Thursday, 26 April 2007

CALON BN BERSIFAT 'GANGSTER'. LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAPNYA




Seorang wartawan telah membuat laporan polis terhadap calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban berhubung satu kejadian yang berlaku lebih setahun yang lalu.

Dalam laporannya semalam, M Yohalinggam, 39, mendakwa, dalam kejadian tersebut, Parthiban pernah mengugut untuk ‘menghabiskan kariernya sebagai seorang wartawan’

Dalam laporannya – yang dibuat di balai polis Kuala Selangor – Yohalinggam berkata, dia bimbangkan nyawanya dan anggota keluargannya mungkin dalam bahaya sewaktu pilihanraya kecil Ijok, yang pengundiannya akan diadakan Sabtu ini.

Pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Parthiban, 38, yang juga setiausaha MIC Tanjung Karang, dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim, 61.

“Saya sering terserempak dengan Parthiban dan anggota MIC yang lain di kawasan Batang Berjuntai dan Ijok. Saya bimbang sesuatu akan berlaku terhadap diri saya ekoran ugutan yang dibuat Parthiban terhadap saya tahun lalu,” kata Yohalinggam kepada malaysiakini.

Bagaimanapun, pihak Parthiban menyifatkan laporan polis itu dibuat bertujuan untuk mencemarkan nama baik calon BN tersebut.

“Insiden berlaku pada bulan Mac 2006. Mengapa tunggu hingga sekarang baru hendak membangkitkan semula perkara itu,” tanya seorang pembantu Parthiban ketika dihubungi hari ini.

“Lagi pula ianya adalah perkara kecil sahaja. Saya tidak fikir Parthiban benar-benar bermaksud untuk berbuat apa-apa terhadap wartawan tersebut,” tambahnya.

Parthiban tidak dapat mengulas mengenai perkara tersebut kerana sedang sibuk berkempen.

Masalah elektrik

Bagaimanapun, Yohalinggam berkata, kebimbangannya itu memang berasas.

“Laporan polis yang saya buat semalam adalah yang kedua mengenai insiden tersebut. Sebelum ini saya pernah membuat laporan sejurus selepas insiden itu berlaku,” katanya.

Dalam laporan pertamanya yang dibuat di balai polis yang sama pada 26 Mac 2006, Yogalinggam berkata, Parthiban telah mendekatinya pada hari berkenaan (26 Mac) untuk memberi amaran kepadanya berhubung satu artikel tulisannya.

“Saya telah menulis mengenai masalah bekalan elektrik yang dihadapi oleh penduduk Bukit Bukit Belimbing, Kuala Selangor serta meminta Majlis Daerah Kuala Selangor untuk berbuat sesuatu mengenainya,” katanya.

“Beliau tidak senang dengan laporan tesebut dan memberi amaran kepada saya supaya jangan menulis lagi artikel seumpama itu. Dalam nada suara mengungut, dia juga memberitahu saya yang dia mahu melihat sejauhmana karier saya sebagai wartawan,” tambah Yohalinggam.

Pada masa itu, Parthiban adalah ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan masih menjadi pengerusi cawangan MIC Bukit Belimbing. Ketika Yohalinggam menulis untuk akhbar harian Tamil Kural. Beliau kini bertugas dengan Malaysia Nanban.

Bimbang taktik kasar BN

Apabila ditanya tentang masa dia membuat laporan keduanya itu, Yohalinggam berkata, ia ekoran semakin meningkatkan taktik kasar yang digunakan oleh petugas BN dalam pilihanraya kecil Ijok sekarang.

“Kita dapat lihat mereka mengganggu dan dalam kes-kes tertentu, memukul mereka yang menentang calon mereka. Saya bimbang, memandangkan saya tinggal di kawasan ini dan membuat liputan mengenai pilihanraya kecil ini, saya juga mungkin menjadi sasaran kerana insiden tahun lalu itu membabitkan Parthiban,” katanya.

Dalam laporan terbarunya, Yohalinggam berkata, beliau bimbang sekiranya Parthiban memenangi pilihanraya tersebut, dia mungkin terus berdendam terhadapnya.

“Saya tidak puashati dengan cara laporan pertama saya disiasat. Saya mahu siasatan dijalankan terhadap aduan saya sebelum hari pengundian,” katanya semalam.

