Tuesday, 15 May 2007

'PUASA' ROTI CANAI AKIBAT KENAIKAN HARGA TEPUNG


Harga tepung naik 15 sen 1 kg. Demikian diumumkan oleh Menteri 'Barang Naik' Shafei Afdal mengumumkan 'berita baik' ini hari ini. Jadi selepas ini tunggu sahaja kita semua sebab semua barangan berasaskan tepung juga akan naik harganya, malah kenaikan mungkin lebih dari kenaikan harga tepung.

Maka para pencinta roti canai akan berbelanja lebih untuk menikmati makanan kegemaran mereka. Mamak-mamak sudah tentu tidak akan berdiam diri, mereka sudah pasti sudah lama mencongak harga yang sesuai untuk diletakkan bagi setiap barangan berasaskan tepung di kedai mereka. Capati, roti nan, roti canai, roti telur, roti sardin dan yang sewaktu dengannya sudah pasti akan melambung-lambung harganya.

Alamat kena puasalah peminat roti canai ini untuk mengurangkan belanja harian. Kalau tidak pun untuk kurangkan belanja buat roti sendiri pakai tepung yang dibuat sendiri.

Nampaknya Menteri 'Barang Naik', Shafei Afdal sekali lagi bercakap seperti budak bengong apabila berkata bahawa berikutan kenaikan harga tepung, peniaga perlu realistik dalam menaikkan harga produk yang berasaskan tepung seperti roti canai dan sebagainya yang perlu munasabah dan tidak melampau.

"Jika kos meningkat 15 sen, takkan naik sampai 15 sen, perlu diselaraskan, mungkin meningkat satu sen atau dua sen, tidaklah menjadi masalah tetapi jika roti canai naik 15 sen, kita akan ambil tindakan.

"Satu kilo tepung, berapa banyak roti canai dia boleh buat, saya rasa lebih daripada 20 roti canai," katanya.

P/S : Larat ke engkau dan pegawai engkau memantau semua kedai jual roti canai wahai Shafei hoi, engkau kerja sampai pukul 5.00 petang, kedai roti canai seluruh pelusuk kampung, ceruk gunung, mana ada cukup masa dan tenaga pegawai-pegawai engkau nak pantau. Kalau bercakap tu biarlah cerdik sikit, janganlah nak tipu kita orang macam engkau tipu orang kampung engkau kat Semporna, Sabah pada tiap-tiap kali pilihanraya.

Maka sudah jelas kepada kita bahawa kerajaan Islam Hadhari gagal mengawal harga dan menguruskan hal ehwal barangan dan pengguna dengan baik. Akhirnya RAKYAT SEMAKIN TERSEPIT DAN TERTEKAN.

AYUH KITA TUMBANGKAN BN ISLAM HADHARI DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG.


GEJALA MURTAD TERUS MENULAR DI KALANGAN PELAJAR DAN REMAJA


Gejala murtad terus menular di negara Islam Hadhari ini akibat kedegilan dan keangkuhan Imam Al Hadhari yang tidak mahu menggunapakai undang-undang Islam di negara kita. Undang-undang murtad yang sepatutnya menjadi pelindung kepada gejala ini dari terus merebak langsung tidak diterima oleh Islam Hadhari sebagai penyelesaian kepada masalah ini.

Malah Imam Al Hadhari dan juak-juaknya sendiri menafikan fakta-fakta mengenai bilangan orang Islam yang murtad seperti pendedahan oleh Mufti Perak, Dato' Seri Hj Harussani Zakaria yang menyatakan bahawa terdapat 250,000 orang Islam yang murtad di negara ini.

Dakwaan Mufti Perak bukannya hendak disiasat malah Mufti Perak sendiri ditempelak oleh juak-juak Islam Hadhari ini.

Dakwaan gejala murtad ini akhirnya terdedah apabila satu demi satu kes 'pecah tembelang' apabila individu-individu yang murtad tersebut dengan berani mengaku telah meninggalkan Islam.

Kes terbaru melibatkan penuntut Universiti Multimedia Malaysia(MMU, Cyberjaya yang mengaku telah keluar dari Islam.

Penuntut yang dipercayai siswa MMU mengisytiharkan dirinya murtad menerusi satu kenyataan dalam laman blog miliknya.

Dalam laman blognya, penuntut terbabit yang disiarkan Ahad lalu, beliau mendakwa sudah keluar daripada Islam kerana tidak mempercayai beberapa hukumnya.

Penuntut lelaki terbabit yang mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal di universiti berkenaan mendakwa tindakan mendedahkan dirinya murtad menyebabkan dia menerima mesej ugutan bunuh biarpun bukan bertujuan menghina orang lain.

