Wednesday, 25 April 2007

SELANGOR CATAT REKOD JENAYAH PALING TINGGI TAPI POLIS SIBUK GANGGU CERAMAH BA DI IJOK



Selangor mencatatkan rekod kejadian jenayah paling banyak sepanjang tahun lepas dan secara keseluruhannya perbuatan jenayah kekerasan dan harta benda di seluruh negara meningkat kepada 198,622 kes, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata statistik yang dikeluarkan Ibu pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan jumlah kes jenayah yang dilaporkan tahun lepas jauh meningkat berbanding 157,459 dalam tahun 2005 dan 156,455 kes pada 2004.

Tetapi malangnya Musa Hassan dan kuncu-kuncunya masih sibuk mengganggu ceramah BA di Ijok. Sepatutnya Musa Hassan mengarahkan Polis Selangor menumpukan perhatian menangani masalah jenayah bukannya mengganggu ceramah BA seperti yang mereka lakukan di Ijok sekarang.

Nampaknya Polis Malaysia sekarang seolah-olah bingung tidak tahu membezakan penjenayah dan ahli politik. Polis seolah-olah merasakan ahli politik pembangkang lebih bahaya dari penjenayah sebab itu mereka lebih bersungguh bertindak kepada pembangkang dari penjenayah. Ini semua disebabkan Polis Malaysia tidak professional dan seringkali berpihak kepada pemerintah BN.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan Alexander Nata Linggi (BN-Kapit) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Abdullah yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, berkata jenayah kekerasan tahun lepas ialah sebanyak 42,343 kes berbanding 22,133 dalam tahun 2005 manakala jenayah harta benda 156,279 kes berbanding 135,326 kes tahun 2005.

Alexander dalam soalannya meminta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan indeks jenayah selama lima tahun (dari tahun 2002 hingga 2006).

Abdullah berkata jenayah kekerasan yang dimaksudkan ialah bunuh, rogol, cabul kehormatan, samun termasuk menggunakan senjata api, pemerasan, ugut jenayah, merusuh dan mencederakan.

Beliau berkata Selangor mencatatkan jenayah kekerasan paling tinggi tahun lepas sebanyak 12,395 kes, diikuti oleh Johor (6,617) dan Kuala Lumpur (6,091).

Katanya jenayah harta benda pula terdiri daripada perbuatan curi harta benda, curi kenderaan, ragut dan pecah rumah.

Tiga negeri yang sama mencatatkan kes jenayah harta benda paling banyak iaitu Selangor 41,875, Johor (21,852) dan Kuala Lumpur (19,145).

Sementara itu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa pihak polis supaya berhenti mengganggu aktiviti parti tersebut di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok.

Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau terkejut dengan gangguan-gangguan terhadap ceramah PKR sejak beberapa hari kebelakangan ini.

"Ahli-ahli parti kami telah diancam akan ditangkap oleh polis sewaktu mengadakan ceramah.

"Tetapi apabila ahli-ahli kami diancam dicederakan oleh samseng Barisan Nasional sewaktu mengadakan kempen dari rumah ke rumah, tiada sebarang tindakan yang diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, menurut kenyataan tersebut, pengeluaran permit untuk ceramah sewaktu pilihanraya tidak pernah berdepan dengan sebarang masalah.

Polis juga, katanya, cuba menghentikan ceramah oleh Wan Azizah di Pekan Batang Berjuntai, Jalan Besar.

"Saya menggesa pihak polis supaya bersikap profesional dan tidak memihak.

"Saya bimbang tindakan ganas dan gangguan terhadap pekerja dan penyokong parti kami akan bertambah dalam tempoh beberapa hari ini,” kata Wan Azizah lagi.

Jaga kepentingan rakyat

Katanya, pihak polis sepatutnya berkhidmat menjaga kepentingan rakyat, dalam kes ini, penduduk Ijok, yang mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat.

