Friday, 11 May 2007

PILIHANRAYA TAK LAMA LAGI - PIMPINAN PAS



Pelbagai rumus dan teka-teki tarikh pilihan raya umum(PRU) dibuat oleh pelbagai pihak termasuklah pemimpin parti politik utama negara.

Ada yang menyatakan ianya akan berlaku sejurus selepas pembentangan belanjawan negara pada penggal ketiga tahun ini, juga tidak ketinggalan ada yang menjangkakan ia akan berlaku pada awal tahun hadapan

Mutakhir ini kita telah melihat banyak tanda bahawa pilihan raya umum akan berlaku dalam masa terdekat ini seperti kenaikan gaji, saham dan indeks ekonomi yang dikatakan semakin baik, pemberian pelbagai elaun kepada guru-guru.

Selain itu, kerajaan yakni Umno dan Barisan Nasional (BN) telah menjalankan pelbagai kursus yang tertentu sebagai keperluan dan persediaan BN bagi menghadapi pilihan raya.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata PAS menjangkakan bahawa kerajaan akan membuat beberapa tawaran untuk menarik rakyat sempena belanjawan yang akan dibentangkan sebelum pilihan raya umum berlaku selepas mengemukakan tanda-tanda hampir PRU.

Untuk itu, pihaknya telah mengarahkan jentera untuk mengaturkan segala persiapan termasuklah mengadakan perhimpunan 100 ribu orang dalam masa terdekat ini bagi mendesak kerajaan untuk melakukan reformasi terhadap pilihan raya di Malaysia.

Nasharudin menjelaskan pelbagai program penerangan susulan telah dirangka iaitu menganjurkan konvensyen memulihkan demokrasi serta mengadakan roadshow penerangan yang melibatkan pimpinan Barisan Alternatif (BA) ke seluruh negara.

Harakahdaily

BAGI KITA SEBAGAI AHLI DAN JENTERA PARTI AYUH JANGAN TUNGGU LAGI. GERAKKAN SELURUH JENTERA SUPAYA BERGERAK SETIAP SAAT. SAHABAT YANG MASIH TIDUR DAN MENGANTUK MESTI DIBERI 'UBAT' SUPAYA JAGA DAN BANGKIT BERPERANAN DAN BEKERJA SETIAP DETIK. MANA-MANA JENTERA YANG LONGGAR DIKETATKAN, MANA YANG BURUK DAN TIDAK BERMAYA DIGANTI DENGAN YANG LEBIH BAIK ..........


'UMNO TIDAK AKAN BERKUASA SELAMA-LAMANYA'



Kerajaan Thamud yang membina rumah dan istana dari batu-besar akhirnya ditumbangkan oleh Allah, begitu juga Namrud yang gah berkuasa tewas di tangan nyamuk, inikan pula Umno yang makan nasi seperti kita sudah pasti akan berkubur akhirnya. Janganlah pemimpin-pemimpin Umno mendabik dada dan bongkak menyatakan bahawa Umno akan terus berkuasa. Cerminlah kepada diri sendiri adakah kekuasaan yang kamu miliki ini diperolehi dengan jalan yang betul dan halal.

Hari ini dalam 'wasiat'nya sempena sambutan ke-10 Umno baru (ke-61 Umno lama yang dah mati) di Kuala Lumpur, Presiden Umno, Imam Al Badawi Wal Hadhari berwasiat bahawa Umno akan terus kekal di atas dunia selagi orang melayu terus ujud di dunia. Beliau juga mahu orang melayu terus berjuang bersama-sama dengan Umno walaupun dia sendiri mungkin sedar bahawa Umno sudah jauh menyimpang dari matlamat perjuangan sebenar iaitu untuk membela orang melayu, Islam dan tanahair. Matlamat perjuangan itu sebenarnya sudah lama berkubur tanpa nesan. Kini matlamat ahli-ahli Umno dan pemimpin Umno alaf baru hanyalah untuk kekuasaan dan kekayaan masing-masing.