Ketika dihubungi, seorang pegawai polis di balai Kuala Selangor berkata, perkara itu dalam siasatan dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

Malaysiakini


TANGKAP PENGUNDI HANTU : ARAHAN PIMPINAN PKR


Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah mengarahkan jentera pilihanrayanya di semua peringkat supaya bersedia untuk membuat tangkapan awam bagi membanteras kegiatan pengundi hantu pada hari pengundian pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok Sabtu ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua, tindakan itu penting bagi memastikan pengundi hantu ini tidak mempengaruhi keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Katanya, jentera pilihanraya PKR di semua peringkat bersedia untuk melakukan tangkapan awam jika melihat atau bertemu dengan orang yang memiliki Kad Pengenalan milik individu lain, memungut Kad Pengenalan milik orang lain dan menawarkan wang untuk mendapatkan Kad Pengenalan orang lain.

Selain itu, katanya, sebagai langkah tambahan, PKR juga akan meletakkan beberapa petugas khas bersama kamera video di semua tempat pembuangan undi bagi merakam semua aktiviti proses pembuangan undi.

“Ini bagi memastikan kita dapat mengumpul bukti terhadap mereka yang cuba mengundi bagi pihak orang lain pada hari berkenaan,” katanya.

PKR mendahului?

Pilihanraya kecil Ijok menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan calon Barisan Nasional (BN), K Parthiban.

Kerusi itu kosong ekoran kematian menyandangkan Datuk K Sivalingam pada 4 April lalu.

Menurut Tian Chua lagi, berdasarkan culaan-culaan terakhir, PKR setakat ini telah mendahului BN.

“Berdasarkan maklumat yang diperolehi, BN sedang mempersiapkan pengundi hantu untuk dibawa masuk bagi memastikan PKR kalah.

“Kami tidak yakin dengan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana kami telah mengenalpasti sekurang kurangnya 1,187 nama pengundi yang tidak wujud dalam DUN Ijok dalam daftar pemilih tersebut,” katanya.

Malaysiakini


TERSALAH CETAK LAMBANG PKR : SPR SENGAJA ATAU TERSILAP? PENGERUSI SPR MESTI LETAK JAWATAN



KUALA SELANGOR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah melakukan kesilapan mencetak logo parti itu pada Borang 8 Notis Pilihan Raya bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Naib Presidennya Azmin Ali berkata kesilapan itu adalah logo PKR yang berbentuk dua bulan sabit telah dicetak menjadi bentuk bulat sepenuhnya.

Azmin berkata warna putih pada bentuk bulan sabit tersebut juga telah ditukar kepada hitam.

Katanya kesalahan tersebut disedari setelah notis tersebut ditampal di sekitar kawasan itu sebagai pemberitahuan mengenai pengundian pada Sabtu ini.

"Kita minta SPR untuk segera membetulkan kesalahan ini kerana ini akan menyebabkan pengundi menjadi keliru," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PKR di sini hari ini.

Katanya ini bukan kali pertama PKR menyertai pilihan raya dan kesilapan tersebut tidak sepatutnya berlaku.

"Pada hari penamaan calon, PKR telah menyertakan contoh logo PKR yang akan digunakan pada pilihan raya kecil ini dalam watikah calon dan surat kebenaran menggunakan simbol parti, jadi kesilapan ini tidak sepatutnya berlaku," katanya.

Azmin berkata pihaknya telahpun mengemukakan aduan bertulis kepada SPR semalam memintanya mengambil tindakan sewajarnya.

SUNGGUH MENGHAIRANKAN BAGAIMANA SEBUAH INSTITUSI YANG BERPENGALAMAN LUAS DAN DIDAKWA SANGAT ADIL DAN TRANSPAREN BOLEH TERSILAP MENCETAK LOGO PARTI YANG BERTANDING. SENGAJA ATAU TERSILAP.

SEJAK-SEJAK AKHIR INI KEWIBAWAAN SPR SEMAKIN TERUK DAN MENDUKACITAKAN INI SEMUA ADALAH GARA-GARA SPR YANG JELAS BERPIHAK DAN TIDAK ADIL.

