Tuesday, 19 June 2007

KRISIS PALESTIN - DUNIA BERSATU TENTANG ISLAM


Jelas bahawa musuh-musuh Islam akan bersatu menentang Islam. Ianya sama
seperti sirah Rasulullah di mana Tentera Ahzab yang menggabung pelbagai
golongan kuffar bersatu menentang Nabi. Tujuan tidak lain adalah untuk menghancurkan
Islam.Inilah yang berlaku keatas Hamas di Palestin apabila musuh-musuh Islam
yang terdiri dari ‘Umno’ Palestin, Fatah di sokong oleh Amerika, Britain
dan Israel bersatu untuk menggulingkan Hamas dari tampuk pemerintahan Palestin.

Akhirnya Mahmoud Abas penganut “Islam Hadhari” Palestin menggunakan kuasanya
sebagai Presiden memecat Ismail Haniyeh dari jawatan Perdana Menter dan
membubarkan kabinet kerajaan campuran yang sebelum ini dibentuk oleh beliau
sendiri.

Selepas itu Amerika dan sekutunya secepat kilat mengumumkan untuk
menarik balik bantuan kepada Palestin yang dibekukan sebelum ini. Licik sungguh
permainan drama musuh-musuh Islam ini.

Media hari ini melaporkan bahawa kabinet baru Presiden Mahmud Abbas di
Palestin mengadakan mesyuarat sulungnya semalam, ketika Israel dan
Barat mula menunjukkan sokongan selepas kerajaan diketuai Hamas disingkir dan
digantikan dengan kerajaan darurat.

Ketika masyarakat antarabangsa memberi sokongan kepada Mahmud dan
usahanya untuk memencilkan Hamas, kebimbangan krisis kemanusiaan bakal menimpa
1.5 juta penduduk Gaza semakin memuncak, apabila mereka mula berebut-rebut
menyimpan bahan makanan dan bahan keperluan lain.

Seramai 12 anggota Kabinet baru diketuai perdana menteri berpendirian
sederhana, Salam Fayyad, mengangkat sumpah jawatan kelmarin dan dalam
usahanya menentang Hamas, segera mengisytiharkan militia pergerakan itu sebagai
tidak sah.

Sesiapa saja yang dibuktikan mempunyai hubungan dengan kumpulan itu
akan dihukum mengikut undang-undang darurat,” kata Mahmud.

Pejuang Hamas menumpaskan anggota pergerakan Fatah di Gaza Khamis lalu,
selepas pertempuran sengit selama seminggu yang hampir menjerumuskan penduduk
Palestin ke kancah perang saudara.

Mahmud memecat kerajaan perpaduan pimpinan Hamas dan mengisytiharkan
undang-undang darurat selepas Hamas menguasai Gaza sepenuhnya dan mengusir
anggota Fatah yang dipimpin presiden Palestin itu.

Bercakap untuk pertama kali pada mesyuarat dengan Kabinet baru sejurus
selepas upacara mengangkat sumpah, Mahmud berkata bidang kuasa kerajaannya akan
meliputi Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun pejuang Hamas segera menolak Kabinet baru itu dan mendakwa
ia tidak sah selain menyifatkannya hanya mengikut telunjuk Israel bersama
sekutunya Amerika.

“Mereka hanya boleh berbangga kerana disokong pentadbiran Amerika dan
penceroboh Israel,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zouhri, kepada
AFP.

Masyarakat antarabangsa mengalu-alukan kabinet baru diketuai Fayyad
yang dijangka mematuhi syarat Barat bagi membolehkan penggantungan hubungan
diplomatik dan bantuan ekonomi, selepas Hamas menang pilihan raya lebih
setahun lalu, ditarik balik.

Syarat yang dikenakan termasuk mengiktiraf Israel, menghentikan
kegiatan keganasan dan bersetuju mematuhi perjanjian damai sementara yang lalu.

Amerika mengumumkan hasratnya untuk menyambung semula bantuan kewangan
yang amat diperlukan Pihak Berkuasa Palestin.

Menteri luar Kesatuan Eropah (EU) dalam pertemuan di Luxembourg semalam
turut menawarkan sokongan kewangan dan politik kepada kerajaan baru Palestin
walaupun belum jelas sama ada ia akan menyalurkan bantuan secara terus kepada
pihak berkuasa Palestin.


