Sunday, 17 June 2007

Pelajar Pasti Bukit Katil Terpilih Wakil Melaka Ke Sukan Pasti Peringkat kebangsaan


Melaka, 17 Jun, 3 orang murid dari Pasti Al Kautsar Ayer Keroh terpilih mewakili Melaka dalam pasukan bola sepak dan 5 orang murid dari Pasti Ar Rahmah Solok Gaung terpilih mewakili Melaka dalam pasukan bola jaring yang akan dipertandingkan di Peringkat Kebangsaan di Padang Perdana Kota Bharu Kelantan pada 29 Jun hingga 30 Jun ini.Menurut saudara Khairudin Ismail, Penyelaras Pasti Kawasan, pasukan bola sepak Pasti Negeri Melaka adalah juara bertahan pada tahun lalu dalam kejohanan yang sama yang turut diwakili beberapa murid Pasti dari kawasan Bukit Katil.Semua peserta yang terpilih telah mengikuti beberapa siri Kem Latihan di sebuah pusat peranginan di Pengkalan Balak,Masjid Tanah. Tahniah kepada mereka yang terpilih dan semoga berjaya dalam pertandingan nanti.


BARAT TERUS MENCABAR MARUAH UMAT ISLAM




Salman Rushdie

LONDON 16 Jun – Penulis novel kontroversi, Satanic Verses, Salman Rushdie berada dalam senarai penerima anugerah tertinggi Britain yang membawa gelaran “Sir” sempena ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-81, hari ini.

“Saya berasa begitu teruja dengan anugerah ini kerana ia menunjukkan hasil karya saya diiktiraf,’’ kata Rushdie dalam satu kenyataan.

Penulis yang dianggap menghina seluruh umat Islam menerusi novel itu terpaksa hidup dalam persembunyian sejak pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa pada 1989 agar dia dibunuh.

Fatwa berkenaan masih sah sehingga kini dan Rushdie akan menerima “kad ucapan Valentine” dari Teheran pada setiap 14 Februari bagi mengingatkannya bahawa “kesalahannya masih lagi belum dimaafkan.”

Barat menganggap Rushdie sebagai antara penulis terhebat kurun ke-20 dan terkenal menerusi karya yang melangkaui realisme pemikiran dan sejarah.

Di sini jelas sifat permusuhan Barat kepada Islam. Melalui anugerah ini Barat secara terbuka mencabar maruah umat Islam. Apa perasaan dan tindakan kita ? Adakah hanya sekadar berdiam diri ?


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59