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENDESAK PENGERUSI SPR DAN SETIAUSAHA SPR MELETAKKAN JAWATAN SERTA MERTA


TAHNIAH KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGUNG



Hari ini ialah hari Pertabalan Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Al-Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia yang ke 13.

Patik mewakili seluruh warga DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MELAKA menjunjung kasih dan tahniah ke bawah Duli sempena pertabalan Tuanku sebagai Yang diPertuan Agong yang telah menjalankan tugas sebagai ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 yang lalu.

Di harap Malaysia akan bertambah maju dan makmur. Patik juga memohon agar Tuanku dapat memimpin Malaysia menjadi negara demokrasi tulen tanpa mengamalkan diskriminasi kepada semua rakyat.


SUATU HARI NANTI RAKYAT AKAN DOAKAN ADUN MATI CEPAT UNTUK DAPAT PEMBANGUNAN



Kematian untuk sebuah pembangunan

Sepanjang penulis membuat liputan di Ijok, penulis dapat melihat beberapa kawasan yang dahulunya tidak pernah diambil kira oleh pemerintah untuk dibangunkan,. tetapi kini kawasan-kawasan tersebut mula menerima rahmat pilihan raya kecil Dun Ijok.

Wang sejumlah RM36 juta yang diumumkan untuk membangunkan Ijok oleh BN sememangnya rahmat kepada penduduk Ijok bagaimanapun jika memegang kepada kata-kata Pengerusi Impak, Haji Mahfuz Omar dalam satu kenyataannya, bahawa pembangunan melimpah akan disalurkan kerajaan ke mana-mana kawasan jika adanya pilihan raya kecil.

Beliau bimbang jika inilah kaedah yang boleh membantu rakyat untuk mendapat pembangunan, tidak mustahil satu hari nanti rakyat akan terus menunggu dan mendoakan Adun mereka meninggal dunia demi untuk mendapatkan pembangunan.

Lebih parah lagi jika kempen BN dengan menggunakan peruntukan pembangunan ini menjadi 'trend' Mahfuz berkata, mungkin suatu hari nanti ada pihak yang sanggup membunuh Adun demi kerana inginkan pembangunan.

Mahfuz bagaimanapun tidak mahu keadaan yang dibayangkan itu menjadi kenyataan satu hari nanti kerana jika demikian, sudah pasti akan wujud satu hari nanti keadaan dimana pemimpin politik tidak mahu lagi bertanding pilihan raya kerana takutkan adanya unsur khianat oleh pihak tertentu.

Petikan berita dari Harakahdaily di atas jelas membuktikan bahawa wakil rakyat yang mati lebih baik dari yang hidup kerana dengan kematian wakil rakyatlah sesuatu DUN itu akan mendapat peruntukan pembangunan yang melimpah ruah. Masjid dan surau lama dibaiki atau di buat yang baru; jalan buruk dibaiki; rumah bocor ditukar atap; bantuan datang secepat kilat dan bermacam-macam lagi nikmat pembangunan akan datang.

Kalau wakil rakyat masih hidup amat susah untuk mendapat peruntukan membaiki jalan, membaiki surau dan sebagainya.

KESIMPULANNYA WAKIL RAKYAT MATI LEBIH BAIK DARI WAKIL RAKYAT HIDUP. MUNGKIN SUATU HARI NANTI AKAN ADA RAKYAT YANG BERDOA SUPAYA WAKIL RAKYAT MATI ATAU YANG LEBIH PARAH LAGI AKAN ADA INDIVIDU YANG SANGGUP MEMBUNUH WAKIL RAKYAT UNTUK MENDAPAT PEMBANGUNAN.


PRK IJOK : HERO TAMIL TERUS MERAPU



Ibarat hero Tamil, calon BN Parthiban terus merapu apabila berkata beliau tidak mempunyai masa untuk berdebat. Kenyataan ini cukup menghairankan kerana untuk berdebat bukan memakan masa yang lama mungkin 1 -2 jam sahaja. (Kalau takut katakan takut - sebab cakap Bahasa Melayu pun tunggang terbalik macamana nak berdebat. Debat dalam Bahasa Inggeris pun tak apa kalau mahu. Cuma jangan Bahasa Tamil je, sudah tentu Tan Sri Khalid tak pandai nak berbahasa Tamil.)