NEGERI HANG TUAH SYURGA PELAKU MAKSIAT


Melaka 19 Jun : Melaka terus menjadi syurga pelaku-pelaku maksiat yang tida segan silu melakukannya di mana-mana. Oleh kerana Melaka sebuah negeri yang kecil ditambah pula dengan perangai pemimpin Islam Hadhari yang menggalakkan pogram-program maksiat seperti konsert dan sebagainya maka kegiatan maksiat ini terus menjadi-jadi.

Hobi pemimpin Islam Hadhari yang suka membina tempat-tempat rekreasi tanpa mengkaji kesannya kepada gejala sosial maka kadar maksiat di negeri ini gagal dikurangkan. Akhirnya tempat-tempat seperti air terjun Bukit Sebukor, Dataran MBMB dan lain-lain menjadi ‘syurga’ muda-mudi memadu asmara.

Malah tidak cukup dengan tempat-tempat sedemikian, pelaku-pelaku maksiat ini seringkali pula menyewa hotel murah di sekitar Bandar Hilir untuk melempiaskan nafsu mereka.

Media hari ini melaporkan bahawa sebuah hotel murah di Bandar Hilir, , dikesan menyediakan perkhidmatan sewaan bilik khas bagi pasangan yang mahu melakukan perbuatan maksiat.

Menerusi sewaan bilik berkenaan, pasangan yang mahu melakukan perbuatan terkutuk itu tidak perlu risau yang mereka akan ‘diganggu’ pihak berkuasa.

Bilik yang terletak jauh dari hotel itu disediakan khusus oleh pengusahanya semata-mata untuk mengelakkan pelanggan ditahan kerana melakukan perbuatan maksiat.

Hotel berkenaan memang sering diserbu pihak berkuasa berikutan ia menjadi sarang pasangan remaja melakukan maksiat.

Menurut sumber, bilik itu terletak di sebuah pangsapuri di Taman Melaka Raya, di sini.

Dakwanya, penyewa akan dibawa pekerja hotel itu ke bilik berkenaan jika mereka menganggap keadaan di hotel mereka tidak ‘selamat’.

“Penyewa tidak perlu bimbang kerana mereka akan dibawa pekerja hotel berkenaan ke hotel itu dan bebas menyewa selama tempoh diperlukan.

“Kadar sewanya juga sama seperti kadar hotel berkenaan dan ini lebih memudahkan pelanggannya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Sumber itu mendakwa, kerana ingin mengetahui mengapa terdapat pelanggan tertentu sering dibawa keluar dari hotel terbabit oleh kakitangannya, dia bertindak mengekori mereka.

Katanya, apabila tiba di kawasan berkenaan mereka akan terus dibawa naik ke pangsapuri berkenaan.

“Pada mulanya saya hairan mengapa pelanggan dibawa ke sana dan apabila disiasat barulah saya mengetahui helahnya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya terdapat pasangan yang menyewa di bilik hotel berkenaan pekerjanya akan menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pelanggan itu.

“Mereka akan mengetuk pintu bilik berkenaan sebagai amaran pihak berkuasa sedang membuat pemeriksaan di tempat mereka,” katanya.

Beliau berkata, dia berharap pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik hotel berkenaan.


MELAKA TERUS CATAT REKOD-KEJAYAAN ISLAM HADHARI MEMERINTAH NEGERI BERTUAH INI


Melaka 19 Jun : Melaka negeri yang diperintah oleh Imam no 3 Islam Hadhari, Ali Rustum terus mencatatkan rekod yang mungkin amat membanggakan pemimpin tersebut.

Selepas tempoh 24 jam lima wanita ‘mencatatkan rekod’ melahirkan anak luar nikah dalam tempoh sehari, empat lagi wanita menyusul untuk melalui perkara sama, semalam. Wanita berusia 18 hingga 23 tahun itu melahirkan bayi berkenaan di Hospital Melaka (HM) di antara jam 5 pagi hingga 12 tengah hari.

Semua mereka masih dirawat di HM dan dikehendaki datang ke Pejabat Penguat Kuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata semua wanita terbabit sudah diberi surat saman hadir dan butiran diri mereka sudah diambil.

