Wednesday, 16 May 2007

AHLI PARLIMEN JASIN DAN SAMSENG, SAID YUSOF TAK MENGAKU MOHON MAAF



Ahli Parlimen Jasin SamsenG dan juga digelar badut sarkas, Mohd Said Yusof menafikan laporan yang disiarkan dalam The Star Online hari ini bahawa beliau telah memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa menghina wanita di Parlimen pada 9 Mei lalu.

Ketika dihubungi, Mohd Said berkata, beliau tidak pernah memohon maaf dan tidak akan memohon maaf berhubung kenyataan tersebut.

Mohd Said dan seorang lagi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Ahli Parlimen DAP dari Batu Gajah, Fong Poh Kuan (DAP-Batu Gajah) semasa perbahasan hangat tentang kebocoran di bangunan Parlimen.

Kedua-dua didakwa menuturkan perkataan "Mana ada bocor? Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan juga" yang disifatkan oleh pihak pembangkang sebagai menghina kaum wanita.

Ketika dihubungi malaysiakini hari ini, Mohd Said menyifatkan kenyataan itu sebagai “sesuatu yang biasa berlaku dalam sidang Dewan Rakyat”.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Jasin itu berkata, beliau tidak kesal mengeluarkan kenyataan tersebut.

“Dalam sidang dewan semua perkara boleh dibangkitkan…bermakna dia boleh kata saya dan saya kata dia.

Memang samseng lagaknya Ahli Parlimen sarkas ini. Orang Jasin kena fikir baik-baik ketika nak mengundi nanti, kalau pilih lagi wakil BN ini adalah akibatnya, memalukan kampung sendiri.


2 AHLI PARLIMEN 'SARKAS' MOHON MAAF



KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen 'Sarkas' yang menerima kecaman hebat kerana membuat kenyataan menghina wanita di Dewan Rakyat minggu lepas memohon maaf hari ini.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin (Setaraf dengan JKKK) dan Ahli Parlimen Jasin Datuk Mohd Said Yusof(Samseng kampung dusun) menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf dari Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan serta golongan wanita di Malaysia atas kenyataan tersebut.

Kontroversi berkenaan tercetus semasa pihak pembangkang cuba membentang usul mengenai kebocoran yang berlaku di bangunan Parlimen.

Bung dan Mohd Said dilaporkan berkata: "Mana bocor? Batu Gajah pun bocor setiap bulan."

Kedua-dua Ahli Parlimen memang tidak layak duduk di Parlimen kerana sentiasa merapu, bercakap ikut sedap mulut, emosional dan kaki bodek membabi buta. Mereka ini juga layak dipanggil 'badut sarkas'.

MEMALUKAN ORANG MELAKA DAN SABAH JE.


ISLAM HADHARI TERUS SESAT, CAMPURKAN PROGRAM MAKSIAT DENGAN MAKHRUF



Masjid Tanah : Untuk memeriahkan lagi program Sambutan Hari Perbandaran ke-4, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dengan kerjasama Jabatan Penerangan Malaysia telah menganjurkan program Pentarama yang diadakan di Perhentian Bas dan Teksi Masjid Tanah.

Pentarama itu mengandungi program seperti Program keagamaan ( Forum, Tahlil dan Nasyid), sukan (Joran dan Sukaneka), riadah (Jogging dan Gotong royong 9 DUN), keindahan (Mewarna), kreativiti (Istana Pasir), perpaduan (Tarik Tali dan OKU) dan tidak ketinggalan kesenian dan kebudayaan (Karaoke dan Pentarama).

“Dengan adanya kepelbagaian program ini, saya berharap orang ramai akan terhibur dan dapat menikmati semangat muhibbah serta perpaduan di kalangan masyarakat setempat” kata Baharom Yang Dipertua MPAG.

Itulah skrip program Islam Hadhari. Program mereka sudah pasti akan dicampuradukkan antara maksiat dan keagamaan. Mereka tidak tahu menilai mana satu maksiat mana satu makhruf. Malah mereka beranggapan bahawa menjalankan program maksiat itu dibolehkan sebab program agama juga dibuat sepertimana program jom heboh, ada konsert ada program agama. Begitulah terpesongnya kepala otak pemimpin Islam Hadhari hari ini.

Memang dari mula-mula ianya diasaskan oleh Imam Al Badawi Wal Hadhari, kita semua sudah tahu bahawa Islam Hadhari adalah sesat dan menyesatkan. Malah bekas orang kuat Umno sendiri iaitu Tun Mahathir pun kata Islam Hadhari ini terpesong dari Islam. Tun Mahathir berkata dalam hanya ada Islam sahaja tiada Islam Hadhari.

Kesesatan Islam Hadhari ini terserlah dari awal-awal lagi kerana semua warisan 'toghut' Umno dari dahulu seperti undang-undang kafir, pusat judi, nombor ekor, kelab malam, sisem riba dan sebagainya dikekalkan malah bertambah dari masa ke semasa. Program maksiat semakin mendapat tempat di hati pemimpin Islam Hadhari dan penganutnya walaupun ianya difatwakan haram oleh sesetengah mufti yang ikhlas dan jujur.

Kejadian murtad semakin berleluasa di biarkan malah seolah-olah diharuskan apabila golongan IFC yang menyokong kemurtadan ini di biar malah digalakkan oleh sesetengah pemimpin Islam Hadhari dan anak-anak mereka.

