Wednesday, 9 May 2007

SETELAH PATUNG BESAR HINDU BATU CAVES DIDIRIKAN KINI 'GODDESS OF THE SEA' PULA AKAN DIDIRIKAN



Melihat kepada kelembikan dan kelemahan Imam Al Hadhari maka tidak akan pelik jika sekiranya patung terbesar 'The Goddess of the sea' akhirnya diberi kebenaran untuk di bina di Kudat Sabah.

Ini bukan kali pertama perkara berlaku sebelum patung Hindu(gambar) yang amat besar didirikan di Batu Caves. Malah ada yang berkata bahawa sebahagian dari kos pembinaan patung hindu tersebut dibiayai oleh kerajaan Islam Hadhari Khir Toyo.

Jadi kita yakin bahawa patung 'The Goddess of the sea' ini akan tetap di bina sebagaimana tuntutan masyarakat Cina Sabah.

Isu pembinaan semakin hangat apabila ia merupakan antara sebab mengapa bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Chong Kah Kiat meletakkan jawatan setelah tidak berpuashati dengan cara Musa Aman mengendalikan isu pembinaan patung ini.

Mungkin dalam diam-diam patung ini akan dibina sebagaimana patung hindu dulu di mana tiba-tiba sahaja ia tersergam di depan gua Batu Caves. Ada yang terperanjat kerana tidak sangka patung sebesar itu dibenarkan oleh pembinaanya oleh kerajaan Islam Hadhari.

Hari ini Harakahdaily melaporkan bahawa Abim Sabah mempersoalkan motif pembinaan patung 'The Goddess of the Sea' yang dicadangkan di Kudat, Sabah, sambil mempersoalkan apakah ia selari dengan amalan Islam Hadhari?

"Apakah motifnya untuk menarik pelancong atau sebaliknya perancangan jangka panjang untuk mengubah landskap fizikal negara?" tanya Yang DiPertua Abim Sabah, Muddin Betting dalam satu kenyataannya baru-baru ini.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang dalam perlembagaannya meletakkan Islam sebagai agama rasmi, adalah penting prinsip ini dipertahan dan dijelmakan dalam realiti kehidupan bermasyarakat.

"Abim melihat pembinaan patung 'Chinese Goddess' di kawasan terbuka di Kudat sebagai bertentangan dengan prinsip perlembagaan di atas, lebih-lebih lagi yang bakal dibina merupakan 'Chinese Goddess' tertinggi di dunia.

"Abim tidak dapat menerima hujah yang mengatakan bahawa ia bakal menjadi sumber tarikan pelancong di Malaysia, khususnya di Kudat.

"Ini kerana banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk menarik pelancong ke negeri ini, dan bukannya perkara yang bakal mengundang sensitiviti terutama di kalangan masyarakat Islam yang merupakan kelompok terbesar di Malaysia.

"Yang perlu ditingkatkan adalah usaha-usaha mempromosi keindahan alam sekitar negeri Sabah khususnya dan negara amnya sebagai khazanah alam yang sangat bernilai, yang diiktiraf sebagai salah satu 'mega-biodiversity hotspot' dunia," jelasnya.

Katanya, Abim juga berpandangan tindakan membina patung ini sama sekali tidak selari dengan prinsip Islam Hadhari.

Sehubungan itu, katanya Abim menggesa semua pemimpin politik, NGO, dewan perniagaan, dan persatuan suku kaum bertindak bijaksana dalam menangani isu ini.


TAHNIAH BUAT SKUAD HOKI MALAYSIA KERANA LAYAK KE SEPARUH AKHIR


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan sekalung tahniah di atas kejayaan skuad hoki negara kerana berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah yang berlangsung di Ipoh.

Bernama melaporkan bahawa Malaysia muncul pasukan pertama dari Kumpulan B melayakkan diri ke separuh akhir selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah kali ke-16 di sini semalam.

Ketua Lajnah Sukan, Seni dan Budaya DPPBK, Puad Abdul dalam kenyataannya petang tadi melahirkan rasa gembira dengan kejayaan ini kerana katanya kali terakhir Malaysia menewaskan Korea Selatan ialah pada 1997 dalam siri ujian di Malaysia.