Parthiban juga sekali lagi merapu apabila berkata ‘‘Tidak kira masyarakat Melayu, Cina atau India, setiap kali saya berkempen dari rumah ke rumah mereka menerima saya dan peluk saya dengan wajah ceria,’’ katanya dipetik dari laporan Utusan Malaysia hari ini. (Takkan semua orang peluk engkau hei Tambi, berpeluh-peluh takkan nak peluk, lainlah kalau engkau tu Ulama' mungkinlah orang cium tangan dan peluk, kalau setakat cikgu 'pencen' jangan haraplah. Kalau nak merapu pun biarkan logik sikit. Wanita takkan semua peluk engkau. Heroin filem Tamil di Ijok mungkin peluk engkau kot)


SEORANG RAKYAT MALAYSIA BERHUTANG SEBANYAK RM9,300



Seorang bayi yang lahir pada saat ini akan menanggung RM9,300 hutang negara. Inilah kejayaan kerajaan Islam Hadhari Lah Badawi iaitu kerajaan yang penuh dengan hutang dan menuju papa. Inilah yang dikatakan pandai memerintah.

Lah Badawi berkata, kerajaan mempunyai hutang dalam dan luar negara berjumlah RM242.2 bilion atau 44.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir tahun lalu berbanding RM228.7 bilion atau 46.2 peratus pada 2005.

Imam Al Hadhari itu berkata, daripada jumlah itu, RM217.2 bilion atau 89.7 peratus merupakan hutang dalam negara manakala RM25 bilion atau 10.3 peratus lagi adalah hutang luar negara. (Negara dah nak bangkrap kalau macam ini)

‘‘Sumber hutang dari dalam negara diperoleh daripada institusi kewangan, syarikat insurans dan institusi keselamatan sosial manakala hutang luar negara pula diperoleh daripada pasaran modal antarabangsa dan pengeluaran pinjaman projek daripada institusi multilateral dan bilateral,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat semalam.

PENGUNDI IJOK PERLU RENUNG DAN FIKIRKAN HAL INI. KITA SEKARANG INI SEBENARNYA DIPERINTAH OLEH KERAJAAN YANG LEMAH, BODOH DAN TIDAK PANDAI MEMERINTAH. SILA PASTIKAN BA MENANG DI IJOK UNTUK MENGAJAR KERAJAAN ISLAM HADHARI SUPAYA BERBELANJA DENGAN BERHEMAH, TIDAK MEMBAZIR DAN TIDAK MENGAMALKAN RASUAH. YANG LEBIH PENTING LAGI JANGAN URUSKAN DUIT NEGARA MACAM DUIT MAK BAPAK MEREKA.


PIHAK KAMI MENDAPAT BANYAK ADUAN TENTANG 'PENIPUAN' DALAM DAFTAR PEMILIH IJOK


PIHAK KAMI MENGUCAP JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA KEPADA PENGADU DAN PEMANGGIL YANG MEMBERIKAN FEEDBACK TENTANG 'KEDURJANAAN' SPR DAN JENTERA BN YANG MEMANIPULASIKAN DAFTAR PEMILIH DAN MENGGUNAKAN KEKERASAN DALAM KEMPEN PILIHANRAYA KECIL IJOK. PIHAK AMAT MENGALU-ALUKANNYA DAN AKAN MENYIARKAN SEGALA ADUAN TUAN-TUAN DI LAMAN INI SEBAGAI PERINGATAN KEPADA JENTERA BA DI IJOK KHASNYA DAN JUGA RAKYAT MALAYSIA AMNYA.

TERIMA KASIH.


PRK IJOK : MEDIA DURJANA BN CUBA LAGAKAN PAS DAN PKR



Tidak cukup dengan senjata keganasan, serangan melalui stesyen media elektronik dan lain-lain, BN melalui surat khabar durjananya cuba melaga-lagakan PAS dan PKR dengan berita-berita yang boleh merenggangkan hubungan kedua-dua parti dalam BA tersebut.

Semalam The Star edisi Melayu online menyiarkan berita kononnya Presiden PAS merendah-rendah keupayaan dan gerakerja jentera PKR di Ijok dengan melaporkan bahawa Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkata jentera PKR lemah berbanding jentera BN di Ijok.

