Saturday, 26 May 2007

KES LINA JOY DIPUTUSKAN RABU INI




Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur menetapkan 30 Mei ini untuk memutuskan sama ada Azlina Jailani yang menukar namanya kepada Lina Joy boleh menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalannya.

Perkara itu disahkan oleh peguam Lina, Benjamin Dawson ketika dihubungi di sini hari ini.

Lina, 42, merayu terhadap penolakan Mahkamah Rayuan terhadap permohonannya untuk menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya.

Rayuannya di mahkamah itu ditolak pada 19 Sept, 2005, dalam keputusan majoriti 2-1, untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi tidak membenarkan permohonannya bagi menggugurkan perkataan "Islam" dari kad pengenalannya atas alasan keputusannya keluar dari Islam tidak disahkan oleh Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa Islam yang lain.

Pada 23 April, 2001, Mahkamah Tinggi memutuskan sebagai seorang Islam, Lina, tidak boleh keluar dari Islam dan bahawa isu itu perlu diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Dalam samannya, Lina menamakan Majlis Hal Ehwal Islam Wilayah Persekutuan, Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Datuk Wan Ibrahim Wan Ahmad sebagai responden.

Pada 2 Feb 1997, Lina memohon kepada JPN untuk menukar namanya atas alasan beliau tidak lagi memeluk Islam dan telah masuk Kristian.

Permohonan itu ditolak oleh JPN pada 11 Ogos 1997.

Permohonan keduanya kepada JPN untuk menukar namanya kepada Lina Joy diluluskan dan JPN memintanya memohon kad pengenalan baru.

Lina mengemukakan permohonan bagi kad pengenalan baru dan pada November 1999, beliau diberikan kad pengenalan baru dengan nama Lina Joy dan perkataan "Islam" dicatatkan.

Pada 11 Mac 2000, Lina memohon kepada JPN untuk menggugurkan perkataan "Islam" daripada kad pengenalan barunya tetapi permohonannya ditolak atas alasan beliau perlu mengemukakan sijil atau perintah daripada Mahkamah Syariah atau mana-mana pihak berkuasa agama Islam.

Pada 4 Julai tahun lepas, Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Richard Malanjum dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Alauddin Mohd Sheriff telah menangguhkan keputusan selepas mendengar hujah daripada pihak berkenaan dalam rayuan itu.


KERAJAAN GAGAL BENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG


Laporan di bawah jelas membuktikan bahawa janji kerajaan untuk mengawal harga barangan dan makanan hanya omongan kosong. Buktinya Utusan Meloya melaporkan bahawa harga Milo ais dah naik sampai RM1.80 di negeri Derih Jusoh (JE).

Kegagalan kerajaan Islam Hadhari patut diinsafi oleh rakyat supaya menolak kerajaan yang hanya pandai berjanji dan bercakap kosong.

Laporan Utusan Meloya di bawah :-

Ketika amaran demi amaran dikeluarkan oleh pihak berkuasa supaya para peniaga tidak menaikkan harga barangan dan makanan, sebuah restoran di sini menjual Milo ais dengan harga RM1.80 segelas - lebih mahal dari biasa.

Percaya atau tidak, itulah realiti yang dihadapi oleh pengguna di negeri ini kerana ada pengusaha makanan mula merancakkan lagi ‘pesta menaikkan harga’ tanpa disedari oleh orang ramai.

Harga tersebut lebih tinggi antara 20 sen dan 30 sen daripada harga biasa di restoran-restoran mamak di ibu negara yang menjual minuman seperti Milo ais, Nescafe ais atau Horlicks ais dengan harga antara RM1.50 dan RM1.60 sahaja.

Malah di kedai-kedai makan atau gerai-gerai tepi jalan di sini, harga minuman tersebut adalah RM1.20 sahaja.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59