Tidak perlulah Imam Al Badawi bermadah kononnya Umnolah satu-satunya parti yang mampu membela orang melayu sampai bila-bila. Sedarkah Imam Al Hadhari bahawa Umnolah yang menghancurkan kedaulatan orang melayu di tanahair sendiri apabila menghadkan kuasa raja-raja, menghapuskan pemberian biasiswa, menghapuskan bahasa melayu, menghapuskan tulisan jawi, memberhentikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat, membunuh Bank Bumiputera, gagal mencapai matlamat DEB, gagal mengawal gejala murtad, gagal menyelesaikan masalah penagihan dadah dan seribu satu macam lagi masalah yang tidak cukup masa dan ruang untuk ditulis.

Semua bekas pemimpin dan pemimpin Umno sekarang tidak boleh dipercayai. Hampir kesemuanya mempunyai skandal dan kontroversi. Malah semua tuduhan dan dakwaan ke atas mereka tidak mereka jawab dengan jujur. Tetapi mereka terlepas kerana mahkamah, hakim, Polis, BPR, SPR dan lain-lain semua tunduk patuh kepada mereka kerana ingin menjaga periuk nasi masing-masing.

Pegawai-pegawai agensi-agensi kerajaan ini termasuk pemimpin-pemimpin Umno sebenarnya langsung tidak bermaruah kerana sanggup menggadaikan masa depan negara dan rakyat hanya semata-mata untuk menjaga perut dan 'bawah perut' masing-masing.

Sedarlah wahai Imam Al Hadhari, Umno sebenarnya gagal membela orang melayu dan agama Islam. Andai kata Umno masih berkuasa (menang pilihanraya dengan menipu dan rasuah) maka kita menjangkakan suatu hari nanti orang melayu akan merempat di negara sendiri.


SELAMAT DATANG KE MELAKA UNTUK NAJIB-ALTANTUYA



Kami anak-anak muda Melaka mengucapkan Selamat Datang ke Bumi Hang Tuah kepada Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak atau sejak akhir-akhir ini diberi jolokan baru Najib Altantuya.

Dengar khabar Najib Altantuya akan berangkat 'mencemar diri' ke Melaka 15 Mei ini untuk melawat sebuah kilang di Batu Berendam. Sudah pasti lawatan beliau ke Melaka kali bukan bersifat seperti Santa Claus kerana peranannya sebagai Santa Claus telah dilakukan dengan jayanya di Machap dan Ijok.

Sifatnya sebagai Santa Claus akan menjelma umpama serigala jadian bila sahaja adanya pilihanraya terutama Pilihanraya Kecil. Sebaik sahaja pilihanraya kecil tamat maka beliau akan kembali kepada sifat asalnya. Umpama serigala jadian bila bulan mengambang maka rupanya bertukar menjadi serigala dan apabila bulan mengambang tiada rupanya kembali menjadi manusia.

Kami pemuda Melaka mengharapkan sebelum Najib datang ke Melaka sudilah kiranya Najib menjawab dengan jujur dan ikhlas serta dengan faktanya sekali tentang tuduhan dan dakwaan terhadap keterlibatan beliau dalam isu pembelian Sukhoi, pembunuhan kejam Altantuya dan lain-lain. Andainya Najib tidak menjawab sebelum lawatannya mungkin lebih manis Najib menjawabnya dalam ucapan atau sidang akhbar di Melaka nanti.

Jawablah wahai Najib segala cabaran Anwar terutama ketika kempen Pilihanraya Kecil Ijok. Kalau tak jawab sedihlah kami berketuakan pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan pengecut.

SELAMAT DATANG NAJIB ALTANTUYA KE MELAKA. KAMI MENERIMA KUNJUNGAN MU DENGAN PENUH HARAPAN AGAR SEGALA YANG TERBUKU DI HATI DAPAT DISELESAIKAN.


