Thursday, 19 April 2007

FAKTA-FAKTA PENTING DUN IJOK





GAMBAR-GAMBAR SUASANA HARI PENAMAAN CALON IJOK


Shamsul Iskandar, Pemangku Ketua Angkatan Muda PKR menunjukkan kayu yang dibaling oleh penyokong BN kepada penyokong BA

Naib Presiden PKR, Azmin Ali menunjukkan botol air mineral cap BN (Barisan Najis) yang dibaling kepada penyokong BA


SAH KHALID VS PARTHIBAN : AYUH SEKARANG BUKAN MASA UNTUK BEREHAT. HANYA 9 HARI UNTUK MENENTUKAN KEBENARAN


Sebentar tadi Pegawai Pengurus Pilihanraya telah mengumumkan bahawa kedua-dua Calon iaitu Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dari PKR dan Parthiban dari BN telah diterima sebagai calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Ijok.

Borang penamaan calon kedua-dua calon telah diterima dengan rasminya setelah tiada bantahan dibuat oleh kedua-dua pihak. Dengan itu sahlah mereka berdua berdepan satu lawan satu di Ijok.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Haris Kasim mengumumkan bahawa calon BN K. Parthiban dan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya dua pencalonan diterima.

Ketika membuat pengumuman mengenai pertandingan bagi pilihan raya kecil itu di pentas khas di luar Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai di sini pada pukul 11.05 pagi, Haris berkata tiada sebarang bantahan diterima terhadap pencalonan mereka dan tiada kertas pencalonan ditolak.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti dengan kedua-dua calon PKR dan BN itu diapit oleh beberapa pemimpin tertinggi parti masing-masing.

Terdahulu pada pukul 11 pagi Haris mengumumkan bahawa waktu bantahan untuk pencalonan bagi pilihan raya kecil itu ditutup.

Pengundian akan dijalankan pada 28 April nanti.

Bagi petugas BA ayuh jangan berlengah teruskan kerja kamu seperti yang dirancangkan. Jangan bertangguh yang diperuntukkan untuk berkempen hanya 9 hari sahaja. 1 saat amat berharga bagi kita.

Bagi BN sudah pasti jentera merekan terus melaksanakan kerja-kerja kotor mereka. Maka layaklah mereka diberi nama BARISAN NAJIS.


PERTANDINGAN SATU LAWAN SATU. TIADA CALON BEBAS SERAH KERTAS PENCALONAN


TERKINI : Spekulasi bahawa akan ada calon bebas bertanding di DUN Ijok akhirnya terjawab apabila tiada seorang pun calon bebas mengemukakan kertas pencalonan setelah masa untuk mengemukakan kertas pencalonan ditutup sebentar tadi.

Jadi walaupun keputusan rasmi belum diumumkan, pertandingan satu lawan satu akan berlaku pada pilihanraya kecil ini. Hanya sesuatu perkara seperti pencalonan ditolak sahaja yang memungkinkan pertandingan satu lawan satu tidak berlaku.

Calon BN Parthiban, 38 mengemukakan kertas pencalonan pada jam 9.20 pagi bersama pencadang dan penyokongnya manakala Calon PKR, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim menyerahkan kertas pencalonan pada jam 9.30 pagi. Pengumuman rasmi akan dilakukan pada jam 11.00 pagi oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya Kecil DUN Ijok.

Tan Sri Khalid, 61 diiringi oleh kira-kira 2,000 orang termasuk pemimpin-pemimpin tertinggi BA dan DAP.

Sebelum itu diluar Dewan Pusat penamaan calon berlaku sedikit kekecohan dengan kedua-dua penyokong parti saling ejek-mengejek. Botol-botol minuman juga dibaling kearah satu sama lain. Pihak berkuasa terpaksa mengasingkan kedua-dua kumpulan dalam jarak yang jauh untuk mengelakkan insiden lebih buruk.


