Tuesday, 8 May 2007

PROJEK MENAMBAH DANA TERBUKA KEPADA PAS KAWASAN, DEWAN-DEWAN DAN CAWANGAN-CAWANGAN PAS


Lajnah Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil melancarkan program pelaburan Unit Amanah yang terbukti mampu memberikan pulangan yang baik kepada pelabur dan organisasi yang menyertainya.

Projek ini ialah Projek Pelaburan Unit Amanah Syariah (Unit Trust) yang dijalankan oleh Public Mutual Berhad. Unit Amanah ini terbukti memberikan pulangan yang sangat kompetitif kepada pelabur berbanding Amanah Saham dan Pelaburan lain.

PULANGAN DANA UNIT AMANAH PUBLIC MUTUAL

Public Ittikal Keuntungan pada tahun 2006 - 26.01 %
Public Islamic Equity Fund Keuntungan pada tahun 2006 - 25.27 %
Public Islamic Opportunities Fund Keuntungan pada tahun 2006 - 25.71%
Public Isamic Dividen Fund Keuntungan pada tahun 2006 - 18.49 % (14/2 – 29/12)


CIRI-CIRI AMANAH SAHAM INI

Pelaburan ini jelas HALAL DI SISI SYARIAH dan UNDANG-UNDANG MALAYSIA, di mana ia dipantau oleh Panel Syariah dan Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia seksyen 18.

Unit Amanah ini dijalankan oleh Syarikat Public Mutual Bhd, anak syarikat Public Bank Bhd salah sebuah bank terbesar di Malaysia. Ia mempunyai pejabat cawangan di seluruh Malaysia.

Setakat terdapat kira-kira 1 juta pelabur yang melabur di dalam dana-dana Public Mutual dengan jumlah pelaburan sebanyak RM18.3 Billion. Terdapat 40 dana yang dijalankan oleh Public Mutual Bhd. Public Mutual merupakan syarikat Unit Amanah terbesar di Malaysia.

Menggondol 21 Anugerah pada tahun 2007 dari Edge-Lipper dan The Star/Standard & Poors dan setakat ini Public Mutual menggondol keseluruhan 96 anugerah sejak 1999.

Mempunyai 26 tahun pengalaman menguruskan Unit Amanah.


BAGAIMANA PAS KAWASAN, DEWAN-DEWAN, CAWANGAN MENDAPAT PULANGAN DARI PROJEK INI??
1) Melaburkan duit PAS Kawasan, Dewan-Dewan, Cawangan-cawangan dalam mana-mana Dana Public Mutual. Di samping mendapat pulangan PAS Kawasan juga akan mendapat komisen dari pelaburan ini secara on the spot (pada awal bulan berikutnya) iaitu 35 % dari jumlah komisen yang diterima oleh Lajnah Ekonomi DPP Bukit Katil.

2) Menggalakkan ahli menyertai skim pelaburan Unit Amanah ini yang terbukti menguntungkan. Komisen dari pelaburan ini akan diberikan 35 % kepada PAS Kawasan, Dewan-Dewan dan cawangan-cawangan. Komisen ini langsung tidak menjejaskan wang pokok dan keuntungan pelabur, ia hanya diambil dari komisen Lajnah Ekonomi DPP Bukit Katil.

Contoh : Jika jumlah pelaburan ahli di Kawasan Lipis = RM10,000. Maka Lajnah Ekonomi DPP Bukit Katil akan dapat 50 % dan PAS Kawasan, Dewan-dewan atau cawangan akan dapat 50 % dari komisen.

Wang EPF ahli-ahli juga boleh digunakan untuk pelaburan ini. Komisen tetap akan kami berikan walaupun menggunakan wang EPF. Perjanjian bertulis akan dibuat antara 2 pihak untuk memastikan komisen tersebut diberikan sebaik sahaja pihak Lajnah Ekonomi DPP Bukit Katil menerimanya.

Jadi PAS Kawasan, Dewan-dewan dan Cawangan boleh menjalankan road show bersama kami untuk menerangkan kepada ahli-ahli tentang kebaikan melabur dalam Unit Amanah yang sangat kompetitif ini.

