Tuesday, 29 May 2007

HAMPIR RM300 JUTA AKAN LESAP UNTUK SAMBUT KEMERDEKAAN


Media internet hari ini melaporkan bahawa kerajaan Islam Hadhari Al Baziri akan membazirkan duit rakyat berjumlah hampir RM300 juta untuk menyambut 50 tahun kemerdekaan pada tahun ini.

Jika benar dakwaan ini maka ini satu lagi episod malang buat rakyat apabila wang kita digunakan sewenang-wenangnya tanpa ada rasa tanggungjawab oleh pemimpin Islam Hadhari. Pada ketika rakyat terbeban dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang kian meningkat, pemimpin kerajaan yang tidak berhati perut ini tetap berdegil tidak mahu berjimat cermat. Pemimpin seperti ini sewajarnya sudah lama di'terajang' dari 'singgahsana' pemerintahan.

Sementara itu Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Nazry Arrifin mempersoalkan kewajaran tindakan kerajaan membelanjakan hampir RM300 juta bagi menyambut Hari Kemerdekaan Ke-50 pada kali ini yang jelas membazir dan tidak bijak.

"Apa untungnya sambutan sebegini yang langsung tidak memberikan impak kepada kesejahteraan rakyat. Kita tidak menentang sambutan kemerdekaan tetapi biarlah ia diadakan secara sederhana dan wang yang sebanyak itu boleh digunakan untuk meringankan beban rakyat melalui program-program bantuan kebajikan dan pinjaman perniagaan contohnya" ujar Nazry panjang lebar.

"Mengapakah pada ketika rakyat dihimpit dengan pelbagai keperitan hidup seperti kenaikan harga barang, tol, minyak dan gejala sosial, tiada usaha yang proaktif dari kerajaan untuk membantu rakyat. Kerajaan hanya sibuk berpesta sepanjang tahun melakukan pembaziran wang rakyat," tegas Nazry lagi.


KES LINA JOY : UMAT ISLAM DIMINTA SOLAT HAJAT


PEGUAM Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), Saudara Zamri telah menghadiri mesyuarat Front Bertindak Anti-Murtad (Forkad) dan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) di Anjung Rahmat malam tadi (28 Mei).

Beberapa ketetapan telah dibuat berhubung Kes Azlina Jailani @ Lina Joy yang akan diputuskan pada esok hari, 30 Mei 2007 di Mahkamah Persekutuan, Palace Of Justice, Putrajaya.

• Solat hajat di seluruh negara: Seluruh umat Islam diseru untuk sama-sama mengerjakan solat hajat selepas Isyak di seluruh masjid-masjid dan surau-surau di seluruh negara pada hari Selasa 29 Mei 2007 agar keputusan Mahkamah Persekutuan 30 Mei 2007 mengenai kes Azlina Jailani memihak kepada Islam.

Pihak Forkad dan Pembela menggesa agar semua pihak yang prihatin tentang isu ini menyebarkan mesej ini dan menggerakkan majlis solat hajat di tempat masing-masing. Kepada semua ahli PAS, DPPWP meminta agar program-program solat hajat ini dilakukan di semua pusat tarbiyah dan markas gerakan pilihan raya serta mengajak orang ramai untuk turut hadir.

• Tanda keprihatinan: Bagi wakil-wakil NGO, parti politik, umat Islam dan ahli PAS yang akan menghadiri sidang mahkamah pada 30 Mei 2007 , tuan-puan dijemput hadir lebih awal iaitu bermula jam 8:30 pagi bagi mengambil tempat untuk mendengar keputusan.

Kita berkumpul hari tersebut untuk mendengar keputusan kes Azlina Jailani oleh mahkamah. Perhimpunan ini bagi menzahirkan keprihatinan kita terhadap masa depan Islam di negara kita. Ia tidak bertujuan menimbulkan permusuhan dengan mana-mana pihak, jauh sama sekali mencetuskan suasana ketegangan. Sebarang silap-laku dipihak umat Islam yang hadir akan digunakan untuk memburukkan imej Islam dan Umat Islam di Malaysia. Juga tidak mustahil bahawa ada pihak-pihak tertentu yang akan cuba mencetuskan provokasi dan ketegangan untuk tujuan yang sama.

Dengan latarbelakang tersebut, Forkad dan Pembela menyenaraikan garis panduan berikut untuk dipatuhi oleh semua hadirin demi kebaikan bersama:

(a) Mengambil tempat dengan tenang dan menunggu dalam keadaan duduk. Sangat digalakkan berada dalam keadaan wuduk dan mengisi waktu dengan munajat dan zikrullah.