Menurut kenyataan itu lagi, pada malam Selasa lalu, pihak polis cuba menghentikan sekurang-kurangnya empat ceramah PKR di Ijok. Pada malam Isnin, para pegawai polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengerumuni sebuah ceramah PKR dan berusaha untuk menghentikannya.

Menurutnya, alasan yang diberikan oleh pihak polis kepada peguam PKR pada malam itu ialah Umno juga menganjurkan satu majlis di Batu 4 dan di Jalan Besar di Pekan Batang Berjuntai dan jalan tersebut sempit untuk menampung orangramai.

Pihak polis juga, kata kenyataan itu lagi, berkata ceramah di Restoran Hai Ye Tian di Simpang 3 Pekan Ijok akan menyebabkan kesesakan lalulintas manakala satu lagi ceramah yang diadakan di Padang Taman Muhibah di Sungai Darah bertembung dengan majlis taklimat yang diadakan Jabatan Penerangan.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu lagi, ceramah PKR telah menarik lebih seribu orang setiap malam di banyak tempat yang diadakan, termasuk ceramah yang diganggu oleh pihak polis, tanpa menyebabkan masalah lalulintas atau mengganggu ketenteraman awam.

Malam tadi, barisan pemimpin DAP turun ke Ijok untuk membantu kempen calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim. Mereka terdiri daripada Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang; Ahli Parlimen DAP – Chong Chong Eng Fong Po Kuan, Dr Tan Seng Giaw – dan Adun DAP Sekincan, Ng Swee Lin.

Turut sama ialah Ahli Parlimen PAS, Salahudin Ayub, yang juga ketua Dewan Pemuda PAS pusat.

Petikan Mstar dan Malaysiakinis


KERAJAAN KHIR TOYO KENA SAMAN


Kepala Khir Toyo bertambah pening apabila kerajaan Islam Hadharinya disaman oleh rakyat hari ini. (Bertambah berminyaklah muka Khir Toyo yang semakin licin semenjak mendapat khidmat pakar muka.)

Malaysiakini melaporkan bahawa seramai 130 pemilik tanah lot untuk Projek Perumahan Desa Kerayong Indah di Kuala Selangor memfailkan saman terhadap kerajaan Selangor bagi menuntut gantirugi RM14 juta kerana gagal menyiapkan projek tersebut.

Saman itu difail di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh peguam mereka, Wan Shahrizal Wan Laden dan Devano Hasbi semalam.

Mereka turut menamakan Pejabat Tanah Daerah Kuala Selangor sebagai defendan kedua dan pemaju projek perumahan itu, Bumi Circle Sdn Bhd, sebagai defendan ketiga, demikian menurut laporan Bernama.

Dalam penyataan tuntutan saman itu, plaintif menuntut ketiga-tiga defendan membayar gantirugi khas sebanyak RM3.9 juta dan gantirugi am sebanyak RM10.1 juta kerana gagal menyiapkan projek perumahan itu yang sepatutnya disiapkan pada tahun 2005.

Mereka mendakwa tapak tanah dalam bentuk tanah lot bagi projek perumahan itu diberi oleh kerajaan Selangor kepada Bumi Circle yang dilantik sebagai pemaju pada tahun 1998 untuk dibangunkan sebagai rumah atau kedai.

Projek tergendala

Bagaimanapun, kata mereka, projek yang dirancang untuk dibina di tanah seluas 86 hektar itu gagal disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan walaupun wang pendahuluan sebanyak 10 peratus daripada harga rumah serta yuran guaman bagi urusan perjanjian jual beli telahpun dibuat.

Akibat daripada kegagalan pemaju menyiapkan projek itu, mereka mendakwa telah mengalami kesusahan kerana terpaksa membayar ansuran bulanan bagi pinjaman perumahan dan perlu membayar sewa rumah.

Dalam tuntutan itu, mereka turut mendakwa, kerajaan negeri dan Pejabat Tanah Kuala Selangor telah melantik pemaju lain iaitu Probil Sonati Development Sdn Bhd pada tahun 2006 bagi meneruskan projek tersebut, namun ia masih gagal disiapkan.