Dakwanya, dia kini berfahaman atheis yang tidak mempercayai agama walaupun namanya merujuk kepada nama seorang Islam.

“Saya melihat apa yang saya lakukan ini salah kecuali mahu menjadi diri saya sendiri.

“Saya faham ada yang mahu membantu dan saya menghargainya. Tetapi, sesiapa yang mahu membunuh saya atau merancang menyakiti saya dan ada yang cuba memalukan saya, ia memang tidak berbaloi,” katanya yang berasal dari Petaling Jaya.

Tindakannya membuat pengakuan murtad secara terbuka dalam laman blognya itu jelas menunjukkan bahawa agama Islam sekarang ini berani dipermainkan kerana pemerintah sendiri mempermainkan Islam dengan mendewa-dewakan Islam Hadhari sebagai matlamat dan rujukan mereka.

Amat malang bagi kita umat Islam di Malaysia apabila pemimpin yang mengaku Islam sendiri memperkecilkan agama dan golongan agama yang cuba mengatasi masalah murtad ini dihina dan diperlekeh-lekeh dengan pelbagai tuduhan. Malah ada pemimpin Islam Hadhari yang mencadangkan supata Mufti-mufti ini dipantau dan di kawal supaya tidak mengeluarkan hukum dan fatwa sesuka hati.


JALAN BARU TURAP 2 BULAN SUDAH BERLUBANG DAN SENGET



Ahmad Rafa'i menunjukkan jalan yang senget sebelah.








Penduduk-penduduk di sekitar Jalan Ayer Molek ke Simpang Jenuang kesal dengan mutu jalan yang diturap 2 bulan lalu tetapi telah berlubang dan senget.

Beberapa pengguna jalan tersebut menyatakan bahawa jalan yang baru diturap sebelah berbahaya kepada penggunanya terutama penunggang motorsikal kerana mereka mungkin terlanggar jalan yang tinggi sebelah dan terjatuh.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil telah meninjau jalan tersebut Sabtu lalu. Hasil tinjauan tersebut kami mendapati bahawa sememangnya mutu jalan tersebut sangat rendah dan berlubang serta senget di banyak tempat.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Kawasan, Ahmad Rafa'i Hassan berkata beliau hairan bagaimana jalan ini boleh diluluskan oleh Jurutera Jabatan Kerja Raya sedangkan nampak jelas ianya tidak bermutu.

"Spesifikasi apakah yang mereka pakai sehingga jalan macam ini pun boleh lulus" tanya Rafa'i yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Cawangan Ayer Molek.

Sementara itu Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan telah menjalankan 2 program ziarah minggu lepas. Program yang diketuai oleh Ahmad Rafa'i telah mendapat sambutan yang baik dari pimpinan PAS Kawasan apabila mereka sama-sama menziarahi bekas AJK PAS Kawasan dan Setiausaha MTD Ayer Molek, Adnan Hassin yang mengidap pelbagai penyakit seperti hepatitis C dan lain-lain. Dalam lawatan itu DPP Kawasan dan MTD Ayer Molek menghulurkan sedikit derma kepada Adnan dengan disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Hj Bakrin Sidek.

Antara pemimpin yang turut sama menziarahi Adnan ialah TYDP Kawasan, Hj Salim Tahir; Ketua Penerangan PAS Kawasan, Ustaz Khairul Che Salleh; Pengarah MTD Ayer Molek, Hj Yassim Musa; Ketua Urusan Ulama' PAS Kawasan Ustaz Khairi Abd Aziz; Ketua DPP Kawasan Sofi Wahab; Setiausaha DPP Kawasan, Jasry Jaafar; AJK DPP Kawasan, Safian Abu Bakar; dan beberapa orang AJK PAS Cawangan.

Ahmad Rafa'i juga sempat menziarahi jenazah salah seorang ahli PAS Cawangan Ayer Molek iaitu Allahyarham Zakaria Abdullah yang meninggal dunia Sabtu lalu.


SAMSENG PARLIMEN, NAZRI AZIZ BERANG KEPADA DR M



Memang menegakkan kebenaran walaupun pahit tiada dalam kamus Islam Hadhari. Pemimpin dan penganut Islam Hadhari seolah-olah telah disita hati mereka untuk menerima kebenaran.

Apa yang ada dalam 'kepala hotak' mereka ialah apa yang diperkatakan oleh pemimpin Islam Hadhari semuanya benar dan hak.

Itulah sebabnya bila Dr Mahathir bercakap perkara yang benar dan logik anak-anak buah Imam Al Hadhari bukan main marah dan naik berang. Antaranya Samseng Parlimen Nazri Aziz yang sejak akhir-akhir bukan main garang menghentam Mahathir dan mempertahankan Imam Hadhari. Sedangkan pada suatu ketika dahulu beliaulah antara orang yang hebat 'menjilat' Dr Mahathir.