"Kejayaan melayakkan diri ke Separuh Akhir ini diharapkan menjadi satu detik bersejarah untuk menaikkan nama Malaysia di persada hoki antarabangsa sepertimana pernah dilakukan pada tahun 1975 dalam Kejohanan Piala Dunia di mana kita berjaya menduduki tempat keempat" tambah Puhad dengan gembira.

"Kita masih ingat bagaimana Phoon Fook Loke, Sri Shanmuganathan, Khairuddin Zainal dan lain-lain bermain dengan penuh semangat tanpa mengenal penat lelah sehingga Malaysia berjaya melangkah ke Separuh Akhir pada kejohanan tersebut" kata Puad menyingkap peristiwa silam yang tidak dapat dilupakan beliau.

Puad juga berharap pemain-pemain muda Malaysia sekarang ini mencontohi semangat juang mereka agar pasukan dihormati dan disegani oleh gergasi-gergasi hoki dunia seperti Belanda, Pakistan, Jerman, Korea Selatan dan Australia.


JALAN BARU DI TURAP 2 BULAN TETAPI SUDAH BERLUBANG


Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK), Ahmad Rafa'i Hassan melahirkan rasa kesal dengan mutu jalan yang berlubang-lubang walaupun baru di turap 2 bulan lalu.

Jalan berkenaan yang menghubungkan Masjid Ayer Molek dan Simpang Jenuang sepanjang lebih 1 km yang sepatutnya memberi keselesaan kepada pengguna, sebaliknya membahayakan pengguna lebih-lebih lagi kepada penunggang motorsikal.

"Kami penduduk di sekitar kawasan ini sangat kesal dengan mutu jalan ini dan memohon pihak berwajib seperti JKR membaikinya secepat mungkin sebelum ada yang cedera" kata beliau ketika menghubungi Blog ini petang ini.

Beliau juga mengakui bahawa aduan telah dibuat kepada JKR Melaka Tengah pagi tadi.

"Apa yang dikesalkan JKR seolah-olah ingin berlepas tangan dengan masalah yang kami hadapi sedangkan sepatutnya mereka lebih peka dan sensitif kepada masalah ini sebelum aduan di buat lagi" tambah Rafa'i.

"Takan mereka lalu-lalang tiap-tiap hari mereka tak nampak" ujar Rafa'i yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Ayer Molek.




Ustaz Abu Bakar Ramle






Sementara itu Timbalan Ketua DPPBK, Ustaz Abu Bakar Ramle menggesa pihak berwajib menyiasat projek pembinaan jalan ini kerana kemungkinan berlakunya rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan jalan ini dibina tidak mengikut spesifikasi yang akhirnya ia rosak hanya selepas 2 bulan dibina.

Insya Allah kami akan cuba mendapatkan gambar jalan ini dalam masa terdekat.


DR M KATA NAJIB LEBIH BAIK DARI PAK LAH. PAS KATA KEDUA-DUANYA SAMA SAJA


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Tun Razak mampu menjadi Perdana Menteri yang lebih baik daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau memilih Abdullah kerana lebih senior daripada Najib.

Katanya, jika dibandingkan antara Abdullah dan Najib “saya akan kata beliau (Abdullah) kurang berkemampuan”.

Beliau menegaskan hakikat bahawa Najib – yang kini menjadi Timbalan Perdana Menteri –dipilih sebagai salah seorang naib presiden dalam perhimpunan agung Umno 2000 dengan undi terbanyak.


“Tetapi saya juga merasakan beliau (Najib) mungkin agak muda, jadi beliau harus memberi peluang kepada orang yang lebih tua. Itu sebabnya saya memutuskan untuk memilih Abdullah,” katanya dalam temubual dengan malaysiakini di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putraya hari ini.

Tetapi sebenarnya kedua-dua orang No. 1 dan No. 2 Islam Hadhari tersebut adalah tidak berguna, sama-sama ada kontroversi, sama-sama ada skandal, sama-sama zalim, sama-sama bengap dan macam-macam lagi. Pendek kata 'dua kali lima, lima kali dua'. Kedua-dua mempunyai kroni masing-masing yang kaya raya. Kalau bukan anak adik mereka kaya.

