Monday, 21 May 2007

PESAN SEORANG PEMBACA KEPADA KAKITANGAN AWAM


Assalamualaikum wrt,

Pesan saya kepada ahli-ahli PAS yang berkhidmat di sektor awam.

Biarpun apa alasan atau sebab kenaikan gaji kakitangan awam, saya amat berharap semoga kenaikan tersebut dapat digunakan dengan sebaiknya. Kita memang amat faham kenaikan ini tentunya gula-gula untuk pilihanraya akan datang.

Tetapi bagi ahli-ahli PAS yg turut sama terlibat dgn kenaikan gaji tersebut, dapatlah kiranya kira infakkan sedikit kepada jamaah. Kalau selama ni kita ada dan telah sedia memberikan infak kepada jamaah teruskanlah. Dan bila gaji naik sikit eloklah kalau kita tambah sikit infak pd jamaah. Saya cadangkan kalau ada yg naik 15%,elok juga 5% atau 10% kita buat potongan tetap ke mana2 akaun jamaah.

Sedarkah kita bahawa kalau RM50 kita bawa ke TESCO, tentu tak banyak benda yang kita boleh beli, tetapi kalau RM50 itu kita infakkan kepada jamaah, nescaya itu adalah pemberian yang amat besar maknanya.

Jumlah sama, tetapi berkatnya, manfaatnya amay jauh berbeza.

Sekian, wassallam.

aL gHUBARAk


STOPA MAMAT TERUS MENGGANAS


JELI: Menteri Pengajian Tinggi, Stopa Mamat mengganas lagi dengan menggunakan kuasa yang ada padanya meminta pihak pentadbir IPTA supaya mengambil tindakan terhadap pelajar yang dituduh terlibat berkempen untuk pembangkang pada dua pilihanraya kecil Machap dan Ijok baru-baru ini.

Namun adalah jelas Stopa Mamat mabuk kuasa apabila tidak pula mengarahkan pelajar dan kakitangan kumpulan A yang berkempen untuk BN diambil tindakan. Inilah 'double standard'nya pemimpin Islam Hadhari yang mentadbir negara ini seperti 'bapak' dia punya.

Kita ingin mengingatkan Stopa Mamat supaya sedar bahawa kamu tidak akan berkuasa selama-lamanya. Suatu hari kamu akan pencen atau dipencenkan oleh rakyat. Jadi jangan kamu menggunakan kuasa kamu sesuka hati dan tidak adil. Ingatlah doa orang yang kena zalim tidak ada hijab disisi Allah. Adakah kamu tidak takut kepadaNya.

Kita bimbang bila kamu pencen nanti tiada orang yang pedulikan kamu hanya cemuhan dan penghinaan yang akan kamu terima.

"Inilah orang tua kutuk yang mabuk kuasa dulu menghukum ayah, abang, mak dan kakak aku yang dituduh berkempen untuk pembangkang, sedangkan pelajar yang sokong BN tidak diapa-apakan" mungkin ini sumpah seranah yang Stopa dapat nanti.

Jadi sekali lagi kita ingatkan Stopa supaya jangan lupa daratan.

Media hari ini melaporkan bahawa Stopa berkata senarai penglibatan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menyokong parti pembangkang dengan berkempen secara aktif dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Machap dan Ijok diserahkan kepada Jawatankuasa Pemantau peringkat kementerian untuk diambil tindakan.

Stopa berkata setakat ini 38 pelajar di beberapa buah IPTA telahpun dikenal pasti.

"Kita mempunyai maklumat tentang penglibatan mereka dan saya sudah mengarahkan jawatankuasa itu supaya mengambil tindakan terhadap mereka mengikut peraturan yang ada," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Jering di Jeli, semalam. Begitulah angkuhnya Stopa'kkkecek'.

Pilihan raya kecil DUN Machap, Melaka dan DUN Ijok, Selangor diadakan bulan bulan lepas dan kedua-duanya dimenangi calon Barisan Nasional (BN).

Stopa yang juga anggota parlimen Jeli berkata pelajar yang didapati menyokong mana-mana parti politik menyalahi peraturan Akta Universiti dan Kolej yang tidak membenarkan mereka berbuat demikian. Macamana dengan pelajar yang berkempen untuk BN????


