Saturday, 16 June 2007

BUKTI PEMBAZIRAN BARISAN NASIONAL



PAPAN TANDA PROJEK

SISTEM SOLAR BERNILAI HAMPIR RM 1 JUTA

BANGUNAN CANGGIH SEKOLAH ADA 30 MURID JE..






Gambar - gambar ini dirakamkan di sebuah sekolah di Perkampungan asli di Denai Rompin Pahang. Sekolah ini terletak kira - kira 40 KM dari pekan Kuala Rompin Pahang dan 15 KM dari Pekan Endau Johor iaitu nun di dalam hutan rimba berdekatan Taman Negeri Endau Rompin Pahang. Jalan ke sekolah berkenaan hanya boleh dihubungi dengan pacuan 4 roda. Prasarana sekolah berkenaan terdiri daripada dua blok bangunan tiga tingkat, satu blok kuarters guru serta dilengkapi sistem solar yang bernilai hampir RM 1 juta bagi membolehkan kampung tersebut mendapat bekalan elektrik 24 jam.

Apa yang menarik sekolah berkenaan memiliki jumlah pelajar tidak lebih 30 orang dan guru seramai 10 orang. Bermakna satu kelas boleh menempatkan seorang pelajar!!!Inilah situasi yang berlaku walaupun sekolah berkenaan telah dibina kira - kira 5 tahun. Apa yang menarik lagi perkampungan Denai iaitu kampung tempat dibina sekolah berkenaan hanya mempunyai tidak lebih 15 buah keluarga sahaja. Inilah bukti pembaziran jelas Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO membuat projek yang tak masuk akal hanya mementingkan projek kepada kroni walaupun terpaksa membazirkan wang rakyat.

Bayangkanlah dengan wang berjuta-juta ringgit yang dihabiskan untuk projek tak masuk akal ini, berapa ramai golongan daif dapat dibantu, berapa ramai pelajar yang terpaksa mengikat perut menahan lapar ke sekolah dapat diberi biasiswa dan bantuan lain persekolahan, begitu juga berapa ramai yang tidak mempunyai rumah dapat memilikinya. Begitu juga banyak lagi kampung - kampung tradisional yang majoriti penyokong BN yang masih tidak mempunyai bekalan elektrik dapat merasai kemudahannya.Ini juga mungkin antara nikmat menjelang kemerdekaan negara yang ke 50.

Berapa ramai yang rumah terpaksa bergelap sebab lewat atau tak mampu menjelaskan bil elektrik. Begitu juga rumah yang sudah lama tidak mendengar deringan telefon sebab tak mampu atau lewat bayar...Tapi rumah Rafidah Aziz yang bil telefon yang tak berbayar RM 10,291.17 dibiarkan saja.. Ini juga mesej kepada penyokong setia UMNO yang rumah masih tidak memiliki bekalan elektrik atau pun bekalan elektrik dipotong sebab lambat bayar... sokonglah UMNO lagi...Cemerlang..Gemilang...Temberang...Pada semua penyokong UMNO dan Barisan Nasional, tunggu 'Gelombang' kenaikan harga barang kedua pada Julai nanti...


BALIK KAMPUNG PAKAI TUDUNG NAMPAK RAMBUT. BALIK KL TUDUNG TERBANG.



Balik kampung pakai tudung nampak rambut (itupun masih tidak menutup aurat juga), balik KL tudung pun terbang. Itulah kisah penganut Islam Hadhari. Aurat tidaklah wajib dalam Islam Hadhari.

Rakyat Malaysia dan penganut Islam Hadhari kena insaf jangan ditipu dan diperdaya oleh Imam Al Hadhari lagi.


NAJIB CARI JALAN SELAMAT. UNGKIT KENYATAAN TUN RAZAK -SETIA SEBAGAI ORANG NO 2



Najib Tun Razak berkata, bapanya - Allahyarham Tun Razak Hussein berpeluang untuk mengambilalih pimpinan dari Tunku Abdul Rahman lebih awal daripada masanya atas desakan pelbagai pihak.

Bagaimanapun, kata Najib, bapanya tidak berbuat demikian kerana Allahyarham adalah seorang yang setia.

Menurutnya, Tun Razak berkata: "Saya tidak akan membiarkan diri saya berbuat demikian. Ini bukanlah cara orang Melayu. Jika kita orang kedua, maka kita hendaklah memainkan peranan sebagai orang kedua."

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucapan mengenai ayahnya, bekas Perdana Menteri, Tun Razak Hussein dalam satu majlis anjuran Akademi Pemuda Umno di ibu negara hari ini.

Nampaknya Najib ingin membuktikan kepada Pak Lah bahawa beliau akan mengikuti jejak ayahnya tidak akan merampas jawatan Presiden Umno dari Imam Al Hadhari itu. Kenyataan Najib ini mungkin antara usahanya untuk mempengaruhi Pak Lah supaya mengekalkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri walaupun Najib didakwa terlibat dengan kontroversi sekarang ini.

Tetapi sebenarnya semua orang kenal Najib termasuklah Pak Lah dan Khairy. Tak perlulah Najib nak 'menjilat' dan mencium tangan Pak Lah.

KITA TUNGGU DAN LIHAT SAHAJA 'ENDING' DRAMA INI.


DEWAN BANDARYA LEMBAP DAN MALAS


Walaupun sudah seminggu banjir berlalu, namun ia masih meninggalkan kesan yang pahit kepada lebih 30 peniaga di tingkat bawah Kompleks Wilayah, Jalan Dang Wangi di ibu negara.

Ini kerana mereka mendakwa setakat ini tiada sebarang kerja pembersihan dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyebabkan peniaga terpaksa membersihkannya sendiri.

"Pekerja DBKL hanya datang dan membersihkan kawasan jalan raya di luar kompleks dan di dalam tiada sebarang pembersihan dilakukan," kata pemilik kedai snuker Ah Leong.

Beliau berkata, selain itu bekalan air dan bekalan elektrik juga terputus sejak Ahad lalu dan sehingga ini bekalan air belum pulih.

Dari kenyataan di atas jelas bahawa DBKL amat lemah dan malas dalam melakukan kerja dan tanggungjawabnya.

Datuk Bandar Kuala Lumpur mesti bertanggungjawab dalam hal ini. Jangan hanya tutup sebelah mata dan hanya pandai berjanji sahaja.

Dari Malaysiakini


PILIHANRAYA SEMAKIN HAMPIR, BERSIAP HADAPINYA - NASHARUDDIN


Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, seluruh jentera parti mesti bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya umum bila-bila masa.

“Ini memandangkan Perdana Menteri sudah memaklumkan ilham bagi mengumumkan tarikh pilihan raya tersebut boleh datang secara tiba-tiba.

“Berdasarkan kenyataan itu jelas menggambarkan pilihan raya umum ke-12 terlalu hampir sekarang,” katanya ketika meraikan petugas-petugas muktamar PAS ke-53 di perkarangan bangunan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, malam kelmarin.

Dari itu Dewan Pemuda PAS Kawasan menyeru seluruh jentera pemuda di kawasan ini supaya menggerakkan jentera dengan mendaftarkan seramai mungkin tenaga pemuda di kawasan ini.

"Jangan nanti parlimen telah dibubarkan barulah kita 'terhegeh-hegeh' mencari tenaga." kata Naib Ketua Pemuda DPPk Bukit Katil ketika diminta mengulas kenyataan Ustaz Nasharuddin.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59