Monday, 23 April 2007

ALI RUSTAM GESA AHLI UMNO DAFTAR UNDI. PAS MELAKA BAGAIMANA?


MELAKA: Pemimpin Umno di semua peringkat di negeri ini diminta mencari dan mendaftar ahlinya ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pemilih selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata kajian mendapati hampir setiap bahagian parti di negeri ini mempunyai sekurang-kurangnya 2,000 ahli yang belum mendaftar sebagai pemilih dan amat merugikan jika ia masih berlaku serta tidak ditangani segera.

“Kepemimpinan Umno di semua peringkat akar umbi perlu proaktif berhubung perkara ini. Bagi saya, adalah tidak berfaedah jika seseorang menjadi ahli parti tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, berkata kegagalan berbuat demikian merugikan peluang rakyat untuk menentukan kerajaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Selain itu, Mohd Ali menggariskan enam faktor termasuk menguatkan jentera parti di semua kepemimpinan peringkat akar umbi bagi memastikan parti itu sentiasa berjaya dalam setiap pilihan raya dan dihormati rakyat.

“Program menghantar ahli jentera parti menghadiri kursus bagi menambah ilmu pengetahuan diharap pilihan raya umum atau kecil.

“Selain itu, tugas ahli Wanita, Putera dan Puteri menerusi petugas K10 diakui berkesan sebagai tulang belakang kekuatan parti. “Sekiranya K10 mantap, maka barulah kita yakin menguasai pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau mengaku faktor yang menyumbang kejayaan BN ialah kepemimpinan dan dasar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang idealisme serta aspirasi rakyat.


SPR BAGAI TUNGGUL KAYU TAK ADA MATA DAN TELINGA



SPR terus menjadi tunggul kayu seolah-olah tidak mempunyai mata dan telinga apabila membiarkan sahaja kerajaan BN menggunakan wang untuk merasuah pengundi di Ijok. Secara terang-terang Khir Toyo membuat kenyataan bahawa sejumlah RM36 juta diperuntukkan untuk DUN Ijok sehari dua selepas kematian K. Sivalingam, bekas YB Ijok. Namun SPR tetap membisu seribu bahasa.

Hari ini Pengerusi DAP, Lim Kit Siang mendakwa bahawa kerajaan BN membelanjakan RM100 juta untuk berkempen di Ijok termasuk peruntukan RM36 juta tersebut.

Lim dipetik dari Malaysiakini menggesa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuktikan komitmennya dalam mengadakan pilihanraya yang adil dan bersih, dengan mengambil tindakan untuk membanteras politik wang yang didakwa berleluasa dalam pilihanraya kecil Ijok, yang mencecah RM100 juta.

Dalam membuat gesaan tersebut, Ketua Pembangkang itu mempertikaikan kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman – dalam temubual dengan Mingguan Malaysia semalam – yang menafikan tanggapan umum bahawa SPR tidak adil, tidak bebas dan tidak telus dalam mengendalikan pilihanraya.

Menurut Lim, bagaimanakah SPR mendakwa ia mengendalikan pilihanraya yang adil dan telus pada masa lalu sedangkan wujud kecacatan yang tidak ditangani seperti berikut:

Parti pembangkang tidak dibenar menghantar ejen menyelia pembuangan undi pos oleh anggota polis dan pasukan keselamatan bagi memastikan ia dijalankan secara adil dan bebas.

Tidak mampu memastikan senarai pemilih yang komprehensif dan inklusif dengan peratus tertinggi pengundi yang layak, memandangkan terdapat 4.9 juta yang belum mendaftar.

Melarang liputan media yang berat sebelah, tidak jujur dan tidak benar, sama ada di media cetak, radio atau televisyen sewaktu kempen pilihanraya, seperti penyiaran kartun tidak beretika, tulisan, siaran serta iklan untuk “menakutkan” pengundi terhadap pembangkang.

Melarang amalan politik wang, bukan sahaja oleh calon-calon, tetapi itu juga oleh parti-parti politik.

Melarang penyalahgunaan sumber-sumber dan dana kerajaan sewaktu kempen pilihanraya.

Tempoh kempen pilihanraya yang singkat yang sentiasa diputuskan oleh Perdana Menteri apabila beliau membubarkan Parlimen, sedang ia merupakan hak eksklusif SPR bagi memastikan sebuah pilihanraya yang "bebas, adil dan bersih".

Penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan ‘sementara’ dengan memberi peruntukan dan membuat janji-janji pilihanraya berhubung projek-projek pembangunan, atau penyalahgunaan kuasa oleh menteri kerajaan ‘sementara’ dengan menggunakan wang rakyat untuk berkempen seperti bagi kos perjalanan serta penyalahgunaan sumber-sumber awam.


KHIR TOYO JUGA MACAM SESUMPAH



Bila jumpa Orang Hindhu Khir Toyo berlagak lebih hebat dari Sami Hindu. Bila jumpa orang Islam Khir Toyo berpura-pura lebih bijak dan pandai dari Ulama'-ulama besar. Itulah gelagat pemimpin BN/Umno yang sememangnya tidaka ada pendirian langsung. Apa yang mereka cari ialah KUASA dan HARTA itu sahaja.

Semalam Khir Toyo berkata, beliau telah memberi peruntukan kepada kuil-kuil di negeri ini yang sah bagi pembangunan dan pembesarannya. (Sami Hindu pun tak bagi peruntukan sebesar Khir Toyo untuk buat Kuil - hebat betul Khir Toyo ini).

Semalam Khir Toyo juga berkata "Saya sebagai orang Islam mesti berlaku adil kepada bukan orang Islam. Saya tidak akan usik (kuil) tapi membantu kuil yang sah agar terus dibangun dan dibesarkan.

"Saya sayangkan orang India dan membela setiap masyarakat Selangor tanpa mengira bangsa atau agama," katanya lagi.

INILAH PEMIMPIN BN/UMNO, BILA JUMPA ORANG HINDU DIA SEOLAH-OLAH LEBIH HINDU DARI ORANG HINDU. BILA JUMPA ORANG ISLAM DIA LEBIH HEBAT DARI ULAMA' BESAR.

MEMANG DASAR SESUMPAH, BERLAKON UNTUK KEPENTINGAN DIRI.


LAGI FAKTA MENGENAI DUN IJOK - 'PERFORMANCE' PKR DALAM PRU 2004







SILA KLIK ATAS RAJAH UNTUK IMEJ YANG LEBIH BESAR


CERITA TAN SRI KHALID DI SERANG......BN PARTI GANGSTER!!!!!!!!


CERITANYA BEGINI .......Apabila meninggalkan Batu 8, Kg Ijok pada pukul 3 petang, rombongan Tan Sri Khalid Ibrahim dikepung oleh ahli-ahli Pemuda Umno yang bertindak ganas dan tidak terkawal.Ketika rombongan tersebut mula bertolak, pemuda-pemuda Umno mengepung kereta dan mengacau ahli rombongan secara verbal dan fizikal, termasuk menendang kereta-kereta ahli rombongan.Selain daripada mencuba merampas kamera dua orang jurugambar yang mengiringi Tan Sri Khalid, pemuda Umno juga membaling botol-botol air mineral terhadap kereta mereka, seperti yang dilakukan pada hari percalonoan.Satu botol terkena seorang jurugambar tersebut. Akibatnya, cermin mata jurugambar tersebut pecah dan mukanya luka.Tan Sri Khalid kesal, tetapi tidak hairan langsung dengan tindakan liar ini di restoran berdekatan markas Pemuda Umno - “Kita sudah lama sedar bahawa memang begitulah perilaku Pemuda Umno - tidak berdisiplin, tidak matang, dan ganas sekali


CALON BN TAKUT BERBAHAS?



Cabaran Calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Calon BN Parthiban berbahas mengenai isu Ekonomi Masa Depan Ijok sehingga ini tidak mendapat reaksi positif Parthiban. Kita juga yakin Parthiban tidak akan menyahutnya kerana ia memang sudah menjadi lumrah bahawa pemimpin dan pengikut BN memang takut untuk berdebat atau berdialog. Itu semua adalah kerana mereka tidak mempunyai hujah dan fakta untuk berdepan dengan pembangkang.

Semalam Calon KeADILan bagi pilihan raya kecil Ijok, Tan Sri Khalid Ibrahim, mempelawa calon Barisan Nasional (BN) untuk membahaskan dalam sesi umum "Ekonomi Masa Depan Ijok."

Beliau berkata perbahasan tersebut akan memberi peluang kepada rakyat untuk mendengar pandangan daripada kedua-dua calon dan bertanya soalan secara terbuka.

"Jika Selangor merupakan negeri maju, perbahasan terbuka sepatutnya menjadi perkara biasa."