GAJI PILIHANRAYA



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35% berkuatkuasa 1 Julai ini. Gaji disifatkan oleh ramai pihak sebagai gaji pilihanraya untuk memancing rakyat terutama kakitangan awam supaya 'taat' setia kepada kerajaan dalam pilihanraya nanti.

Kerajaan juga menaikkan kadar bantuan sara hidup atau COLA sebanyak 100%.

Gaji pokok Kumpulan Sokongan 2 (iaitu Gred 1 hingga 16) dinaikkan 35%, Kumpulan Sokongan 1 (iaitu dari Gred 17 hingga 40), dinaikkan 25%, Kumpulan Pengurusan dan Profesional, dinaikkan 15%, dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi, dinaikkan 7.5%.

Kerajaan juga memutuskan untuk memberi kenaikan tambahan kepada Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia sebanyak 20% di atas peratusan kenaikan gaji untuk semua anggota sektor awam yang diumumkan hari ini.

Pengumuman Perdana Menteri itu pada perhimpunan Hari Pekerja sektor awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, disambut tepukan gemuruh, dan di akhir ucapannya, Abdullah diberi penghormatan sambil berdiri oleh mereka yang hadir yang melaungkan "Hidup Pak Lah".

Beliau berkata secara keseluruhannya, kenaikan gaji ini berjumlah RM3.4 bilion bagi tahun ini, ataupun, perbelanjaan tambahan sebanyak RM6.8bilion setahun, manakala peningkatan kadar Cola melibatkan perbelanjaan tambahan RM600juta bagi tahun ini atau RM1.2bilion setahun.

Abdullah berkata faktor pertama yang diambil kira dalam membuat pertimbangan kenaikan gaji sektor awam adalah pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang baik dalam tempoh lima tahun yang lalu iaitu purata 5.6% setahun.

Pertumbuhan ini, kata Abdullah, didorong oleh pertumbuhan pelaburan swasta serta imbangan dagangan melebihi RM1trilion.

"Pertumbuhan ini telah memungkinkan keadaan di mana kadar faedah, kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal rendah. Indeks Komposit Bursa Malaysia juga membayangkan kepesatan ekonomi negara dengan mencapai tahap paling tinggi barubaru ini," katanya.

Perdana Menteri berkata faktor kedua adalah keperluan untuk menarik serta mengekalkan modal insan yang berkelayakan, berprestasi tinggi dan bermotivasi dalam sektor awam.

Faktor ketiga ialah kenaikan kos sara hidup akibat kenaikan harga minyak dunia yang memberi kesan besar kepada kumpulan berpendapatan rendah.

Faktor keempat, kata Perdana Menteri, adalah kemampuan kewangan kerajaan di mana pengutipan cukai negara telah bertambah dengan ketara manakala keberkesanan perbelanjaan telah dapat ditingkatkan.

"Dalam memutuskan kenaikan gaji, kerajaan sentiasa berjaga-jaga akan kesannya kepada kewangan negara. Sebarang kenaikan gaji akan juga melibatkan pengiraan pencen serta elaunelaun tertentu.

"Dengan itu, kuantum kenaikan telah diputuskan secara cermat dan berhemat. Kerajaan telah berjaya mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan daripada 5.3% dalam tahun 2003 kepada 3.5% tahun lalu dan pengurusan fiskal berhemat ini akan diteruskan," katanya.

Mstar


WAKIL RAKYAT MUKA TAK MALU MASIH TERUS PEGANG JAWATAN



Wakil Rakyat Telok Mas, Amid Nordin memang boleh diibaratkan muka tembok apabila terus memegang jawatannya walaupun beliau didapati rasuah oleh Jawatan Kuasa Disiplin Umno beberapa tahun tahun lalu. Malah Imam Hadhari Melaka, Ali Rostom pun sama-sama muka tak malu apabila membiarkan Amid Nordin terus menjalankan tugas sebagai Wakil Rakyat Telok Mas.

Kalau Ali Rostom dan kerajaan Islam Hadhari bermaruah dan berdaulat sudah tentu Amid Nordin sudah lama diarahkan supaya mengosongkan kerusi DUN Telok Mas dan diganti dengan Wakil Rakyat baru yang lebih terhormat.

