Monday, 4 June 2007

TIADA KEMENANGAN PERCUMA UNTUK BN



BN Jangan harap nak dapat kemenangan percuma.

Parti Islam SeMalaysia (PA)S tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Barisan Najis (BN) dalam pilihanraya umum akan datang dan akan meletakkan calonnya di kawasan yang tidak ditandingi parti pembangkang yang lain.

Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Hj Mustafa Ali (gambar) menegaskan bahawa Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPP) telah selesai membuat kajian terhadap semua aspek mengenai pilihanraya umum akan datang.

"Arahan telah dikeluarkan kepada semua peringkat, terutama bahagian PAS di seluruh negara. Senarai nama calon telah diminta dan setakat ini banyak yang diperolehi.

"Senarai nama ini akan ditentukan oleh Majlis Syura sebelum diputuskan untuk bertanding," katanya dalam ucapan penggulungan dalam Muktamar PAS di Pengkalan Chepa, Kelantan semalam.

Mustafa berkata, antara kriteria utama calon pilihanraya PAS ialah tidak melakukan dosa besar serta tidak mengekalkan dengan sengaja dosa kecil.

"Ciri-ciri tambahan ialah calon yang lebih mudah untuk menang, iaitu mempunyai ramai kawan dan saudara mara di kawasan yang ditandinginya," katanya.

Sementara itu Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa(gambar) menyambut baik, kriteria pemilihan yang dinyatakan oleh Datuk Mustaffa di atas.

'Kami di Ayer Molek telah lama bersedia untuk meletakkan calon tempatan di mana kami sudah 'menyenaraipendekkan' 5 nama untuk diketengahkan, akhirnya kami memilih 3 orang dan nama mereka telah pun diserahkan kepada Jentera Pilihanraya Negeri' katanya ketika dihubungi malam tadi.

Di fahamkan MTD Ayer Molek akan mengemukakan calon terbaik dalam pilihanraya kali ini di mana calon yang dikemukakan adalah calon baru yang amat dikenali dan disenangi oleh masyarakat setempat.


PERBICARAAN ALTANTUYA 'POSTPONED'



Perbicaraan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantunya Shaariibuu yang dijadualkan bermula hari ini telah ditangguhkan kepada 18 Jun ini atas permintaan pihak pendakwaraya.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membenarkan penangguhan tersebut selepas mahkamah diberitahu bahawa pasukan pendakwaraya yang baru ditugaskan mengambil alih pendakwaan kes itu.

"Dengan mengambilkira kehadiran saksi-saksi rakyat asing, maka saya hanya membenarkan ianya ditangguhkan selama dua minggu sahaja. Perbicaraan akan bermula pada 18 Jun ini,” Mohd Zaki.


Beliau juga menolak permohonan peguambela Wong Kian Kheong supaya penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda, 46, yang dituduh bersubahabat dengan dua anggota polis membunuh Altantuya, 28, dibenarkan
ikat jamin.

Sebelum itu, sebaik sahaja perbicaraan bermula pagi tadi, Tun Abdul Majid memberitahu Mohd Zaki bahawa beliau baru dilantik semalam oleh Pejabat Peguam Negara.

Ekoran itu, Tun Majid kemudian memohon penangguhan selama sebulan bagi memberi peluang pihak pendakwa meneliti lebih 100 kenyataan saksi.

Tun Majid Tun Hamzah dibantu oleh Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup.

Notis singkat

"Saya hanya dimaklumkan mengenainya petang semalam ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya tidak dapat menjalankan pendakwaan kes ini dengan notis yang begitu singkat,” katanya kepada mahkamah.

Karpal Singh – peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya – sebelum ini turut memohon kes tersebut ditangguhkan kerana permohonannya untuk dibenarkan menyoal-siasat saksi, dijadualkan didengar hari ini.

Sebelum ini pihak pendakwaan diwakili Ketua Unit Kes Terkelas dari Jabatan Peguam Negara Sallehuddin Saidin dan Timbalan Pendakwaraya Noreen Badaruddin.

Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, dari Unit Tindakan Khas (UTK) dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara lot 12843 dan lot 16735, Mukim Bukit Raja, dekat Shah Alam, antara jam 10 malam 19 Oktober dan jam 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Mahkamah sesak

Sementara itu, Bernama melaporkan, perkarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam penuh sesak dengan orang ramai yang mahu mengikuti perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Selain keluarga tertuduh, turut membanjiri mahkamah ialah kalangan wartawan tempatan dan asing, peguam serta orang awam yang berminat untuk mendengar perbicaraan kes itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yassin.

