Monday, 14 May 2007

ISLAM HADHARI TIDAK PERCAYA MUFTINYA SENDIRI : SENATOR CADANG MUFTI DI PANTAU


KUALA LUMPUR: Tidak lama lagi mufti-mufti pun kena ambil tauliah untuk berceramah dengan pemimpin Islam Hadhari sebab ditakuti akan berceramah sesuka hati.

Apa nak jadi dengan Islam Hadhari ini mufti yang mereka lantik sendiri pun mereka tidak percaya.

Agaknya mereka hanya percaya Imam Al Hadhari Wal Hadhari sahaja. Mereka juga sudah tentu percaya kepada mufti dan ustaz-ustaz yang mengharuskan semua perkara haram dan menghalalkan yang haram.

Media melaporkan bahawa seorang senator hari ini meminta agar Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) diberi lebih kuasa untuk memantau serta mengambil tindakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh mufti negeri-negeri bagi mengelak kekeliruan dan percanggahan.

Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata ini perlu kerana sejak kebelakangan ini banyak kenyataan dikeluarkan oleh mufti negeri-negeri mengenai hukum Islam sehingga menimbulkan kekeliruan serta perbezaan pendapat dalam kalangan umat Islam di negara ini.

"Sebagai contoh, baru-baru ini Mufti Perak telah mengeluarkan kenyataan bahawa haram hukumnya bagi umat Islam menghadiri karnival Jom Heboh yang ketika itu sedang berlangsung di Ipoh," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Kesebelas, pada persidangan Dewan Negara di sini.

Cadangan Syed Ali disokong Senator Mohd Puad Zarkashi yang menyatakan bahawa mufti tidak harus sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan mengenai hukum Islam tanpa merujuk kepada Jakim atau Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terlebih dahulu.

"Dulu ada seorang mufti yang mengeluarkan kenyataan bahawa menyambut Maulidur Rasul itu merupakan satu perbuatan bidaah dan ini mengelirukan umat Islam terutama di Johor yang menyambutnya berbulan-bulan lamanya bagi menghayati perjuangan Nabi Muhammad," katanya.

Senator Datuk Abdul Rashid Ngah, yang turut bersetuju dengan cadangan Syed Ali, berkata Majlis Fatwa Kebangsaan harus memandang berat terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti kerana ada kalanya kenyataan itu dianggap oleh umat Islam sebagai fatwa. BERNAMA


TERKINI ; DR MAHATHIR MASUK ICU DI HOSPITAL LANGKAWI



LANGKAWI : Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Langkawi pukul 3.50 petang setelah mengadu sesak nafas ketika berehat di kamarnya, di Hotel Langkasuka.

Pegawai akhbarnya, Sufi Yusni Yusof memberitahu Bernama bahawa Dr Mahathir kini dalam keadaan stabil di bawah pengawasan doktor hospital itu.

Dr Mahathir yang ditemani isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali, tiba di pulau peranginan itu pada pukul 11 pagi untuk lawatan peribadi selama dua hari. Mereka dijadualkan pulang ke Kuala Lumpur petang esok.

Mereka berdua sebelum itu berada di Bukit Merah, Perak sejak Khamis lepas untuk menghadiri majlis perjumpaan dengan rakan-rakan bekas pelajar "Class of 47", King Edward College of Medicine, Singapura.

Sufi berkata Dr Mahathir berada dalam keadaan sedar semasa mengadu lelah sebelum dibawa ke Hospital Langkawi oleh doktor peribadinya, Dr Nasir Muda, dengan kereta.(Bernama)


KERAJAAN ISLAM HADHARI TERUS GAGAL BENDUNG HARGA BARANGAN NAIK



KUALA LUMPUR: Belumpun kenaikan gaji kakitangan awam diumumkan oleh kerajaan, beberapa harga barangan runcit keperluan makanan didapati sudah naik antara lima hingga sepuluh peratus.

Tinjauan Bernama di beberapa kedai runcit dan borong selain temuramah dengan pengguna di tiga bandar utama mendapati pelbagai alasan diberikan penjual bagi mewajarkan harga barangan dinaikkan.

Maka adalah jelas kepada kita bahawa kerajaan Islam Hadhari yang memerintah Malaysia hari ini terus gagal mengawal harga barangan. Ini menjadikan rakyat terus menderita dan sengsara.