JAKIM MESTI SIASAT LAPORAN MEDIA TENTANG PENGGIAT SENI TOLAK AGAMA


Jabatan Kemajuan Islam (Islam Hadhari)Malaysia (JAKIM) di gesa menyiasat laporan Harian Metro hari yang menceritakan bahawa segelintir penggiat seni visual, teater dan pemuisi bangsa Melayu sanggup menjual maruah agama dan diri apabila secara terang-terangan mengaku tidak percayakan kewujudan Tuhan dan tidak menganut sebarang agama atau berfahaman ‘freethinker’ dengan pelbagai aliran seperti atheis, agnostik dan rasionalis.

Laporan itu juga menyebut bahawa golongan itu yang menggelarkan diri sebagai Melayu aliran baru mendakwa bebas menentukan jalan hidup masing-masing dan menjadikan fahaman berkenaan seperti satu ‘trend’ hebat di mata kelompok mereka.

Kebanyakan mereka berlagak seperti golongan intelek dengan mengusung buku tulisan beberapa tokoh falsafah barat seperti Friedrich Nietzsche, Søren Kierkegaard, Lord Byron dan Karl Marx yang terkenal dengan ideologi antiketuhanan dan komunisme sebagai ‘kitab’ ajaran mereka selain buku penulis berhaluan kiri dari Indonesia.

Dipercayai, golongan terbabit mendapat bantuan kewangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar negara yang sentiasa memberi galakan terutama untuk menghasilkan karya bertentangan dengan Islam dan budaya timur yang disalurkan melalui segelintir aktivis sosial negara ini.

Malah, mereka juga berani mengambil tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan dan bersifat provokatif di kalangan masyarakat Islam negara ini. Ini termasuk menghasilkan karya seni dan penulisan artikel serta puisi di laman blog yang bertentangan dengan adat ketimuran, kononnya bagi memperjuangkan hak individu.

Selain itu, golongan freethinker terbabit sanggup melukis tatu pada anggota badan, minum arak dan mengamalkan seks bebas serta perkara lain yang bertentangan dengan Islam.

Perkara seumpama tidak boleh dibiarkan kerana ia sudah pasti akan menjadi 'wabak' yang menyebabkan semakin ramai orang Islam akan terpengaruh dengan mereka lebih-lebih lagi golongan muda sekarang yang semakin menjauhkan diri dari amalam agama.

Ketua Lajnah Sukan, Seni dan Budaya Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Puad Abdul berkata, puak-puak yang terlibat dengan amalan freethinker mesti dinasihat dan dikaunselingkan demi untuk menyelamatkan mereka.

"Golongan sangat merbahaya kerana ia menjadi anai-anai yang akan meruntuhkan aqidah umat Islam melalui amalan, tulisan dan tingkah laku mereka, kita juga menggesa agar mereka ini dihadapkan ke Mahkamah Syariah berdasar petuntukan undang-undang yang ada" ujar Puad yang juga merupakan Ketua Dewan Pemuda Cawangan Taman Merdeka.

"Jika peruntukan undang-undang untuk menghalang mereka tiada, maka pihak berwajib mesti menggubal undang-undang murtad sebagaimana yang telah lama disarankan oleh pimpinan PAS" tambah Puad lagi.

Beberapa bulan lepas kita digemparkan dengan dakwaan Mufti Perak bahawa terdapat 200,000 orang Islam yang telah murtad dan dakwaan itu ada benarnya berdasarkan laporan ini yang mengesahkan bahawa golongan freethinker ini di biayai oleh NGO tertentu bagi menjalankan kerja-kerja 'dakwah' mereka bagi mempengaruhi umat Islam supaya tidak mempercayai tuhan.


AHLI PARLIMEN BN DAN MENTERI SAMA-SAMA TIDAK BERADAB



Bung Moktar dilapor akhbar semalam sebagai berkata: "Mana ada bocor... Batu Gajah pun tiap-tiap bulan bocor juga", ketika YB Batu Gajah, Fong Po Kuan(Gambar) sedang membantah keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Lim Si Cheng untuk tidak membincangkan isu kebocoran di beberapa bahagian dalam bangunan Parlimen.

