Thursday, 17 May 2007

LARANGAN BERHENTI MINUM TIDAK PERLU KALAU PEKERJA FAHAM AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB


BUKIT KATIL: Ketua Lajnah Kerajaan dan Swasta, Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Sofian Abu Bakar menjelaskan bahawa larangan Kerajaan Terengganu yang tidak membenarkan kakitangannya keluar minum 10-15 minit tidak perlu jika kerajaan negeri tersebut berjaya mendidik mereka memahami amanah dan tanggungjawab masing-masing.

"Dalam Islam kerja adalah amanah dan tanggungjawab, maka sebagai seorang Islam sudah tentu mereka memahami tugas mereka dan untuk keluar minum 10-15 minit saya rasa tak ada masalah kerana mereka yang faham Islam sudah tentu akan bertanggungjawab menyelesaikan kerja seperti yang diamanahkan" kata Sofian ketika dihubungi di sini petang ini.

"Naluri manusia yang memerlukan makan dan rehat nampaknya tidak difahami oleh Idris Jusoh, takkan keluar minum 10-15 minit pun tidak boleh asalkan mereka memang minum 10-15 minit saya kira tidak menjejaskan produktiviti mereka. Malah ketua mereka boleh memantau masa keluar masuk mereka" kata Sofian yang merupakan seorang pekerja industri pembuatan.

Sofian juga berkata kerajaan Negeri Terengganu nampaknya gagal mendisiplinkan pekerjanya sehingga terpaksa mengambil langkah mundur ke belakang seperti ini.

"Biasanya pekerja bawah ini mereka mengikut perangai pekerja atasan, mungkin pekerja atasan di sana ramai yang 'curi tulang' maka perangai buruk ini diikuti oleh pekerja bawahan dan ini memaksa Kerajaan Islam Hadhari Idris Jusoh bertindak tidak bijak seperti ini" tambah Sofian dengan nada sinis.

Media melaporkan bahawa bermula pada 1 Jun ini, semua kakitangan awam kerajaan negeri Terengganu tidak lagi dibenarkan keluar dari pejabat mereka untuk sarapan pagi dan minum petang seperti yang diamalkan sekarang bagi mengelakkannya membuang masa.

Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Mokhtar Nong berkata mereka bagaimanapun diberi kelonggaran untuk minum pagi antara 10 dan 15 minit sahaja di kawasan kantin dan tempat minum di pejabat masing-masing.

Surat pekeliling mengenai larangan tersebut akan diedarkan tidak lama lagi yang melibatkan seramai 13,000 kakitangan awam kerajaan negeri termasuk agensi kerajaan dan badan berkanun, katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Beliau berkata selaras dengan arahan itu juga, kerajaan negeri dengan kerjasama ketua pejabat masing-masing akan menjalankan pemantauan dan mereka yang ingkar bakal dikenakan tindakan tatatertib.


KES DENGGI : APA MENTERI ISLAM HADHARI BUAT?



KUALA LUMPUR: Hampir semua negeri mencatatkan peningkatan dalam kes demam denggi pada minggu ke-19 tahun ini dengan jumlah keseluruhan 916 kes berbanding 717 kes pada minggu sebelumnya.

Pengarah Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 38 kes kepada 140 kes, setelah mencatatkan penurunan 15 kes pada minggu ke-18, serta Selangor meningkat 37 kes kepada 277 kes, Perak meningkat 38 kes kepada 87 kes dan Johor meningkat 14 kes kepada 72.

Hanya dua negeri mencatatkan penurunan iaitu Melaka daripada 21 kes pada minggu ke-18 kepada 18 kes dan Sabah pula daripada lima kes kepada empat kes.

Wilayah Persekutuan Labuan kekal tanpa sebarang kes denggi sejak beberapa minggu lepas, katanya kenyataan hari ini berkenaan situasi demam denggi di negara ini bagi minggu ke-19 iaitu dari 6 hingga 12 Mei lepas.

Beliau berkata sehingga tahun ini sebanyak 47 kematian telah dicatatkan akibat denggi.

Dr Hassan berkata peningkatan kes demam denggi ini dijangka berterusan disebabkan faktor cuaca hujan diikuti dengan beberapa hari panas yang akan menggalakkan pembiakan nyamuk aedes.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Islam Hadhari untuk mengawal keadaan ini sehingga seolah-olah mereka membiarkan penyakit berbahaya ini terus bermaharajalela.