(b) Pimpinan utama organisasi dan peguam berkaitan perlu diberikan keutamaan untuk masuk ke ruang dalam mahkamah.

(c) Orang ramai diminta untuk berkumpul di luar pekarangan mahkamah dengan aman.

(d) Laporan selari mengenai keadaan di mahkamah akan diberikan dari semasa ke semasa.

(e) Dilarang meninggikan suara, mencerca atau mengutuk sesiapa.

(f) Pastikan suasana terkawal dan aman.

(g) Berikan sepenuh kerjasama kepada pihak polis dan pengawal.

Forkad dan Pembela juga akan menugaskan beberapa orang wakil khas untuk membantu mengawal suasana selari dengan garis panduan di atas. Semua yang hadir diharap dapat memberi kerjasama sepenuhnya kepada mereka. - lanh

Oleh Kamaruzaman Mohamad, Penulis adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Forkad Wilayah Persekutuan

Harakahdaily


84 ORANG REMAJA HADIRI SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA DPPBK HARI INI





Sebahagian dari remaja yang menghadiri program tersebut





SOLOK GAONG : Seminar Kecemerlangan Remaja yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil(DPPBK)di Madrasah Ar Rahmah di sini pagi ini, mendapat sambutan hangat apabila 84 orang remaja menghadirinya. Seminar yang bermula pada jam 8.00 hingga 4.30 petang tersebut mendapat sambutan di luar dugaan kerana sebelum ini pihak penganjur menganggarkan hanya 40-50 orang sahaja yang akan menyertainya.

Ketua Lajnah Pembangunan Remaja DPPBK, Khairuddin Ismail melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan kehadiran yang begitu ramai yang mencerminkan bahawa program PAS masih mendapat sambutan hangat walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan oleh pihak lawan.

"Insya Allah sambutan hebat ini akan mengujakan kami untuk meneruskan program pembangunan insan sebegini demi untuk mendidik anak-anak kita supaya menjadi insan yang cemerlang dari segi akademik dan akhlaq serta menjadi hamba Allah yang bertaqwa" ujar Khairuddin bersungguh-sungguh.

Menurut Khairuddin lagi pihak urusetia terpaksa menambah beberapa peralatan dan bekalan makanan untuk menampung kehadiran peserta yang di luar jangkaan ini.

Program ini merupakan progam yang kedua pernah dianjurkan oleh DPPBK selepas program pertama Mac tahun lalu di mana jumlah pentertaannya adalah 50 orang.

Beberapa modul dibentangkan pada seminar tersebut dengan menekankan kepada melahirkan remaja yang berfikiran positif, berakhlaq mulia dan bertaqwa.




Hassan dan adiknya Hussin








Salah seorang peserta yang ditemui iaitu Hassan Mohd Ali, 13 menyatakan bahawa beliau begitu gembira dapat bersama-sama menghadiri seminar yang amat berguna kepada remaja dan pelajar.

"Saya mendapat banyak maklumat dan ilmu dari program ini" kata Hassan yang datang bersama adiknya Hussin.

Sementara beberapa orang ibubapa yang ditemui juga melahirnya rasa gembira dan berterimakasih kepada Dewan Pemuda PAS Bukit Katil yang menganjurkan program ini.



Affandy Abdul Wahab





Salah seorang bapa yang bersama-sama dengan anaknya mengikuti program ini, Affandy Abdul Wahab, 40 mengharapkan program seumpama ini diadakan dari masa ke semasa kerana katanya remaja perlu selalu diperingatkan tentang kepentingan belajar dan berakhlaq.

"Kadang-kadang golongan remaja ini lebih percaya kepada guru-guru atau orang lain dari ibubapa mereka, jadi dengan adanya program sebegini Insya Allah ianya akan memberikan impak yang baik kepada remaja" kata Affandy yang datang bersama-sama anaknya yang berusia 13 tahun.


Belajar bahasa Cina tidak perlu jadi isu sensitif: Jiao Zong


GENTING HIGHLANDS: Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) Ong Chiow Chuen berpendapat perkembangan pesat ekonomi di China dan trend pembelajaran Bahasa Cina di seluruh dunia akan membolehkan pembelajaran bahasa tersebut di negara ini tidak lagi dianggap sebagai suatu isu sensitif.