Katanya, mereka perlu datang selepas tempoh sebulan daripada saman hadir itu dikeluarkan. Akhbar ini semalam melaporkan seramai lima wanita ‘mencatatkan rekod’ apabila melahirkan anak luar nikah di Hospital Melaka, di sini, dalam tempoh kurang 24 jam, semalam.

Dua daripada mereka berusia 17 tahun dan tiga lagi berusia antara 23 tahun hingga 30 tahun. Kelima-lima wanita itu melahirkan anak antara jam 5 pagi sehingga 3 petang di hospital berkenaan. Difahamkan, semua mereka dihantar keluarga masing-masing ke hospital berkenaan untuk melahirkan anak.

Dalam pada itu, Rahimin berkata, dalam tempoh lima bulan sejak Januari lalu pihak Jaim mencatatkan 122 kes wanita hamil luar nikah. Katanya, bagi tempoh sama pada tahun lalu sebanyak 119 kes dicatatkan dan ini menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kes.

“Lelaki yang terbabit dalam kes itu pula bagi tempoh sama pada tahun ini dicatatkan seramai 84 orang. Bagi tahun lalu yang tempoh sama juga adalah 71 kes,”akatanya.

Walaupun gejala seperti terus meningkat namun kerajaan Islam Hadhari yang memerintah masih terus menggalakkan program maksiat dan hiburan. Tidak ada langsung tanda-tanda bahawa pemimpin Islam Hadhari samada peringkat pusat maupun negeri ingin menghentikan proram-program hiburan dan menutup semua pusat-pusat maksiat.

Sebaliknya pemimpin Islam Hadhari ini seringkali menuding jari mengatakan gejala ini terjadi kerana ibubapa gagal mengawal anak mereka. Malah-malah khutbah-khutbah yang disediakan oleh agensi kerajaan Islam Hadhari juga tidak ketinggalan hanya menyalahkan ibubapa dalam hal ini.

Sedangkan hakikat sebenarnya ialah punca-punca gejala keruntuhan akhlaq ini tidak dibendung. Antaranya pusat-pusat maksiat seperti kelab-kelab malam, dangdut, karaoke, pub dan lain-lain terus diberikan lesen dan digalakkan untuk beroperasi atas alasan untuk menarik pelancong.

Selain itu program hiburan terus diberikan rangsangan oleh kerajaan negeri dengan memberikan tempat untuk penganjur-peganjur program tersebut melaksanakannya. Antaranya program Jom Heboh, Gegar Astro dan sebagainya. Malah Umno dan agensi kerajaan Islam Hadhari sendiri seperti majlis kerajaan tempatan, kumpulan budaya negeri dan lain-lain seringkali mengadakan program konsert atau pertandingan nyanyian.


ISLAM DICABAR TETAPI IMAM AL HADHARI GEMBIRA BERBULAN MADU



Di saat kedaulatan Islam di cabar, Imam Al Hadhari yang menjadi 'chief'
Pertubuhan Negara-Negara Islam OIC, tetap tidur dan berbulan madu tanpa
menghiraukan samada Islam di pijak dan dimalukan. OIC terus mengekalkan prinsip perjuangannya iaitu 'OH I SEE' tanpa melakukan apa-apa tindakan terhadap kebiadapan musuh-musuh Islam.

Terbaru negara kuffar Britain sengaja mahu mencetuskan kembali
kemarahan umat Islam apabila berhasrat menganugerahkan gelaran `Sir' kepada Salman
Rushdie, penulis yang pernah dijatuhi hukuman bunuh oleh Ayatollah Khomeini
pemimpin Iran.

Namun sehingga kini tidak ada secuit pun kenyataan yang dibuat oleh
'pengantin baru' Imam Al Hadhari yang ketika ini berada di Russia untuk lawatan
kerja dan mungkin juga untuk 'berbulan madu'. Islam Hadhari yang dianuti oleh Imam Al Hadhari Wal Badawi seolah-olah bersetuju dengan hasrat Britain yang ingin memberikan penghormatan kepada Penulis Celaka tersebut.