Projek itu kemudian disahkan oleh Bank Muamalat Malaysia Berhad sebagai projek terbengkalai pada 5 April lalu.


MATA LEBAM DI IJOK. ANGKARA BN



Tragedi mata lebam berlaku sekali lagi setelah tragedi yang sama dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara. Tetapi tragedi mata lebam kali ini tidak berlaku di dalam penjara tetapi dilakukan oleh 'pengganas' BN beberapa hari lalu.

Jurugambar bebas(gambar matanya) dicederakan oleh penyokong parti ganas 'BARISAN NAJIS' yang mendapat pengiktirafan dari Polis. Sehingga kini kita tidak tahu apa hasil siasatan Polis dan berapa orang telah ditahan atas kesalahan tersebut.

Kebiasaannya penyokong parti ganas BARISAN NAJIS ini bebas melakukan kesalahan dan mereka ini tidak akan dipersalahkan, sebaliknya penyokong parti pembangkang akan dipersalahakan. Media akan memutarkan cerita seolah-olah penyokong pembangkang yang durjana dan memulakan pergaduhan dan provokasi.

Dunia sudah terbalil akibat dari pemerintahan Islam Hadhari yang sesat dan menyesatkan.


PEJUANG RAKYAT ATAU HERO FILEM TAMIL?





PENGUNDI IJOK BUKALAH MATA KAMU AGAR DAPAT MEMILIH CALON YANG BERKALIBER DAN BERPENGALAMAN LUAS IAITU TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM. TOLAKLAH HERO 'FILEM TAMIL' PARTHIBAN UNTUK MENYEDARKAN KERAJAAN ISLAM HADHARI YANG ZALIM, BONGKAK, PENUH RASUAH DAN PENYELEWENGAN SERTA ZALIM.


SAMY 'NO VALUE' CUBA TUTUP KESALAHAN LALU



Semalam salah seorang 'pemimpin agung' kerajaan Islam Hadhari cuba menutup kesalahan lalu dari diingati oleh rakyat.

Beliau berkata "Jikalau kami mahu, kami boleh juga mengeluarkan beribu-ribu gambar berkenaan dengan pemimpin mereka. Tetapi kami tidak buat kerana apa yang berlaku masa dulu kita tidak mahu ingat (bangkitkan) lagi," katanya.

Samy 'No Value' berkata demikian akibat marahnya beliau kepada jentera BA di Ijok yang mengedarkan risalah mengenai salah laku dan penyelewengan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional.

"'Aiseh' Samy 'No Value' jangan itu macam, dulu punya salah kita mau ingat, jangan nanti kita kena tipu itu sama uuurang macam Samy 'No Value' dan Pak Lah satu kali lagi"

"Ooooooo banyak sinang mau lupa lu punya jahat aaaa, lu sudah sebat itu duit, projek banyak-banyak, lu sudah kenyang.........sekarang mau rakyat lupa itu suma...........piiiirrrraaaaaaaaaaaahhhh Samy, lu memang Samy 'No Value'"


HADIAH-HADIAH DARI 'SANTA KLAUS' KEPADA ORANG IJOK




Ehsan Malaysiakini


DAP TURUN 'ALL OUT' DI IJOK



Perpaduan di kalangan parti pembangkang nampak jelas di Ijok. BA yang terdiri dari PAS dan PKR telah mendapat kerjasama yang baik dari rakan pembangkang iaitu DAP. Ini jelas apabila DAP awal-awal lagi telah menubuhkan pasukan kempennya di Ijok dengan diketuai oleh Ronnie Liu dan lain-lain pemimpin DAP Selangor.

Pemimpin-pemimpin besar DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tan Seng Giaw, Chong Eng, Fong Po Kuan dan lain-lain semuanya turun berkempen di Ijok bagi membantu Tan Sri Khalid.

