Sunday, 10 June 2007

MESYUARAT UMNO SAMA SEPERTI MESYUARAT MIC


MARANG: Nampaknya drama membaling kerusi dalam Mesyuarat Agung MIC berjangkit kepada Umno.

Semalam seorang lelaki berusia 36 tahun cedera di kepala dipercayai terkena balingan kerusi ketika menghadiri mesyuarat Umno cawangan Beluka Sukai, Marang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, mangsa yang juga Pengerusi Tetap Pergerakan Pemuda Umno cawangan itu, Azlan Che Mat, dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Umno cawangan itu, Yahya Abdullah, 57, berikutan isu kegagalan membina padang bola di kawasan mereka.

Walaupun Pengerusi Tetap mesyuarat memberi penjelasan permohonan membina padang bola itu sudah dikemukakan kepada kerajaan negeri, mangsa dikatakan tetap tidak berpuas hati dengan jawapan berkenaan.

Berikutan itu, beberapa ahli yang berang dengan tindakan mangsa dikatakan melemparkan kerusi dan terkena kepala mangsa, menyebabkannya berdarah.

Akibat lemparan kerusi itu, mangsa dikatakan menerima 10 jahitan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.

Mangsa juga dikatakan membuat aduan di Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner I Datuk Ayub Yaakob, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Agaknya ini alamat Umno akan tumbang di Terengganu pada pilihanraya umum akan datang.


Ali Rustam kata Melayu-Islam mesti ubah rejim ekonomi dunia. Tetapi negeri Melaka sendiri hampir tergadai kepada bangsa asing


Ketua Menteri Melaka Ali Rustum berkata masyarakat Melayu beragama Islam hendaklah mempunyai tekad untuk mengubah rejim ekonomi antarabangsa bagi faedah kaum ini supaya menjadi bangsa yang kuat.

Katanya usahawan Melayu Islam perlu merebut peluang di pasaran dunia dalam memperbaiki taraf hidup selaras dengan konsep Islam Hadhari, sekaligus memajukan bangsa Melayu beragama Islam.

"Kita menyaksikan bagaimana negara Jepun, Korea Selatan dan China membangunkan industri masingmasing melalui perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

"PKS mereka menyumbang antara 50 hingga 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka dan sedang berusaha menguasai dunia.

"Apa yang mereka buat, kita juga boleh melakukannya dan dalam proses itu kita akan memperkayakan Dunia Melayu Dunia Islam,".

Itulah amanat Ali Rustum yang juga Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dalam ucaptamanya di Majlis Perasmian Seminar DMDI di sini semalam.

Tetapi sedarkah kita bahawa Ali Rustum sendiri yang mengadaikan negeri Melaka apabila orang melayu semakin terpinggir di Melaka. Contohnya Kawasan perniagaan melayu di tengah-tengah Bandaraya Melaka dihapuskan oleh kerajaan negeri. Begitu juga dengan kawasan perniagaan melayu berhampiran Hotel Equatorial yang akan dirobohkan tidak lama lagi. Banyak lagi kes yang jelas menunjukkan kerajaan Ali Rustum menggadaikan kedaulatan orang melayu di Melaka.

Jadi tidak perlulah Ali bercakap sehingga peringkat dunia kerana di Melaka sendiri pun Ali Rustum gagal memartabatkan bangsa Melayu.


ANNUAR TAK PERLU JANJI PADA RAKYAT KELANTAN. SEMUA MEREKA SUDAH MASAK DENGAN UMNO


Umno Kelantan menyediakan tujuh perkara utama dalam manifestonya bagi pilihan raya umum akan datang untuk membawa perubahan di Kelantan di bawah tajuk "Manhaj Islam Hadhari".

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa berkata tujuh perkara itu yang disebutnya sebagai paksi adalah bagi menggantikan konsep Membangun Bersama Islam yang dibawa oleh PAS.

"Inilah pendekatan kami dan janji kami kepada rakyat Kelantan selepas mengambil kira semua pandangan masyarakat dalam menentukan masa depan Kelantan yang lebih baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Wanita Umno Kelantan di sini hari ini.

Beliau berkata paksi pertama ialah menempatkan Islam paling hadapan dalam segala perkara.

"Kadi, mufti dan ulama diberi kedudukan yang mulia di sisi masyarakat bukannya sebagaimana sekarang kadi dan mufti sebagai pelengkap majlis sahaja," katanya.

Sedarkah Annuar bahawa mufti dan ulama tiada tempat di dalam Umno. Pendapat dan fatwa Mufti diketepikan sepertimana fatwa yang dikeluarkan oleh Mufti Perak tentang haramnya Jom Heboh, tetapi ianya tidak diendahkan oleh pemimpin Islam Hadhari apabila mereka terus membiarkan program tersebut diadakan.

