Sunday, 27 May 2007

ZAMAN ISLAM HADHARI PENGAMAL UNDANG-UNDANG PUN LANGGAR UNDANG-UNDANG



Zaman Islam Hadhari hari ini semuanya menjadi caca marba. Penggubal undang-undang iaitu Kerajaan Islam Hadhari sendiri langgar undang-undang dan pengamal undang-undang iaitu peguam juga langgar undang-undang.

Inilah bala Allah yang diturunkan kepada negara Islam Hadhari ini yang pemimpinnya masih degil dan keras kepala tidak mahu kembali kepada ajaran Islam sebagai dasar undang-undang negara. Akhirnya undang-undang manusia ini hanya tercatat di atas kertas tetapi sedikitpun tidak digeruni oleh penyagak dan penjenayah.

Ianya berlainan dengan undang-undang Allah yang mempunyai keberkatan dan roh 'nakalan minALLAH' pencegahan dari Allah S.W.T.

Semalam media melaporkan bahawa 25 orang peguam dikehendaki Polis untuk membantu siasatan 200 kes jenayah penyelewengan dan pecah amanah yang membabitkan berjuta-juta ringgit yang dipercayai dilakukan oleh peguam-peguam terbabit.

Sementara itu Naib Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan (Gambar) berkata tiada tindakan boleh diambil terhadap peguam yang dikehendaki polis atas dakwaan mereka melakukan pecah amanah kerana mereka tidak dipecat sebagai pengamal undang-undang, berhenti daripada profesion atau tidak membaharui sijil amalan guaman mereka.

Beliau berkata Majlis Peguam memandang serius perkara tersebut dan sedang bekerjasama dengan polis bagi membantu siasatan mereka.

Ragunath bagaimanapun berkata hanya segelintir peguam yang terbabit dengan penyalahgunaan wang dalam akaun pelanggan mereka dan terdapat peraturan dan undang-undang yang ketat untuk memantau amalan peguam mengendalikan akuan pelanggan.

Zaman Islam Hadhari ini Peguam pun tidak boleh dipercayai. Lepas ini kalau anda nak cari 'Lawyer' kena cari LOYAR BURUK sebab 'Lawyer' sebenar ramai yang tidak boleh dipercayai lagi.


BERAPA JUTA WANG RAKYAT 'TERKORBAN' PADA MALAM 'SEJUTA WARNA, SEJUTA SENYUMAN'


PUTRAJAYA: Di saat rakyat terhimpit dengan kenaikan harga barangan dan tekanan hidup kerajaan Islam Hadhari terus membazirkan wang rakyat tanpa segan silu. Malam tadi satu lagi acara maksiat dan membazirkan dijalankan. Program yang melibatkan percampuran dan pergaulan antara lelaki dan wanita; tidak menghormati waktu solat (dimulakan dari jam 6.30 petang lagi); pendedahan aurat wanita dan sebagainya menjadi kebanggaan pemimpin Islam Hadhari.

Citrawarna Malaysia ke-9 yang berlangsung selama 16 hari hingga 10 Jun ini dilancarkan dengan penuh gilang-gemilang di Dataran Putrajaya malam ini.

Perdana Menteri Imam Al Badawi Wal Hadhari melancarkan acara tahunan tersebut yang bertemakan `Sejuta Warna, Sejuta Senyuman'. Patutlah Imam Al Hadhari senyum sampai ke telinga malam tadi sebab kempen itu bertemakan sejuta senyuman rupanya.
Kira-kira 70,000 orang rakyat negara ini dan pelancong asing membanjiri majlis pelancaran yang berlatar belakang bangunan kompleks mahkamah Palace of Justice.

Kita tahu berapa juta wang rakyat 'terkorban' untuk menghasilkan 'sejuta warna dan sejuta senyuman'.

Majlis sambutan bermula sejak 6.30 petang yang mempamerkan persembahan kumpulan tarian dan perarakan di Putrajaya Boulevard, pertunjukan fesyen pakaian hasil karya pereka tempatan serta pertunjukan Balet Berbasikal.

Perdana Menteri tiba di majlis perasmian kira-kira 8 malam dengan diiringi persembahan muzik dan tarian tradisional.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Perdana Menteri kemudiannya menyampaikan ucapan sebelum Citrawarna Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri.

Para pengunjung seterusnya dipersembahkan dengan pelbagai pertunjukan kebudayaan rakyat seperti persembahan paluan gendang oleh 100 pemukul gendang dari tiga etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India, tarian topeng masyarakat orang Asli, tarian musim menuai masyarakat Sabah dan tarian pahlawan masyarakat Sarawak.

Ia disulami dengan persembahan tarian pelbagai masyarakat Melayu, Portugis, Siam, Cina dan India dengan disimbahi pancaran lampu berwarna-warni.

Acara kemuncak ialah gabungan tarian dan nyanyian kesemua 1,800 penari dan peserta yang mengambil bahagian mengiringi lagu yang digubah khas.

Pertunjukan bunga api yang mewarnai langit pusat pentadbiran Putrajaya selama lima minit mengakhiri majlis pelanncaran.

Citrawarna Malaysia kali ini yang berlangsung sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara disambut secara besar-besaran dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk di hotel, pusat pelancongan dan pusat membeli-belah di sekitar Lembah Klang.

Inilah bukti Islam Hadhari tidak mengambil kira samada sesuatu program itu Halal atau Haram; membazir atau tidak semuanya dibuat asalkan menghiburkan. Pulangannya dari segi dunia belum tentu tetapi pulangan akhirat secara zahirnya kita dah tahu.


BANGUNAN MAHKAMAH BARU RUPANYA TIADA CF



Mereka yang buat ndang-undang mereka yang langgar. Itulah ungkapan yang sepadan dengan kerajaan Islam Hadhari kerana mereka yang menggubal undang-undang yang mensyaratkan bangunan baru mesti mendapatkan CF sebelum boleh digunakan tetapi agensi mereka yang melanggar menggunakan bangunan mahkamah baru di Jalan Duta tanpa CF.

Bulletin Utama TV3 SUKU malam ini melaporkan bahawa Bangunan Mahkamah itu sebenarnya tidak mempunyai CF di mana permohonan CF tidak pernah diterima oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Mungkin oleh tiada CF maka bangunan ini tidak diperiksa dengan teliti atau juga mungkin ada perkara yang tidak kena menyebabkan kompleks mahkamah mengalami kerosakan demi kerosakan.

Minggu lalu sebahagian lantai kompleks mahkamah ini digenangi air berikutan saluran paipnya pecah.

Inilah Islam Hadhari mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka hatta melanggar undang-undang yang digubal oleh mereka sendiri.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59