(Kenyataan Bung Moktar itu difahami sebagai merujuk kepada kitaran haid.)

Ucapan Bung Mokhtar Radin yang terkenal bermulut celupar ini sebenarnya amat memalukan lebih-lebih lagi ianya diucapkan pada sidang parlimen dan di dalam Parlimen yang mulia.

Adalah jelas Bung bercakap ikut sedap mulut menafikan kebocoran bangunan parlimen sedangkan ianya disahkan sendiri oleh pegawai-pegawai JKR. Sebaliknya beliau mengeluarkan ucapan yang 'kotor' tidak ada sesuai dengan 'standard' sebagai Ahli Parlimen. (Memang Bung ini TIDAK LAYAK JADI WAKIL RAKYAT)

Malangnya tindakan Bung ini disokong oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata setiap anggota Parlimen yang melangkah masuk ke Dewan Rakyat harus bersedia untuk menerima kenyataan berbentuk "gurauan" yang dibuat oleh rakan lain.


Beliau berkata keadaan itu adalah perkara biasa bagi menghidupkan suasana persidangan.

"Kita dalam Parlimen memang biasa mengeluarkan kata-kata macam-macam... kalau tidak, boring-lah nak baca semua ini. Bila ada orang bergurau, bolehlah gelak-gelak sikit.

"Saya sendiri pun ada kata, macam tadi saya kata Kepong (DAP-Dr Tan Seng Giaw) lelaki lembut, dia tak marah pun, tak ada kata itu menghina," katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat di sini hari ini.

Inilah standard Menteri dan Ahli Parlimen BN Islam Hadhari yang tidak beradab dan tidak mahu mengaku kesalahan sendiri. Keceluparan dan kebiadapan mereka ini bertambah teruk kerana mereka mempunyai 'imuniti' disebabkan Speaker sering memihak kepada mereka.


ISU PAIP MINYAK : PANDANGAN TOK GURU JAUH KE DEPAN BERBANDING IMAM AL HADHARI



Berkatalah Tok Guru di petik dari Harakahdaily bahawa :-

“Sekiranya Tumpat dipilih sebagai tapak loji simpanan minyak, ini secara tidak langsung turut memberi peluang ekonomi bukan sahaja kepada penduduk di negeri ini bahkan jiran di selatan Thailand.

“Jiran-jiran di Thailand pun boleh menerima tempias pembangunan daripada projek tersebut. Mereka boleh tumpang menjalankan perniagaan di kawasan berdekatan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada pelajar-pelajar cemerlang di Putik, petang ini.

"Lagi pun Tumpat belum lagi ada pembangunan besar sedangkan Pasir Puteh sudah ada Tok Bali dan Keloil di Pantai Senok, Bachok."

“Ketiganya dari mata kasar, jarak dari Yan Kedah mana lebih dekat ke Tumpat berbanding Bachok. Bagi saya lebih dekat Tumpat. Pihak yang hendak laksanakan itu adalah swasta.. tak kan pula mereka hendak guna duit yang begitu banyak. Tentunya mereka hendak duit sikit tetapi untung lebih banyak.

“Kalau ditengok dari Yan ke Jeli dan terus ke Tumpat lebih dekat lagi berbanding paip itu dipasang ke Bachok,”

Merujuk kepada pandangan dan cadangan Tok Guru kita lihat ianya jauh lebih kehadapan dan mengambilm kira pelbagai aspek berbanding dengan pandangan Imam Besar Al Hadhari dan Imam Al Hadhari Kelantan, Anuang MusaNG. Sebab itulah Kelantan sentiasa mendahului kerajaan Pusat seperti dalam isu kerja 5 hari seminggu, cuti bersalin 60 hari dan lain-lain.


Baru-baru ini, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kerajaan bersetuju membina saluran paip sepanjang 320 kilometer merentasi Semenanjung bagi memendekkan masa penghantaran minyak dari Asia Barat ke negara-negara Asia Timur. Saluran itu akan dibina dari Yan ke Bachok.