Sekiranya PAS Kawasan, Dewan-dewan, Cawangan-cawangan atau sesiapa sahaja yang berminat menyertai skim ini sila sms ke talian hotline kami 019-682 1318 atau email ke mstcmal@miosh.net


KERAJAAN PUSAT SETUJU BINA SALURAN PAIP MINYAK KELANTAN-KEDAH , APAKAH ADA UDANG DI SEBALIK MEE?



Kerajaan Barisan Najis (BN) yang menerajui Malaysia akhirnya mengalah dan terpaksa bersetuju membina saluran paip minyak sepanjang 320 kilometer merentasi Semenanjung bagi memendekkan masa penghantaran bahan api itu dari Asia Barat ke negara-negara Asia Timur yang sebelum ini terpaksa diangkut dengan kapal tangki melalui Selat Melaka.

Projek yang menelan belanja AS$7 bilion (RM24 bilion) itu bakal menyaksikan pembinaan sekurang-kurangnya sebuah loji penapis di Yan, Kedah dan loji simpanan minyak di Bachok, Kelantan.

Imam Al Badawi Wal Hadhari ketika mengumumkan keputusan tersebut berkata, saluran paip minyak dari Kedah ke Kelantan itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan Koridor Utara di Semenanjung.

“Ya, kami bersetuju dengan saluran paip itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Halal Sedunia 2007 di sini Kuala Lumpur hari ini.

Kalau sebelum ini kerajaan Barisan Najis begitu liat untuk membina saluran paip minyak ini atas dasar politik kerana Kelantan di perintah PAS mengapa tiba-tiba mereka berubah fikiran. Apakah ada udang disebalik mee?. Atau mungkin Imam Al Hadhari yang memimpin Barisan Najis (BN) begitu yakin bahawa Kelantan akan jatuh ke tangan mereka pada Pilihanraya Umum akan datang. Congakan kita ini mungkin ada benarnya kerana Barisan Najis Kelantan yang dipimping oleh 'Jerung PPRT' Anuanr MusaNG begitu bersemangat sejak-sejak akhir-akhir ini mengatur strategi untuk mengalahkan PAS.

Jadi oleh kerana Barisan Najis begitu 'confident' akan menang maka sudah tibalah masanya untuk mereka membina saluran paip minyak ke Kelantan.

Maka-maka sahabat-sahabat kita di seluruh Malaysia mesti bersedia secara rohani dan jasmani untuk 'berperang' dengan tentera Al Ahzab Barisan Najis ini demi mempertahankan kerajaan Islam Kelantan pimpinan Tun Guru Mursyidul Am, Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

ALLAHU AKHBAR


10 DALIL PILIHANRAYA UMUM SEMAKIN HAMPIR



Ramai pengkaji politik Malaysia meramalkan Pilihanraya Umum akan diadakan sebelum berakhirnya tahun 2007 ini. Ini berdasarkan kepada beberapa faktor dan 'alamat-alamat kecil' yang dilihat semakin jelas sekarang.

Berikut disiarkan 10 Dalil Mengapa Pilihanraya Umum akan diadakan sebelum berakhirnya tahun 2007 ini.


1. Bursa Saham yang dilihat baik sehingga mencecah 1,300 mata sekarang ini dan kedudukannya adalah agak stabil kecuali sesuatu yang tidak dijangka berlaku ke di Bursa Shanghai dan New York. Kedudukan ekonomi yang baik sentiasa menjadi faktor sesebuah untuk membubarkan parlimen dan mengadakan pilihanraya di mana-mana negara sekalipun.

2. Sambutan 50 tahun kemerdekaan pada 31 Ogos ini akan disambut secara besar-besaran untuk menaikkan semangat patriotik rakyat untuk kembali menyokong kerajaan kononnya atas dasar semangat kebangsaan dan patriotik tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

3. Belanjawan(Bajet) tahun ini yang akan dibentangkan pada September ini akan dijadikan 'senjata' untuk memancing rakyat dengan pelbagai umpan yang mampu menbagui mata rakyat sebagai suatu tarikan untuk mereka mengundi BN (Barisan Najis) sekali lagi.