Kedua-dua mereka juga tidak mempunyai maruah kerana terpalit dengan pelbagai tuduhan dan kontroversi melibatkan anak, menantu, adik dan sebagainya. Malah lebih teruk ada tuduhan yang mengatakan mereka mendapat komisen dari perniagaan yang melibatkan pembelian senjata (mungkin melalui nama kroni-kroni mereka) dan sebagainya. Jika sekiranya mereka bermaruah sudah tentu akan meminta BPR menyiasat mereka. Kedua-duanya juga takut untuk mengisytiharkan harta masing-masing.

Sebenarnya sesiapa pun yang menjadi ketua Barisan Najis ini sudah pasti terpalit sama najisnya. Ini kerana parti itu sendiri memang sudah korup dan 'mengorupkan'.


BAPA BOREK ANAK RINTIK : PEMIMPIN TIDAK BERMARUAH RAKYAT IKUT SAMA


'Agama rakyat bergantung kepada pemimpin' itulah antara ungkapan yang memang terbukti kebenarannya. Ini kerana pemimin merupakan idola dan model terbaik yang menjadi ikutan rakyat. Jika pemimpinnya warak maka waraklah rakyat dan sebaliknya jika pemimpin penyamun maka rakyat juga akan jadi penyamun.

Begitulah apa yang berlaku di Malaysia sekarang ini apabila maruah rakyat Malaysia kini tiada nilai sehingga kerajaan yang ternyata zalim dapat membelinya dengan harga paling murah ketika Pilihanraya. Kerajaan yang tidak bermaruah, korup, zalim dan tidak demokratik tetap menang kerana sogokan dan rasuah ketika pilihanraya.

Rakyat Malaysia hanya mampu melihat dan berpeluk tubuh sambil tersenyum walaupun kadang-kadang rakan sendiri merana ekoran penindasan yang berterusan.

Maruah sepatutnya dijual dengan harga paling tinggi baru kerajaan akan berfikir kenapa hak itu sukar diperolehi. Tetapi, apakan daya rakyat tak tahu nilai sehingga dirobek begitu dahsyat oleh pemerintahan yang korupsi.

Kerajaan yang korup dan tidak bermaruah langsung tidak malu untuk merasuah dan menyogok rakyat ketika pilihanraya kerana rakyat juga sudah tidak segan dan tidak harga diri sanggup menerima habuan tersebut.

Maka rakyat dan pemimpin 'korup ini dua kali lima sahaja'. Harga diri pemimpin dan rakyat ini telah dicabut oleh Allah kerana jelas mereka telah jauh terpesong dari ajaran Islam sebenar.

Islam Hadhari yang menjadi anutan dan wirid kerajaan BN hari ini sebenarnya hanya mementing kebendaaan atau 'maddiyah' dengan meminggirkan terus aspek ketaqwaan dan keimanan.

Maka menjadi tanggungjawab kita Parti Islam dan golongan yang cintakan demokrasi dan keadilan untuk tampil membetulkan kepincangan dan kedurjanaan kerajaan Barisan majis (BN) yang sebenarnya menyeru rakyat kearah kemungkaran dan keburukan.

Rakyat mesti diberi kesedaran supaya tahu menilai harga diri masing-masing supaya nanti mereka tidak mudah di'beli' dan diperdaya oleh pemimpin Barisan Najis ini.


TERIMA PAKAI DASAR INTEGRITI NEGARA - IMAM AL BADAWI (CAKAP TAK SERUPA BIKIN)


Maka berkatalah Imam Al Hadhari semalam, bahawa beliau mahu sektor awam dan swasta menerima pakai semua dasar kerajaan mengenai integriti demi kebaikan negara.

Imam Al Badawi yang kononnya sentiasa memperjuangkan akan perlunya integriti dalam semua urusan sejak mengambil alih kuasa tiga tahun lepas, berkata integriti merupakan agenda nasional yang perlu diambil perhatian bukan sahaja oleh kerajaan pusat tetapi juga di peringkat negeri.


Tetapi sejak memerintah 3 tahun lepas Imam Al Hadhari gagal melaksanakan apa yang dikatakan kerana jerung-jerung 'penyangak' rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih bebas berkeliaran di 'lautan lepas' tanpa sebarang tindakan.