Isnin lalu Samseng Parlimen menilai kritikan Dr Mahathir "sangat berpihak" kepada pembangkang dan tidak memberi sebarang kebaikan kepada negara dan parti. (Walaupun apa yang diperkatakan oleh Mahathir itu benar tetapi oleh kerana ia bertentangan dengan 'aqidah' Islam HAdhari maka ia semuanya jadi tidak benar)

Samseng ini berkata bahawa kalau sudah hentam kerajaan bukankah Tun sebenarnya berpihak kepada pembangkang.

Dua tiga hari lalu Dr Mahathir menafikan beliau berpihak kepada pembangkang sebaliknya kritikannya itu bertujuan menjadikan kerajaan dan Umno lebih kuat dan terus kukuh.

Mengulas perkara itu, Nazri berkata, "kalau nak salur pandangan janganlah sampai menyusahkan kita kerana kita sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum."

Nazri juga menegur Mukhriz anak Mahathir selaku Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia yang menjemput bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyampaikan ceramah pada satu majlis anjuran biro itu di Taiping Ahad lalu.

"Ini nepotisme sebenarnya yang lebih buruk daripada kronisme kerana, dia pengerusi biro, jemput bapa dia berucap bagi memberi peluang untuk hentam kerajaan," katanya kepada para wartawan di Kota Bharu. Nazri juga menilai kritikan Dr Mahathir "sangat berpihak" kepada pembangkang dan tidak memberi sebarang kebaikan kepada negara dan parti.

Sejak akhir-akhir Dr M kembali bertenaga dan bersemangat menghentam Imam Al Hadhari malah nampaknya Dr M sudah berbaik-baik dengan Ku Li musuh lamanya. Sudah dua tiga kali mereka duduk semeja dalam program-program wacana, dialog, konvensyen dan sebagainya. Ini satu fenomena baru dalam lanskap politik Malaysia.


Hujan Dan Ribut Petir Diramal Berlaku Di Lapan Negeri Selasa


KUALA LUMPUR : Hujan dan ribut petir diramalkan berlaku pada sebelah petang esok di Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Semenanjung dan Sarawak, demikian menurut Jabatan Meterologi.

Dalam kenyataan di sini, jabatan itu berkata beberapa tempat di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Timur Johor diramalkan mengalami ribut petir serta hujan pada sebelah pagi.

Katanya keadaan cuaca di semua kawasan di Sabah dan Sarawak pula dijangka baik pada sebelah pagi manakala Sibu, Kapit, Sri Aman, Kuching dan Samarahan juga dijangka mengalami ribut petir.

Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pula diramal mengalami ribut petir pada sebelah malam.

Sepanjang tempoh ramalan itu, keadaan laut di Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu pula diramal berombak setinggi 0.5 hingga 1.5 meter dan kelajuan angin pula antara 10 hingga 20 km sejam.


SAMY VELLU TAKKAN BERUNDUR:MAHU MATI BERDIRI DALAM PEJABAT



Nampaknya orang India akan terus berketuakan Samy Vellu yang telah 26 tahun memimpin mereka. Walaupun Samy No Value telah menerima pelbagai tuduhan dan laporan rasuah tetapi beliau tetap utuh menangkis segala tuduhan tersebut sehingga Imam Al HAdhari dan Dr Mahathir tidak berani memecat beliau.

Entah apa dewa yang dipakai oleh Samy 'No Value' tidaklah diketahui oleh kita. Apa yang pasti orang India seolah-olah mengangkat Samy bagaikan Dewa mereka.

Dalam Kongress MIC Ahad lalu di Kuala Lumpur, Samy semakin gagah, tidak ada riak-riak beliau akan mengundurkan diri seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir, Ling Liong Sik dan Lim Keng Yaik. Malah beliau semakin berkuasa selepas mengenepikan musuh lamanya Subramaniam pada pemilihan tahun lepas melalui calon proksinya Palanivel untuk jawatan Timbalan Presiden.

Hanya satu formula yang begitu berkesan yang dilakukan oleh Samy No Value untuk mengekalkan jawatannya iaitu mencantas sesiapa sahaja yang menentangnya terutama Timbalan Presiden. Pandithan dan Subramaniam adalah antara mangsanya. Pandithan dipecat dari MIC dan menubuhkan IPF manakala SUbramaniam tidak seberani Pandithan dan memilih untuk berdiam diri walaupun diterajang dengan hina oleh Samy No Value.

Keangkuhan dan kedegilan Samy untuk terus memimpin MIC merupakan berita buruk buat kaum India kerana jelas kepimpinan Samy penuh dengan kontroversi dan skandal seperti isu MAIKA dan lain-lain.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59