Friday, 18 May 2007

CALON BUKAN ISLAM WAKILI PAS PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG?



PAS sedang mencari kaedah bagi membolehkan orang bukan Islam menjadi rakan parti itu untuk menjadi wakil rakyat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagaimana yang dibuat Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa berkata, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) itu bukan wakil rakyat PAS tetapi sebagai rakan kepada PAS, sebagaimana MCA dan MIC yang menjadi rakan kepada Umno.

Peranan mereka, katanya, adalah untuk menyuarakan masalah berkaitan dengan kaum bukan Islam di negara ini.

Husam yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan berkata, kaedah ini pernah dibuat oleh PAS dalam pilihanraya umum 1990 dengan kerjasama Majlis Perundingan Cina (CCC).

"Sekarang kita kena mendapatkan orang bukan Islam yang mahu menjadi rakan PAS untuk bertanding dalam pilihanraya umum akan datang," katanya dalam temubual dengan malaysiakini di ibu negara Isnin lalu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penubuhan kelab penyokong PAS kaum Cina dan India yang bertujuan untuk menarik kaum berkenaan mengundi PAS dalam pilihanraya.

Husam berkata, pada mulanya PAS mahu menerima orang bukan Islam untuk menyertai parti itu tetapi setelah mengambilkira tanggapan orang ramai dan bimbang dimanipulasi pihak tertentu, maka lebih baik menubuhkan CCC.

"PAS sudah matang dalam hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam dan boleh menangani sebarang isu yang membabitkan mereka," katanya.

Petikan Malaysiakini


SILA KE ALAMAT WEBSITE DI BAWAH UNTUK MEMBACA STATEMENT PELAJAR MMU YANG MENGAKU ATHEIS (MURTAD) TU


http://www.kedahonline.net/v6/html/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22198#234640


KUARTERS PENDIDIKAN PADANG TEMU KOTOR


Padang Temu : Kuarters Pendidikan yang menempatkan Guru dan Staff Kementerian Pendidikan di sini di dapati kotor dan tidak diselenggarakan dengan baik. Tinjauan Blog ini di kawasan perumahan tersebut mendapati tangga kuarters tersebut kotor dengan sampah sarap di bawah tangga dan di atas tangga.

Malah tangga dan lantai di kawasan koridor kuarters ini juga berdaki seolah-olah tidak pernah dibersihkan. Ianya amat memalukan pelawat yang datang melawat kawan-kawan mereka yang tinggal di kawasan ini.

Selain itu semasa musim hujan koridor selalu basah kerana air hujan bertakung menyebab ia menjadi licin dan merbahaya kepada penghuni kuarters ini terutama kanak-kanak.

Seorang penghuni kuarters ini yang hanya mahu dikenali sebagai Mazni Usman, 30 memberitahu bahawa tangga dan kawasan koridor kuarters ini tidak pernah disapu atau di'mob'. Ini disebabkan pihak berwajib yang bertanggungjawab menyelenggarakan kuarters ini bersikap lepas tangan bila diajukan bantahan kepada mereka.

"Kami pun jijik melihat kekotoran tangga dan koridor yang setiap hari kami lalui, tapi apakan daya kami pun tak larat nak menyucinya" kata Mazni yang mendakwa telah tinggal di kuarters itu sejak 3 tahun lalu.

Mazni juga menyeru pihak-pihak tertentu agar menyelesaikan masalah ini secepat mungkin kerana ianya jelas memalukan penduduk di sini lebih-lebih status mereka sebagai guru sudah tentu tercalar dengan keadaan kuarters yang kotor ini.

"Kami semua majoritinya guru, tiap-tiap hari kami suruh murid-murid supaya membersihkan diri, kelas dan lain-lain tetapi rumah kami sendiri kotor" tambah Mazni yang jelas kesal dengan pihak-pihak berwajib yang sepatutnya prihatin tentang masalah ini.


DUA PENDEKAR 'BOCOR' BN MOHON MAAF



Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) – Mohd Said Yusof dan Bung Mokhtar Radin – hari ini memohon maaf kerana membuat kenyataan yang didakwa menghina wanita di Dewan Rakyat pada 9 Mei lalu.

Permohonan maaf itu dibuat selepas mereka mengadakan pertemuan selama kira-kira 45 minit dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil pagi ini.

Kabinet telah memberi mandat kepada Shahrizat mengambil tindakan susulan kerana kenyataan mereka telah mencetuskan kemarahan di kalangan badan bukan kerajaan (NGO) wanita.

Antara yang membantah keras kenyataan tersebut ialah Sister In Islam, Pertubuhan Bantuan Wanita, Persatuan Tindakan Wanita, Wanita MCA, Pas dan Parti Keadilan Rakyat yang mendesak supaya Mohd Said dan Bung Mokhtar memohon maaf secara terbuka.

