira semasa yang sanggup berkorban dan mencurahkan segala kekayaannya untuk perjuangan dan inspirasinya kepada masyarakat.




MALANGNYA PEMIMPIN ISLAM HADHARI YANG JUGA PEMIMPIN OH I SEE BERDIAM DIRI.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59