UNDI MEREKA SAMA NILAINYA DENGAN UNDI ULAMA'

















Bagaimanakah untuk menangani mereka (gambar) ......bagi membawa mereka kembali kealam normal atau mendapatkan undi daripada mereka. Undi mereka dikira sama dengan undi Ulama' iaitu SATU. Dalam pengiraan undi pilihan raya undi seorang dinilai satu undi. Apa taraf sosial sesaorang tidak menjadi persoalan. Ia diniali sama sekalipun dengan seorang berkelulusan phD sekalipun. Apakah PAS akan memperolehi undi daripada golongan ini? Jika aspek luaran diambil kira tidak mungkin bagi golongan ini mengundi PAS, tetapi benarkah tidak mungkin? pernahkah mereka dirayu undinya? 'Mungkin Tidak' ...kata seorang teman. Tidak mungkin rasanya bagi perayu PAS pernah mendekati mereka ini ...jika begitu siapakah yang akan mendekati dan merayu undinya? gambar ini di rakam berhampiran dengan Pejabat Agong PAS yang baru dijalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semasa melalui lorong itu saya sempat menoleh kearah mereka secara spontan salah seorang daripada mereka menunjukkan empat jari .....malang sungguh bagi saya mengapalah diaorang ni tunjuk isyarat kat saya? muka aku ada macam pelanggan ke? terukkkkkkkkkkkkkkknya dan muallAH!

Dari Blog : darigaunghati


DUA 'KULIT' YANG BERLAINAN




Pegang bahu Amoi seksi pun boleh, jadi Imam Sembahyang pun boleh, jadi 'kepala' tahlil pun boleh. Itulah sifat pemimpin Islam Hadhari yang sewajibnya difahami oleh semua hamba rakyat supaya kita tidak terkeliru dan tersasar dari ajaran Islam yang melarang seseorang lelaki bersentuhan dengan wanita yang bukan muhrimnya.

Malam tadi Imam Al Hadhari dilaporkan menjadi Imam sembahyang maghrib dan mengetuai majlis tahlil sempena perayaan 61 tahun Umno lama. (Untuk rekod Umno yang hidup sekarang adalah Umno Baru yang berumur 10 tahun bukannya 61 tahun).

Harap-harap Imam Al Hadhari sudah bertaubat dan tidak akan memegang bahu amoi lagi lepas ini sebah perbuatan Imam Al Hadhari dikhuatiri akan diteladani oleh hamba rakyat yang mungkin menafsirkan bahawa pegang memegang HALAL di sisi Islam.


KONGRES PKR : ANWAR TERIMA 130 PENCALONAN, RAHMAN OSMAN 7 PENCALONAN


Pemilihan kali kedua Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang dijadual pada 26 ini, dijangka menyaksikan perebutan jawatan utama parti itu.

Seramai 17 orang dicalonkan untuk bertanding tiga jawatan naib presiden manakala 146 lagi layak bertanding 20 kerusi Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT).

Bagaimanapun tumpuan ialah kepada perebutan jawatan presiden selepas bekas bendahari PKR, Abdul Rahman Othman mengesahkan akan mencabar Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi jawatan tersebut dalam kongres nasional parti itu.

Selepas 167 bahagian selesai bermesyuarat, Anwar menerima 120 pencalonan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendapat 10 pencalonan manakala Abdul Rahman pula mendapat tujuh pencalonan.

Wan Azizah, yang menerajui parti itu yang ditubuhkan ekoran pemecatan Anwar daripada kerajaan pada 1998, telah menyuara kesediaannya untuk memberi laluan kepada suaminya untuk menerajui PKR.

Anwar, bagaimanapun dilarang aktif dalam politik selama lima tahun sehingga April tahun depan.

Bagi jawatan timbalan presiden pula, penyandangnya, Dr Syed Husin Ali menerima 73 pencalonan, diikuti oleh Naib Presiden, Azmin Ali (54) dan bekas ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd Nor (7).