Sepatutnya Imam Al Hadhari selaku pemimpin OIC mesti mengutuk keputusan
Britain untuk menganugerahkan gelaran `Sir' kepada Salman Rushidie dan beliau
juga sewajibnya memanggil Duta Britain di Malaysia untuk memberik
penjelasan. Surat bantahan juga mesti dihantar kepada kerajaan Britain untuk membantah pengurnian gelaran tersebut kepada Salman Rusghdie Al Celaka itu..

Malang sungguh bagi umat Islam di Malaysia dan di dunia kerana
mempunyai pemimpin yang penakut dan pengecut seperti ini. Sudah takut dan
pengecut ditambah lagi dengan lembik dan penidur. Jadi janganlah kita mengangkat
dan melantik pemimpin seperti ini pada masa hadapan.

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menumbangkan pemimpin yang berhati
kecil sebegini dan menggantikan dengan pemimpin yang lebih berani dan
berkarisma. Caranya mudah sahaja jangan undi BN pada pilihanraya akan datang.


NAJIB NASIHAT AHLI PARLIMEN UMNO. SEPERTI KETAM MENGAJAR ANAK BERJALAN BETUL


KUALA LUMPUR 18 : Jaga tutur kata dan perlakuan. Itulah nasihat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada anggota Parlimen dan Senator daripada Barisan Nasional agar mereka berhati-hati ketika berbahas semasa persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Najib yang juga Ketua Whip BN, menasihatkan anggota Parlimen supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif bagi mengelak mereka daripada terkeluar daripada tajuk perbincangan jika tersalah memilih perkataan.

‘‘Pada mesyuarat itu beliau turut menasihatkan anggota Parlimen BN supaya tidak mudah terbawa-bawa dengan pihak pembangkang sebaliknya perlu berhati-hati ketika berbahas,’’ kata Datuk Idris Haron (BN-Batu Tangga) ketika diminta mengulas mengenai mesyuarat yang diadakan setiap kali sesi Parlimen diadakan.

Teguran Najib itu dipercayai dibuat ekoran isu daripada penggunaan perkataan ‘bocor’ oleh Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Mohd Said Yusof (BN-Jasin) pada sesi Parlimen yang lepas yang ditujukan kepada seorang anggota Parlimen wanita daripada DAP.

Kedua-dua penyokong kerajaan itu, yang ketika itu membahaskan mengenai kebocoran bumbung bangunan Parlimen, mengaitkan kebocoran itu kepada Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah).

Penggunaan perkataan itu dibantah beberapa persatuan wanita menyebabkan Bung Moktar dan Mohd Said memohon maaf secara terbuka.

Bung Mohtar, yang ditemui hari ini, berkata beliau telah mengambil kesempatan daripada pertemuan hari ini untuk menjelaskan mengenai isu itu.

Tetapi kita berasa hairan mengapa ahli-ahli parlimen malah menteri BN yang bermulut celupar tidak pernah dikenakan tindakan oleh parlimen. Tetapi ahli parlimen pembangkang seringkali digantung atau dihalau dari parlimen. Inilah 'double standard' namanya.


APAKAH PERBICARAAN KES ALTANTUYA AKAN MENJADI SEPERTI CERITA HINDUSTAN?



Perbicaraan kes pembunuhan Altantuya bermula pagi semalam. Tetapi yang menariknya rakyat Malaysia malah penduduk bumi tertanya-tanya apakah perbicaraan ini akan menjadi seperti adegan filem hindustan sebagaimana perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu.

Setelah pendakwa ditukar dan lain-lain kes kontroversi sebelum perbicaraan ini, ada riak-riak menunjukkan ianya akan sekali mencatatkan sejarah mengulangi skrip perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar. Paling dimusykilkan ialah mengapa orang yang meluluskan penggunaan bom C4 tidak di dakwa.

Azilah, 30, dan Sirul Azhar, 35, dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja dekat sini antara 10 malam 19 Okt. dan 1 pagi 20 Okt. tahun lepas.

Abdul Razak, 46, didakwa bersubahat dengan kedua-duanya, di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Okt. dan 9.45 malam pada 19 Okt. tahun lepas.

Cebisan mayat Altantuya ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam di sini pada 7 Nov. tahun lepas.

Ketiga-tiga tertuduh menghadapi hukuman mati jika sabit kesalahan


SIRAH RASULULLAH S.W.T : SEMALU PUN TAU MALU, INIKAN PULAK PEREMPUAN......


Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59