Monday, 18 June 2007

KABINET PAS MELAKA TAMPILKAN MUKA-MUKA BARU


Pesuruhjaya PAS Melaka pada mesyuarat pertama sessi 2007/2009 beberapa hari lepas telah mengumumkan saf kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka baru.

2 orang pemimpin Dewan Pemuda Negeri telah dilantik memegang jawatan penting iaitu Sdr Adly Zahari dan Harun Mohamed masing-masing diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 dan Setiausaha Perhubungan yang baru. Adly sebelum ini merupakan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan AJK Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka manakala Harun merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka.

Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Bakrin Sidek dan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2 dan 3. Bendahari perhubungan sessi lalu sdr Husni Balis dikekalkan memegang jawatan lamanya manakala AJK Perhubungan sessi lalu, Ustaz Mohd Nor Omar dipilih sebagai Ketua Penerangan yang baru.

Berikut adalah senarai Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Melaka 2005/2009:

Pesuruhjaya : Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
Timb. Pesuruhjaya 1 : Adly Zahari
Timb. Pesuruhjaya 2 : Hj Bakrin Sidek
Timb. Pesuruhjaya 3 : Mejar (B) Jasme Tompang
Ketua Dewan Ulama' : Ustaz Zulkifli Ismail
Ketua Dewan Pemuda : Ustaz Kamaruddin Sedik
Ketua Dewan Muslimat : Dr. Hajah Khatijah Jumangat.
Setiausaha : Harun Mohamed
Ketua Penerangan : Ustaz Mohd Nor Omar
Bendahari : Husni Balis


UMMU HADHARI DAN RAJA PERMAISURI AGONG. SIAPA YANG MENUTUP AURAT?




Gambar Raja Permaisuri Agong, Tuanku Zahirah dan Ummu Hadhari Jeanne Abdullah. Siapa yang menutup aurat?


RAMAI MB AKAN 'PENCEN' SELEPAS PILIHANRAYA UMUM NANTI


Ketika pembangkang beriya-iya membuat spekulasi mengenai tarikh pilihanraya umum akan datang, kehangatannya turut dirasai dalam Umno – tulang belakang parti pemerintah – Barisan Nasional (BN).

Malah, bahangnya lebih panas lagi kerana ia merupakan detik paling penting dalam parti terbesar orang Melayu itu – kerana ia bakal menandakan titik-tolak peralihan besar-besaran dalam barisan kepimpinan parti tersebut.

Peralihan itu akan dicerminkan dalam senarai calon Umno yang akan bertanding dalam pilihanraya umum akan datang di mana kira-kira 60 peratus dijangka terdiri daripadanya golongan muda dalam parti itu.

Pemerhati politik menganggap senarai calon Umno kali ini juga akan merupakan “hasil titik peluk” Khairy Jamaluddin – Naib Ketua Pemuda Umno, yang juga menantu Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Peralihan barisan kepimpinan kali ini, menurut mereka, dianggap besar ekoran ramai menteri besar dijangka tidak bertanding lagi dalam pilihanraya umum nanti, termasuk atas faktor umur dan ada yang akan diletakkan bertanding kerusi Parlimen atas kepentingan politik.

Antara menteri besar yang didesas-desuskan tidak akan bertanding lagi ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali; Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Manakala menteri besar yang didesas-desuskan akan diletakkan bertanding kerusi Parlimen ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan.

Desas-desus mengenai kemungkinan Dr Mohd Khir ditukar ke kerusi Parlimen sudah lama bertiup. Sebabnya, beliau kini menjadi terlaku kuat dan sukar untuk dikawal. Mahdzir pula dianggap sebagai ‘MB peralihan’ kerana Datuk Seri Syed Razak Syed Zain terpaksa berundur kerana masalah kesihatan.

Malaysiakini


RAKYAT MESTI PERTAHANKAN MARUAH DIRI – USTAZ IDRIS


Rakyat Malaysia khususnya umat Islam digesa supaya mempertahankan maruah dan harga diri dengan memerdeka diri masing-masing dari cengkaman pemerintah yang tidak adil dan zalim. Mereka juga mestilah sentiasa sedar bahawa rakyat adalah sebenarnya tuan manakala pemimpin yang dipilih oleh rakyat adalah ‘kuli’.

“Jangan kita takut kepada pemimpin kerana pemimpin sebenarnya diangkat oleh kita, sepatutnya pemimpinlah yang mesti takut kepada kita” kata Ustaz Idris Ahmad yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat.

