Monday, 11 June 2007

GAMBAR-GAMBAR SEKITAR KURSUS PENGURUSAN ORGANISASI & KOMUNIKASI








BANJIR BESAR DI KUALA LUMPUR : KUASA ALLAH TIADA SIAPA DAPAT ATASI



Ibu negara malam ini dilanda banjir, disifatkan sebagai terburuk sejak 2003 apabila beberapa kawasan utama bandar raya ditenggelami air sehingga satu meter.

Kesesakan teruk dilaporkan berlaku di beberapa jalan utama dan mangsa-mangsa yang terperangkap terpaksa diselamatkan oleh pasukan bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

Antara kawasan paling teruk dilanda banjir termasuklah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru, Kampung Chubadak dan Sentul.

Dataran Merdeka, yang meliputi kompleks bangunan Sultan Abdul Samad ditenggelami separas pinggang.

Lebih dahsyat, air banjir turut memasuki sehingga ke ruang sembahyang di Masjid Jamek, Jalan Raja. Masjid itu terletak kira-kira 10 meter dari paras normal Sungai Gombak-Sungai Klang.

Ibu kota juga dilaporkan mengalami kesesakan teruk di beberapa jalan termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi dan Jalan Kampung Pandan.

Hujan turun lebat di sekitar ibu negara sebelum 6 petang dan berlarutan sehingga 8 malam ini.

Tinjauan media di sekitar ibu kota mendapati kenderaan terkandas di jalan-jalan tersebut akibat dimasuki air sehingga menyebabkan kesesakan.

Banjir terburuk pernah melanda ibu negara ialah pada 1971 apabila beberapa kampung di Selangor dan Kuala Lumpur dilanda banjir termasuk Kampung Haji Abdullah Hukum, Kampung Baru, Semenyih, Kampung Arang Batu dan Penempatan Orang-Orang Asli Changkat Bintang di Hulu Selangor.

Kuala Lumpur juga ketika itu terputus hubungan terus dengan dunia luar dan pasaran saham terpaksa ditutup kerana seluruh Kuala Lumpur banjir.

Sementara itu, menurut Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) Wilayah Persekutuan, Shahrul Kamar berkata, kawasan yang dilaporkan paling teruk dilanda termasuklah Jalan Masjid India, Jalan Ipoh dan Kampung Baru.

Menurutnya, bot-bot penyelamat dikerah mengesan dan menyelamat mangsa yang dipercayai terperangkap akibat bencana alam tersebut.

‘‘Secara keseluruhannya, JPA telah mengerahkan seramai 40 anggota untuk ditugaskan dalam usaha menyelamat,” katanya ketika ditemui di Jalan Tun Perak dekat stesen LRT Masjid Jamek di sini, malam ini.

Dalam perkembangan yang sama, Shahrul memberitahu, tiga orang mengalami cedera ringan selepas terkena serpihan kaca dalam sebuah restoran makanan segera di Jalan Tun Perak di sini.

‘‘Kaca di restoran itu dipercayai pecah selepas terkena libasan air akibat daripada sebuah bas yang melalui jalan itu,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga di Lebuh Ampang, K.Maran, 36, ketika ditemui kecewa dengan cara pihak berkuasa menangani masalah banjir di ibu negara.

Katanya, beliau sudah hilang kepercayaan kepada terowong SMART yang sebelum ini dikatakan boleh menangani masalah banjir kilat di ibu kota.

‘‘Baru satu minggu lalu banjir melanda, minggu ini ia berulang lagi, apakah setiap kali hujan lebat banjir akan terus melanda,’’ katanya.

Inilah bala Allah yang diturunkan untuk menyedarkan manusia supaya kembali kepada Allah. Manusia sekarang ini sudah jauh menyimpang dari agama. Maksiat berlaku berleluasa terutaam di bandar besar. Murtad berlaku secara terang-terangan; pelacuran tidak dapat dikawal; konsert hiburan dianjurkan saban hari; pergaulan bebas seolah-olah dihalalkan; jenayah rogol, bunuh, rompak berlaku setiap hari; undang-undang Islam dipinggirkan; penentang Islam disanjung pejuang Islam di hina; ulama di caci dan diumpat; penyanyi dan pelakon dipuja dan didewa-dewakan; orang-orang yang tidak dibuktikan bersalah dipenjara dan banyak lagi kemungkaran dan fasad yang berlaku di sekeliling kita. Maka tunggulah hukuman Allah jika kita semua masih belum sedar.

Malangnya kerajaan Islam Hadhari yang memerintah kita pada hari ini masih belum sedar dan insaf. Kekuasaan yang ada pada mereka membuat mereka lupa. Mereka terus menzalimi diri sendiri dengan membelakangkan suruhan dan tegahan Allah. Maka tunggulah saat kehancuran jika kita tidak mahu kembali kepada Allah.

Tetapi manusia penganut Islam Hadhari yang sekular ini masih tidak mengakui bahawa segala sesuatu yang berlaku adalah peringatan dan bala dari Allah. Mereka tetap menyalahkan fenomena alam dan kelemahan sistem perparitan sebagai penyebab kepada kejadian banjir ini. Namun untuk mengakui kehebatan Allah dan bala dari Allah tidak ada dalam kamus hidup mereka. Masya Allah.


CERAMAH UMUM USTAZ IDRIS AHMAD 16/6 DI BUKIT BARU



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dengan kerjasama Majlis Tindakan DUN (MTD) Bukit Baru akan mengadakan ceramah umum pada 16 Jun 2007 bertempat di Markaz MTD Bukit Baru bermula jam 9.00 malam. Ceramah Umum tersebut akan disampaikan oleh AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad.

Ceramah ini dijangka menarik kerana banyak isu-isu semasa terkini yang akan disentuh dan dikupas oleh penceramah.

Seluruh muslimin dan muslimat di dalam negeri Melaka di jemput hadir.

Harap Maklum.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59