Ekoran pengumuman Azmin untuk tidak akan bertanding jawatan nombor dua itu, begitu juga dengan Ezam, maka Syed Husin dijangka mengekalkan jawatan itu tanpa bertanding - kecuali Azmin mengubah fikiran.

Azmin putuskan minggu depan

Ini berikutan Azmin dilaporkan memberitahu Harakahdaily baru-baru ini yang dia mungkin menimbang semula keputusannya itu.

Ketika dihubungi, Azmin memberitahu malaysiakini, beliau akan membuat keputusan mengenainya awal minggu depan.

Untuk jawatan naib presiden pula, penyandangnya, Dr Lee Boon Chye, serta muka baru, Datuk KS Nallakaruppan, yang juga ketua PKR Kepong, dan Ketua Wanita, Fuziah Salleh menerima pencalonan tertinggi.

Mereka masing-masing menerima 85, 57 dan 42 pencalonan.

Turut dicalonkan termasuklah penyandang R Sivarasa (38), Azmin (34), Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Dr Jeffrey Kitingan (33) dan Mustaffa Kamil Ayub (33), yang dilantik sebagai naib presiden dalam pemilihan parti yang lalu.

Perlembagaan PKR membenarkan perlantikan sehingga tiga naib presiden, di samping tiga yang dipilih

Bagi jawatan MKT pula, bekas tahanan ISA, Dr Badrul Amin Bahron mendahului senarai calon dengan memperolehi 93 pencalonan, diikuti pemimpin dari Pulau Pinang, Dr Mansor Othman Dr Mansor Othman (84) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Padungan, Dominique Ng (79).

Yang lainnya ialah Dr Xavier Jeyakumar (69), Christina Liew (64), Johari Abdul (64), Dr Sanusi Osman (58), Irene Fernandez (57), Sivarasa (48), Jeffrey (47), Cheah Kah Peng (44), Saiful Izham Ramli (41) dan Tian Chua (40).


'HARAP TUDUNG SAJI, TUDUNG SAJI MAKAN LAUK'


Itulah perumpamaan baru yang boleh dianalogikan dengan kes seorang guru berkhalwat dengan anak murid sendiri di Jitra semalam. Nampaknya semakin banyak kes jenayah, maksiat dan sebagainya yang melibatkan guru sejak akhir-akhir ini. Baru-baru ini seorang guru cemerlang didapati bersalah terlibat dalam rasuah.

Media melaporkan bahawa seorang guru sebuah sekolah menengah di Jitra ditangkap khalwat dengan pelajarnya yang berusia 16 tahun dalam sebuah kereta di kawasan kuari tanah, Guar Arang Changlun dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Mohamad Karim Abu berkata, pasangan tersebut ditahan pada pukul 4.50 petang oleh pegawai Jabatan Agama Islam Kubang Pasu bersama anggota polis Balai Polis Changlun.

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan setelah pihaknya mendapat maklumat tentang sebuah kereta yang meragukan di tempat sunyi di kawasan tersebut.

‘‘Ketika diperiksa didapati kedua-duanya yang berpakaian lengkap sedang bercumbuan,” katanya kepada pemberita selepas operasi pelupusan dadah di Wat Boonyaram Padang Sera di sini, hari ini.

Mohamad Karim berkata, guru berusia 34 tahun itu dikatakan sudah beberapa kali keluar bersama pelajar tersebut.

Katanya, Jabatan Agama Islam Kubang Pasu akan mengambil tindakan terhadap kedua-duanya.

Nampaknya di zaman Islam Hadhari ramai orang sudah bertukar 'profession'. Guru sudah tidak boleh dipercayai. Pemimpin 'kaki ngap', pemimpin atasan kaki tidur dan sebagainya.

APA NAK JADI. BERSEGERALAH KITA MENYIAPKAN KELENGKAPAN UNTUK BERJUANG MENUMBANGKAN KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG JELAS GAGAL MENTADBIR MALAYSIA MENJADI 'BALDATUN TOIYIBBATUN WARROBUN GHAFUR'.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59