JADI SAMPAI MASANYA RAKYAT BANGKIT UNTUK MENOLAK KERAJAAN BN DALAM PILIHANRAYA AKAN DATANG KERANA TERBUKTI KERAJAAN INI GAGAL MENTADBIR NEGARA DENGAN BAIK MALAH KEHIDUPAN RAKYAT SEMAKIN SENGSARA DENGAN KENAIKAN HARGA BARANGAN KEGUNAAN HARIAN.

Antara alasan yang diberikan ialah harga dinaikkan pengilang, maka pemborong tiada pilihan dan terpaksa menjual pada harga yang lebih tinggi kepada peruncit.

Pengguna pula merungut kerana harga barangan naik tanpa amaran dan pada kadar tidak munasabah.

Tinjauan Bernama di beberapa kedai borong sekitar Selayang di Kuala Lumpur mendapati barangan runcit yang popular seperti "Milo", "Nescafe" dan susu pekat manis "F&N" telah naik sejak lebih sebulan lalu.

Seorang pengusaha kedai borong yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 41 berkata kenaikan harga barangan tersebut berpunca daripada kenaikan kos kilang.

"Kita tidak menaikkan harga sesuka hati tetapi harga kita ikut harga baru kilang," katanya.

Menurutnya pengilang terbabit mengeluarkan notis kenaikan harga produk mereka kepada pemborong dan peruncit lebih sebulan lalu.

Katanya sebagai contoh harga baru runcit "Milo" tin bersaiz 1.5kg yang dicadangkan pengilang ialah RM22.75 berbanding RM21.50 sebelum 15 Mac lalu sementara bagi pek bersaiz 400gm naik dari RM6.06 kepada RM6.40.

Wong berkata susu tin jenama "F&N" jenis krimer manis 510gm naik 20 sen setin kepada RM2.40 sejak 1 April lalu sementara bagi "Nescafe" pek bersaiz 100gm naik 20 sen kepada RM6.70 baru-baru ini.

Beliau mendapat maklumat banyak lagi pengilang barangan runcit makanan akan menaikkan harga produk mereka tidak lama lagi dengan alasan kenaikan kos bahan mentah, tetapi ia tidak melibatkan harga barangan kawalan.

Seorang peniaga borong wanita yang dikenali sebagai Mei, 27, berkata sardin tin saiz besar jenama "King Cup" naik 40 sen kepada RM4.30 baru-baru ini dan mendakwa harga sardin jenama "Ayam Brand" akan dinaikkan pengilang tidak lama lagi.

Harga telur ayam saiz "C" juga naik tiga sen sebiji sejak dua minggu lalu kepada 21 sen sebiji sementara harga kacang tanah dan kacang hijau juga naik sepuluh sen sekilogram sejak sebulan lalu.

Pemborong bawang, Tan Choi Lon, 35, berkata buat masa ini hanya harga borong bawang besar India saja yang naik iaitu dari RM8 kepada RM9 seguni disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu di India.

Menurutnya harga bawang putih RM2.10, naik 20 sen kepada RM2.10 baru-baru ini sementara harga bawang lain dan kentang tidak berubah.

Di PULAU PINANG, tinjauan Bernama mendapati kenaikan harga beberapa barangan makanan di pasaran bukan berpunca daripada tindakan pemborong sebaliknya pengilang atau pengeluar bahan itu sendiri yang telah menaikkan harga berkenaan.

Rata-rata pemborong yang ditemui berkata, mereka terpaksa menjual barangan itu mengikut senarai harga baru yang diberi oleh pengilang secara berperingkat mulai 15 Mac lalu.

Seorang pemborong, Habib Rahman berkata, beliau menerima senarai baru harga produk keluaran Syarikat Nestle yang rata-rata menyaksikan kenaikan harga antara 20 sen dan 50 sen.

Antara barang yang naik harga ialah Milo, Nescafe, susu cair, susu pekat manis.

Bagaimanapun, barangan keluaran syarikat lain masih kekal pada harga yang sama setakat ini dan beliau tidak menolak kemungkinan syarikat itu akan menurut jejak langkah Nestle.

Seorang lagi pemborong, Lim Keong Bim berkata beliau tidak mempunyai pilihan melainkan menjual barangan mengikut harga baru walaupun pengguna bersungut mengenai perkara itu kerana tidak mahu menanggung kerugian.

Bagaimanapun, tidak semua barangan harian mengalami kenaikan harga kerana ada di antaranya yang turun sehingga 50 peratus seperti bawang putih dan bawang merah, katanya.

