Tuesday, 12 June 2007

BERHATI-HATI DENGAN RUMAH SEWA


Penyewa-penyewa rumah dinasihat supaya berhati-hati dengan rumah sewa mereka. Ini kerana kejadian kamera litar CCTV di pasang dibilik air oleh tuan rumah sudah banyak kali dilaporkan.

Pemilik rumah yang tidak bertanggungjawab ini mengambil kesempatan daripada sikap penyewa yang tidak berhati-hati atau terlalu mempercayai tuan rumah mereka. Kadang-kadang kamera litar ini di pasang selepas rumah tersebut di sewa. Ianya mungkin di pasang semasa membaiki kerosakan dan sebagainya.

Kejadian terbaru dilaporkan oleh media 2 hari lalu. Polis kini sedang menyiasat kemungkinan suspek berusia 34 tahun yang juga bapa kepada dua orang anak itu turut memasang kamera serupa di beberapa rumah lain miliknya.

Ada kemungkinan lelaki yang ditahan polis kerana memasang kamera litar tertutup (CCTV) di tiga bilik air rumahnya yang disewakannya kepada beberapa pelajar perempuan turut memasang alat serupa di beberapa rumah lain miliknya yang disewakan.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP K. Kumaran berkata: "Kami sedang menyiasat sama ada lelaki itu juga memasang kamera di beberapa rumah lain miliknya.

"Pada masa ini, suspek sedang disoal siasat berhubung kemungkinan dia telah mengedarkan salinan rakaman yang dibuatnya dengan menggunakan kamera tersembunyi itu kepada beberapa pihak lain," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

2 hari lalu, lelaki yang bekerja sebagai juruhias dalaman itu ditahan reman selama lapan hari bagi membantu penyiasatan polis berhubung kes pemasangan kamera tersembunyi di tiga bilik air rumah dua tingkat empat bilik di Taman Bullion Mewah, Jinjang Kuala Lumpur.

Rumah itu disewa oleh 19 pelajar wanita Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Difahamkan kamera-kamera itu dipasang di sebelah lampu kalimantang dalam bilik-bilik air rumah milik suspek dan dipercayai gambar-gambar yang dirakam itu dipancarkan ke tempat lain.

Sementara itu, polis sedang meneliti gambar-gambar yang dirakam oleh kamera-kamera yang dirampas itu untuk memastikan sama ada ia mengandungi gambar para pelajar itu dalam keadaan tidak berpakaian.

Kumaran berkata polis juga mahu memastikan tarikh rakaman itu dibuat.


SMART YANG TIDAK 'SMART'



Duit rakyat telah dibelanjakan sebanyak RM1.9 billion untuk membina terowong SMART. Namun awal-awal lagi ianya telah terbukti gagal mengawal banjir apabila banjir besar telah menenggelamkan banyak kawasan di Kuala Lumpur dua hari lepas.

Kejadian banjir kilat seperti yang melanda ibu negara itu terbukti tidak dapat diatasi sepenuhnya walaupun projek Terowong Jalan dan Pengurusan Air Banjir (SMART) yang dibina dengan kos yang begitu besar.

Fakta ini ditambah lagi dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Paduka Ir. Keizrul Abdullah yang menyatakan bahawa, projek SMART hanya mengalirkan air banjir dari Sungai Klang ke Sungai Kerayong untuk disimpan di kolam khas, tetapi ia tidak dapat mengatasi masalah lebihan air ketika hujan lebat di Sungai Gombak.

Katanya, untuk mengatasi secara komprehensif masalah banjir di bandar raya Kuala Lumpur, projek kawalan banjir yang menyeluruh sebagaimana yang dirancang di bawah Program Tebatan Banjir Lembah Sungai Klang perlu dilaksanakan bersama.

‘‘Projek-projek tersebut telah bermula sejak beberapa tahun lalu dan ia dijangka siap satu persatu antara hujung bulan ini sehingga pertengahan 2009.

Bagaimanapun Keizrul berkata, berikutan arahan Imam Al Hadhari, JPS akan mempercepatkan pelaksanaan projek-projek itu.

Dalam reaksinya terhadap kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur malam tadi yang menimbulkan kemarahan warga kota, Keizrul membetulkan tanggapan sesetengah pihak yang berpendapat projek terowong SMART berharga RM1.9 bilion sepatutnya dapat memastikan banjir kilat tidak berlaku lagi di ibu negara. Jadi SMART sebenarnya tidak 'SMART'.Malah rakyat dikenakan pula dengan tol sebanyak RM2.00 jika ingin menggunakan SMART. Sekali lagi SMART tidak 'SMART'.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59