4. Akhbar 'pembodek' dan 'penjilat' BN tidak habis memainkan peranan mengangkat martabat Barisan Najis (BN) dan spin doctor pula terus menyerang dan menfitnah pembangkang dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan untuk mencacatkan pembangkang di mata rakyat. Imam Al Badawi yang sebenarnya sangat lembap, serba tidak tahu, kuat tidur di'lambung-lambung' sebagai pemimpin agung penyelamat ummah walaupun negara kita penuh dengan rasuah, penyelewengan dan seribu satu macam masalah. Media elektronik seperti kumpulan Media Prima dan RTM juga terus mengadakan kempen terbuka memuji kerajaan dan mengutuk pembangkang pada setiap rancangn terutama Berita.

5. Kemenangan 'cabul' Barisan Najis (BN) di Ijok dan Machap dijadikan sandaran bahawa rakyat masih setia menyokong mereka walaupun sebenarnya hati mereka sendiri kurang yakin dengan kemampuan mereka kerana kemenangan itu penuh dengan misteri dan tanda tanya.

6. Barisan Najis terpaksa mengadakan Pilihanraya awa, kerana pada 1 Januari nanti Tol akan dinaikkan dan kali ini ianya melibatkan tol Lebuh Raya Utara-Selatan sudah tentu ianya akan menjejaskan sedikit sokongan kepada mereka andai Pilihanraya Umum diadakan selepas kenaikan tol..

7. Imam Al Badawi mesti mengadakan Pilihanraya sebelum Mac 2008 kerana selepas itu Anwar Ibrahim telah bebas untuk bertanding pilihanraya. Jadi mahu tidak mahu Imam Al Badawi terpaksa mengadakannya lebih awal kerana sekarang pun ekonomi makin baik dan sokongan rakyat masih baik kepada mereka kononnya.

8. Kenyataan-kenyataan media pemimpin-pemimpin Barisan Najis yang setiap hari mengharapkan jentera BN bekerja dengan kuat dari sekarang bagi menarik sokongan rakyat.

9. Pengelibatan Polis menghalang ceramah-ceramah pembangkan seperti yang berlaku di Pulau Pinang semalam menunjukkan bahawa BN semakin terdesak bagi memastikan sokongan rakyat tidak berpihak kepada pembangkang.

10. Sekolah-sekolaj juga diberitakan telah dimaklumkan untuk bersedia menjadi Pusat Pengundian manakala pegawai-pegawai kerajaan tertentu telah dilatih untuk menjadi pegawai-pegawai sementara SPR untuk proses pilihanraya.

BERSEDIALAH WAHAI SAHABAT SEMUA UNTUK MENENTANG TENTANG AHZAB BARISAN NAJIS (BN) INI.


MEMALUKAN : KOMPLEKS MAHKAMAH BARU TAPI 'AIR COND' ROSAK, BPR MESTI SIASAT - USTAZ BAKAR



Satu demi satu petunjuk bahawa negara semakin parah dengan wabak rasuah. Kalau Isnin lepas, ada bahagian siling di kompleks Mahkamah Baru Jalan Duta runtuh, semalam 'air cond' di kompleks itu pula tidak berfungsi. Apa maknanya ini? Sama-sama kita tahu jawapannya.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa semalam Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamed Apandi Ali hilang "sabar" kerana sistem pendingin hawa yang kerap rosak di kompleks mahkamah yang baru di Jalan Duta ini, sehingga memaksa beliau menangguhkan satu kes rayuan semalam ke 25 Jun.

Kompleks mahkamah berharga RM270 juta itu, yang menempatkan 77 bilik mahkamah yang terdiri daripada 26 Mahkamah Majistret, 21 Mahkamah Sesyen dan 30 Mahkamah Tinggi, beroperasi sepenuhnya dari Selasa.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) mendesak supaya satu siasatan rapi dijalankan dan jika sekiranya terdapat unsur-unsur rasuah dan penyelewengan maka 'penyangak' rasuah tersebut mesti diseret ke Mahkamah.