Katanya, bawang putih yang biasanya berharga RM40 bagi setiap 10 kilogram kini dijual dengan harga RM22 manakala bawang merah daripada RM12.50 bagi 10 kilogram kepada RM8.50.

Di KUANTAN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP) cawangan Pahang mahu orang ramai bijak memilih premis perniagaan yang menjual barangan runcit dan makanan pada harga berpatutan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN&HEP Pahang, Wan Suhaimi Wan Ibrahim, berkata tindakan tidak boleh dikenakan kepada peniaga yang menjual barangan bukan kawalan pada harga yang tinggi kecuali jika mereka gagal meletakkan tanda harga.

"Cara mudah, orang ramai perlu bijak membandingkan harga sesuatu barangan sebelum membeli," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu tinjauan mendapati orang ramai dan peniaga di Kuantan merungut berikutan harga barangan runcit bukan kawalan yang dilihat semakin naik.

Bagi Siti Rahimah Mohamad Nor, 47, yang lebih 10 tahun menjalankan perniagaan nasi berlauk di Kuantan, kenaikan harga barang runcit boleh dilihat dengan jelas apabila kos untuk membeli keperluan tersebut telah meningkat sekali ganda.

"Tahun lepas saya peruntukan sebanyak RM200 dalam seminggu untuk membeli barangan runcit seperti bawang, minyak masak, telur, dan sayur-sayuran, tapi kini kena peruntukan sebanyak RM400, untuk membeli kuantiti yang sama."

Sementara itu seorang peniaga runcit di Pasar Besar Kuantan, Rosli Mahmud, 40, berkata kenaikan harga beberapa barangan bukan disebabkan daripada tindakan peruncit tetapi harga itu telah ditetapkan oleh pengedar.

"Pelanggan memang komen harga mahal tetapi kita pun dapat dari pemborong dengan harga yang mahal, peniaga kecil seperti kami ini nak dapat untung 10 peratus pun susah. Kalau pasar raya besar memang boleh jual murah sedikit daripada kita sebab mereka ambil dalam kuantiti yang banyak," katanya.


MEMALUKAN : PENGACARA RANCANGAN 999 TV3 SUKU DITANGKAP TERLIBAT DENGAN DADAH



Mungkin kerana TV3 Suku jahat dan suka menfitnah pembangkang maka stesyen ini terus mendapat 'pembalasan' apabila seorang demi seorang kakitangannya terlibat dengan skandal, jenayah dan pelbagai masalah.

Terbaru pengacara terkenal TV3 Suku, Mazidul Akmal Sidik ditahan di Johor Baharu semalam setelah ujian air kencingnya didapati positif dadah.

Pengacara itu bersama beberapa orang rakannya ditangkap dalam satu serbuan polis di sebuah kelab malam di Jalan Abdullah Tahir.

Seorang rakannya yang ditemui di luar ibu pejabat polis Johor Baharu Selatan berkata pengacara itu berada di sini untuk membuat penggambaran rancangan tv 360 Darjah terbitan NTV7.

Mazidul yang bukan main hebatnya menjadi pengacara rancangan 999 sebelum ini sebenarnya macam berlakon membenci dadah tetapi hakikatnya dia sendiri juga terlibat sama dengan najis itu.

Jadi jangan kita terpedaya dengan lakonan mereka ini seperti jangan kita percaya dengan lakonan pemimpin Islam Hadhari yang berlagak baik tetapi sebenarnya mereka berperangai buruk dan tidak bermaruah. Antaranya lihat bagaimana bekas Ketua Menteri yang ke sana ke mari pakai songkok dan kelihatan lemah-lembut tetapi kaki judi sehingga berjudi dan berhutang di luar negeri.

Bernama melaporkan Mazidulakmal, 40, Fadzli Ramli, 40, Tumijah Adras, 34, dan Umaisyah Abdul Rahim, 25, mengaku tidak bersalah menyuntik antara satu sama lain dadah jenis methamphetamine di sebuah bilik bernombor 88, Groove City Sdn Bhd dekat Jalan Abdullah Tahir pada 2.45am Sabtu lalu.

Pengacara itu dibebaskan dengan jaminan polis tengah hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail mengesahkan tangkapan itu.


