Tuesday, 22 May 2007

BICARA KES BUNUH ALTANTUYA ISNIN INI, NAJIB PUCAT GIGI?


Kementerian Luar Mongolia berharap perbicaraan terhadap kes pembunuhan rakyatnya, Altantuya Shaariibuu mulai Isnin ini, akan dijalankan secara adil dan bebas daripada pengaruh politik.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, perbicaraan tersebut akan menjadi tumpuan rakyat negara itu, masyarakat dunia dan media antarbangsa.

"Kerajaan Mongolia akan terus mengambil semua langkah perlu mengikut undang-undang antarabangsa untuk melindungi kepentingan serta hak asasi rakyatnya,” tambahnya.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantuya itu yang melibatkan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda, akan dijalankan di Mahkamah Tinggi Shah Alam di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yassin. Apakah Najib pucat gigi dengan bermulanya perbicaraan ini? Sama-sama kita tunggu siapa yang akan di'telanjangi' dalam pilihanraya ini.

Abdul Razak dituduh bersubahat membunuh model sambilan berusia 28 tahun itu bersama dua anggota polis di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara jam 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Oktober 2006.

C/Insp Azilah Hadri, 30, dan Kpl Sirul Azhar Umar, 35, dituduh membunuh model berusia 28 tahun itu, yang cebisan mayatnya ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 7 November tahun lalu.

Azilah dan Sirul Azhar, yang kedua-duanya dari Unit Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dituduh membunuh Altantuya di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Ketiga-tiga mereka didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Menurut kenyataan itu lagi, wakil dari Kementerian Kehakiman dan Dalam Negeri serta Kementerian Luar Mongolia akan menghadiri perbicaraan mulai Isnin ini.


NAJIB KATA KERAJAAN ADA DUIT. KALAU TAK ADA DUIT 'ROMPAK' DUIT RAKYAT APA SUSAHNYA?


Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak (gambar) atau lebih mesra dengan panggilan Najib Altantuya berkata jangan bimbang kerajaan ada duit untuk menampung perbelanjaan tambahan sebanyak RM6.8 bilion setahun berikutan kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan oleh Imam Al Hadhari semalam.

Bercakap kepada para wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan di Putrajaya, Najib memberitahu kemampuan itu berdasarkan sistem pemungutan cukai yang lebih baik dan kenaikan harga komiditi.

Bagi kita sebagai rakyat biasa kita sudah tahu 'sifir' kerajaan Islam Hadhari ini. Selepas ini semua rakyat termasuk yang tidak ada kena mengena dengan kenaikan gaji akan merasai bahananya apabila barangan semakin naik, harga minyak terus dikekalkan, harga tol naik dan sebagainya. Semua 'bahana' ini adalah sebahagian dari cara kerajaan untuk 'merompak' wang rakyat untuk menampung kenaikan gaji ini. Kerajaan sebenarnya mendapat keuntungan yang berlipatkali ganda dengan harga minyak sekarang kerana harga minyak dunia telah lama turun, tetapi kerajaan Islam Hadhari tidak menurunkan harganya, jadi keuntungan Petronas meningkat berkali-kali ganda, tetapi rakyat terus merana.

Untuk rekod sebanyak RM3.4 bilion diperlukan bagi tahun ini untuk menampung kenaikan gaji yang berkuatkuasa mulai 1 Julai itu. Bagi menampung kenaikan kadar bantuan sara hidup atau COLA sebanyak 100 peratus pula sebanyak RM1.2 billion setahun diperlukan.


PEMIMPIN ISLAM HADHARI DAH PANDAI CAKAP HAL ZAKAT. BILA LAGI NAK HAPUSKAN SISTEM RIBA?


KUALA LUMPUR: Nampaknya pemimpin Islam Hadhari sudah mula bercakap tentang zakat. Ini merupakan suatu perkembangan yang positif kerana sebelum ini jarang sekali menteri atau timbalan menteri kewangan bercakap dari hal zakat.

Malah diberitakan Petronas sendiri pun tidak diketahui samada membayar zakat atau sebaliknya.

