Thursday, 14 June 2007

HAMID ALBAR TAK PERLU MELATAH


Amerika telah menyenaraikan Malaysia sebagai antara negara yang menjadi pusat penyeludupan manusia bersama dengan Myanmar, Cuba, Iran, Korea Utara dan Sudan. Malaysia dianggap tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani masalah ini. Hamid Albar dalam satu kenyataannya menyelar tindakan Amerika itu yang didakwa tidak berdasarkan fakta sebenar. Hakikatnya...itulah yang berlaku. Sempadan negara mudah sangat dibolosi oleh pendatang tanpa izin terutamanya dari Indonesia, China dan Filifina. Pada waktu hujung minggu kawasan seperti KLCC, Kawasan Kompleks sekitar Bukit Bintang dan kompleks membeli belah di Kuala Lumpur seperti ditawan oleh warga asing. Ini belum termasuk di kawasan - kawasan estet dan ladang serta rumah - rumah urut dan pusat pelacuran yang menjadi 'sarang' pendatang tanpa izin. Pihak berkuasa yang diketuai oleh Imam Hadhari seolah - olah tutup sebelah mata...jadi tak pelik dalam Pilihanraya kecil di Ijok ada warga pakistan yang turut mengundi. Begitu juga apa yang berlaku di Pekan Pahang di kawasan Najib sehingga wujud perkampungan myanmar berhampiran dengan jalan utama Pekan - Rompin. Mereka juga dalam pilihanraya yang lalu turut dikesan keluar mengundi. Berita terbaru seperti diumumkan Dato Seri Anwar Ibrahim bahawa 40 ribu penduduk Thailand akan dibawa masuk dalam tempoh terdekat yang bertujuan untuk menumbangkan kerajaan Pas Kelantan dalam pilihanraya umum akan datang. Ini tidak termasuk lagi apa yang berlaku di Sabah tentang beribu - ribu pendatang tanpa izin yang memiliki mykad. Justeru itu pemimpin Umno tak perlulah melenting dan bersandiwara dalam isu ini. Sudah gaharu cendana pula....


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59