Thursday, 3 May 2007

SAMBUTAN 1 MEI 2007:DATARAN BANDARAYA JOHOR BARU BERGEMA DENGAN TUNTUTAN PEKERJA



1hb Mei ,Kuala Lumpur senyap sunyi akan tetapi di Dataran Bandaraya , di Johor Baru bergema laungan slogan pekerja kerana Sambutan Mei 1, buat kali pertamanya diadakan di negeri Johor. Tahun ini merupakan tahun ke -14 Sambutan Mei 1 dianjurkan oleh Jawatankuasa penganjur Mei 1. Sambutan tahun ini dianjurkan bersama oleh JERIT, SUARAM, Parti Sosialis Malaysia , DEMA, PAS, PRM , DAP, RAKAN, kumppulan Pelajar dari UTM dan ramai kumpulan lagi.

Hujan lebat pada awal pagi reda dan memberi laluan kepada sambutan hari bersejarah ini diadakan.Lebih kurang jam 9 pagi, semua bas dari Selangor tiba di tempat sambutan Mei 1, Dataran Bandaraya JB lebih awal daripada waktu sambutan iaitu 10 pagi. Ini menambahkan semangat penganjur tempatan apabila melihat banjiran kelas pekerja dari semua sektor di sana. Sebelum pukul 10 pagi, bas- bas dari Perak tiba di tempat sambutan bersejarah ini. Lebih kurang 600 orang membanjiri kawasan Dataran Bandaraya. Kerisauan dapat dilihat di muka pegawai Majlis Bandaraya Johor Bahru apabila mereka mula tercari-cari siapakah penganjur untuk hari bersejarah ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis Saudara Nazman, Saudara Letchumanan dan Saudara Nyam. Program diteruskan dengan bacaan puisi yang bertajuk Mei 1, oleh Saudara Giman dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) . Suasana bertambah semangat lagi apabila wakil pekerja ladang, Sdra Velayudham menegaskan bahawa pekerja ladang telah menyumbang ke arah pembangunan negara tetapi mereka masih hidup tertindas sehingga kini. Setelah 2 lagi ucapan dari wakil petani dan peneroka dari Johor, upacara pelancaran tema dan logo dijalankan.

Pelancaran tema dan logo hari bersejarah ini dilakukan oleh Gabungan Anak Muda dan Pelajar(GAMP) dengan sketsa yang berlandaskan tema tahun ini “50 Tahun Merdeka, Pekerja Masih Dijajah”. Sketsa ini menggambarkan keadaan pekerja sebelum merdeka dan selepas merdeka. Lakonan menggambarkan bahawa keadaan pekerja sekarang serupa seperti sebelum zaman merdeka, di mana eksploitasi terhadap pekerja berleluasa dan ini diakhiri dengan para pekerja menumbangkan golongan kapitalis yang menindas mereka.

Program diteruskan dengan ucapan daripada wakil peneroka Kampung Berembang. En Anizan yang berkongsi pengalaman perjuangan mereka di Kampung Berembang dan juga menegaskan bahawa peneroka bandar mempunyai hak dan tidak boleh diusir mengikut suka hati pihak pemerintah. Wakil anak muda dan pelajar, Sdra Amin Yusof pula menyeru golongan mahasiswa untuk sentiasa bersama masyarakat dalam memperjuangkan keadilan dan hak asasi mereka.

Tidak harus dilupakan, 8 jam kerja sehari yang dinikmati sekarang adalah hasil tumpahan darah perjuangan kelas pekerja pada tahun 1880-an di Amerika yang membawa kepada pengikitirafan 1 Mei sebagai hari pekerja. Sejarah perjuangan hari keramat ini dilakonkan oleh rakan- rakan aktivis dari Community Development Centre (CDC). Setelah beberapa lagi ucapan wakil pekerja, persembahan anak- anak Kg. Berembang menghiasi suasana dengan nyayian yang menceritakan perjuangan hak asasi mereka untuk rumah!