Inilah cara dan kaedah licik dan jahat yang dilakukan oleh BN guna untuk memecah-belahkan perpaduan dalam BA untuk meraih simpati rakyat.

Berikut disiarkan berita fitnah dan jahat tersebut.

Tajuk Berita - Hadi: Jentera PKR lemah di Ijok, tidak macam BN

KUALA SELANGOR: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui Parti Keadilan Rakyat (PKR) sukar untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Ijok, yang pengundian akan berlangsung Sabtu ini.

Menurutnya Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan untuk mengekalkan kerusi DUN Ijok berbanding dengan PKR, walaupun PKR mendapat sedikit sebanyak sokongan daripada pengundi Cina dan India.

Beliau berkata BN yang disokong jentera pilihan raya yang lengkap dan meluas mempunyai banyak kelebihan, dan menurutnya pada pilihan raya kecil ini parti pembangkang sudah menduga akan menghadapi banyak rintangan.

"Sepanjang kempen (pilihan raya), pembangkang bukannya menghadapi sebuah parti politik, sebaliknya ia seolah-olah berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan," katanya kepada Bernama di sini.

Pilihan raya kecil DUN Ijok diadakan berikutan kematian penyandang dari BN Datuk K. Sivalingam pada 4 April lepas. Pada pilihan raya umum 2004 BN menang dengan kelebihan 1,649 undi mengalahkan calon PKR dan bebas.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN K. Parthiban, 38, seorang guru, bertarung satu lawan satu menentang calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 61, seorang korporat.

Ditanya mengenai kempen parti pembangkang yang banyak menyentuh isu nasional dan bukannya isu yang menyelubungi penduduk Ijok, Abdul Hadi berkata kempen isu nasional lebih berkesan kerana ramai kalangan rakyat tidak mendapat maklumat mengenai pelbagai perkembangan semasa.

Berhubung tahap kerjasama PAS dan PKR bagi mencapai matlamat politik masing-masing, Abdul Hadi berkata kedua-dua parti menjalin hubungan erat dan menghadapi pilihan raya kecil Ijok sebagai "satu latihan" bagi menghadapi tugas lebih besar iaitu pilihan raya umum akan datang.

Beliau turut menyifatkan PAS dan PKR mempunyai hubungan paling kukuh pada masa ini, apabila jentera dan penyokong masing-masing sentiasa saling membantu di Ijok.

"Saya melihat keakraban mereka sehingga ada anggota-anggota parti PAS yang memakai logo PKR dan mengusung bendera PKR," katanya.

Beliau berkata di Ijok juga PAS dan DAP mempunyai persefahaman, iaitu PAS bertumpu kepada kawasan majoriti didiami kaum Melayu, manakala DAP di kawasan berpenghuni Cina.


PRK IJOK : UNTUK MENANG PKR RERLU ATASI BILANGAN PENGUNDI HANTU YANG RAMAI


Untuk menang di Ijok, Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu mengatasi majoriti Barisan Nasional sebanyak 1,649 undi pada Pilihanraya Umum 2004 dan berharap sokongan pengundi Melayu dan Cina boleh membawa kelebihan kepadanya. 80%-90% Pengundi India dijangka memberikan undi kepada Parthiban.

Di atas kertas, PKR memerlukan kira-kira 500 hingga 600 undi lagi untuk menang.

Bagaimanapun "keyakinan" PKR itu dinyatakan sebelum timbul isu kehilangan beberapa ratus pengundi daripada senarai pemilih, selain dakwaan kewujudan pengundi luar daerah yang tidak dikenali.(Satu taktik kotor yang sering menjadi senjata BN dengan bantuan SPR, JPN dan lain-lain makhluk yang durjana)


Maka untuk menang PKR mesti berusaha lebih gigih untuk 'menimbus' bilangan 'pengundi hantu' yang mungkin mencecah ribuan orang.

Menurut seorang pengamat politik, berdasarkan semangat kempen di Ijok saat ini, pengundi-pengundi Melayu dan Cina kali ini lebih selesa memilih calon parti tersebut Tan Sri Khalid Ibrahim berbanding calon Barisan Nasional, K. Parthiban.

Daripada 12,272 orang di Ijok, 51.8 % terdiri daripada pemilih Melayu, 27.7% India dan 20.6% Cina.

