Thursday, 24 May 2007

KATA-KATA SI BONGKAK



"Kita boleh mengucapkan `selamat tinggal kepada parti pembangkang` kerana lima pilihan raya kecil sudah jelas menunjukkan parti pembangkang tidak mendapat tempat di hati rakyat di negara ini," kata Si Bongkak Najib Altantuya semalam.

Kenyataan bongkak Timbalan Presiden UMNO (Baru) itu telah diikuti dengan sorakan gemuruh oleh pembodek-pembodek BN seramai 7,000 orang yang hadir di Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Najis (BN) pada Pilihan Raya Kecil N.08 DUN Machap di padang Felda Tun Ghafar Baba Machap di Machap semalam.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, kejayaan-kejayaan BN dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah dilalui itu menunjukkan jentera BN telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

"Tidak mengapa...kita ada banyak peluru dan kita simpan peluru itu dan kalau dia (pembangkang) cuba lemparkan tuduhan, fitnah kepada kita...kita akan lawan habis habisan,"ujarnya.

Macamana kamu tak menang wahai Si Bongkak, kamu menggunakan segenap jentera kerajaan termasuk SPR, Polis, Jabatan Pendaftaran Negara, KEMAS, IPTA dan lain-lain untuk mencapai kemenangan dengan cara tidak bermaruah.

Malah Si Bongkak bertindak macam Santa Klaus mengagihkan bantuan dan habuan 'instant' kepada rakyat. Duit keluar macam air dalam bentuk 'cash', projek dan sebagainya.

Si Bongkak tanpa segan silu merasuah pengundi dalam pelbagai bentuk. Kita menasihat kepada Si Bongkak supaya sedar bahawa kuasa yang ada pada kamu tidak akan kekal lama. Paling tidak kamu akan dipanggil oleh Allah mengadapNya suatu hari nanti. Dari itu semasa kamu hidup jangan kamu menggunakan kekuasaan yang sedikit yang ada pada kamu untuk menyelewengkan jentera kerajaan, duit rakyat dan sebagainya untuk kepentingan diri dan Barisan Najis kamu.


APA SUDAH JADI DENGAN PKR. KITA BERSIAP HADAPI PILIHANRAYA PKR SIBUK 'BERTELAGAH' REBUT JAWATAN.



Apa nak jadi dengan PKR kita sibuk hadapi Pilihanraya, PKR sibuk bertelagah sesama sendiri nak rebut jawatan. Ikuti laporan Malaysiakini di bawah :-

Datuk Nalla keluar PKR

Kecewa dengan apa yang berlaku, Datuk S Nallakaruppan hari ini mengesahkan beliau akan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat ini, bersama-sama sekumpulan pemimpin India dalam parti pembangkang itu.

“Cukuplah…!” kata ahli perniagaan yang berusia 61 tahun itu kepada malaysiakini. “Sudah lama saya dipermainkan.”

Menurutnya, beliau sudah dua kali dipermainkan oleh “kawan karibnya” Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga penasihat PKR, selepas memberi jaminan bahawa beliau (Nalla) akan diberi peranan penting dalam parti itu.

“Kali pertama Anwar memberitahu saya patut bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok. Tetapi pada saat-saat akhir, beliau meminta saya menarik diri dan memberi kerusi itu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Saya marah kerana sehingga saat-saat akhir pun, beliau masih lagi mahu saya bertanding tetapi saya (kemudiannya) bersetuju dengan keputusannya (supaya tidak bertanding) dan memberitahu akan melakukan apa sahaja untuk membantu Khalid memenangi kerusi tersebut,” katanya.

Pada pilihanraya kecil Ijok pada 28 April lalu, Khalid tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) dari MIC, K Parthiban.

Diminta tarik diri

Nallakaruppan berkata beliau sekali lagi ‘dipermainkan” berhubung dengan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada 25 Mei depan.

Beliau yang diajak oleh Anwar menyertai PKR Ogos lalu untuk menarik sokongan masyarakat India berkata, beliau kecewa apabila Anwar menelefonnya Jumaat lalu dan memintanya menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden.

“Alasannya ialah penyandang bagi tiga jawatan naib presiden itu telahpun ditentukan dan beliau tidak mahu ianya terganggu,” kata Nallakarupan yang juga ketua PKR bahagian Kepong.

Nallakaruppan berkata, dengan hati yang berat beliau menyetujui permintaan Anwar itu walaupun beliau memperolehi pencalonan kedua tertinggi bagi bertanding jawatan tersebut.