TAKKAN MAKAN GAJI BUTA SAHAJA.


TAHNIAH RAJA NAZRIN



KUALA KANGSAR: Pasangan Diraja, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Zara Salim Davidson hari ini diijab kabul pada satu istiadat pernikahan diraja di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.

Istiadat akad nikah disempurnakan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria di hadapan Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, kerabat diraja Perak dan keluarga Zara.

Walaupun istiadat itu diadakan secara sederhana dan ringkas di Balai Istiadat, ia dijalankan dengan penuh adat istiadat diraja.

Istiadat pernikahan itu bermula pada pukul 10.30 pagi dengan keberangkatan masuk Sultan Azlan Shah dan Tuanku Bainun ke Balai Istiadat.

Raja Nazrin, 50, yang kelihatan segak dan tampan dengan berbaju Melayu putih serta bersampin sedondon dengan tenang melafazkan akad nikah, dengan sekali lafaz pada pukul 11 pagi ini disaksikan kira-kira 300 tetamu.


JADIKAN BPR BENAR-BENAR BADAN PENCEGAH RASUAH BUKAN PENONTON RASUAH



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan semoga maju jaya kepada Y.Bhg. Dato’ bersempena perlantikan sebagai Ketua Pengarah BPR yang baru.

DPPBK mengharapkan Dato' dapat menjadikan BPR sebagai badan yang benar-benar berfungsi untuk mencegah rasuah tidak kira siapa yang melakukan rasuah. Imej dan maruah BPR yang tercalar dan teruk mesti diperbaiki dari masa ke semasa demi mengembalikan maruah negara yang begitu hodoh di persada antarabangsa.

DPPBK akan membantu membongkarkan kes-kes rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan yang berlaku terutama di Kawasan kami dan seluruh negara umumnya.

DPPBK juga menharapkan BPR yang mempunyai kuasa sepatutnya tidak tunduk kepada tekanan Umno/BN yang sentiasa berlagak untuk membenteras rasuah tetapi 'output nya tiada. Malah BPR sentiasa dibayangi oleh pihak-pihak tertentu apabila menjalankan siasatan ke atas 'jerung-jerung' ganas di kalangan pemimpin BN.

DPPBK mengharapkan Dato' Ketua Pengarah yang baru dapat membuka semula fail-fail tuduhan dan dakwaan terhadap, Menteri Selangor,Khir Toyo; Menteri Kerja Raya (Samy No Value), Rafidah (Aziz) dan lain-lain.

Selain itu DPPBK juga mengharapkan siasatan menyeluruh serta merta ke atas Imam Al Hadhari; menantunya Khairy Jamaluddin; anaknya Kamaluddin Abdullah; Menteri-menteri kabinet; bekas Perdana Menteri dan bekas-bekas menteri; Ahli Parlimen dan lain-lain.


SELAMAT HARI GURU



Detik 16 Mei adalah detik yang sangat bermakna kepada warga negara Malaysia yang bergelar guru. Sama ada guru tadika, guru sekolah rendah, guru sekolah menengah dan guru agama,pensyarah IPT, mereka semua adalah guru yang mendidik murid-murid supaya menjadi insan mulia di hari muka.

Pengorbanan guru tetap akan dilafazkan dan dijelmakan setiap kali menjelang 16 Mei pada setiap tahun. Jasa guru akan disebut-sebut oleh pihak pemerintah sehinggalah kepada murid-murid yang masih bersekolah. Guru akan dilihat sebagai lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi orang lain.

Allahyarham Dato’ Usman Awang pernah menulis sebuah sajak bertajuk Guru Oh Guru pada tahun 1979 yang didedikasikan kepada guru-guru yang terus menabur bakti dan jasa. Diantaranya ;

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulangi ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Sejak dari mula-mula PASTI di asaskan, Guru-gurunya terus komited memberikan sepenuh tenaga, masa dan jiwa raga mereka untuk disumbangkan kepada institusi pendidikan Islam ini. Kita sungguh kagum dengan pengorbanan mereka yang sanggup menyerahkan diri kepada PASTI sebagai tenaga pengajar. Sebagaimana yang kita tahu mengajar di PASTI tidak sama dengan mengajar di tadika kerajaan ataupun swasta yang lain yang mungkin mendapat imbuhan dunia yang lebih besar.