Khalid berkata demikian ketika berjumpa penganut Katolik di Gereja St. Pauls di Batang Berjuntai, di mana dia menerima sambutan hangat dari masyarakat tersebut.


SUKAN MINI PASTI KAWASAN BUKIT KATIL MERIAH





Berentap dengan hebat



Ibu bapa memberikan sokongan kepada anak masing-masing



Johan dan Naib Johan acara Bolasepak bersama Pengurus, Guru-guru dan Jurulatih masing-masing



Para peniaga sibuk melayan pelanggan di gerai.









SOLOK GAUNG, BUKIT LINTANG 23 APRIL : Sukan Mini PASTI anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil dan PASTI Kawasan telah berlangsung dengan meriah di sini semalam. Sebanyak 8 pasukan bolasepak dan 6 pasukan bolajaring yang mewakili hampir kesemua PASTI dalam kawasan Bukit Katil telah mengambil bahagian.
Pengarah Program, Jusri Jaafar berkata Sukan PASTI tahun lebih meriah dari tahun lalu kerana kehadiran ibubapa lebih ramai berbanding tahun-tahun lepas.

"Insya Allah kita akan mengadakan sukan tahunan ini dengan lebih baik tahun depan memandangkan ianya amat penting demi untuk mendekatkan PASTI dengan masyarakat serta mengeratkan silaturrahim ibubapa pelajar dengan PAS" kata Jusri yang juga Setiausaha DPP Kawasan Bukit Katil.

Dalam acara Bolasepak, PASTI Al-Kauthar dari Ayer Keroh telah menjadi johan selepas menewaskan PASTI Seri Jati dari Sg Putat dengan jaringan 1-0. Tempat ketiga disandang oleh PASTI As-Solehah dari Taman Merdeka.

Manakala acara Bolajaring dimenangi oleh PASTI Ar-Rahmah Solok Gaung dan Naib Johan dimemangi oleh PASTI Al-Ikhwan dari Melaka Baru.

Pertandingan telah diadakan di Perkarangan Maahad Ar-Rahmah Solok Gaung. Perasmian penutupnya telah disempurnakan oleh Saudara Kadir Dewa, Pengarah PASTI Melaka yang juga Timbalan Pengarah PASTI Pusat. Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil, Hj Mohd Ali Sharif; Setiausaha PAS Kawasan, Hj Salamat Aman; Timbalan Ketua DPP Kawasan, Ustaz Hj Abu Bakar Ramli, AJK PAS Kawasan dan Dewan-Dewan Pemuda dan Muslimat.


'SIGNAL' SUPAYA BA KERJA LEBIH KUAT



Bila membaca berita yang dimuatkan oleh Mstar Online 21 April lalu, tergambarlah dalam fikiran saya bahawa, BA kena bekerja dengan lebih kuat kerana peluang untuk memenangi DUN Ijok masih terbuka luas. Bayangkan kalau Timbalan Presiden MCA, Chan Kong Choy pun mengaku bahawa pengundi Cina belum membuat keputusan untuk mengundi Calon mana seperti yang dimuatkan dalam berita Mstar Online tersebut. (Saya muatkan berita itu di bawah ini).

JADI PETUGAS BA MESTI BEKERJA KUAT UNTUK MENDEKATI SEMUA PENGUNDI KERANA PELUANG SANGAT CERAH.

BERITA MSTAR ONLINE 21 APRIL

KUALA SELANGOR: Dakwaan ada segelintir pengundi Cina merajuk dan enggan lagi menyokong calon kerajaan pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok hanyalah dakyah pembangkang untuk menarik sokongan pengundi Cina terhadap mereka.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy berkata dakwaan kononnya pengundi Cina di Ijok kecewa kerana pembangunan yang dijanjikan sejak sekian lama hanya tiba bila ada pilihan raya kecil adalah tidak benar sama sekali.

"Malah MCA yakin dapat menambah jumlah undi pengundi Cina kerana ramai penduduk yang kita jumpa berpuas hati dengan apa yang dilaksanakan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas melawat bilik gerakan MCA di Kampung Baru Ijok, di sini hari ini.

Chan yang juga Menteri Pengangkutan berkata maklum balas penduduk tempatan terutama pengundi amat menggalakkan dan ramai yang berjanji untuk menyokong calon Barisan Basional (BN), K. Parthiban, 38.