“Saya memberitahunya yang saya kecwa. Malah, sebelum dicalonkan untuk bertanding jawatan tersebut, saya telah bertanya pendapatnya dan beliau berkata okay untuk saya bertanding, dan berkata beliau tiada halangan.

“Sekarang beliau memutuskan saya tidak perlu bertanding kerana ia akan menjejaskan senarai penyandang yang sudah ditetapkan itu. Demokrasi apakah yang sering laungkan dalam parti itu?” soalnya.

Nallakaruppan berkata, beliau telah menyatakan kekecewaannya itu kepada Anwar dan memberitahunya beliau merasa “dikhianati” oleh seorang kawan yang dikenali sejak 30 yang lalu.

“Saya memberitahu yang beliau telah mempermainkan saya tetapi saya tidak menghentak telefon,” tambahnya.

Beliau merujuk kepada laporan akhbar the Star hari ini yang mendakwa beliau menghentak telefon apabila bekas timbalan perdana menteri itu memintanya menarik diri daripada bertanding jawatan naib presiden.

Nallakarupan juga mendedahkan yang beliau menolak tawaran Anwar untuk dilantik sebagai naib presiden selepas pemilihan parti hujung minggu ini.

“Saya tidak lagi percaya beliau akan mengotai kata-katanya itu. Lagi pula, saya tidak mahu jawatan lantikan. Pokoknya, mengapa halang saya daripada bertanding?” soalnya.

Langkah seterusnya?

Nallakaruppan, yang pernah menjadi rakan permainan tenis Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri berkata, beliau akan memanggil sidang akhbar Jumaat ini untuk mengumumkan keputusannya keluar daripada PKR dan sebab-sebab beliau berbuat demikian.

“Ia bukan reaksi tindak balas saya. Saya sepatutnya menumpukan kepada perniagaan saya tetapi telah dibawa masuk parti ini oleh Anwar. Ketika itu, beliau meminta saya memainkan peranan aktif dalam usaha menambah ahli daripada kalangan masyarakat India, dan saya telah lakukan.

“Tetapi apabila saya mahu bertanding salah satu jawatan tinggi parti, saya tidak diterima,” tambahnya.

Ditanya mengenai langkah beliau seterusnya, Nallakarupan berkata, beliau akan kekal aktif dalam politik tetapi enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya akan kekal aktif dalam politik. Saya mahu membantu masyarakat dan apa juga yang saya boleh sumbangkan, saya akan lakukannya. Tunggulah Jumaat ini dan saya akan dedahkan semuanya,” kata beliau.

Beberapa pemimpin India dalam PKR di peringkat negeri telah menyuarat hasrat mereka untuk meninggalkan parti itu bersama dengan Nallakaruppan. Sesetengah daripada mereka, termasuk pemimpin utama akar umbi, telah menyertai parti itu sejak penubuhannya pada 1999.

Satu lagi kumpulan pemimpin India dalam PKR mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menyatakan taat setia mereka kepada parti dan menafikan laporan berlaku perpecahan di kalangan ahli kaum India.

30 calon AMK tarik diri bantah campurtangan Anwar

Lebih 30 calon menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Jumaat ini kerana membantah campurtangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha AMK, SD Johari Yassin berkata, campurtangan Anwar adalah satu amalan yang tidak sihat dalam sistem demokrasi.

“Saya menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan ketua AMK walaupun mendapat pencalonan tertinggi (42),”katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Penerangan AMK, Latheefa Koya dan Timbalan Ketua Penerangan AMK, Amirudin Shari.

Sidang media tersebut diadakan bagi mengumumkan senarai calon yang akan bertanding dalam pemilihan AMK di Seremban, Jumaat ini.

Selain Johari, Sharifah Shahidah Syed Kamarulzaman yang mendapat 37 pencalonan dan tertinggi untuk jawatan naib ketua AMK, turut menarik diri.

Johari berkata, beliau sudah menghantar mesej yang jelas kepada pihak atasan supaya jangan masuk campur dalam urusan pemilihan parti.

‘Sahabat Ezam’

Beliau juga berkata, Anwar bersikap prejudis terhadapnya walaupun beliau banyak berkorban untuk parti selama lebih dari lapan tahun.

Johari mendakwa, Anwar tidak senang dengannya kerana beliau terlalu rapat dengan bekas ketua AMK, Ezam Mohd Noor dan tindakannya mengkritik bekas timbalan perdana menteri itu semasa kempen pilihanraya kecil Ijok baru-baru ini.

Dalam pemilihan parti, katanya, para perwakilan harus diberikan kebebasan sepenuhnya tanpa campur tangan pihak atasan termasuk penasihat parti.