PEMUDA BUKIT KATIL UCAP TAKZIAH KEPADA KELUARGA PELAJAR UTEM YANG MENINGGAL KEMALANGAN


Bukit Katil : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga 2 orang pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) yang meninggal dalam kemalangan jalanraya melibat sebuah bas berhadapan Pasaraya Jusco di Ayer Keroh semalam.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Ahmad Rafa'i Hassan (gambar) dalam kenyataannya pagi ini berharap keluarga kedua-dua pelajar terbabit supaya bersabar dengan dugaan Allah terhadap mereka.
"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mendokan kedua-dua roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama dengan roh-roh para anbia, syuhada dan golongan yang beriman" katanya ketika dihubungi pagi ini.

Sementara itu jenazah Wan Nur Nadia Wan Mansur @ Wan Ismail, 23, dari Besut, Terengganu dituntut oleh keluarganya malam tadi manakala jenazah Azimah Abd. Aziz, 21, dari Muar, Johor dibawa pulang ke Muar kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Sebelum itu jenazah Allahyarhamah Azimah di sembahyang di bilik mayat Hospital Melaka dengan diimamkan oleh Ustaz Khairul Che Salleh, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Lain-lain pimpinan PAS Negeri dan Kawasan yang bersama-sama bersembahyang jenazah dan menanti jenazah di luar bilik mayat sebentar tadi ialah Ketua Dewan Muslimat PAS (DMP) Negeri Melaka dan DMP Kawasan Bukit Katil, Dr Hajah Khatijah Jumangat; Setiausahan DMP Negeri, Hajah Kintan Man; AJK Badan Perhubungan PAS Negeri, Ustaz Mohd Nor Omar; Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Masjid Tanah, Ustaz Rejab Abdul Halim dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Sofi Wahab; Ketua Lajnah Pembangunan Remaja dan PASTI DPP Kawasan Bukit Katil, Khairuddin Ismail.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner II Zaleha Abd. Rahman berkata kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang apabila pemandunya gagal menghentikan bas itu semasa menghampiri lampu isyarat Melaka Mall dan hilang kawalan sebelum melanggar bahu jalan lalu terbalik. Berdasarkan kepada kesan tayar kenderaan di atas jalan, Polis percaya bas itu mengalami masalah brek.

Selain dari 2 pelajar yang meninggal yang meninggal dunia di tempat kejadian, 16 orang lagi penumpang diberitkan cedera.


KALAU SAKIT KATAKAN SAKIT - BIARKAN KAMI DOA RAMAI-RAMAI


CERIA(BERLAKON ATAU BETUL-BETUL SIHAT?)... Imam Al Hadhari tersenyum ketika menjawab soalan pemberita mengenai kesihatannya sebelum menghadiri majlis penutupan program permukiman Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di Pangkor Laut Resort, Pulau Pangkor, malam tadi.



Ada pihak yang mendakwa Imam Al Hadhari sakit dan pengsan ketika menghadiri majlis jamuan rakyat dan perasmian Dataran Hadhari di Teluk Batik semalam.

Tetapi biasalah di Malaysia ini, pemimpin Umno/BN tidak akan mengaku mereka sakit walaupun mereka benar-benar sakit. Sebabnya kita tidak tahu, mungkin mereka mahu berkuasa sampai bila-bila sehingga kuasa Allah memberikan hambaNya sakit pun hendak dinafikan. Namun dilihat kepada raut wajah dan keadaan beliau semalam mungkin beliau sihat, cuma letih seperti yang diakui oleh doktor peribadi beliau.

Ingat lagi kisah seorang Menteri Besar yang sakit tetapi sanggup datang pejabat dan berlakon sihat sedangkan tangan beliau pun tak boleh angkat ketika itu. Akhirnya lakonan beliau itu tidak menjadi kerana dia dilucutkan jawatannya dan diganti dengan orang lain.

Kita menasihatkan Imam Al Hadhari supaya tidak berlakon macam Menteri Besar tersebut kerana kalau beliau betul-betul sakit dan menceritakan kepada rakyat sudah pasti kita semua akan mendoakan beliau supaya cepat sembut dan kembali mentadbir negara kita dan harapan kita beliau akan mentadbir dengan lebih adil, demokratik dan lebih penting kembali kepada sistem pemerintahan Islam sebenar bukan Islam Hadhari yang menghalalkan banyak perkara yang diharamkan oleh Allah.


HATI-HATI DENGAN JANJI AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI AYER MOLEK






Hj Salim dan Rafa'i sedang berbual dengan Wak.








Penduduk Kg Paya Redan, Paya Dalam dinasihatkan supaya berhati-hati dengan janji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Md Yunos Hussin yang berjanji bahawa projek pembinaan bandar baru yang akan ‘meranapkan’ kampung itu telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Melaka.