Media hari ini melaporkan bahawa Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussin berkata kerajaan menyasarkan kutipan zakat melebihi RM1 bilion menjelang 2010 berikutan peningkatan memberangsangkan dari setahun ke setahun. Baguslah kalau macam itu Awang Andek, 'demo doh pandai kkkkecek bab zakat'. Kita harap selepas ini duit zakat dapat diagihkan kepada fakir miskin untuk menyelesaikan masalah miskin tegar. Jangan pula nanti duit zakat diselewengkan pula umpama duit tabung haji yang hanya tinggal tabung sahaja.

Jadi kita mengharapkan selepas ini kerajaan Islam Hadhari jangan tangguh-tangguh lagi, hapuskan sistem riba dan ujudkan sistem ekonomi Islam demi menyelamatkan rakyat dari ditindas oleh sistem ekonomi kafir yang sememangnya zalim yang digunapakai oleh Islam Hadhari sekarang.


MEDIA PENGAMPU MESTI JUJUR


Media pengampu dan pembodek di negara ini dinasihatkan supaya jujur dan bertanggungjawab dalam melaporkan apa juga berita demi masa depan negara dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Nazry Ariffin dalam kenyataannya hari ini mengingatkan bahawa tulisan yang tersiar di dada akhbar akan di baca dan mungkin 'terlekat' dalam pemikiran rakyat. Jadi jika berita itu bersifat fitnah, menyeleweng dan menipu maka sudah pasti pihak yang bertanggungjawab menyediakan akhbar itu akan berdosa kerana menyebarkan fitnah yang merosakkan pemikiran pembacanya.

"Saya masih teringat kata-kata Tuan Guru Presiden bahawa pihak kahbar mesti meminta maaf kepada semua orang difitnah dan juga meminta maaf kepada semua pembaca di atas finah dan berita tidak benar yang disiarkan oleh akhbar" Ujar Nazri.

"Akhbar juga mestilah tidak berat sebelah menyiarkan berita, jangan hanya menyiarkan berita kebaikan dan kehebatan sebelah pihak sahaja, tetapi menyembunyikan fakta dan kebaikan orang lain dan pada masa mereka-reka keburukan pihak yang tidak disokong mereka" tambah Nazri yang juga Penolong Setiausaha PAS Kawasan Bukit Katil.

Nazri memberikan contoh bagaimana media pembodek terus memainkan peranan mengampu kerajaan apabila terus menerus menyiarkan laporan memuji kerajaan kerana menaikkan gaji kakitangan awak semalam. Sedangkan sebahagian besar rakyat tidak menikmati kenaikan tersebut terus merana kerana kenaikan harga minyak dan barangan. Malah kenaikan gaji yang diumumkan kerajaan juga tidak memberikan makna besar kerana kenaikan harga barangan yang terus menekan rakyat.

"Mengapa akhbar pembodek ini tidak menyiarkan pandangan rakyat yang rata-rata menyambut kenaikan gaji dengan perasaan berbelah bagi disebabkan harga barangan semakin melambung tinggi" kata Nazry.

"Takkanlah tak ada langsung kakitangan awam yang memberikan pandangan supaya kerajaan menghalang kenaikan harga barangan dan menurunkan harga minyak supaya kenaikan gaji menjadi lebih bermakna" ujar Nazry dengan serius.

Sejak kebelakangan ini 'darjah pembodekan' media kepada kerajaan berada di tahap yang menjijikkan sehingga nilai moral, maruah dan etika kewartawanan diketepikan begitu sahaja.


PEMUDA BUKIT KATIL ANJURKAN SEMINAR KECEMERLANGAN GURU PASTI 28 MEI



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) akan menganjurkan Seminar Kecemerlangan Guru PASTI pada 28 Mei ini bertempat di Madrasah Ar-Rahmah, Solok Gaong, Ayer Molek bermula pada jam 8.00 pagi hingga 11.00 malam.

Ketua Jabatan PASTI DPPBK, Khairuldin Ismail dalam kenyataannya kepada Blog ini semalam menyatakan antara objektif seminar ialah untuk memberikan suntikan semangat kepada guru PASTI bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai pendidik; mendedahkan pelbagai input dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan terkini untuk diapplikasi di dalam kelas; memperhebatkan kualiti sistem pendidikan PASTI untuk meningkatkan kecemerlangan guru dan pelajar.