Sambutan Mei 1 2007 di Johor diakhiri dengan pembacaan deklarasi tuntutan pekerja dan nyanyian lagu Internasional. Deklarasi Mei 1 2007, disokong oleh 94 organisasi, satu jumlah yang tinggi kalau dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Semasa pembacaan deklarasi Mei 1 2007, ramai yang hadir mara ke hadapan bersama- sama kain rentang yang membawa tuntutan mereka. 13 tuntutan pekerja sempena Hari Pekerja 2007 dibacakan dengan kuat dan penuh semangat. Akhirnya, lagu Internasional iaitu lagu perjuangan pekerja bergema di Dataran Bandaraya JB dengan kibaran tangan perjuangan, tidak lupa juga laungan “Hidup Pekerja”, “Hidup Perjuangan” dalam tiga bahasa

1 Mei akan sentiasa mengingatkan kelas pemerintah akan kekuatan dan semangat kelas pekerja di seluruh dunia yang telah berjaya mengalahkan kapitalis untuk mendapatkan hak mereka. Semangat dan solidariti pekerja pada Mei 1 1886 harus terus bara di jiwa setiap pekerja untuk menuntut hak mereka kerana penindasan terhadap pekerja terus berlaku sehingga hari ini.

50 Tahun Merdeka; PEKERJA MASIH DIJAJAH!
Kita tiada apa untuk dihilangkan, hanya rantai penindasan sahaja!
Kita ada seluruh dunia untuk dimenangi
HIDUP PEKERJA! HIDUP PERJUANGAN!


Oleh : Thevarajan, JERIT (Jaringan Rakyat Tertindas) dari Blog Ronnies Liu


Orang Islam murtad hilang hak keistimewaan Melayu, kata Dr M



Orang Melayu yang mahu meninggal agama Islam mesti bersedia melepaskan hak-hak keistimewaan yang dinikmati oleh bangsa tersebut, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jelasnya, ini kerana perlembagaan negara telah menetapkan bahawa Islam adalah antara ciri-ciri seorang Melayu.

“Jika mereka meninggal Islam, maka mereka bukan orang Melayu,,” katanya ketika diminta mengulas kes-kes orang Melayu yang telah atau mahu meninggalkan agama Islam.

Katanya, jika mereka berbuat demikian, secara rasminya mereka bukan lagi seorang Melayu.

“Orang Melayu di negara ini menikmati keistimewaan-keistimewaan tertentu, jadi mereka (yang meninggalkan Islam) tidak lagi berhak mendapat hak dan keistimewaan (dalam perlembagaan yang melibatkan orang Melayu),” katanya.

“Jika anda mahu meninggalkan Islam, maka anda juga mesti bersedia untuk melepaskan (hak-hak berkaitan dengan) definisi seorang Melayu. Anda mesti kata ‘saya bukan orang Melayu’,” katanya.

Dr Mahathir yang juga pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menegaskan demikian dalam temubual dengan malaysiakini di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya baru-baru ini.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan definisi orang Melayu adalah seseorang yang bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan mengamalkan ajaran agama Islam.

Dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan, “Melayu” ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu dan lahir, sebelum Hari Merdeka (31 Ogos 1957), di Persekutuan atau di Singapura, atau ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka itu, ia adalah berdomisil (bermastautin) di Persekutuan atau di Singapura; dan ia adalah keturunan seseorang yang tersebut.

Malaysiakini


MATA DAN TELINGA SUDAH BUTA DAN PEKAK



Oleh kerana mata dan telinga pemimpin dan pengikut Umno/BN Islam Hadhari sudah buta dan pekak mereka sudah tidak tahu menilai siapa yang ganas dan siapa yang mengikut undang-undang sebenarnya.

Walaupun petugas-petugas BA dipukul dengan teruk sehingga masuk hospital, tetapi mereka tetap menuduh petugas BA yang ganas dan tidak mengikut undang-undang. Ini ditambah lagi dengan sikap tidak professional Polis yang jelas memihak kepada Umno/BN sehingga laporan Polis yang kita buat tidak disiasat secara adil dan professional.