Dalam pertemuan dengan penduduk kampung di Balai Raya kampung tersebut baru-baru ini, Yunos telah berjanji projek ini telah dibatalkan secara lisan sahaja tanpa 'black & white'. Pertemuan tersebut telah diatur secara mengejut oleh pihak ADUN berikutan bantahan beramai-ramai penduduk terhadap projek yang sudah pasti akan menlenyapkan kampung kesayangan dari bumi Melaka ini.

Diberitakan bahawa sebahagian besar anak-anak penduduk kampung ini telah pulang dan bersama-sama ibubapa dan saudara mereka berdialog dengan YB Yunos dan pegawai-pegawai Pejabat Tanah Daerah.

Salah seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Wak, 60 memberitahu bahawa penduduk kampung tidak dapat menerima rancangan pembinaan bandar baru di kampung mereka kerana sudah pasti mata pencarian mereka akan berkubur.

“Macamana kami nak beri makan anak bini kami, mana kami nak pergi, nak buat rumah sekarang bukan murah. Kami tidak mahu merempat di negeri sendiri” kata Wak dengan bersemangat dalam loghat Jawanya.

“ Tanah kami juga akan dibayarkan dengan harga yang jauh lebih murah dari harga pasaran sebenar, ini namanya hendak menipu rakyat dan mengambil untung atas kesusahan orang susah seperti kami” ujar Wak yang juga seorang pekebun kecil.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Salim Tahir berkata apa yang dikesalkan oleh penduduk ialah tindakan kerajaan yang seolah-olah menyembunyikan projek ini dari pengetahuan penduduk sehinggalah ianya ‘dibocorkan’ oleh salah seorang penduduk kampung yang bekerja di salah sebuah agensi kerajaan negeri.

“Tindakan kerajaan negeri merahsiakan projek ini dari penduduk kampung amat dikesalkan kerana ianya melibatkan masa depan dan kedaulatan orang Melayu. Kita tidak menentang pembangunan tetapi apa yang kita tentang pembangunan yang ternyata meminggirkan orang melayu” kata Hj Salim yang juga merupakan penduduk Kg Paya Dalam bersebelahan dengan Kg Paya Redan.

“Hampir semua projek pembangunan seperti di negeri Melaka ini meminggirkan orang Melayu kerana apabila bangunan di bina dengan harga ratusan ribu maka sudah pasti orang Melayu tidak mampu membelinya. Jadi bangunan tanah yang dibangunkan ini dibeli oleh orang lain. Akhirnya jumlah pemilikan tanah orang Melayu semakin hari semakin mengecil dan akhirnya pupus” ujar Hj Salim dengan kesal ketika lawatan beliau bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Bukit Katil dan Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DPP Bukit Katil, Ahmad Rafa'i Hassan.

Kampung Paya Redan ialah sebuah perkampungan melayu yang jaraknya kira-kira 12 km dari Bandaraya Melaka. Ia didiami sebahagian besarnya oleh masyarakat keturunan Jawa, terletak di dalam Peti Undi Paya Dalam di DUN Ayer Molek. Penduduk kampungnya terdiri dari pekebun kecil getah dan kelapa sawit.


MANA WAKIL RAKYAT UMNO - BIARKAN 3 KUIL HINDU DI BINA DI KAMPUNG ORANG MELAYU



Penduduk Kg. Tambak Paya yang terletak kira-kira 10 km dari Bandaraya Melaka sungguh kesal dengan pihak tertentu yang membina 3 buah Kuil Hindu di kampung tersebut. Salah satu dari Kuil Hindu tersebut masih dalam pembinaan. Jarak antara kuil yang pertama dengan yang kedua (masih dalam pembinaan) hanyalah 500 meter manakala jarak yang kuil yang kedua dan ketiga kira-kira 100 meter sahaja.



Kuil yang baru di bina





Salah satu Kuil yang sedia ada. Jaraknya 100 meter dari Kuil yang baru di bina.






Salah seorang penduduk yang enggan namanya disiarkan menyatakan kekesalannya di atas ketidakprihatin pihak yang membina kuil tersebut yang langsung tidak memperdulikan sensitivit umat Islam sebagai penduduk majoriti di kampung tersebut.

“ Apakah dua kuil yang sudah ada itu tidak cukup sedangkan penduduk India yang tinggal di kampung ini hanyalah kira-kira 300 orang sahaja “ ujarnya penuh semangat.