Lebih manis lagi 'feedback' dari pengundi Cina jelas menunjukkan bahawa mereka menerima calon PKR. Ini ditambah lagi dengan kerja kuat DAP, NGO, pemimpin PKR berbangsa Cina yang tidak jemu-jemu bertemu dan berkempen kepada mereka.

Syabas pembangkang.


POLIS JADI 'PASUKAN GEMPUR' BN




Malang sungguh bagi rakyat Malaysia kerana mempunyai pasukan Polis yang sanggup diperkudakan oleh parti pemerintah untuk kepentingan parti pemerintah. Polis yang sepatutnya tidak berpihak kepada mana-mana parti dan tugas utamanya menjaga keselamatan rakyat meneruskan sifat berpihaknya pada kempen pilihanraya kecil DUN Ijok sekarang.

Ceramah-ceramah BA diganggu dan diberhentikan atas pelbagai alasan manakala ceramah-ceramah BN dibiarkan tanpa gangguan. Janji Polis untuk bersifat MESRA RAKYAT hanyalah omongan kosong yang tidak berpenghujung. Hakikatnya Polis terus menjadi KUDA TUNGGANGAN parti pemerintah.

Duit rakyat yang sepatutnya digunakan oleh Polis untuk menjaga keselamatan rakyat sebaliknya 'dirompak' oleh Polis dan pemerintah untuk mengacau program-program parti pembangkang yang sah berdaftar.

INGAT WAHAI POLIS DAN KERAJAAN KAMI TIDAK AKAN REDHA WALAU SESEN PUN DUIT KAMI DIGUNAKAN UNTUK KEPENTINGAN DIRI POLIS DAN PARTI PEMERINTAH

Tidak cukup dengan pelbagai janji manis ditabur pemimpin Barisan Nasional, gumpalan jutaan wang rakyat bertaburan di merata-merata, projek menurap jalan dan parit panjang, keresahan BN semakin menyerlah apabila kempen pilihan raya yang dibenarkan selama sembilan hari juga akhirnya dicabuli untuk memastikan pembangkang khususnya KeADILan diasak hebat dan kecundang pada pusingan pertama.

Ini terbukti apabila dua insiden semalam diganggu polis di dua tempat ceramah yang berasingan.

Kejadian pertama berlaku di Restoran Hai Yee Tian, Simpang Tiga Ijok pada jam 8.30 malam, di mana pemimpin DAP, YB Tan Seng Giau (Ahli Parlimen Kepong) dan YB Chong Eng (Ahli Parlimen Bukit Mertajam) telah didatangi seorang pegawai polis yang dikenali sebagai ASP Ng meminta ceramah yang bakal diadakan di situ dibatalkan serta-merta.

"If you can show me the valid assembly permit, you can proceed, simple as that," kata ASP Ng kepada YB Tan,namun dibantah seorang peguam Latheefa Koya bahawa pihak penganjur sudah pun memohon untuk mengadakan permit pada malam itu, termasuk di enam kawasan yang berasingan.

Dalam keadaan kelam kabut, orang ramai yang hadir kira-kira 200 orang melaungkan rasa tidak puas hati atas tindakan pihak polis yang berat sebelah, sedangkan di seberang jalan, satu lagi ceramah BN yang diadakan di Restoran Cheng Sung tidak mendapat sebarang gangguan.

Ceramah yang diadakan oleh BN tersebut hanya dihadiri sekitar 50 orang walaupun jamuan makan malam tersebut telah ditaja secara percuma.

Sungguhpun begitu, YB Tan tetap meneruskan ceramahnya di hadapan orang ramai,sambil meminta pihak polis melayan semua pihak secara adil tidak kira sama ada pihak parti pemerintah mahupun parti pembangkang dan tetap berpegang kepada motto profesional polis iaitu cekap, mesra dan beramanah.

"Pisang sesikat susu sebelanga, tanda muafakat bersama-sama," dengan pepatah melayu YB Tan mencuit hati para hadirin yang majoritinya berbangsa Tiong Hua yang tekun dan bersemangat mendengar ucapan beliau.

