Friday, 4 May 2007

KES ZAKARIA MAT DEROS : CERITA HINDUSTAN BERULANG KEMBALI


Dua kertas siasatan Zakaria ditutup


Walaupun jelas di depan mata Zakaria mempunyai istana yang tidak setaraf dengan pendapatannya dan juga beliau jelas melanggar peraturan dengan membuat rumah tanpa kebenaran majlis tempatan serta bermacam-macam lagi kesalahan, BELIAU TETAP DIDAPATI TIDAK BERSALAH. Ini terbukti apabila 2 dari tuduhan yang dikenakan kepada beliau ditutup.

INI BETUL-BETUL MACAM CERITA HINDUSTAN SEBAGAIMANA KES KHIR TOYO, RAFIDAH DAN SAMY VELLU. JADI ORANG BESAR INI SEBENARNYA MEMPUNYAI IMUNITI UNTUK MELAKUKAN APA SAHAJA DI ZAMAN ISLAM HADHARI PAK LAH BADAWI INI.

Media hari ini melaporkan bahawa dua daripada tiga kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros ditutup kerana didapati tiada kes.

Bagi satu lagi kertas siasatan, Pejabat Peguam Negara mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Selangor membuat siasatan lanjut berhubung beberapa perkara yang membabitkan pemimpin itu.

Pengarah BPR Selangor, Mohd. Jamidan Abdullah berkata, ketiga-tiga kertas siasatan berkenaan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara baru-baru ini dan dikembalikan semula kepada pihaknya untuk siasatan lanjut.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran ketiga-tiga kertas siasatan tersebut.

“Dua kertas siasatan ditutup dan satu lagi diarahkan oleh Pejabat Peguam Negara untuk kita membuat siasatan lanjut. Tapi kita tidak boleh dedahkanlah kes-kes berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian Kem Jatidiri Bina Negara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Selangor oleh Timbalan Ketua Pengarah II BPR, Datuk Zakaria Jaffar di Perbadanan Produktiviti Negara (NPC) di sini hari ini.

Mohd. Jamidan diminta mengulas perkembangan siasatan terhadap Zakaria berhubung dakwaan salah guna kuasa, antaranya membabitkan pembinaan banglo mewahnya di Kampung Idaman, Pelabuhan Klang yang tidak mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Klang (MPK).

Laporan akhbar pada 18 April lalu mendedahkan BPR Selangor telah mengemukakan tiga kertas siasatan berasingan terhadap wakil rakyat itu kepada bahagian pendakwaan untuk diteliti dan sedang menunggu arahan selanjutnya berhubung kes itu.

Selepas menerima desakan pelbagai pihak supaya beliau mengundurkan diri daripada menjadi ahli Majlis MPK, Zakaria yang lebih dikenali sebagai ‘Abang Z’ akhirnya akur dengan menolak daripada dicalonkan bagi jawatan itu.

Sementara itu, Mohd. Jamidan berkata, sehingga April lalu, pihaknya berjaya membuat 29 tangkapan berhubung kegiatan rasuah di Selangor dengan membabitkan 19 pegawai kerajaan dan 10 orang awam.

Katanya, penyaluran maklumat mengenai kegiatan rasuah juga semakin meningkat di Selangor dan dalam tempoh beberapa bulan lalu sebanyak 247 maklumat diterima berbanding lebih 100 maklumat sepanjang tahun lalu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59