Beliau berkata paksi kedua ialah menghapuskan kemunduran dengan mensasarkan "miskin sifar" bagi mengubah corak hidup masyarakat yang kini dianggap terpinggir berbanding negeri lain terutama dari segi pembangunan.

Bukankah Umno telah diamanahkan sebagai Kerajaan Kelantan sejak 1977 hingga 1990 dan sebelum itu sejak 1957, mengapa mereka gagal mentadbir dan menghapuskan kemunduran. PAS hanya memerintah dari 1990 hingga sekarang, malah PAS didiskriminasikan oleh Kerajaan Pusat yang menyebabkan peruntukan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri.

"Paksi ketiga, merakyatkan pembangunan, dengan menitikberatkan hasil yang dikeluarkan dalam negeri seperti hasil balak untuk dimanfaatkan rakyat sebagai pembayar cukai," katanya.
Kalau bagi kepada Umno rasanya bukan dapat kepada rakyat tetapi habis 'disebat' oleh pimpinan Umno.

Annuar berkata perkara keempat manifesto itu ialah ialah menggilap modal insan agar rakyat tidak terus bergantung dengan pekerjaan di negeri lain di samping mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia.
Betul ke Annuar, Terengganu diperintah oleh Umno pun ramai yang menganggur, yang ada kerja pun terpaksa berhenti kerana 'company' tutup.

Beliau berkata paksi kelima ialah menghapus kemiskinan dalam kalangan kira-kira 21,000 keluarga miskin.
Negeri yang diperintah oleh BN iaitu Kedah dan Sabah rakyatnya lebih miskin dari Kelantan. Mengapa Umno tidak dapat mengatasi masalah kemiskinan ini.

Yang keenam, katanya, mempelbagaikan sumber pendapatan negeri bagi mengurangkan penggantungan terhadap hasil hutan terutama balak dan sumbangan kerajaan persekutuan sebanyak 50 peratus dari hasil kerajaan negeri.
Negeri-negeri BN lebih teruk dari Kelantan apabila kesemua negeri-negeri tersebut berhutang sehingga berbillion ringgit. Malah negeri-negeri tersebut langsung tidak membayar hutang berbanding dengan kerajaan PAS yang sejak dari dahulu komited membayar hutang kepada kerajaan pusat.

Paksi ketujuh, katanya, memperkayakan seni budaya dan warisan dengan memberi peluang kepada pengiat seni terus hidup di negeri ini.
Tidak ada gunanya memperkayakan budaya dan warisan ini jika perkara-perkara khurafat dan tahyul yang diharamkan oleh Islam menyebabkan ditimbulkan kembali. Sedangkan kerajaan Islam Kelantan sentiasa berusaha memperkayakan seni budaya dan warisan dengan memastikan ianya tidak bertentangan dengan Islam.

Nampaknya Annuar Musa ini tidak mempunyai idea baru untuk menentang PAS di Kelantan. Kalau inilah manifesti BN kita yakin BN akan bungkus di Kelantan dengan syarat tidak ada penyelewengan yang dilakukan oleh Umno/BN, SPR dan agensi-agensi lain pada Pilihanraya akan datang.


IDRIS JUSOH CAKAP BESAR


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, UMNO Terengganu berhasrat menjadikan negeri itu sebagai negeri kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh tiga penggal akan datang. Begitu besar cita-cita Idris JE ini seolah-seolah hendak menghapuskan terus PAS dari bumi Terengganu.

Begitulah perangai Idris Jusoh yang sememangnya sentiasa bercakap besar tanpa memikirkan samada ianya boleh dicapai atau tidak.

Namun begitu Idris mengakui bahawa terdapat dua kawasan yang mempunyai pengaruh pembangkang iaitu Kuala Terengganu serta Marang dan UMNO negeri akan menjalankan usaha untuk memperhebatkan gerak kerja bagi menguatkan pengaruh di kedua-dua kawasan itu.


SEMINAR PENGURUSAN ORGANISASI & KOMUNIKASI BERJAYA


Kursus Pengurusan Organisasi dan Komunikasi yang dianjurkan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan mendapat sambutan yang menggalakkan apabila 54 peserta telah mengambil bahagian di sebuah resort di Ayer Keroh.

2 modul yang dibincangkan ialah Pengurusan dari perspektif Islam dan Teknik Komunikasi berkesan.

Kedua-dua modul tersebut dibentangkan oleh Pengarah Akademi Latihan PAS Pahang (ALIP), Mazlan Mohd Yassin yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua PAS Rompin.

Program tersebut bermula jam 8.00 hingga 5 petang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59