Selang 15 minit, secara tiba-tiba pihak penganjur telah dimaklumkan bahawa permit kemudian diluluskan 'secara mudah' oleh pihak polis dan ramai yang menyifatkan usaha awal menghalang cermah tadi adalah sebagai tindakan provokasi polis serta cubaan psikologi untuk menakut-nakutkan pengundi yang hadir pada setiap ceramah pemimpin pembangkang.

Pekan Batang Berjuntai 'disergah' FRU

Sementara itu, di pekan Batang Berjuntai, satu lagi ceramah KeADILan diganggu polis dengan sebuah 'water cannon' dan lima trak FRU, bersama dengan kekuatan kira-kira 100 anggota FRU dan polis.

Keadaan itu menyebabkan jalan raya di situ menjadi sesak apabila pihak polis bertindak menyekat jalan tersebut.

Ceramah tersebut diadakan di perkarangan kedai motosikal Seng Koe Trading, berhadapan Sekolah SRJK (C) Yuk Chih.

"Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa KeADILan telah menang di Ijok. Ini adalah provokasi polis. Kita akan bersurai secara aman kerana kita rakyat yang mematuhi undang-undang," tegas Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali yang turut berucap di majlis tersebut.

Turut kelihatan bersama beliau ialah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali, Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang.

Dalam keadaan tegang itu, orang ramai yang hadir kira-kira 150 orang bersurai secara aman walaupun dengan rasa tidak puas hati dan marah atas kebiadapan pihak polis membatalkan ceramah seterusnya menyekat kempen pilihan raya parti KeADILan.

Difahamkan, polis bertindak menghentikan tiga ceramah KeADILan di Ijok malam tadi kerana mendakwa ianya diadakan tanpa kebenaran manakala, tiga lagi ceramah KeADILan, yang tidak mendapat permit polis, berjalan seperti yang dijadualkan.

Khidmat rawatan percuma BA dihalang petugas BN

Sebelum itu pada sebelah paginya, satu insiden yang tidak diingini telah berlaku ekoran bimbang dengan khidmat masyarakat yang dilakukan BA dalam kempen pilihan raya kecil Ijok, penduduk dan petugas BN di Kampung Rantau Panjang, bertindak menghalau sekumpulan doktor BA tersebut yang ingin melakukan khidmat kesihatan percuma kepada penduduk di kampung tersebut.

Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Lo' Lo' Ghazali, Dr Rainey Azmi dan beberapa doktor lain serta pembantu mereka telah dikepung dan dihalau keluar dari kampung berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Dr Lo'Lo' dan rakan-rakannya mula memasuki kampung berkenaan dan mula menyusun ubat-ubatan di salah sebuah rumah penduduk kampung berkenaan.

Bagaimanapun, tiba-tiba seorang lelaki muncul dan meminta mereka keluar dari kampung tersebut, diikuti beberapa penduduk kampung yang memakai t-shirt BN, termasuk wanita sambil melemparkan kata-kata kesat.

Tidak cukup dengan itu, mereka bertindak menendang kerusi dan meja di sekitar rumah tersebut bagi menghalau Dr Lo' Lo'. Dipercayai beberapa petugas wanita BN turut menghalau mereka.

Sehubungan itu, Dr Lo' Lo' membuat laporan polis di Balai Polis Batang Berjuntai, pada jam 1 petang, dan laporan itu diterima seorang pegawai balai tersebut, Segar a/l Retnam.

Sementara itu, Dr Lo' Lo' yang ditemui selepas itu, di Kampung Bukit Badong untuk khidmat kesihatan percuma BA, berkata tindakan itu menunjukkan sikap tidak rasional penduduk dan petugas BN.

"Kita bukan buat apa-apa. Kita cuma mahu agihkan ubat. Tepulanglah nak undi siapa. Apa yang berlaku ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati demokrasi di negara ini," tegas beliau.

Petikan dari Harakahdaily


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59