"Dengan adanya asas yang kukuh dalam bidang pembelajaran bahasa Cina di Malaysia, maka lebih ramai rakyat negara ini yang tidak fasih bertutur bahasa Cina mempunyai peluang untuk mempelajari bahasa itu, dan akhirnya akan memanfaatkan negara dan pertubuhan yang melabur di negara China.

"Pendidikan dan penguasaan bahasa Cina kini menjadi semakin penting seperti bahasa Inggeris yang kian lama merupakan bahasa antarabangsa di seluruh dunia," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Jiao Zong ke-56 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lawatan seminggu Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ke China baru-baru ini. Tujuan lawatan rasmi tersebut yang bermula pada 19 Mei adalah untuk meneruskan usaha untuk mengantarabangsakan sistem pelajaran Malaysia.

Dalam hal ini, Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Hon Choon Kim yang turut menyertai lawatan rasmi itu mengumumkan bahawa pihak kerajaan China bersetuju menghantar ahli akademik untuk melatih kira-kira 800 orang guru bahasa Cina di peringkat sekolah rendah dan menengah di Malaysia.

Ong turut berharap lawatan oleh menteri dan timbalannya akan dapat mengubah pandangan oleh sesetengah pihak terhadap pendidikan bahasa Cina di negara ini dan ia tidaklah lagi dianggap sebagai isu sensitif atau penghalang terhadap perpaduan kaum di negara ini.

Hampir 100 anggota gabungan itu menghadiri mesyuarat agung tahunan itu yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting.

Mstar


ORANG TERKAYA DI MALAYSIA. APA MEREKA NAK BUAT DENGAN DUIT BANYAK?



SENARAI JUTAWAN-JUTAWAN TERKAYA DI MALAYSIA.SILA KLIK DI ATAS GAMBAR UNTUK MENDAPAT IMEJ LEBIH BESAR


MUKTAMAR PAS PUSAT : JANGAN BIMBANG 'MUSLIM HOTEL' MASIH KOSONG UNTUK DITEMPAH



"Jangan bimbang 'Muslim Hotel' masih kosong dan sedia untuk ditempah" begitulah gurauan salah seorang pemerhati dari PAS Kawasan Bukit Katil ketika di tanya tentang penginapan ketika muktamar PAS Pusat yang akan bermula Rabu ini. Kata-kata beliau itu bersandarkan kepada jaminan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan yang baru-baru ini mengumumkan bahawa masjid dan surau boleh digunakan sebagai penginapan untuk para perwakilan dan pemerhati muktamar PAS Pusat kali ini.

Selain itu, sepanjang muktamar ini pihak urusetia Muktamar menawarkan penginapan 'homestay' secara percuma kepada perwakilan daripada seluruh negara dan konsep homestay ini ditawarkan kepada mereka yang ingin tinggal di kawasan Pengkalan Chepa dan Kota Bharu.

Muktamar PAS yang akan diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) dijangka akan menerima kehadiran seramai 1,125 perwakilan daripada 170 PAS kawasan di seluruh negara.

Sementara itu dua hari lalu, bandar raya Kota Baharu sudah pun menerima kedatangan ribuan pelancong luar dan dalam negara yang ingin mengenali lebih dekat lagi dan mahu mendapat gambaran sebenar situasi dan keadaan negeri Cik Siti Wan Kembang ini yang sering 'dianaktirikan' dan diputar-belitkan kisah dan ceritanya dan sudah pasti babak demi babak di Kelantan ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh puluhan wartawan dan jurulensa daripada pelbagai media massa daripada arus perdana hatta media alternatif menjelang muktamar ini.

Jumlah pelancong dan orang ramai yang 'bertandang' ke negeri ini dijangka meningkat menjelang muktamar ini dan menurut satu sumber, hampir semua tempat penginapan, hostel, chalet dan hotel di sekitar Kota Bharu telah ditempah sepenuhnya.


AIR TERJUN BUKIT SEBUKOR TERUS JADI TEMPAT MAKSIAT



"Dah lah ia membazirkan duit rakyat, kini bala pula menimpa kita, apabila ianya dijadikan tempat melakukan maksiat dan perbuatan tidak senonoh" kata seorang pengunjung air terjun Bukit Sebukor yang tidak mahu dikenali.

Itulah antara rungutan dan bantahan penduduk setempat dan pengunjung air terjun tersebut bila diajukan persoalan tentang ke'rasional'an membina air terjun buatan tersebut.