NAJIB TIDAK BERANI MENJAWAB TUDUHAN ANWAR



Nampaknya Timbalan Perdana Menteri(TPM), Najib Tun Razak tidak berani menjawab segala tuduhan dan dakwaan Anwar sebaliknya cuba berhelah mengatakan Anwar menyerang peribadinya.

Barangkali Najib tidak sedar bahawa beliau adalah TPM, serangan peribadi tidak berbangkit kerana rakyat mahukan TPM yang bersih, telus dan bertanggungjawab. Sebab itu Anwar menggesa Najib menjawab tuduhannya dengan jujur dan bertanggungjawab demi untuk membersihkan namanya serta integritinya sebagai TPM.

Najib berkata, beliau tidak takut dikaitkan dengan kes tersebut kerana semua pihak termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lebih mengetahui keadaan sebenar.

‘‘Jangan hendak main tipu, jangan main politik kotor. Polis tahu, Peguam Negara tahu dan Perdana Menteri pun tahu,’’ katanya ketika melancarkan jentera Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di Batang Berjuntai malam tadi.

Pada 16 Oktober lalu, seorang penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan bersubahat membunuh seorang model sambilan warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 28, bersama dua anggota polis di Tingkat 10, Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara pukul 9.54 pagi dan 10.05 pagi pada 18 Oktober 2006.

Cebisan mayat Altantuya ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam, Shah Alam pada 7 November 2006.

NAMPAKNYA NAJIB CUBA BERDALIH DAN MENGALIHKAN ISU. INILAH KALI PERTAMA NAJIB MEMBERIKAN RESPON TERHADAP TUDUHAN PEMBANGKANG. NAMUN NAJIB MASIH BELUM MEMBUKA MULUT TENTANG ISU KOMISYEN PEMBELIAN SENJATA.

SEBELUM INI BELIAU SERING DIGELAR SEBAGAI LEMBU KENYANG KERANA DIAM SERIBU BAHASA DALAM KEDUA-DUA ISU IAITU ISU ALTANTUYA DAN KOMISYEN PEMBELIAN SENJATA.


PENAMAAN CALON DUN IJOK : TAKTIK KOTOR BN BERULANG DI IJOK


TERKINI - Perarakan Calon BA di Ijok cuba disekat oleh penyokong BN di mana mereka seolah-olah tidak dibenarkan memasuki pusat penamaan calon di sini. Sekali lagi penyokong-penyokong bertindak samseng sebagaimana di Machap apabila mereka membelakangkan undang-undang menyekat perarakan calon BA.

Berlaku sedikit kekecohan apabila penyokong-penyokong membantah tindakan penyokong MIC. Campurtangan pihak berkuasa bagaimanapun dapat mententeramkan keadaan.

Jumlah penyokong kedua-dua parti tidak dapat dipastikan setakat ini.

Perarakan Calon BA, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim diketuai oleh pemimpin-pemimpin PKR dan PAS seperti Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar; Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Kamarul Baharin, Mustafa Kamil Ayub, Azmin Ali dan para pimpinan daripada Angkatan Muda KeADILan.

Kedua-dua calon telah masuk ke Dewan Penamaan dan telah mengemukakan kertas pencalonan masing-masing. Setakat ini tiada maklumat samada calon bebas turut sama mengemukakan kertas pencalonan.


PRK IJOK : SEPERTI DI DUGA THIRU TAKKAN BERANI LAWAN 'SAMI' NYA SENDIRI


Kalau sebelum ini Thiru begitu lantang mengumumkan keputusannya untuk keluar MIC kerana kecewa tidak dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok, ketua bahagian MIC Kuala Selangor, S. P. Thirumoorthy, semalam beliau semakin 'lebur' apabila berkata beliau akan menyokong calon Barisan Nasional.

Perkara ini memang telah diduga kerana, sebenarnya kebanyakan pemimpin BN memang tiada prinsip. Prinsip mereka hanya wang dan nafsu tidak lebih dari itu. Maka apabila mereka 'disogokkan' dengan kebendaan mereka akan cair. Kalau mereka tidak 'cair' dengan 'sogokan' wang dan nafsu ada satu lagi cara yang berkesan iaitu ugut.