Dua orang Pendekar 'Bocor' BN itu didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Ahli Parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Poh Kuan semasa perbahasan hangat tentang kebocoran di bangunan Parlimen (gambar) minggu lalu.

Kedua-dua didakwa menuturkan perkataan "Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga" yang disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai menghina kaum wanita.


PEMIMPIN ISLAM HADHARI TERUS MENGAMALKAN PEMBAZIRAN



Di saat rakyat sedang menanggung kesengsaraan dan keperitan hidup akibat kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin melambung, pemimpin Islam Hadhari terus mengamalkan pembaziran dalam pemerintahan negara. Inikah pemimpin yang dikatakan berjiwa rakyat dan sentiasa mengutamakan rakyat.??? Berbelanja dengan menggunakan duit rakyat sesuka hati tanpa memikirkan baik buruknya.

Ikuti pendedahan Blog Roslan SMS di bawah :-

Cuma saya terperanjat apabila membaca laporan dari akhbar Cina KWONG WAH YIT POH yang disiarkan oleh akhbar THE STAR di muka 43 nya semalam.

Menurut KWONG WAH 200 biji durian yang Dollah jamu Hsien Loong itu datangnya dari Balik Pulau, Pulau Pinang. Tempat dimana durian Kelas A Malaysia dikeluarkan. Khabarnya buah-buah durian itu diterbangkan dengan helikopter dari Balik Pulau dengan kos RM26,000.00! Ini bermakna setiap biji durian tersebut berharga RM130 sebiji!

Saya tidak tahu darihal orang lain tetapi bagi saya yang menanggung kos hidup yang semakin hari semakin perit ini, perbelanjaan sedemikian rupa adalah satu pembaziran besar sedangkan rakyat sengsara dengan harga tepung, harga beras, harga sardin, susu dan lain-lain yang semakin tinggi! Imam Al Hadhari boleh senang-senang menjamah durian yang harganya RM130 sebiji!

Anda semua buatlah kesimpulan sendiri!

SUDAH SAMPAI PEMIMPIN ANGKUH DAN TIDAK SEDAR DIRI SEPERTI IMAM AL HADHARI INI DITUMBANGKAN DALAM PILIHANRAYA ANDA.


EXCO AGAMA PEMUDA ISLAM HADHARI AKUI TIADA TINDAKAN SUSULAN DALAM ISU MURTAD


Exco Pemuda Umno yang juga Pengerusi Biro Agama pergerakan itu, Shamsul Najmi Shamsudin, bimbang dengan kelemahan pihak berkuasa agama yang lambat mengambil tindakan mencegah umat Islam daripada terpesong akidah mereka.

Menurutnya, pihaknya sudah banyak kali mengemukakan laporan berhubung tindakan beberapa pihak yang berusaha memurtadkan umat Islam di negara ini tetapi tiada tindakan susulan dijalankan pihak berkuasa agama. Kenyataan beliau dipetik dari Harian MeTROK hari ini.

Mengulas perkara ini, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional, Dewan Pemuda PAS Bukit Katil, Affandy Abdul Wahab berkata, perkara ini tidak perlu ditimbulkan oleh Najmi kerana sudah jelas bahawa pemimpin Islam Hadhari memang tidak menjadikan isu murtad sebagai isu besar. Sebab itu kerajaan Islam Hadhari tidak pernah memandang serius kepada masalah ini. Malah mereka memperkecil-kecilkan kenyataan Mufti Perak yang mendakwa kes murtad sudah mencapai 250,000 jumlahnya.

"Saya meminta Shamsul Nazmi supaya insaf dan sedar bahawa Islam Hadhari adalah ajaran yang sesat dan menyesatkan, kalau Islam Hadhari sendiri sesat bagaimana Islam Hadhari hendak membetulkan orang yang murtad. Itu sebab pemimpin Islam Hadhari tak hairan pasal murtad sebab ajaran yang diikuti oleh mereka iaitu Islam Hadhari juga tidak betul" jelas Affandy bersungguh-sungguh.

Beliau memberikan contoh mengapa Islam Hadhari dikatakan sesat, antaranya menghalalkan undang-undang kafir diamalkan di negara ini; menghalalkan judi dan arak dengan memberikan lesen; aurat tidak perlu ditutup; menghalalkan riba diamalkan dalam urusniaga;menghalalkan konsert-konsert hiburan yang jelas berlawanan dengan Islam dan banyak lagi yang menurutnya tidak cukup satu hari untuk dijelaskan.

Affandy juga menyeru Shamsul Nazmi sebagai seorang yang berpendidikan agama supaya menasihatkan pemimpin Islam Hadhari supaya mengamalkan undang-undang Islam dan negara kita, sekurang-kurangnya mengamalkan undang-undang murtad supaya gejala murtad tidak terus belaku dan meruncing.