DPPBK juga berasa kesal dengan kenyataan Imam Al Badawi yang hanya mahu siasatan ke atas bangunan kerajaan lain dilakukan untuk memastikan tiada siling runtuh, sedangkan Imam Hadhari sepatutnya mengarah BPR dan Polis menyiasat kalau-kalau ada unsur rasuah yang menyebabkan siling tidak dibina dengan baik mengikut spesifikasi.

"Malah kejadian 'air cond' rosak ini menambahkan lagi kesangsian kita terhadap mutu pembinaan dan alatan yang dipasang di Mahkamah ini. Jangan nanti duit rakyat berjumlah RM270 juta masuk ke dalam poket penyangak dan penyangak bermaharajalela ke sana ke mari tanpa didakwa dan ditangkap" jelas Ustaz Abu Bakar Ramli Timbalan Ketua DPPBK.

Hakim Mohamed Apandi berkata adalah tidak adil bagi tertuduh, yang merayu terhadap hukuman penjara enam bulan yang diputuskan pada 1999, terpaksa datang semula pada keesokkan hari hanya kerana sistem pendingin hawa gagal berfungsi.

"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana sudah banyak masalah dibangkitkan mengenai bangunan ini dan kerajaan telah membelanjakan sejumlah besar wang untuk membinanya," katanya kepada Bernama di dalam kamarnya kemudiannya.

Katanya sistem pendingin hawa di dalam kamar beliau juga terjejas sejak berpindah ke kompleks mahkamah yang baru itu pada Isnin lepas.

"Saya malahan cuba menanggguhkan perbicaraan rayuan di hadapan saya sehingga pukul 10 pagi ini untuk membolehkan juruteknik memeriksa sistem itu tetapi ia rosak semula setengah jam kemudian.

"Pada awalnya, saya cuba bertahan dalam suasana panas selama hampir setengah jam tetapi ia terlalu merimaskan bagi diri saya dan kakitangan mahkamah, terutamanya saya memakai jubah dan bib, yang membuatkan saya berasa sungguh tidak selesa," katanya.


PENGUSAHA TEKSI MERUNGUT PENDAPATAN BERKURANGAN


Pengusaha dan pemandu kereta sewa di Melaka menghadapi masalah mendapatkan penumpang berikutan kewujudan Bas Panorama yang kini beroperasi di beberapa lokasi tertentu di bandar Melaka.

Berikutan itu, rezeki pemandu dan pengusaha kereta sewa semakin terhad disebabkan peraturan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang mereka mengambil dan menurunkan penumpang di mana-mana laluan digunakan bas berkenaan.

Pemandu kereta sewa yang juga setiausaha merangkap Bendahari Penaja Persatuan Kereta Sewa Melaka Sentral (Perkemas), Azmi Daud, 54, berkata pemandu atau pengusaha kereta sewa kini dibebani masalah berikutan ketiadaan penumpang sebaik operasi bas panorama bermula bulan lalu.

Katanya, laluan yang ditetapkan bagi setiap kereta sewa hanya dibenarkan mengambil atau menurunkan penumpang di luar Bandar Melaka ternyata membebankan mereka.

Beliau berkata, laluan atau lokasi operasi kereta sewa masih tertakluk di bawah peraturan sedia ada iaitu pemandu tidak dibenarkan mengambil penumpang di mana-mana lokasi yang ditetapkan untuk teksi dan bas henti-henti.

“Kalau keadaan seperti ini kekal selamanya, maka kami tidak mempunyai peluang mendapatkan penumpang dan sekali gus menyebabkan pemandu kereta sewa terpaksa menanggung beban yang sangat serius.

“Bagaimana kami hendak membayar balik wang pinjaman kereta, menanggung keluarga dan sebagainya jika tidak ada penumpang.

“Ada di kalangan pemandu kereta sewa terpaksa meminjam wang daripada along semata-mata hendak menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

“Apa yang menyedihkan ialah apabila ada pemandu yang tidak dapat mencari penumpang sehingga dua atau tiga hari,” katanya ketika di temui, semalam.