Memang dasar Islam Hadhari yang tidak bermaruah dan muka tak malu. Sepatutnya sebagai seorang wakil rakyat tidak perlulah digesa supaya letak jawatan sebab jawatan itu sendiri dipanggil Yang Berhormat. Jadi kalau dah makan rasuah dengan sendirinya seseorang itu sudah tidak ada hormatnya lagi.

Tetapi malangnya Islam Hadhari tidak meletakkan rasuah sebagai dosa sebaliknya pemakan-pemakan rasuah dan tukang sogok ini terus mendapat 'hormat' dari pemimpin Islam Hadhari seperti Ali Rostom ini.

Tanpa segan silu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Telok Mas, Datuk Wira Amid Nordin berkata dipetik dari akhbar Melaka Hari Ini, bahawa pihak YB perlu sentiasa ‘turun ke padang’ untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

“Langkah ini bertujuan membantu golongan yang memerlukan di sekitar negeri ini. “Saranan itu juga bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk memastikan Melaka ‘Sifar Kemiskinan’ menjelang 2010 terlaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Melaka Hari Ini (MHI) ketika ditemui selepas pada Program Rakyat Penyayang (PRP) anjuran Jabatan Perancang Bandar (JPB) dan Jabatan Pengindahan Bandar (PPB) MBMB di Kampung Bukit Kecil di sini, pagi tadi. Kira-kira seramai 300 orang penduduk di sekitar kawasan menyertai program berkenaan.

Inilah perangai pemimpin Islam Hadhari yang memang gila kuasa dan tidak pernah ada rasa 'berhormat'. Langsung tidak peka dengan kedaulatan dan maruah diri.


LAGI KES DOKTOR CUAI, BAYI DIKATAKAN MATI SEBENARNYA MASIH HIDUP



Seorang bapa Azmi Masiron, 26 kesal dengan tindakan Doktor di Hospital Jitra yang mengatakan anaknya meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan sedangkan hakikatnya bayi tersebut masih hidup.

Beliau juga hairan kenapa pihak hospital tidak mengeluarkan sijil kematian jika benar bayinya itu sudah meninggal dunia. Dia juga mendakwa doktor yang menyambut kelahiran bayinya tidak membuat pemeriksaan sebelum mengesahkan kematiannya.

“Berikutan itu, saya bercadang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk melaporkan kecuaian hospital terhadap anak dan isteri saya,” katanya.

Bayi Azmi didapati masih hidup ketika 'jenazah' anaknya hendak dikafankan, tiba-tiba dia mendapati bayi itu bergerak lalu memaklumkannya kepada bapa mentuanya kerana yakin anak keduanya itu masih hidup.

Azmi juga menceritakan bahawa pihak Hospital Jitra memang cuai dan tidak professional sehingga isterinya terpaksa menunggu seorang diri di ruang menunggu Unit Kecemasan HJ lebih tiga jam sambil menahan kesakitan dan disuruh bersabar dengan alasan masih ramai pesakit perlu dirawat.

“Isteri saya menunggu sejak jam 7.50 pagi di situ dan hanya dibenarkan masuk ke bilik bersalin kira-kira jam 11 pagi.

“Beberapa minit kemudian, doktor memanggil saya dan memberitahu bayi kami sudah meninggal dunia lalu meminta urusan pengebumiannya dilakukan,” katanya dengan kesal.

Kes ini sangat menyayat hati sehingga hampir mengorbankan nyawa yang masih hidup. Doktor, pentadbir Hospital Jitra, Pengarah Kesihatan Kedah, Ketua Pengarah Kesihatan dan Menteri Kesihatan mesti bertanggungjawab. Mereka semua mesti menjawab dan melaporkan kes ini dengan jujur dan bertanggungjawab. Menteri sendiri mesti bersedia untuk meletakkan jawatan kerana perkara ini perkara yang serius dan memalukan.

Dipetik dari Harian MeTROK


TAHNIAH KEPADA PEMIMPIN, AHLI DAN PENYOKONG PAS




Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada saf kepimpinan, ahli dan penyokong Parti Islam Se Malaysia (PAS) di atas perasmian bangunan Ibupejabat barunya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur yang akan dilaksanakan hari ini.