Guru-guru PASTI masih mampu berdiri kukuh memperjuangkan pendidikan dan masa depan PASTI walaupun mereka terpaksa menempuh pelbagai kesukaran, kepayahan dan keperitan. Elaun yang rendah, prasarana yang kurang, kebajikan yang sederhana dan kadang-kadang terpaksa menguruskan pentadbiran PASTI.

Terlalu besar pengorbanan mereka jika kita ingin bandingkan dengan apa yang kita berikan kepada mereka. Ada Guru PASTI yang hanya menerima elaun RM100 sebulan tetapi masih mampu tersenyum bangga mendidik anak bangsa ke arah Islam. Malah ada antara mereka menggunakan wang elaun mereka sendiri untuk membeli alat bantuan mengajar (ABM) dan sebagainya demi untuk meningkatkan taraf pegajaran dan pembelajaran.

Sesungguhnya pengorbanan dan jihad mereka ini amat disanjungi. Pada masa yang sama kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil akan cuba sedaya upaya untuk membantu menjaga kebajikan guru-guru dan bersedia untuk berkongsi apa juga masalah bagi meningkatkan kesejahteraan mereka dan institusi PASTI itu sendiri.

Akhirnya, Dewan Pemuda PAS Bukit Katil (DPPBK) ingin merakamkan ucapan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru khasnya Guru PASTI. Jasa kalian terlalu besar untuk dinilai dengan wang ringgit. Semoga segala pengorbanan yang dicurahkan akan dinilai sebagai amalan yang mulia di sisiNya. Pengorbanan guru-guru PASTI pengorbanan kelas pertama.

Khairuddin Ismail
Ketua Jabatan PASTI
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil.


IMAM AL HADHARI PATUT MALU KEPADA RAJA NAZRIN?


Imam Al Hadhari, Lah Badawi sepatutnya malu kepada Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin kerana pembaziran yang dilakukan oleh Lah Badawi dan rakan-rakannya yang sering membazirkan duit rakyat dengan melaksana program-program sambutan perayaan besar-besaran, menganjurkan konsert,'claim' elaun yang melampau-lampau dan sebagainya.

Semua orang tahu pada 31 Ogos ini satu program besar-besaran yang bakal menelan belanja jutaan ringgit melibatkan semua negeri dan agensi-agensi kerajaan. Ini semua adalah untuk tujuan bermegah dan akhirnya wang rakyat yang hangus tanpa memberikan impak kepada rakyat.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, sebelum ini memberitahu Bernama, bahawa Raja Nazrin menolak dengan hormat peruntukan kewangan kerajaan untuk urusan perkahwinan baginda dan turut menasihatkan agar kerajaan negeri membelanjakan peruntukan itu untuk projek pembangunan bagi memenuhi keperluan rakyat.

Ini cukup berlawanan dengan sikap pemimpin Islam Hadhari yang sememangnya suka mengadakan program-program membazir jika ada program dan perayaan tertentu.

Raja Dr Nazrin turut menitahkan supaya perbelanjaan untuk jamuan rakyat diserahkan tuntutan bayarannya kepada baginda, serta menasihatkan syarikat dan orang perseorangan untuk tidak berlumba-lumba membeli ruang iklan ucap tahniah di akhbar sebaliknya baginda lebih gembira jika perbelanjaan tersebut disumbangkan untuk tujuan amal.

Sudah sampai masanya Imam Al Hadhari mencontohi Raja Dr Nazrin yang jelas memahami kesengsaraan rakyat. Ini tidak pergi ke Australia cuma nak rasmi program kebaya nyonya. Walaupun duit itu Yayasan punya tetapi alangkah baiknya kalau ia digunakan untuk tujuan membantu golongan pelajar dan rakyat yang miskin.

TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA RAJA MUDA PERAK RAJA DR NAZRIN


BILIK HOTEL DI KELANTAN PENUH. MENTERI PELANCONGAN DIAM MEMBISU


KOTA BARU: Bilik Hotel di Kelantan penuh dan tidak cukup kerana kebanjiran pelancong yang datang ke Kelantan setiap hari.

Kira-kira 6,000 bilik penginapan diperlukan di Kelantan bagi menampung peningkatan jumlah pelancong ke negeri itu.

Presiden Persatuan Pelancongan Kelantan (KTA) Nik Aman Nik Mohamad berkata pada masa ini kira-kira 3,500 bilik penginapan di negeri ini yang tidak mampu untuk menampung kedatangan pelancong terutama dalam musim cuti.