Insiden membaling botol dan kayu pada hari penamaan calon juga jelas dimulakan oleh Khairy (kepala gangster) tetapi pemimpin dan ahli Umno/BN menutup mata sahaja malah media jelas memutarbelitkan berita dengan menyatakan petugas BA yang bertindak dahulu.

Maka tidak hairanlah apabila Setiausaha Politik Perdana Menteri, OsmanG Desa menyarankan agar Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibubarkan dan orang Melayu yang menganggotai parti itu kembali ke pangkuan Umno dengan alasan pendekatan kempen PKR secara ganas dalam pilihanraya kecil Ijok ditolak rakyat.

Beliau membuat saranan itu selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan Umno Bahagian Sekijang di Muar, Johor, demikian menurut laporan Bernama.

Katanya, kempen secara ganas bukan sahaja bercanggah dengan ajaran Islam, malah bertentangan dengan budaya orang Melayu.

Inilah sikap pemimpin Islam Hadhari yang seolah-olah 'disita' oleh Allah hati dan perasaan mereka untuk menerima kebenaran. Malah mentaliti Imam Al Hadhari Al Badawi juga sama sahaja seperti JKKK kampung.


BONGKAR PRK IJOK : BN BELI UNDI


Proses pengundian sepatutnya dikawal ketat manakala undi adalah rahsia, tetapi satu sumber mendedahkan bahawa pilihanraya kecil Ijok telah dicemari dengan perbuatan membeli undi dan penyelewengan yang lain.

Sumber tersebut yang merupakan seorang petugas rasmi di sebuah pusat pengundian di Ijok berkata, semua pegawai, ejen undi dan pemerhati diwajibkan menandatangani borang menyimpan rahsia proses pengundian.

“Tetapi tidak seorang pun yang benar-benar mematuhinya,” kata pegawai tersebut kepada malaysiakini, tetapi tidak mahu namanya disebut.

Beliau kemudian menceritakan mengenai seorang pengundi wanita yang meminta wang daripada pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang bertanggungjawab menjaga pusat pengundian tersebut).

“Saya masih ingat namanya dan dia berusia 27 tahun. Dia seorang wanita Melayu yang kelihatan agak gempal dan berpakaian seperti baju aerobik.

“Selepas mengundi, dia menunjukkan sepucuk surat kepada pegawai berkenaan dan bertanya: ‘Mana duit untuk tambang?’ dan dia kemudiannya ke bawa ke bilik lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, wanita tersebut kelihatan lebih tua daripada umur dalam kad pengenalannya.

Seorang petugas lain sempat mengambil gambar perempuan tersebut dan kenderaannya selepas menerima maklumat dari petugas di dalam.

Minta duit dari PKR juga

Ketua Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Faisal Mustaffa yang ditugaskan di pusat pengundian tersebut berkata, perempuan tersebut termasuk dalam senarai pengundi yang ‘diragui’.

“Senarai tersebut mempunyai kira-kira 30 nama pengundi yang mempunyai alamat tidak lengkap dan tidak dikenali oleh penduduk tempatan.

“Namanya berada dalam senarai tersebut dan kemunculannya disahkan oleh kami,” katanya.

Katanya, beliau kemudiannya menerima SMS yang menyatakan nama dan nombor kad pengenalan wanita itu yang meminta bayaran kerana mendakwa dia telah mengundi calon PKR.

SMS itu berbunyi ‘(...) bertanya diminta nak ambil duit tambang. Dia ada borang tuntutan dengan namanya dan sepucuk surat dari Umno...”

Faisal berkata, beliau amat meragui tujuannya dan tidak membalas SMS tersebut.

“Saya tidak menjawabnya dan saya tidak kenal siapa dia. Dia kemudiannya menghantar SMS kedua meminta saya supaya jangan mengedarkan SMS pertamanya tadi,” katanya.

Calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban menewaskan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan majoriti 1,850 undi dalam pilihanraya kecil Ijok Sabtu lalu yang didakwa berlakku penyelewengan dan wujudnya pengundi hantu.

Malaysiakini


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59