Azmi mendakwa, peraturan yang diguna pakai pada masa ini adakalanya menyekat mata pencarian pemandu kereta sewa hinggakan mereka menderita kesempitan wang.

Sebagai contoh, pemandu teksi bermeter dari luar negeri seperti Kuala Lumpur dan Johor menghantar penumpang sehingga ke negeri ini dengan alasan membawa pelancong sedangkan peraturan menetapkan setiap teksi bermeter hanya dibenarkan bergerak sejauh 156 kilometer sahaja di kawasan bandar.

“Dalam kejadian terbaru, ada di antara pemandu kereta sewa dikenakan saman oleh penguat kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) apabila mereka memasuki laluan yang digunakan oleh Bas Panorama.

“Kami memang menyokong apa jua usaha yang dilakukan kerajaan negeri untuk kemajuan tetapi malangnya nasib kami seolah-olah dihimpit oleh kemajuan itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu memandang serius masalah yang mereka hadapi kini dan jika boleh sediakan beberapa lokasi tambahan supaya kereta sewa dapat beroperasi dengan selesa.

Harian MeTROK


KERAJAAN ISLAM HADHARI MELAKA HINA NELAYAN


Kerajaan Islam Hadhari Melaka pimpinan Ibnu Rustum menghina nelayan Pantai Klebang dan Pokok Mangga apabila memberikan pampasan yang langsung tidak munasabah dengan akal yang waras. Mereka terasa dihina dengan serendah-rendahnya apabila pampasan yang diberikan berjumlah RM45-RM360 sahaja. Sebahagian dari mereka hanya menerima RM45 suatu nilai yang cukup menghinakan mereka.

Nelayan tradisional yang menjalankan kegiatan melanggai dan menyungkur di Pantai Klebang itu hilang mata pencarian apabila kawasan itu ditambak dan kerajaan negeri bersetuju untuk membayar pampasan kepada mereka.

Sebahagian daripada nelayan yang menerima pampasan itu, membabitkan warga emas yang sudah menjalankan kegiatan berkenaan lebih 30 tahun lalu.

Pemberian yang dikatakan sebagai pampasan pendahuluan itu tidak sama nilainya apabila ada di antara nelayan berkenaan menerima pampasan antara RM45 hingga RM360.

Malahan, ada yang pernah menerima pampasan menerusi kehilangan mata pencarian di tempat lain turut menerimanya untuk kali kedua.

Nelayan yang kecewa dengan nilai pampasan yang diberikan itu bertindak memulangkan semula cek berkenaan.

Pengerusi Bertindak Membantu Nelayan Klebang Besar, Klebang Kecil dan Pokok Mangga, Mohd Yusof Hassan, berkata walaupun menerusi pampasan yang diterima itu dikatakan pampasan awal tetapi mengapa nilainya berbeza.

Nelayan itu juga mendakwa mereka tidak diberitahu bila baki pampasan selanjutnya akan diterima.

Sepatutnya, mereka (nelayan) diberi pampasan yang setimpal dan pihak kerajaan negeri atau agensi terbabit perlu membuat penilaian secara khusus berapa jumlah yang sepatut diterima.

Seramai tujuh daripada penerima pampasan itu adalah mereka yang sudah meninggal dunia.

“Semua nelayan terbabit hilang mata pencarian dan terpaksa mencari kerja lain untuk menampung kehidupan mereka, adakah patut mereka menerima cek bernilai RM45 dengan bayaran diberikan untuk akaun penerimanya.

“Sedangkan jumlah itu tidak mencukupi untuk mereka membuka akaun baru bagi mendapat pampasan itu,” katanya selepas Majlis Perjumpaan dan Penyerahan Cek Pendahuluan Projek Tambak Laut Nelayan di Klebang Besar, Klebang Kecil dan Pokok Mangga, kelmarin.

Penyerahan pampasan itu disempurnakan Exco Pertanian dan Pembangunan Desa Negeri, Datuk Md Yunos Husin.