“Masalahnya rakyat sangat takut kepada pemimpin kerana mereka tidak menyedari akan hakikat ini, mereka tidak sedar bahawa rakyatlah yang mengundi mereka dan mengangkat mereka menjadi pemimpin pada setiap pilihanraya umum” jelas Ustaz Idris lagi.

Beliau juga turut memberikan sebab sebenar mengapa pemuda dan remaja sekarang semakin hanyut dengan gejala sosial dan maksiat seperti perzinaan, merempit dan lain-lain. Semua itu adalah disebabkan kegagalan kerajaan untuk menerapkan kefahaman Islam di dalam diri remaja. Di samping itu punca-punca kepada maslah tersebut juga di basmi seperti kelab malam, konsert, pergaulan bebas dan sebagainya.

Selain itu Ustaz Idris juga menyelar Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang jelas menguntungkan kroni-kroni Umno yang mendapat kontrak untuk pelbagai barangan dan keperluan PLKN. Menurut Ustaz Idris pada setiap sessi PLKN ada kroni Umno yang mengaut keuntungan sehingga RM900,000 dan setiap tahun mereka untung RM2.7 juta menerusi 3 sessi latihan PLKN setahun.

Ustaz Idris berkata demikian ketika menyampai ceramah pada program yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Bukit Baru dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di perkarangan Markas PAS Bukit Baru di sini malam tadi. Turut menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek dan Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Baru, Ramli Dalip.


GERAKERJA DEKATI MASYARAKAT MESTI BERTERUSAN- TIMBALAN PESURUHJAYA MELAKA


Gerakerja mendekati masyarakat melalui program kebajikan dan ziarah mesti diteruskan tanpa mengenal penat dan lelah. Ini kerana melalui kerja-kerja sebegini sahajalah PAS akan dikenang dan mendapat tempat di hati masyarakat.

Kenyataan di atas disuarakan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Hj Bakrin Sidek ketika menyampaikan ucapan perasmian pada program ‘Jom Turun Padang’ anjuran bersama Majlis Tindakan DUN (MTS) Ayer Molek dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil di sini semalam.

“Kadang-kadang PAS ini tidak disedari kehadirannya oleh rakyat kerana kita bergerak dalam ‘kelambu’ sendiri yang akhirnya rakyat tidak merasa PAS diperlukan, sebalik ada yang menganggap PAS sebagai pemecahbelah masyarakat kerana mengasingkan diri dari mereka” tegas Hj Bakrin yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil.

“Gerakan kebajikan dan kemasyakatan ini mesti diteruskan tanpa mengira musim kerana isu-isu kebajikan dan kemasyarakatan sentiasa ujud tidak masa dan tempat. Oleh itu jentera kita mesti bersedia 24 jam untuk turun membantu dan menanganinya” tambah Hj Bakrin lagi.

Sementara itu Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa menyatakan bahawa seramai 58 orang petugas telah bersama-sama menjayakan program tersebut. Beliau menyifatkan bahawa program tersebut telah berjaya mencapai matlamat yang digariskan oleh MTD Ayer Molek tetapi enggan menyatakan data yang lengkap tentang hasil gerakerja program tersebut.

Program ‘Jom Turun Padang’ di Peti Undi Paya Dalam ini merupakan program ziarah dan ramah mesra antara PAS dan penduduk setempat. Di samping itu petugas-petugas juga mengambil kesempatan untuk bertukar-tukar pandangan dan idea tentang isu-isu semasa di peringkat nasional mahu pun tempatan.

Salah seorang peserta yang ditemui selepas program tersebut iaitu Abdul Latif Md Deris menyatakan bahawa kesemua penduduk yang ditemui memberikan ‘response’ yang baik kepadanya.

“Mereka melayan kami dengan baik dan bersedia untuk bertukar-tukar pandangan walaupun ada antara mereka merupakan ahli dan penyokong Umno” jelas Latif yang merupakan Ahli Jawatan Kuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.

Antara pimpinan Negeri dan Kawasan turut sama menjayakan program tersebut ialah Setiausaha Jentera Pilihanraya Negeri (JPN), Bahiki Ismail; Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Dr Khatijah Jumangat; Naib Ketua DMP Negeri, Haziah Ismail; AJK Dewan Pemuda Negeri, Ghazali Othman; Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Hj Salim Tahir; Ketua Penerangan PAS Kawasan Ustaz Khairul Che Salleh, Pengarah Majlis Tindakan DUN Bukit Baru, Ramli Dalip; Pengarah Majlis Tindakan DUN Bachang, Hj Abdullah Ahmad dan lain-lain pimpinan PAS Kawasan, Dewan-dewan, Majlis Tindakan DUN, Unit Peti Undi, cawangan serta ahli-ahli PAS setempat.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59