"Masalah penginapan itu merupakan antara maklum balas yang diterima KTA daripada pelancong selain mengenai kekurangan kemudahan, infrastruktur dan perkhidmatan berkaitan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Bagi memenuhi keperluan pelancong, beliau berkata kemudahan infrastruktur di sesetengah tempat yang menjadi tumpuan perlu dipertingkatkan selain menyediakan perkhidmatan kenderaan khusus untuk membawa pelancong ke Gunung Stong dan pusat rekreasi yang lain.

Katanya pengurusan hotel juga perlu proaktif dalam menyemarakkan industri pelancongan dengan mengadakan program persembahan kebudayaan di premis masing-masing yang bersesuaian mengikut Enakmen Persembahan dan Tempat-tempat Hiburan.

Nik Aman berkata Gelanggang Seni yang menjadi nadi persembahan kebudayaan rakyat negeri ini pula mempunyai jadual persembahan yang tertentu dan tidak diketahui pelancong yang benar-benar berminat untuk menyaksikan persembahan yang diadakan.

Beliau juga menegur peniaga agar tidak menaikkan harga makanan, hasil kraftangan dan juga batik sesuka hati kerana ia juga boleh menjejaskan industri pelancongan di negeri ini.

Peniaga perlu memikirkan keuntungan dalam jangka masa panjang dan bukannya untuk masa singkat bagi memastikan peningkatan kedatangan pelancong ke negeri ini.

"Mereka perlu 'Think Tourism' kerana jika ingin untung dalam jangka pendek, kesan jangka panjangnya boleh menjejaskan industri pelancongan Kelantan," katanya.

Statistik yang dikeluarkan Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) Kelantan menunjukkan 4.8 juta pelancong termasuk 674,000 pelancong asing berkunjung ke negeri ini sepanjang tahun lalu.

APA MENTERI ISLAM HADHARI NAK CAKAP. KELANTAN TERUS DIKUNJUNGI PELANCONG WALAUPUN TIDAK MENDAPAT BANTUAN SEPENUHNYA DARI KERAJAAN ISLAM HADHARI.


DEWAN PEMUDA PAS BUKIT KATIL ANJUR SEMINAR REMAJA CEMERLANG


BUKIT KATIL : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) akan menganjurkan Seminar Remaja Cemerlang pada 29 Mei ini bertempat di Sekolah Menengah Ar-Rahmah Solok Gaong, Bukit Lintang.

Seminar yang bermula pada jam 8.00 pagi ini mensasarkan remaja dan pelajar yang berumur antara 13-20 tahun. IANYA TERBUKA KEPADA SELURUH PELAJAR DAN REMAJA DARI SELURUH NEGERI MELAKA.

Beberapa orang tenaga pakar dari luar dan dalam Melaka akan mengendalikan beberapa slot yang amat berguna untuk pelajar dan remaja. Satu slot khusus untuk ibubapa di penghujung seminar ini juga disediakan.

Antara tenaga pakar yang akan mengendalikan program ini ialah En Roslan Nekmat, Guru Pakar yang menerima beberapa perhargaan dari kerajaan kerana kecemerlangannya.Seorang lagi ialah En Khairuddin Ismail, pensyarah di sebuah IPT tempatan.

Ketua Lajnah Pembangunan Remaja DPPBK, Khairuddin Ismail menyatakan seminar sehari ini bertujuan untuk mendidik remaja ke arah menjadi remaja cemerlang, bersikap positif dan berakhlaq serta menghormati ibubapa. Selain itu program ini Insya Allah akan memberikan kesedaran kepada ibubapa tentang tanggungjawab dan menangani anak-anak remaja khas untuk ibubapa.

Yuran penyertaan hanya RM10.00 untuk pelajar dan RM5.00 untuk ibubapa/penjaga serta RM15.00 untuk satu keluarga.

SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI KHAIRUDDIN ISMAIL (012-9569872) ATAU TALIAN HOTLINE DPPBK (019-6821318) ATAU EMAIL mstcmal@miosh.net.

ATURCARA LENGKAP PROGRAM INI ADALAH SEPERTI DI BAWAH :-

7.30-8.30 pg - Pendaftaran
8.30-10.15 pg - Slot 1 : Motivasi Kecemerlangan
10.15-10.45 pg - Rehat
10.45-12.30 tgh - Slot 2: Motivasi keibubapaan
Slot 3: Bersikap Positif
12.30-2.15 ptg - Rehat/Makan/Solat Zohor
2.15-4.15 ptg - Program bersama pelajar-Ibubapa @penjaga


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59