Kita hendak tanya Imam Maksum Islam Hadhari ini apa tindakan kepada laporan dan tuduhan Rasuah dan penyelewengan terhadap Khir Toyo, Rafidah Aziz, Samy Vellu, Zulkiply Mat Nor, Johari Baharom, Khairy Jamaluddin, beliau sendiri, Kamaluddin Imam Al Hadhari dan banyak lagi. Sehingga hari ini tidak seorang pun dari mereka diheret ke mahkamah. Mana integritinya.

Malah Indek Persepsi Rasuah Malaysia semakin merudum.

CAKAP BOLEHLAH ........PERLAKSANAAN???????


PENGUMUMAN RUANGAN BARU : KOLEKSI UCAPAN, AMANAT, KERTAS KERJA DAN LAIN-LAIN


Kami menyediakan satu ruangan baru untuk para tetamu mendapatkan koleksi kertas kerja, ucapan, amanat pemimpin dan sebagainya. Ruangan boleh dicapai di Link rangkaian kami.

Insya Allah kami akan cuba mendapatkan seberapa banyak koleksi yang berguna untuk kegunaan kita semua.


KEBAYA NYONYA LEBIH PENTING DARI YANG LAIN



Kebaya HALAL di sisi Islam Hadhari????




Nampaknya kebaya nyonya lebih penting dari urusan negara yang lain sehingga Imam Al Hadhari, Abdullah Hj Ahmad Badawi ke Melbourne, Australia yang ditafsirkan sebagai urusan rasmi kerajaan tetapi hanya sekadar melancarkan Pelancaran Promosi Kebaya Nyonya anjuran Yayasan Budi Penyayang, satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lebih merupakan tempat mengutip tol yang dihalalkan untuk keluarga Abdullah Hj Ahmad atau boleh juga dipanggil tempat menerima rasuah yang bermaruah dan tidak salah. (Petikan Harakahdaily).

Adalah jelas bahawa kebaya nyonya lebih dari segala-galanya bagi Imam Al Hadhari sebab itu beliau sanggup meninggalkan negara hanya untuk merasmikan pakaian yang jelas menampakkan susuk tubuh dan sudah pasti tidak memenuhi ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.

Sebagai Imam Al Hadhari, Lah sepatutnya menolak permintaan penganjur kerana urusan ini tidak penting kepad negara kerana di sana begitu banyak lagi urusan negara yang lebih parah yang perlu ditangani seperti kes-kes rasuah, penyelewengan, jenayah, maksiat, dadah dan sebagainya. Lah sebagai Imam Al Hadhari sepatutnya tahu yang mana lebih penting yang mana tidak penting.

Malah lebih memalukan, Lah yang boleh dikatakan sebagai Mursyidul Am' Islam Hadhari sepatutnya menasihati penganjur dan anaknya yang menjadi 'juara' kebaya nyonya (menggantikan isterinya) supaya memberhentikan sahaja program sia-sia ini kerana kebaya nyonya jelas bertentangan dengan aurat yang diajar oleh Islam. Kita diajar bahawa aurat wanita bukan hanya menutup keseluruhan tubuh kecuali muka dan tapak tangan malah pakaian tersebut juga mesti longgar, tidak nipis sehingga menampakkan susuk tubuh. Malangnya kebaya nyonya yang di'agung-agung'kan mereka ini jelas akan menampakkan tubuh si pemakai yang mungkin ada yang 'stim' bila susuk tubuh si pemakai. Lah tak habis mengaji bab aurat ke?????????

Jadi kita mencadangkan beberapa perkara untuk Cik Lah (Imam AL Hadhari):-
i) Pergi mengaji bab aurat wanita.
ii)Belajar semula ilmu pengurusan tentang menilai sesuatu perkara yang mana penting, lurang penting, urgent dan lain-lain.
iii)Berusaha bersungguh-sungguh melaksana perkara-perkara baik yang pernah diusahakan oleh Allahyarhamah isterinya dan memberhentikan semua perkara-perkara tidak baik yang diasaskan oleh Allahyarham. Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah.
iv) Belajar menggunakan wang kepada perkara yang bermanfaat, jangan nanti hang sebagai PM boleh suka-suka hati belanja pergi ke sana kemari. Kalaupun guna duit Yayasan Budi Penyayang (Penganjur Kebaya Nyonya ini), gunakan ke jalan yang betul dan baik. Ramai lagi rakyat yang daif dan miskin perlu pertolongan. Jangan dihabiskan duit tersebut untuk perkara sia-sia seperti ini.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59