KATA KESAT DAN PENGHINAAN BUKAN KESALAHAN BAGI ISLAM HADHARI



Kata kesat dan penghinaan bukanlah suatu kesalahan dalam Islam HAdhari yang menjadi pegangan dalam Umno/BN sekarang. Malah menfitnah dan mengaibkan orang lain seperti yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim juga mendapat 'pahala' di dalam ajaran Islam Hadhari. Sebab itu Anwar dituduh dan difitnah sebagai kaki liwat dan sebagai oleh pemuka-pemuka Islam Hadhari sejak dahulu (zaman Mahathir) sehingga ke zaman Imam Al Hadhari ini.

Maka sekadar menghina seorang wanita dengan berkata ‘‘Batu Gajah tiap-tiap bulan bocor juga” sudah tentu mendapat 'pahala' yang lebih besar dalam ajaran Islam Hadhari.

Jadi benarlah tindakan Said Yusof dan Bung Mokhtar yang tidak akan meminta maaf kerana perkara tersebut bukan menjadi kesalahan bagi Islam Hadhari.

Kabinet pula hanya mengarahkan dua pengampu dan pembodek kerajaan itu memberi penjelasan kepada Shahrizat 'Juhi Chawla' berhubung perkataan ‘bocor’, BUKANNYA MENGARAHKAN MEREKA MEMINTA MAAF.

Inilah tarbiah dalam Islam Hadhari di mana menghina dan memfitnah tidak perlu minta maaf. Mereka hanya perlu memberikan penjelasan sahaja dan kita boleh meramalkan bahawa sudah tentu penjelasan tersebut diterima oleh Imam Al Hadhari dan beliau akan berpuas hati dengan penjelasan itu nanti. Maka akan hanyutlah pengikut Islam Hadhari dan mereka juga bebas untuk berkata apa sahaja kerana tarbiah yang diberikan kepada mereka memang begitu skemanya.

Tidak hairanlah ketika kempen Pilihanraya Kecil Ijok baru-baru ini pengikut dan penganut Islam Hadhari tanpa segan silu mengeluarkan perkataan kotor dan isyarat lucah kepada petugas kita hatta kepada muslimat PAS.


KERACUNAN MAKANAN JADI 'WABAK' BARU


BUKIT KATIL : Nampaknya masalah keracunan makanan menjadi wabak baru dalam negara apabila murid dari beberapa buah sekolah di beberapa negeri mengalami keracunan makanan.

Antara kejadian keracunan makanan yang berlaku semalam adalah seperti berikut :-

60 murid Sekolah Rendah Kebangsaan Pajar, Sejingkat, Kuching, mengalami muntah, sakit perut dan pening kepala disyaki akibat keracunan selepas meminum susu bantuan.

37 murid Sekolah Kebangsaan Berapit, Tikam Batu, Sg Petani, dimasukkan ke wad pemerhatian Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) setelah dipercayai mengalami keracunan makanan.

24 murid dari Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau (SKKT), Johor Baharu terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) kerana mengalami keracunan makanan selepas makan pada waktu rehat di kantin sekolah.

Kementerian Pelajaran mesti mengambil langkah drastik untuk mengatasi masalah ini kerana kejadian ini sudah menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid yang terlibat dengan masalah tersebut. Malah ia juga sudah tentu memberikan kesan kepada murid-murid lain yang sudah tentu takut untuk makan di kantin sekolah.

Mengulas perkara ini, Timbalan Ketua Lajnah Pembangunan Remaja, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Zafeer Mohd Nor berkata beliau hairan bagaimana perkara ini berlaku dengan berleluasa sedangkan pihak sekolah sudah tentu mempunyai jawatankuasa yang bertanggungjawab kepada Pemantauan Kantin dan Makanan yang berfungsi untuk memastikan kantin dan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat.

"Kita percaya jika sekiranya jawatankuasa ini menjalankan kerja dengan baik dan bertanggungjawab sudah tentu kejadian malang seperti ini akan dapat dikurangkan atau langsung tidak berlaku" kata Zafeer ketika dihubungi pagi ini.

"Hishamuddin sebagai Menteri Pelajaran mesti bertanggungjawab dalam hal ini jangan sibuk dengan 'keris pendek'nya pergi ke sana ke mari berpolitik sehingga mengabaikan tugas dan amanahnya sebagai menteri. Kalau dah tak sanggup jadi menteri letak jawatan jangan makan gaji buta sahaja, bagi kepada orang lain"tambah Zafeer dengan sinis.

3 kejadian semalam sebenarnya bukan kali pertama dalam 2 atau 3 bulan kebelakangan ini. Sebelum ini sudah beberapa kes berlaku yang menunjukkan Kementeri Pelajaran gagal mengambil langkah berkesan untuk mengatasi masalah ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59