"Pengundi Melayu mungkin beralih untuk menyokong calon PKR, begitu juga pengundi Cina. Tetapi lebih ramai pengundi India dijangka akan menyokong calon BN," katanya, sambil menambah pekerja-pekerja kempen PKR menjadikan pilihan raya kecil itu untuk menjelaskan isu-isu nasional yang selama ini kurang tersebar seperti komisen hasil pembelian senjata dan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Isu-isu di sebalik pemberian komisen dalam kontrak pembelian pesawat Sukhoi dan kapal selam Scorpene tidak dilaporkan di media perdana, jadi PKR boleh menjelaskannya di kempen-kempen di peringkat bawah."

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang melawat Ijok semalam, berkata walaupun PKR boleh meraih undi simpati daripada pemilih Cina dan juga India, tetapi seperti biasa BN sentiasa mendahului pembangkang dalam pilihan raya kecil kerana penyelewengan dan penggunaan jentera kerajaan secara tidak bermaruah dan menyalahi undang-undang.

"Sepanjang kempen (pilihan raya), pembangkang bukannya menghadapi sebuah parti politik, sebaliknya ia seolah-olah berhadapan dengan seluruh jentera kerajaan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Pengamat politik itu, yang enggan dikenali, berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulas isu rasuah membayangkan reaksinya, sebagai ketua kempen BN di Ijok, terhadap isu-isu rasuah yang dibangkitkan oleh PKR.

Seorang lagi pengamat politik, yang bertugas memantau pilihan raya kecil itu, pula berkata kehadiran anggota keselamatan yang terlalu ramai untuk mengawal penjalanan pilihan raya kecil itu mungkin membawa kesan negatif kepada pengundi.

"Kehadiran polis yang terlalu ramai akan menimbulkan ketakutan di kalangan pengundi untuk menjalankan tanggungjawab mereka, seolah-olah berlaku perang saudara di sini sekarang," katanya, sambil menambah kehadiran polis secara besar-besaran boleh mengurangkan peratus keluar mengundi.

Ini juga mungkin menjadi taktik BN untuk menakut-nakutkan pengundi supaya pengundi tidak keluar mengundi seperti yang pernah mereka lakukan pada pilihanraya kecil Bukit Payong di Terengganu tahun 90-an dahulu.


KEGANASAN TERUS MENJADI SENJATA JENTERA BN



Mungkin mereka tidak dapat menyaingi hujah dan isu yang dibawa oleh BA maka jentera BN Islam Hadhari menggunakan senjata kekerasan dan keganasan untuk melemahkan dan menggagalkan kempen BA.

Semalam sekali calon dan beberapa orang penggerak jentera BA diperlakukan sedemikian rupa oleh penyokong-penyokong BN yang ganas dan bengis. Malaysiakini melaporkan bahawa sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai oleh calonnya Tan Sri Khalid Ibrahim diserang oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali ketika mereka mengadakan kempen dari rumah ke rumah di Ladang Coalfield, dekat Ijok petang tadi.

Bagaimanapun, Khalid (foto) tidak cedera kerana sempat dibawa pergi dari tempat kejadian.

Ketua PKR bahagian Klang, P Krishnasamy, 46, bagaimanapun cedera dibelasah kumpulan lelaki berkenaan.

Menurut Krishnasamy, Khalid dan kumpulan penyokong PKR itu mengadakan kempen dari rumah ke rumah apabila kira-kira 10 lelaki muncul dan mengarah mereka meninggalkan kawasan perumahan di ladang tesebut.

Kumpulan lelaki itu kemudiannya dikatakan bertindak membelasah para enyokong PKR itu. Krishnasamy mengenal pasti salah seorang penyerangnya sebagai Balakrishnan.

“Mereka memukul saya, mengoyak baju saya dan memecahkan kaca mata saya,” katanya.

“Saya terus memberitahu penyokong PKR itu supaya membawa Tan Sri (Khalid) pergi dari situ,” tambahnya.

Krishnasamy, yang mengetuai pusat operasi PKR di Tuan Mee, dan tiga orang lagi tidak dapat pergi dari situ apabila pintu masuk ke ladang tersebut telah dikunci.