Program ini merupakan program yang pertama pernah di kendalikan oleh DPPBK dan ianya merupakan suatu perkembangan yang menarik dalam melaksanakan tanggungjawab DPPBK yang diamanahkan oleh jemaah untuk memastikan PASTI terus cemerlang.

Penyertaan adalah terbuka kepada semua Guru PASTI di dalam Kawasan Bukit Katil, namun begitu pihak penganjur mempelawa Guru PASTI seluruh Melaka untuk turut sama mengambil bahagian dalam program yang baik ini.

Menurut Khairuddin, pihaknya menjemput Encik Roslan Nikmat Guru Cemerlang dan Guru Pakar dari Johor untuk menjadi pembimbing dalam program ini. Roslan merupakan seorang pendidik yang berpengalaman luas dan pernah mendapat anugerah guru cemerlang peringkat kebangsaan. Di samping itu beliau sering di jemput oleh Kementerian Pelajaran untuk membentangkan kertas kerja di seminar-seminar anjuran kementerian tersebut.

2 Kertas Kerja akan dibentangkan iaitu Amanah dan Akauntabiliti dalam pengurusan PASTI dan Celik Rumi Celik Jawi. Selain itu satu slot latihan praktikal juga akan disediakan bagi menilai keupayaan guru dan seterusnya memperbaiki mana-mana kelemahan yang dikenalpasti semasa latihan tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk turut sama mengambil bahagian dalam program ini boleh menghubungi Khairuddin di talian 012-9569872


NEGERI LAIN ADAKAN KONVENSYEN. PAS MELAKA BILA?


Di saat Perhubungan PAS negeri-negeri lain sibuk mengadakan konvensyen untuk untuk bermuhasabah dan mengkaji kekuatan serta kelemahan organisasi PAS di negeri masing-masing, PAS Melaka terus membisu seribu bahasa. Setakat ini kita tidak diberitahu samada konvensyen negeri ini akan diadakan ataupun tidak.

Sudah acapkali kita dengar ahli-ahli PAS di cawangan-cawangan mengusulkan satu konvensyen ala mesyuarat agung di adakan untuk menilai gerakerja perhubungan negeri kerana, perhubungan negeri memang tidak diwajibkan untuk mengadakan mesyuarat agung. Maka konvensyen sebegini mungkin akan memangkin lagi semangat juang para pimpinan dan ahli.

Saya yang berkesempatan menghadiri Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil tahun ini dan tahun lepas masih ingat lagi Usul mendesak supaya PAS Melaka mengadakan konvensyen telah diluluskan pada kedua-dua mesyuarat tersebut. Tetapi malangnya setelah dua kali usul imi diluluskan ianya masih belum menjadi kenyataan.

Apakah sebabnya Usul susah sangat hendak dilaksanakan sedangkan negeri-negeri seperti Kedah, Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Perak dan lain-lain telah menjadikan konvesyen ini acara tahunan yang tetap.

Sebagai ahli biasa saya memohon agar konvensyen ini diadakan segera sebelum Muktamar Pusat dan kalaupun sibuk mungkin ia boleh diadakan selepas muktamar.

PENYOKONG SETIA PAS - hantar melalui email.


BAYI 'HIDUP SEMULA' MENINGGAL DUNIA. DAKWAAN BAPANYA TIDAK DIJAWAB PIHAK BERWAJIB


JITRA: Bayi perempuan yang disahkan hidup ketika sedang dikafankan tengahari semalam, meninggal dunia di Hospital Jitra, malam tadi.

Bayi seberat 330 gram yang dilahirkan tidak cukup bulan itu disahkan meninggal dunia sebaik dilahirkan oleh ibunya, Nor Dewiyana Din, 28, kira-kira pukul 11 pagi semalam di Hospital Jitra.

Bagaimanapun, bayi itu yang dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Padang didapati bergerak ketika kerja-kerja mengkafankannya dilakukan kira-kira pukul 12 tengahari dan bayi itu terus dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan.