"Cuma ada segelintir pengundi Cina yang memberitahu mereka masih belum membuat keputusan untuk memilih wakil rakyat mana. Sebab itu MCA akan bekerja lebih kuat untuk memastikan mesej yang betul diterima penduduk di Ijok dan mereka tidak keliru dengan dakyah pembangkang," katanya.

Chan berkata MCA akan memastikan seramai 2,530 pengundi Cina berdaftar di Ijok termasuk kira-kira 21 peratus yang berada di luar kawasan, mengundi pada 28 April ini.

Katanya setakat ini kerja kempen MCA berjalan lancar dan ditumpukan di dua kawasan iaitu Batang Berjuntai dan Ijok.

"MCA juga telah menyusun dan memulakan banyak program termasuk kempen dari rumah ke rumah," katanya.

Bagi pilihan raya kecil Ijok pada 28 April ini, Parthiban, 38, akan dicabar oleh pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, 61.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat kawasan berkenaan yang juga anggota exco kerajaan Selangor, Datuk K. Sivalingam, di Chennai, India akibat sakit jantung pada 4 April lepas.

Pada pilihan raya umum 2004, Sivalingam menang dengan majoriti 1,649 undi mengalahkan calon Keadilan Abdol Raman Moharam dan calon bebas Mohamed Shariff Nagoorkani.


PEMIMPIN SESUMPAH



Tahukah anda binatang yang bernama SESUMPAH. Sesumpah ialah binatang yang boleh bertukar rupa atau warnanya mengikut keadaan sekeliling. Dalam Wanita dan Puteri Umno ramai pemimpin mereka yang bersifat seperti sesumpah.

Kalau mereka pergi ke Kelantan dan Terengganu mereka pakai tutup kepala (tapi belum cukup tutup aurat-jambul nampak), kalau mereka pergi ke negeri lain-lain macam-macam fesyen pula mereka pakai dari stail rambut hingga ke pakaian.

Imam Hadhari, Dollah Mat Zain dan Mashitah kena ajar bab aurat kepada mereka ini.

Inilah pemimpin yang bersifat sesumpah. PEMIMPIN SEMACAM INI RAKYAT KENA TOLAK SEBAB TIDAK ADA PENDIRIAN. PENGUNDI IJOK KENA HATI-HATI BERHADAPAN DENGAN MEREKA YANG SEPERTI INI. NANTI KENA NGAP.


PAS KAWASAN BUKIT KATIL HANTAR SEKURANG-KURANGNYA 20 PETUGAS KE IJOK



PAS Kawasan Bukit Katil akan menghantar sekurang-kurangnya 20 petugas pada Pilihanraya Kecil DUN Ijok. Pasukan petugas tersebut akan diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Hj Salim Tahir. Mereka akan mula bertugas pada 27 April sehingga ke hari pengundian pada 28 April ini.

Pengarah Jentera Pilihanraya Kawasan, Hj Ali Sharif ketika ditemui di Solok Gaung semalam menyatakan bahawa petugas Kawasan Bukit Katil akan diberikan tanggungjawab untuk bertugas di Peti Undi Tuan Mee.

"Insya Allah bertugas kita akan menjalankan tugas sebagaimana yang diarahkan oleh pucuk pimpinan dan mereka sudah pasti akan dapat menambah ilmu kempen pilihnaraya sepanjang berada di sana" kata Hj Ali yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Kawasan.

Pilihanraya Kecil Ijok dijalankan berikutan kematian bekas ADUN Ijok, K.Sivalingam awal bulan lalu. Pilihanraya kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dan Calon BN Parthiban. Pengundian akan berlangsung pada 28 April ini.


NAJIB, ROSMAH PANAS TELINGA



Najib dan Rosmah panas telinga serangan Anwar dan PKR dalam kempen PRK Ijok. Najib terpaksa mengaku tidak pernah jumpa Altantuya(betul ke tu?) manakalan Rosmah terpaksa memuji Najib sebagai suami yang baik (angkat bakul sendiri-semua orang kenal siapa Najib, kisah engkau kahwin dengan Najib pun semua orang tahu la!!!!!!!).

kedua-dua suami isteri ini nampaknya mungkin tidak nyenyak tidur malam memikirkan cara untuk menangkis serangan Anwar. C4, Altantuya, komisen kapal selam dan lain-lain menjadi mimpi ngeri mereka berdua. Kasihan Najib, nak berkempen pun tak berapa seronok kat Ijok, telinga dia asyik merah je!!!!!!!!!


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59