“Masjid di kampung ini pun hanya satu sahaja sedangkan penduduk Islam mempunyai bilangan lebih dari 1000 orang. Kita tidak anti Hindu malah kita menghormati kebebasan beragama tetapi sikap hormat menghormati mesti dipelihara” tegasnya.


Ahmad Rafa'i Hassan










Sementara itu Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ahmad Rafa’i Hassan, 35 juga kesal dengan sikap pihak berkuasa di negeri ini yang membiarkan kuil tersebut di bina sewenang-wenangnya sehingga dalam satu kampung ujud 3 kuil hindu.

“Mana perginya Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka Ayer Molek, Datuk Md Yunos Hussin, apakah Md Yunos langsung tidak prihatin dengan luahan perasaan tidak puashati penduduk kampung” ujar beliau.

“Tindakan pihak tertentu membina Kuil Hindu 3 buah di dalam sebuah kampung melayu yang didiami hanya kira-kira 300 orang penganut Hindu seolah-olah mencabar umat Islam dan orang melayu. Apakah mereka sudah hilang rasa hormat kepada jiran dan rakan-rakan beragama Islam yang merupakan penduduk majoriti di kampung ini” tambah beliau lagi.

Kenyataan Rafa’i ini ada benarnya kerana Jawatan Kuasa Pergerakan Pemuda Umno Cawangan Kampung Tambak Paya sendiri telah membuat bantahan secara terbuka dengan menggantung kain rentang berbunyi “Jangan cabar kesabaran kami” yang digantung di persimpangan jalan berhampiran gerai Mawar Kg. Tambak Paya.

Lebih menyedihkan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Haji Mo’min Abd Aziz yang sekarang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka seolah-olah lepas tangan dengan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyelesaikan masalah ini.

Difahamkan kuil-kuil Hindu ini dibina di atas tanah persendirian milik penduduk berbangsa India di kampung tersebut. Namun tidak dapat dipastikan samada pembinaan ini mendapat kelulusan dari pihak berwajib seperti Majlis Kerajaan Tempatan atau tidak kerana semasa lawatan tapak ke tapak pembinaan tersebut tiada langsung papan tanda pembinaan dipacakkan seperti yang disyaratkan di bawah undang-undang kerajaan tempatan.



Hj Yasim Musa










Sementara itu Ketua Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri Ayer Molek, Hj Yassim Musa, 56 ketika ditemui di tapak pembinaan kuil tersebut terkejut dengan ujudnya 3 buah kuil Hindu dalam sebuah kampung melayu. Beliau yang berasal dari Kampung Paya Dalam iaitu Kampung Paya Tambak Paya yakin bahawa keadaan ini terjadi kerana kurangnya sentiviti umat Islam mutakhir terhadap kedaulatan Islam.

“Umat Islam hari ini sudah hilang kemuliaan dan ‘izzah’ kerana mereka sudah jauh menyimpang dari ajaran Islam sebenar disebabkan kelalaian dan kealpaan mereka yang begitu cintakan kekayaan dunia.”

“Ini semua disebabkan mereka sudah dibuai mimpi keduniaan yang direncanakan oleh pemimpin Islam Hadhari hari ini. Sepatutnya bukan 3 buah, 1 buah kuil pun mungkin tidak perlu sebab penduduk beragama Hindu di sini kecil sahaja jumlahnya, bahkan mereka boleh pergi Kuil berhampiran yang jaraknya begitu hampir” kata Hj Yassim lagi yajuga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Hj Yassim juga melahirkan rasa bimbang dengan hubungan penduduk kampung tersebut yang mungkin terjejas dan tegang dengan isu ini. Tindakan Pemuda Umno Cawangan menggantung kain rentang dengan kata-kata yang agak keras itu mungkin mencetuskan rasa kurang senang di kalangan kedua-dua pihak.

“Kita harap pihak berwajib mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini, jangan nanti sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti pernah terjadi di Kampung Jawa, Pulau Pinang beberapa tahun dulu” jelas beliau.

Dalam tinjauan ke tapak pembinaan tersebut kuil yang baru dibina sudah hampir siap dan ianya bersaiz lebih kecil dari kedua-dua kuil yang telah sedia ada. Tidak ada seorang pun pekerja yang sedang bekerja mungkin sedang bercuti hujung minggu.

“Mungkin ini hanya ‘surau’ sahaja” celah Hj Yassim mengakhiri perbualan dengan nada sinis.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59