Namun demikian hayat bayi yang hidup semula itu hanya bertahan selama kira-kira lapan jam apabila bayi berkenaan meninggal dunia dalam inkubator pukul 8.40 malam tadi.

Bapa bayi berkenaan, Azmi Masiron, 26, berkata jenazah anak keduanya itu dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rahmat pukul 10 pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Hasnah Ismail tidak memberikan jawapan terhadap dakwaan Azmi yang mendedahkan bahawa isterinya terpaksa menunggu lama diluar bilik bersalin sebelum dibenarkan masuk.

Dr Hasnah hanya menjawab berkenaan dakwaan kakitangannya cuai dengan tidak memeriksa bayi tersebut dengan teliti. Dalam jawapannya Dr Hasnah berkata siasatan awal pihaknya mendapati pegawai perubatan yang bertugas telah memeriksa bayi berkenaan selepas dilahirkan dan mendapati tiada tanda-tanda denyutan jantung dan pernafasan.

Selepas sejam 55 minit menunggu, pegawai perubatan itu mengesahkan bayi berkenaan telah meninggal dunia dan perkara itu telah dimaklumkan kepada bapa bayi itu, katanya.

Dr Hasnah berkata sebuah jawatankuasa penyiasat yang terdiri daripada pakar perbidanan dan sakit puan serta pakar kanak-kanak telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu.

Beliau turut mengesahkan bahawa Nor Dewiyana telah mengalami keguguran pada kandungan 20 minggu enam hari semasa dimasukkan ke hospital itu.


KENAIKAN GAJI TIADA MAKNA KALAU HARGA BARANGAN NAIK


Kenaikan gaji kakitangan awam yang diumumkan kerajaan semalam tidak akan membawa sebarang keistimewaan, jika ia turut mendorong kepada kenaikan harga barang-barang pengguna.

Malah sebelum kenaikan gaji diumumkan lagi harga barang telah dinaikkan. Malangnya kerajaan gagal membendung kenaikan harga barang kerana kelemahan kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang tidak melaksanakan tugas pemantauan dan penguatkuasaan dengan bersungguh-sungguh dan berkesan. Akhirnya kenaikan gaji hanya sedap didengar hakikatnya tidak memberi makna yang besar kerana kenaikan itu digunakan untuk membayar harga barangan yang kian naik.

Lebih malang lagi, orang awam dan pekerja swasta yang tidak mendapat apa-apa keistimewaan dengan kenaikan gaji kakitangan awam terus merana kerana berhadapan dengan kenaikan harga barangan.

Beberapa orang ahli ekonomi tempatan melahirkan kebimbangan, sekiranya fenomena kenaikan barangan ini terus berlaku, ia boleh menyebabkan kadar inflasi meningkat, sekali gus memberi tekanan kepada kehidupan, terutama kepada golongan yang berpendapatan rendah. Ini juga akan mengujudkan masalah sosial yang lebih serius contohnya kadar jenayah yang meningkat kerana tekanan hidup. Mungkin ada yang sanggup melakukan jenayah semata-mata untuk mendapatkan sesuap nasi menampung kos sara hidup yang kian meningkat.

Pensyarah Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIA, Mohd. Nahar Mohd. Arshad berkata, berita kenaikan gaji kakitangan awam memang perkhabaran yang menggembirakan.

Menurut beliau, bagaimanapun, kenaikan gaji kakitangan awam itu bakal memberi tekanan kepada syarikat swasta apabila kenaikan gaji dalam sektor awam itu akan dijadikan penanda aras oleh pekerja swasta.

Jelas beliau, dalam keadaan pertumbuhan ekonomi yang sederhana, syarikat swasta yang terpaksa mengikut langkah kerajaan menaikkan gaji pekerja mereka, mungkin terpaksa pula meningkatkan harga produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan bagi memenuhi kehendak semasa.

“Maka dalam jangka panjang kita mungkin tidak dapat elak menghadapi kenaikan harga barang kecuali kerajaan dapat mengawal gejala itu secara serius,” katanya kepada Utusan Meloya ketika dihubungi semalam.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59