Menurut pengunjung tersebut kawasan air terjun itu dijadikan 'markas' membuat maksiat dikalangan muda-mudi kerana tempatnya yang gelap terutama di bahagian atas. Beliau mendakwa terserempak dengan beberapa pasangan yang tanpa segan silu berpelukan dan berdakap mesra tanpa menghiraukan kehadirannya.

Beliau menyeru pihak berkuasa memantau kawasan tersebut agar ianya tidak digunakan sebagai tempat maksiat.

Air terjun ini yang dibina beberapa tahun lepas dengan kos dianggarkan jutaan ringgit jelas membazirkan duit rakyat. Ianya mendapat tentangan dari PAS ketika mula-mula ianya di bina namun pembinaan tetap diteruskan. Ia terletak betul-betul di tepi jalan menuju ke Tol Lebuh Raya Utara Selatan.


WANITA MCA CEMBURU


Wanita MCA berasa cemburu dengan pembantu rumah dari China kerana kata mereka wanita-wanita China tersebut suka menggoda majikan mereka.

Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen mendesak kerajaan supaya menimbang semula pengambilan pembantu rumah dari China kerana mereka sanggup menggoda suami orang.

Beliau berkata, kebanyakan isteri mengadu bahawa wanita China telah mengkucar-kacirkan rumahtangga mereka melalui hubungan sulit dengan si suami.

Oleh itu, kata Ng, perbincangan untuk mengambil pembantu rumah dari China harus dihentikan buat sementara waktu.

"Perempuan China menggoda lelaki tempatan yang sudah berkahwin untuk menjalinkan hubungan sulit sehingga menjejaskan keharmonian keluarga," katanya.

Ng berkata, beliau bukannya memandang rendah kepada perempuan China tetapi mendakwa beliau seharusnya memberi perhatian ke atas aduan wanita tempatan.

Kita ingin mencadangkan kepada isteri-isteri yang kuat cemburu dan yang mempunyai suami yang hidung belang supaya mengambil pembantu lelaki atau pondan untuk menyelesaikan masalah ini.


PAS BUKIT KATIL AKAN TAMPIL CALON BERPOTENSI UNTUK DUN AYER MOLEK


Ayer Molek : PAS Kawasan Bukit Katil akan menampilkan calon baru yang berpotensi untuk bertanding pada Pilihanraya Umum kali ini.

Pengarah Majlis Tindakan DUN Ayer Molek, Md Yassim Musa(Gambar) dalam kenyataannya pagi ini menjelaskan bahawa, nama-nama bakal calon DUN Ayer Molek akan diserahkan kepada PAS Negeri dalam minggu ini juga.

"Kita telah mengenalpasti tiga orang calon yang sangat berpotensi untuk merampas kerusi DUN Ayer Molek, kita yakin calon kita akan memberikan saingan sengit kepada Umno" kata Yassim ketika ditemui selepas mesyuarat bulanan Majlis Tindakan DUN (MTD) Ayer Molek di sini malam tadi.

Bagaimanapun Md Yassim enggan menamakan calon yang dimaksudkan apabila ditanya dengan lebih lanjut.

"Insya Allah bila tiba masanya nanti kita akan umumkan, apa yang pasti bakal calon kita dikenali ramai, berpendidikan tinggi, aktivis masyarakat serta anak tempatan" ujar Yassim dengan penuh yakin.

DUN Ayer Molek merupakan salah satu yang berpotensi untuk dimenangi oleh PAS berdasarkan komposisi pengundinya, di mana peratusan pengundi melayu melebihi 80%. PAS pernah memenangi beberapa peti undi dalam DUN Ayer Molek pada Pilihanraya Umum 1999.


SEMINAR KECEMERLANGAN REMAJA DEWAN PEMUDA BUKIT KATIL HARI INI


Setelah setelah mengadakan Seminar Kecemerlangan Guru PASTI semalam, Lajnah Pembangunan Remaja Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK) meneruskan programnya mendidik remaja dengan menganjurkan Seminar Kecemerlangan Remaja (SKR) sehari suntuk hari ini.

Pengarah Program, Khairuddin Ismail berkata, dijangkakan 50 pelajar dari seluruh kawasan Bukit Katil akan menghadirinya.

Program ini merupakan program kedua dijalankan oleh DPPBK setelah program pertama tahun lalu diadakan dengan jayanya. Program ini akan bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang.

2 orang moderator dan motivator terkenal di selatan tanahair akan mengendalikan seminar sehari ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59