Jurufoto akhbar dan jurukamera televisyen turut sibuk merakamkan segala peristiwa yang berlaku di sekitar mahkamah tersebut.

Mereka mula berkumpul sejak jam 6 pagi dengan memenuhi tingkat empat bangunan mahkamah hingga ke tangga dan apabila pintu Mahkamah Tinggi Jenayah 3 dibuka pada jam 7.30 pagi, ruang galeri yang hanya mampu menampung kira-kira 50 orang terus dipenuhi.

Kira-kira 30 anggota polis turut ditempatkan di sekitar kawasan mahkamah.

Isteri tertuduh, Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan yang ditemani anak perempuannya Rowena, 19, tiba pada jam 7 pagi diikuti ibu bapa dan keluarga Abdul Razak kira-kira 10 minit kemudian.

Keluarga kepada dua lagi tertuduh Cif Insp Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar pula tiba kira-kira jam 7.30 pagi.

Tertuduh

Bapa mangsa, Dr Shaariibuu Setev yang berbaju kuning terang tiba jam 8.45 pagi bersama Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi, sepupu mangsa, Amy, tiga lagi sepupu perempuannya dan peguam keluarga itu.

Shaariibuu tiba di negara ini Jumaat lalu bagi mengikuti perbicaraan kes yang dijadual akan berlangsung selama 26 hari. Dijangka kira-kira 20 orang saksi akan dipanggil bagi memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Abdul Razak, 46, yang berkemeja biru tiba tepat jam 9 pagi dengan menaiki van polis berwarna putih. Turut sama dalam van tersebut ialah dua lagi tertuduh, Azilah dan Sirul yang juga berkemeja biru dan menutup kepala masing-masing.

Sebaik tiba, Abdul Razak yang bergari disambut isteri dan anaknya di pintu belakang mahkamah.

Abdul Razak, seorang penganalisis politik terkenal menghadapi tuduhan bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar dalam pembunuhan kejam Altantuya.

Abdul Razak, dituduh melakukan kesalahan itu antara jam 9.54 pagi dan jam 11.05 pagi pada 8 Oktober tahun lalu di Tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 kanun yang sama yang membawa hukuman mati mandatory jika sabit kesalahan.

Laporan : Malaysiakini


DPP BUKIT KATIL UCAP TAHNIAH KEPADA SAF KEPIMPINAN YANG DIPILIH



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saf kepimpinan PAS yang dipilih pada muktamar PAS Pusat yang berakhir semalam. DPPBK mendoakan mereka dapat menjalankan amanah Allah dan amanah semua ahli PAS dengan komited dan penuh tanggungjawab.

Senarai Penuh Kepimpinan PAS Sessi 2007/2009 yang dipilih :-

Presiden : YB. Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden : Ustaz Nasaruddin Mat Isa
Naib Presiden : YB. Datuk Hj Husam Musa
Hj Mohamad Sabu
Ustaz Hj Ahmad Awang

Ketua Dewan Ulama' : YB Datuk Hj Mohamed Daud Iraqi
Ketua Dewan Pemuda : YB Salahuddin Ayob
Ketua Dewan Muslimat : Ustazah Nuridah Salleh

Ahli Jawatan Kuasa :

1. Dato' Hj Tuan Ibrahim Tuan Man
2. Ustaz Idris Hj Ahmad
3. Ustaz Abd Ghani Shamsuddin
4. Dato' Hj Ust Abu Bakar Chik
5. Dr Syed Azman Syed Nawawi
6. Dr. Lolo Mohd Ghazali
7. Ustaz Abd Ghani Abd Rahman
8. Sdr Hanipa Maiden
9. Ustaz Mujahid Yusof Rawa
10. YB Ir Amiruddin Hamzah
11. YB Ustaz Azizan Abd Razak
12. Ustaz Taib Azamuddin
13. YB Dato' Anuar Tan Abdullah
14. Dr Zulkiflee Ahmad
15. Sdr Mazlan Aliman
16. YB Ustaz Nik Amar Nik Abdullah
17. YB Datuk Abdul Halim Abdul Rahman
18. YB Datuk Takiyyuddin Hassan


BLOG INI AKAN DIUPDATE SEMULA BERMULA HARI INI


KAMI MEMINTA MAAF KERANA TIDAK DAPAT MENG'UPDATE'KAN BLOG SEJAK SABTU LALU KERANA BERCUTI UNTUK MENGHADIRI MUKTAMAR PAS PUSAT DI PUTIK


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59