Para mufti, ustaz dan golongan agama sering di maki hamun dan di caci di zaman Islam Hadhari tetapi pada masa yang sama artis dan para juhala di angkat dan didewa-dewakan.

Pemimpin Islam Hadhari terus menunjukkan contoh yang tidak baik apabila ada yang memegang bahu 'amoi' Hollywood ditengah khalayak ramai. Pemimpin wanita Islam Hadhari terus memperagakan fesyen rambut yang bermacam-macam dan 'up to date' tanpa menghiraukan aurat yang diajarkan oleh Islam.

Sampai bila mereka akan sesat kita pun tidak tahu. Tugas kita ialah menyelamatkan ummah dan penganut Islam Hadhari ini supaya kembali ke pangkal jalan.


SUDAH BERBULAN-BULAN JALAN PECAH BELUM DIBAIKI LAGI



BUKIT LINTANG : Jalan berhampiran longkang Solok Gaung di sini, yang pecah sejak beberapa bulan lalu disebabkan lori keluar masuk untuk mengangkut tanah masih gagal dibaiki oleh pihak berwajib.

Laluan itu amat berbahaya terutama pada waktu malam kerana kenderaan yang mengambil selekoh di kampung itu berpotensi untuk terlibat dengan kemalangan. Selain itu penunggang motorsikal sering terdedah dengan bahaya apabila melalui jalan ini kerana motorsikal mereka mungkin terbalik apabila terlanggar lubang-lubang tersebut.

Dari tinjauan kami kira-kira 200 kenderaan keluar masuk dan menggunakan laluan sekunder yang menghubungkan Jalan Ayer Molek dengan Bukit Lintang dan lebih 1,000 penduduk bermaustatin di sini.

Timbalan Ketua DPP Kawasan Bukit Katil, Ustaz Abu Bakar Ramle ketika dihubungi di sini pagi ini menggesa pihak terwajib seperti MBMB dan JKR supaya membaiki jalan ini secepat mungkin demi keselamatan para pengguna.

"Jangan nanti jalan memakan korban baru terhegeh-hegeh nak baiki" kata Ustaz Bakar dengan nada sinis.

Beberapa hari lalu blog ini juga mendedahkan keadaan jalan dari Masjid Ayer Molek ke Simpang Jenuang yang berlubang dan senget walaupun baru diturap 2 bulan lalu.


BLOG PELAJAR MMU MURTAD


BLOG PELAJAR TERSEBUT IALAH akidos.blogspot.com MALANGNYA HANYA ORANG TERTENTU SAHAJA YANG BOLEH MASUK. PEMBACA SEKELIAN TOLONG CARI SESIAPA YANG DIBENARKAN UNTUK MASUK KE BLOGNYA.


MAKLUMAT PELAJAR MMU YANG MURTAD


Kami mendapat maklumat melalui email dari seorang pembaca yang mengaku sebagai pelajar MMU yang menamakan dirinya Soldadu Musin Salju. DI bawah di siarkan email beliau.

Salam...buat pengetahuan anda,saya salah seorang pelajar MMU.Pelajar tersebut kalau tak silap saya bernama Muharam.Dia pelajar Faculty of Engineering di MMU kampus Melaka. Url blog beliau tidak dapat dimasuki kerana beliau hanay membenarkan orang² tertentu sahaja masuk ke laman blog dia.Sekian wassalam.

Insya Allah DPP Bukit Katil akan menyiasat perkara ini kebetulan pula MMU Melaka berada di dalam Kawasan Parlimen Bukit Katil, jadi memang menjadi tanggungjawab kami untuk menanganinya.


WANITA MARAH DI HINA DI PARLIMEN




Kuala Lumpur : 'Kami mahu Ahli Parlimen yang sensitif masalah jantina' itulah antara laungan yang didengar pada perhimpunan aman membantah keceluparan Ahli Parlimen BN/Umno/Islam Hadhari yang mengejek wanita. Perhimpunan yang diadakan di Kompleks Kerajaan Bukit Perdana, di sini semalam, di hadiri oleh AJK Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah dan pemimpin-pemimpin wanita DAP termasuk Fong Po Kuan (Ahli Parlimen Batu Gajah); Teresa Kok (Ahli Parlimen Seputih) dan Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh.

Perhimpunan di adakan bagi membantah kata-kata Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen yang setaraf dengan JKKK) dan Said Yusof (Samseng dari Jasin). Antara lain Bung berkata 'Mana ada Parlimen Bocor, Batu Gajah pun bocor tiap-tiap bulan' ketika sessi perbahasan di Parlimen baru-baru ini.


GELAK-GELAK JUGA JANGAN NANTI NEGARA 'TERGADAI'



Gambar Imam Hadhari dan Lee Hsien Loong semalam ketika perbincangan dua hala antara Malaysia dan Singapura. Sejarah telah membuktikan bahawa kesemua perjanjian dan persefahaman antara 2 negara ini sering menguntungkan Singapura. 'UMNO MENGGADAIKAN NEGARA KERANA KELEMAHAN PEMIMPIN UMNO YANG MEMIMPIN NEGARA SEJAK DARI DAHULU LAGI.'


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59