Mohd Yusof berkata, mereka menerima jemputan menerima pampasan secara mengejut pada tengah hari Jumaat lalu bagi menghadiri majlis pada pagi Sabtu lalu.


LAJNAH EKONOMI PAS KAWASAN ANJURKAN PROJEK MLM HPA



Lajnah Ekonomi PAS Kawasan Bukit Katil yang diterajui oleh Tuan Haji Ab Rahhim Idris mengorak langkah mengasaskan perniagaan MLM HPA bagi menambahkan dana PAS Kawasan. Dana ini akan digunakan untuk menampung program-program PAS Kawasan yang sedang dan akan dijalankan.

"Insya Allah lajnah akan digerakkan lebih aktif bagi mencapai objektif yang sama-sama kita targetkan" jelas salah seorang AJK Lajnah Ekonomi kawasan yang tidak mahu namanya disiarkan.

Program pertama Lajnah Ekonomi PAS Kawasan iaitu Taklimat projek MLM HPA yang diadakan Sabtu lalu telah mendapat sambutan yang baik dimana lebih dari 20 orang agen HPA telah didaftarkan dibawah naungan PAS Kawasan.

"Jika sekiranya semua ahli komited menggunakan barangan HPA seperti Kopi Radix, ubat-ubatan tradisional, sabun dan sebagainya, sudah tentu PAS Kawasan akan mendapat dana seperti yang kita 'target'kan" ujar AJK Lajnah Ekonomi tersebut.

Beliau juga menyeru seluruh ahli PAS di Kawasan Bukit Katil supaya mendaftar menjadi ahli HPA sambil menggunakan barangan harian HPA bagi menjana pendapatan sampingan disamping membantu menambah dana PAS Kawasan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Tuan Haji Ab Rahhim (016-6609767) atau Tuan Haji Abdullah Ahmad (013-6305129).

Turut hadir pada taklimat tersebut ialah YDP Kawasan, Haji Bakrin Sidek; YDP Kawasan Kota Melaka, Ustaz Kamaruzaman Abd Rahim;TYDP Kawasan, Hj Salim Tahir dan beberapa orang lagi AJK PAS Kawasan, pimpinan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Kawasan.


UMNO TERUS PUTAR BELIT FAKTA. UMNO BARU UJUD HANYA 10 TAHUN LALU



Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menyampaikan amanat kepada kira-kira 5,000 ahli parti pada majlis Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-61, Jumaat ini. Itulah berita yang disiarkan oleh Utusan Meloya hari ini. Sedangkan hakikatnya Umno (Baru) yang masih hidup sekarang hanyalah berumur 10 tahun kerana Umno sebenar sudah 'mangkat' pada tahun 1987.

Umno dan media 'pembodek' mereka terus menyembunyikan fakta sebenar dari diketahui oleh generasi baru. Mereka begitu takut untuk menceritakan fakta sebenar. Inilah sebenarnya kerja Umno dan pemimpin Islam Hadhari yang kerja mereka ialah memutarkan fakta hatta fakta sejarah pun mereka mahu padamkan.

Sebab itulah sejarah perjuangan kemerdekaan yang turut sama diperjuangkan oleh bekas-bekas pemimpin PAS turut dipadamkan oleh tangan-tangan 'kejam' dan tidak beretika ini. Nama bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim juga turut menjadi mangsa apabila banyak jasa beliau kepada negara tidak diiktiraf dan dilenyapkan tanpa nesan.


SELAMAT PENGANTIN BARU RAJA DR NAZRIN



Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah yang akan melangsungkan perkahwinan pada 17 Mei ini di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Iskandariah, Raja Datuk Seri Mansur Raja Razman berkata, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah telah berkenan menyempurnakan istiadat perisytiharan lantikan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan dan penganugerahan Darjah Kerabat kepada isteri Raja Nazrin di Istana Iskandariah pada 18 Mei.

Tahniah kepada Raja Nazrin, penantian hamba rakyat untuk melihat bakal Permaisuri Raja Perak ini akhirnya dimakbulkan oleh Allah S.W.T.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59