"Saya kecewa dengan campurtangan Anwar dalam pemilihan AMK yang sepatutnya diputuskan oleh para pewakilan daripada 82 bahagian AMK di seluruh negara,” katanya.

Bila ditanya mengenai penafian Anwar campurtangan dalam pemilihan parti, Johari berkata “sesiapa sahaja boleh mengatakan apa-apa dan kemudian menafikannya”.

“Saya mempunyai bukti mengenai hal itu dan bukannya mengatakan sebarangan berdasarkan khabar angin,” katanya lagi.

Sejumlah 828 perwakilan dari 92 bahagian dan 300 pemerhati dijangka menghadiri kongres nasional PKR di Dewan Sekolah Menengah Chung Hwa, Seremban.


KOMPLEKS MAHKAMAH BOCOR : SAMY VELLU MESTI LETAK JAWATAN



BUKIT KATIL : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Abu Bakar Ramli menggesa Menteri Kerja Raya, Samy Vellu meletakkan jawatan di atas kegagalan kementeriannya memastikan Kompleks itu di bina mengikut spesifikasinya.

Kegagalan ini terbukti berikutan pelbagai masalah yang menimpa kompleks yang menelan jutaan ringgit itu.

"Duit rakyat dibazirkan kerana kecuaian kerajaan dan Agensi Kerajaan Islam Hadhari. Sebenarnya memang kerajaan Islam HAdhari ini tidak pandai menguruskan pentadbiran sebab pelbagai masalah berlaku kebelakangan ini" jelas Ustaz Bakar.

Semalam satu lagi kelemahan dan kecuaian Samy Vellu dan pegawai-pegawainya terbukti apabila paip bocor dari siling kompleks mahkamah baru bernilai ratusan juta ringgit di Jalan Duta itu.

Sekali terlintas di fikiran, adakah kerana bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan itu tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan?

Atau, adakah kerana hasil kerjanya tidak berkualiti, ataupun mungkin ada sesuatu yang tidak kena dengan cara pengawasan oleh pihak-pihak berkuasa?

Jika hendak difikirkan persoalan ini, mungkin terlalu banyak yang mahu dicatatkan, tapi semua pihak harus membuka mata kerana wang yang digunakan untuk pembinaan kompleks itu dan bangunan kerajaan lain adalah hasil wang cukai rakyat.

Yang pasti, kejadian demi kejadian – bocor, runtuh, retak ini – sungguh memalukan negara.

Lebih mengaibkan, kejadian-kejadian itu juga telah mengakibatkan berlaku tuding-menuding dan tuduh-menuduh ‘siapa salah’ antara kementerian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, salah satu penyambung T paip di bilik servis kafeteria mahkamah itu dilaporkan pecah lalu menyebabkan sebahagian besar lantai bahagian itu dibanjiri air yang melimpah keluar dari bilik tersebut.

Berikutannya, pihak mahkamah yang baru beroperasi kurang sebulan itu terpaksa mengerahkan pekerjanya untuk membersihkan lantai yang digenangi air.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Dr. Ir. Judin Abdul Karim, pihaknya mengejarkan pegawai ke tempat kejadian sejurus selepas menerima laporan kebocoran pada pukul 9.30 pagi dan berjaya mengawal keadaan 10 minit kemudian.

‘‘Kami berjaya mengawal keadaan pada pukul 9.40 pagi, kafeteria bagaimanapun hanya dapat beroperasi secara biasa pada pukul 12 tengah hari,’’ katanya kepada pemberita selepas meninjau kesan kebocoran di Kuala Lumpur semalam.

Jelas Judin, paip yang dilaporkan bocor itu disambungkan dengan sebuah tangki berkapasiti menyimpan 18,018 liter air yang terletak di aras sembilan bangunan tersebut.

‘‘Tangki itu digunakan untuk menyalurkan bekalan air menggunakan cara graviti kepada kafeteria mahkamah,’’ ujarnya.

Tambahnya, insiden kebocoran tersebut juga akan dilaporkan kepada badan berkenaan termasuk Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) untuk tindakan lanjut.

Ini merupakan kejadian kerosakan kedua di Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang beroperasi awal bulan ini .

Pada bulan lepas, dua siling mahkamah berukuran 1.48 meter persegi runtuh di sebuah bilik Mahkamah Sivil di kompleks itu.

Kejadian kebocoran paip pagi ini pula merupakan kejadian ketiga yang dilaporkan melibatkan premis-premis kerajaan dalam tempoh dua bulan.

Kejadian serupa pernah dilaporkan di Ibu Pejabat Imigresen dan Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan dan Koperasi, masing-masing pada 11 April dan 28 April di Putrajaya.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59