Friday, 8 June 2007

CITA-CITA ANNUAR MUSA UNTUK JADI MB KELANTAN BERKECAI?


Khabar dari Kelantan bertiup kencang bahawa Annuar Musa akan di'pecat' dari jawatannya sebagai Ketua Perhubungan Umno Kelantan. Najib orang kuat Islam Hadhari diberitakan akan mengumumkan 'pemecatan' tersebut esok.

Maka akan hancurlah harapan Annuar Musa untuk menjadi MB Kelantan, ini bermakna sebelum pilihanraya umum lagi Annuar Musa telah 'dikalahkan' terlebih dulu. Kebiasaannya Ketua Perhubungan Umno akan dilantik menjadi MB kalau Umno menang (Itupun kalau Umno menang).

Nampaknya Umno semakin goyah apatah lagi menjelang pilihanraya umum pun mereka terpaksa menukar Ketua Perhubungan Negeri kerana Umno yakin Annuar tidak akan diterima oleh rakyat Kelantan untuk menjadi MB berbanding Stopa Mamat. Nampaknya calon lain untuk menggantikan Annuar tidak ada yang sesuai hanya Stopa lah satu-satunya calon yang dikatakan mampu menyaingi PAS.

Perkembangan terbaru jelas menggambarkan bahawa Umno sendiri tidak yakin dapat merampas Kelantan dari PAS dengan kepimpinan yang ada.

Insya Allah Umno akan dilanyak oleh rakyat Kelantan sekali lagi pada pilihanraya kali ini.


ISU PELAJAR IPT JUAL MARUAH : APA TINDAKAN STOPA MAMAT


Pendedahan TV3 Suku semalam bahawa semakin ramai pelajar IPT menjual kehormatan diri demi untuk kemewahan hidup bukanlah isu baru. Kejadian memalukan ini berlaku sejak sekian lama tetapi tiada tindakan di ambil untuk mengatasinya.

Isu pelajar menjadi GRO atau pelacur kelas atasan ini sebenarnya seolah-olah dihalalkan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi kerana menteri yang bertanggungjawab pun seolah-olah membisu seribu bahasa dan memekakkan telinga sahaja.

Menteri terbabit lebih serius menangani isu pelajar yang terbabit dengan Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) atau pelajar yang pro-pembangkang terlibat dengan kempen pilihanraya. 'Dosa' pelajar-pelajar yang aktif dalam PMI dan aktiviti-aktiviti keagamaan lebih besar dari dosa pelajar-pelajar yang menjadi GRO. Sebab itulah pelajar-pelajar PMI dan kuat agama ini sering dipantau dan disiasat malah diugut supaya tidak terus aktif dalam aktiviti keagamaan.

Pelajar-pelajar yang dilihat pro-pembangkang dan terlibat dengan kempen pilihanraya dikejar dan dihambat ke sana ke mari seolah-olah mereka adalah penjenayah. Peruntukan kewangan yang besar (duit rakyat) digunakan untuk mengekang pergerakan mereka. Sebaliknya pelajar-pelajar kaki bodek di'belai' dan disanjung walaupun mereka ini terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah dan tidak bermoral.

Semua ini adalah kerana Islam Hadhari yang sesat dan menyesatkan ini sebenarnya amat takut kepada Islam. Pihak berkuasa baik kementerian maupun pentadbir universiti lebih takut kepada pelajar-pelajar yang cenderung kepada agama kerana mereka bimbang pelajar ini akan mempengaruhi pelajar lain dan akhirnya kumpulan Islam ini semakin diterima oleh masyarakat kampus.

Manakala pelajar-pelajar yang terlibat dengan kegiatan tidak bermoral ini tidak dihiraukan kerana pelajar-pelajar ini sudah pasti akan menyokong mereka dan tidak mengganggu gugat kerajaan. Jadi pelajar-pelajar ini terus dibiarkan hanyut tanpa haluan.

Kita juga tidak hairan dengan isu ini kerana ajaran Islam Hadhari sendiri tidak kisah dengan semua itu. Sebab itulah kelab malam,karaoke, dangdut, arak, judi dan sebagainya diberikan lesen oleh kerajaan Islam Hadhari. Jadi kalau pelajar-pelajar ingin mendapatkan pendapatan untuk kemewahan mereka sendiri, ianya tidak menjadi kesalahan di sisi Islam Hadhari. Pakaian yang mendedahkan aurat, seksi dan sebagainya adalah HALAL di sisi Islam Hadhari. Bakal wanita no. 1 yang akan jadi Ibu Islam Hadhari pun sehingga kini tidak menutup aurat.