Bangunan setinggi 6 tingkat ini kini menghiasi Jalan Raja Laut dengan BULAN PUNAMA PENUH menandakan betapa jauhnya parti ini telah melangkah dari sejarahnya lebih 52 tahun dahulu.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat dijadulkan merasmikan bangunan baru itu petang ini.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil sebagai mata rantai kepada perjuangan Islam PAS menumpang gembira dan bangga dengan pencapaian PAS sehingga mampu memiliki bangunannya sendiri seumpama ini.

Dari Kepala Batas ke Jalan Hamzah di Kg Baru berpindah ke Jalan Pahang seterusnya ke Taman Melewar dan kini ia berdiri megah dan gagah segagah pemimpin dan ahli-ahlinya yang telah berkorban untuk memiliki mercu tanda ini sebagai simbol kesungguhan parti ini untuk mendokong dan mendaulatkan Islam di tanahair tercinta.

Pasti kekukuhan bangunan turut melambangkan betapa kukuhnya kekuatan keahlian PAS disegenap peringkat. Dan mudah-mudahan dengan tertegaknya bangunan ini maka akan lebih melonjaklah semangat ahli-ahli parti itu disemua peringkat untuk berjuang bagi mencapai maksud dan matlamat perjuangan mereka.

Diolah dari Roslan SMS Blog

ALLAHU AKHBAR


INILAH GAMBAR PELAJAR YANG DIDAKWA MURTAD?



Inilah gambar pelajar MMU Melaka yang didakwa murtad. Tetapi kita tidak dapat melihat dengan jelas kerana terlindung oleh kamera. Kalau betul ini orangnya kita memohon supaya beliau bertaubat dan kembali kepada Islam.


SIAPA YANG GADAI NEGARA - PAS ATAU UMNO?



Berkatalah menantu kesayangan Imam Al Hadhari, Khairy Jamaluddin (Kepala Samseng) bahawa Kerajaan Kelantan gadai negeri kepada orang luar dalam projek-projek kerajaan negeri. Menurut Khairy, tiga konsesi balak di kawasan itu diberikan kepada rakyat Singapura.

Beliau berkata, Pas sebaliknya lebih banyak memberikan peluang ekonomi kepada warga asing dan bukannya rakyat negeri ini seperti yang berlaku di kawasan tanah tinggi Lojing. Lantaran itu beliau mengajak anak muda Kelantan menolak Tok Guru.

Beliau membuat kenyataan itu kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari di rumah Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di Kota Bharu semalam.

Kita nak tanya Khairy siapa yang sebenarnya menggadaikan negara. Bukan hanya satu negeri yang digadai malah semua negeri di Malaysia telah digadaikan kepada orang. Pulau Pinang telah lama tergadai. Johor semakin hari semakin kecil pemilikan oleh orang melayu. Malah rakyat Singapura semakin menguasai tanah dan perniagaan di sana. Penubuhan Jawatankuasa Bersama WPI juga merupakan satu lagi kedurjanaan Umno menggadaikan maruah dan kedaulatan negara kepada Singapura.

Ekonomi negara telah lama tergadai oleh kerana dasar kerajaan Umno yang gagal menjamin kedaulatan Melayu. Agama telah lama tergadai, murtad berleluasa. Bahasa Melayu semakin pupus ekoran dasar Umno yang mengagung-agungkan Bahasa Inggeris.

Tidak cukup rasanya fakta untuk ditulis disini tentang kedurjanaan Umno menggadaikan agama, bangsa dan kedaulatan negara.

Tak payahlah Khairy dan bersyarah kepada orang Kelantan sebab sebahagian besar mereka lebih cerdik dan bermaruah dari Khairy sendiri.


TAHNIAH KEPADA PASUKAN BOLASEPAK PASTI KAWASAN BUKIT KATIL


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan tahniah kepada PASTI Al-Kauthar yang berjaya memenangi tempat ketiga dalam Kejohanan Mini Sukan PASTI Negeri di Padang Petronas semalam. Pasukan tersebut yang mewakili Kawasan Bukit Katil tewas di peringkat separuh akhir kepada PASTI Kota Melaka menerusi sepakan penalti setelah kedudukan terikat 2-2.

Syabas dan tahniah.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59