“Kami masih berada di sini dan kami masih menunggu untuk dibawa keluar dari sini supaya kami dapat membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi malaysiakini kira-kira sejam lalu.

Bagaimanapun, difahamkan kira-kira jam 7.40 malam, mereka berada di balai polis Ijok untuk membuat aduan.

Ketika dihubungi, Khalid berkata, kejadian tersebut berlaku selepas beliau berkempen ke 20 rumah di situ.

Bukan pertama kali

“Kumpulan itu kelihatan marah dan berkata mereka akan menutup pintu masuk ke estet tersebut dan mengarahkan keluar dari situ.

“Pada pandangan Krishnasamy, kami patut selesaikan terlebih dahulu kempen dari rumah ke rumah di situ dan kemudiannya baru beredar, tetapi mereka mula mengganggu kami,” katanya.

Ini bukanlah kali pertama taktik gangguan seumpama itu digunakan ketika Khalid berkempen.

Minggu lalu, kira-kira 20 orang, termasuk mereka yang memakai uniform Pemuda Barisan Nasional (BN), didakwa cuba menggangu Khalid dan dua jurugambar sambilan, termasuk blogger Jeff Ooi.

Perayu undi PKR terpaksa minta bantuan polis

Kumpulan perayu undi dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) terpaksa memanggil bantuan polis sebelum dapat berkempen di Ladang Coalfield, Ijok Ahad lalu.

Salah seorang anggota kumpulan tersebut, R Viriya berkata, beliau bersama kira-kira 20 perayu undi PKR berbangsa India, pergi ke ladang tersebut untuk menjalankan kempen dari rumah ke rumah sekitar jam 4 petang.

Bagaimanapun, beliau mendakwa, berpuluh-puluh penyokong MIC menghalang mereka daripada memasuki kawasan ladang atas alasan ‘ia kawasan MIC’.

“Kami yang ketakutan menelefon polis yang tiba kemudiannya dan meminta kedua-dua pihak bertenang dan memberi kerjasama membenarkan perayu undi PKR masuk ke kawasan ladang.

“Penyokong MIC berkeras tidak membenarkan perayu undi PKR masuk, tetapi dengan campurtangan anggota polis, kami sempat pergi ke beberapa rumah peneroka,” katanya.

Bagaimanapun, Viriya mendakwa, setelah anggota polis pulang, sekali lagi penyokong MIC terbabit mengarahkan mereka keluar dari Ladang Coalfield.

Perayu undi

“Kami sekali lagi terpaksa memanggil anggota polis yang tiba kira-kira jam 7 petang dan mengiringi perayu undi PKR beredar dari ladang itu,” katanya ketika ditemui di Batang Berjuntai, semalam.

Pilihanraya Ijok yang akan diadakan Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), K Pathiban, 38, dengan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim, 61.

Pilihanraya kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk K Sivalingam 4 April lalu.

Ijok yang terletak di kawasan Parlimen Kuala Selangor, mempunyai 12,272 pemilih, termasuk 39 pengundi pos. Dari jumlah itu, 51.04 peratus adalah pengundi Melayu, 28.16 peratus India dan 20.59 peratus Cina

Viriya berkata, perayu undi PKR sudah beberapa kali mencuba untuk memasuki Ladang Coalfield tetapi tidak berjaya kerana dihalang oleh penyokong MIC.

Edar cadera padat

Sementara itu, Naib Ketua Angkatan Muda PKR, S Manikavasagam berkata, walaupun dihalang, pihaknya tetap berkempen di kawasan estet di Ijok.

Katanya, sambutan yang diterima setakat ini menggalakkan setelah beberapa pemimpin utama India dalam PKR turun padang menemui sendiri mereka.

“Kami membawa isu yang sangat dekat dan memerlukan perhatian pengundi kaum India seperti kemiskinan, pendidikan dan perumahan yang masih ketinggalan berbanding kaum lain.

“Kami bukan sahaja bertemu dan memberitahu mereka, tetapi turut mengedarkan cakera padat (VCD) dan risalah mengenai isu semasa supaya mereka lebih faham,” katanya.

Baru-baru ini, katanya, 3,000 VCD mengenai perobohan kuil di Selangor dan kematian seorang remaja India, G Francis Uddayappan diedarkan kepada pengundi India Ijok.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59