TV3 suku semalam mendedahkan bahawa pelajar-pelajar IPT yang terlibat menjual maruah kerana ingin mencari kemewahan hidup dan ingin bermegah-megah. Oleh kerana mereka tidak mempunyai duit untuk membeli pakaian, telefon canggih, barang kemas yang mahal-mahal mereka sanggup menggadaikan maruah mereka. Malangnya ibu bapa mereka tidak tahu bahawa mereka melakukan pekerjaan terkutuk tersebut.


PAS KAWASAN SEMINAR PENGURUSAN AHAD INI


PAS Kawasan Bukit Katil akan menganjurkan Seminar Pengurusan Organisasi bertempat di sebuah hotel di negeri ini pada 10 Jun iaitu Ahad ini.Program bermula pada jam 8.00 pagi.

Seminar sehari ini antara lain bertujuan untuk membimbing peserta bagaimana cara untuk merancang, mengurus dan mentadbir sesuatu organ dalam parti. Selain itu seminar ini akan membincangkan bagaimana untuk menilai prestasi dan 'performance' sesuatu lajnah dan organ parti.

Pembentang kertas kerja pada seminar ini ialah seorang Pengarah Akademi Latihan di peringkat negeri.

Peserta seminar ialah semua AJK Kawasan, AJK Dewan-Dewan dan 5 orang peserta dari setiap cawangan.

Pengarah Program, Ustaz Khairul Che Salleh dalam kenyataannya kepada Blog ini pagi ini mengharapkan semua peserta dapat hadir awal untuk memudahkan kerja-kerja pendaftaran dan untuk memastikan program dapat dijalankan mengikut jadual.

"Ini adalah program yang sangat penting kepada kita semua, ianya Insya Allah akan memberikan impak yang baik kepada jemaah dan ahli-ahli sendiri" tegas Ustaz Khairul yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Difahamkan program ini adalah julung kali diadakan oleh PAS Kawasan. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Kawasan telah mengadakan program yang serupa di sebuah hotel di Bandaraya Melaka pada bulan April lalu.


HIMPUNAN 100,000 : PEMUDA PAS TUNGGU 'SIGNAL'


Pemuda PAS sedang menunggu arahan Presiden parti itu, YB Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menghantar 100,000 ahlinya ke Putrajaya untuk mengadakan bantahan mengenai kepincangan demokrasi di negara ini, kata Ketuanya, YB Salahuddin Ayub.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pemuda PAS kini dalam keadaan siap sedia dan mereka boleh dihantar pada bila-bila masa sahaja ke Putrajaya.

"Jika hari ini Abdul Hadi mengarahkan Pemuda PAS mengadakan bantahan di Putrajaya, hari ini juga kita akan mengadakan bantahan di sana.

"Kita perlu menghantar isyarat kepada kerajaan bahawa demokrasi di Malaysia berada dalam tahap yang buruk dan memalukan," katanya.

Sehubungan itu, ketika dihubungi semalam, Salahuddin berkata, beliau akan membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat bulanan PAS di ibu negara Sabtu ini.
Beliau mendakwa kerajaan menggunakan demokrasi yang mereka tentukan sendiri dengan menekan rakyat dan pembangkang untuk memastikan mereka terus berkuasa.

"Kerajaan telah menggunakan pelbagai akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), menggunakan polis dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk kepentingan politik mereka.

PAS Kelantan sokong

"Dengan perkataan lain, demokrasi Malaysia ditentu dan dikuasai oleh kerajaan yang memerintah dan bukannya untuk kepentingan rakyat terbanyak," katanya.

Katanya, ketika negara- negara lain sedang sibuk menyuburkan demokrasi, Kerajaan Malaysia pula menggunakan pilihanraya untuk menutup kepincangan yang berlaku berlaku dalam demokrasi negara ini.

"Kami tidak boleh membiarkan keadaan ini berterusan kerana ia akan membawa kerosakan yang lebih teruk kepada rakyat dan negara ini," katanya.

Salahuddin berkata, semua pihak, termasuk bukan ahli PAS, perlu ikut serta sebagai tanda sokongan kepada usaha memulihkan demokrasi di dalam negara ini.

Pendapat itu turut disokong Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang berkata, bantahan tersebut perlu kerana kerajaan sedia ada hari ini merupakan gabungan antara demokrasi dan kuku besi.

"Ahli PAS Kelantan sanggup turun ke Putrajaya untuk berkumpul di depan Pejabat Perdana Menteri bagi menggesa kerajaan memulihkan demokrasi di negara ini," katanya.

Malaysiakini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59