Jadi semalam Thiru dengan mudah berpatah balik menyokong 'Sami'nya dan calon BN.

Beliau berkata "Dua hari dahulu saya umumkan untuk keluar dari jawatan ketua bahagian dan parti MIC kerana tidak puas hati mengenai pemilihan calon.

"Pada hari ini saya maklumkan, saya dan penyokong saya menerima keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri," katanya pada sidang akhbarnya.

Thirumoorthy, 55, seorang guru sekolah menengah, berkata pengumumannya untuk keluar parti itu hanyalah sekadar menyuarakan niatnya dan dibuat secara lisan bukannya bertulis.

ITULAH PEMIMPIN BN SEBENARNYA. MEREKA HANYA BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN DIRI SAHAJA. BAIK UMNO, MCA, MIC DAN LAIN-LAIN SEMUANYA SAMA SAHAJA.


SUASANA MERIAH DI TEMPAT PENAMAAN CALON


Pusat Penamaan Calon di Penamaan calon iaitu di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai,
Jalan Kuala Selangor mula dipenuhi oleh kedua-dua penyokong BA dan BN. Setakat ini belum dapat dipastikan samada terdapat calon bebas mengemukakan kertas pencalonan seperti yang digembar-gemburkan oleh media.

Calon PRK, Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim diiringi oleh pemimpin-pemimpin utama kedua-dua parti PKR dan PAS serta juga beberapa orang pemimpin DAP. Manakala Calon BN, Parthiban diiringi oleh pemimpin-pemimpin BN dan penyokong-penyokongnya.

Kedua-dua bersedia untuk mengemukakan kertas pencalonan masing-masing bila-bila masa sahaja.

Berita seterusnya akan menyusul kemudian.


PRK IJOK : 'PERANG BERMULA'


'Perang' di Ijok bermula secara rasminya hari ini apabila calon-calon akan mengemukakan kertas pencalonan mereka bila-bila masa dari sekarang. Setakat kedua-dua penyokong BA dan BN berkumpul beramai-ramai untuk berarak memberikan sokongan kepada calon-calon masing-masing.

Sebagaimana biasa BN akan turun dengan bala tentera 'ahzab'nya yang sentiasa menggunakan segenap kemudahan kerajaan untuk memancing dan memperdayakan pengundi. Pemimpin-pemimpin BN umpama .Santa Klaus' akan menagihkan wang, projek dan apa sahaja yang terlintas di fikiran mereka tanpa menghiraukan adab, undang-undang serta halal haram di sisi agama.

BN juga sentiasa mendapat layanan istimewa dari SPR, PDRM, RTM dan media massa. RTM dan Media Massa lain menjadikan jentera penerangan mereka begitu ampuh. Mereka bebas menfitnah,menuduh dan mendedahkan 'keburukan' pembankang dan calonnya. RTM dan media ini menjadi 'spin doctor' bagi BN tanpa menghiraukan etika kewartawanan dan sebagainya.

SPR pula yang merupakan 'parti komponen' termuda BN sentiasa ditugaskan untuk memastikan majoriti BN meningkat dengan pelbagai cara seperti memanjangkan tempoh mengundi, 'mengekalkan' nama pengundi hantu dalam daftar pemilih, nama-nama pemilih yang sama lebih dari satu dan seribu satu macam cara penipuan dilakukan.

PDRM dan BPR pula sentiasa menerima laporan rasuah dan salah laku dari pembangkang tetapi satu pun tidak ‘lekat’ kerana pemimpin dan penyokong BN mempunyai ‘imuniti’ dan mereka seolah-olah maksum.

Namun bagi BA LAWAN TETAP LAWAN. Slogan TELANJANGI KEBOBROKAN BN DAN SPR PATUT DILAUNGKAN DENGAN LEBIH KUAT DI IJOK.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59