Wednesday, 18 April 2007

'SANTA KLAUS' BAWA RM36 JUTA PROJEK UNTUK DIAGIHKAN KEPADA PENDUDUK IJOK



Seperti juga pada pilihanraya-pilihanraya lain, 'Santa Klaus' akan turun memberikan hadiah dan habuan kepada pengundi bagi memancing undi. Pelbagai bentuk hadiah, bantuan dan projek akan diagihkan oleh 'Santa Klaus' kepada pengundi-pengundi di DUN terbabit.

Maka mana-mana pengundi yang tidak mempunyai harga diri dan maruah akan bersegera berjumpa dengan 'Santa Klaus' dan mengangakan mulut mereka luas-luas atau 'mendepangkan' tangan mereka besar-besar untuk memakan dan menelan habuan dan hadiah yang akan diberikan oleh 'Santa Klaus'. Selepas memberikan hadiah 'Santa Klaus' akan berkata "kamu sudah ambil wang, projek, habuan dari aku maka kamu kena undi BN pada hari pengundian nanti. Maka pengundi tadi mengangguk tanda setuju untuk di'jual' umpama ayam diletakkan di dalam bekas untuk dijual di pasar.

Bagi pengundi yang cerdik dan ada harga diri mereka mungkin akan mengambil pemberian 'Santa Klaus' tetapi mereka tidak akan menjual maruah mereka. Mereka tetap dengan pendirian mereka mahu menyokong parti yang baik dan berprinsip. Mereka mengambil pemberian 'Santa Klaus' kerana mereka tahu 'Santa Klaus' menggunakan duit rakyat untuk memancing undi mereka.

Menjelang hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pagi esok, 'Santa Klaus' Selangor mengumumkan peruntukan RM36 juta bagi melaksanakan pelbagai projek pembangunan untuk keperluan rakyat di kawasan tersebut dalam tempoh dua minggu ini.

Antara projek yang akan dijalankan adalah melibatkan kemudahan awam seperti membaiki, menurap dan membesarkan jalan, membina longkang dan memasang lampu di jalan utama. (INI DAH JADI PROJEK RASMI MANA-MANA 'SANTA KLAUS' DI MALAYSIA BILA BERHADAPAN DENGAN PILIHANRAYA)

"Kesemua projek-projek itu akan dimulakan segera dan kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja itu juga telah dipilih," 'titah' 'Santa Klaus' dengan megah.

'Santa Klaus' itu menegaskan dalam majlis penyerahan hadiah dan habuan serta penyerahan surat kelulusan tanah kepada penduduk beberapa kampung di DUN Ijok di Kuala Selangor hari ini.

Maka berkatalah 'Santa Klaus' bahawa projek pembangunan itu bukan disebabkan kerana pilihanraya kecil seperti yang didakwa parti pembangkang, tetapi sebaliknya telah lama dirancang kerajan negeri.

"Parti pembangkang sebenarnya sudah tiada isu di Ijok hingga menuduh kita melaksanakan projek untuk memancing undi," 'titah' 'Santa Klaus' lagi.

Gambar Hiasan: Puteri Parti Santa Klaus


NAJIB MEMANG TAK ADA MARUAH KALAU TURUN BERKEMPEN DI IJOK, SELAGI CABARAN ANWAR TIDAK DI JAWAB



Najib masih membisu seribu bahasa tentang tuduhan pengelibatan beliau dalam isu pembunuhan Altantuya dan isu komisyen pembelian senjata.

Najib sebenarnya adalah pemimpin yang tidak BERMARUAH LANGSUNG JIKA beliau turun berkempen di Ijok menentang PKR, sedangkan tuduhan Anwar terhadapnya tidak di jawab oleh Najib. Pengundi Ijok berhak bertanya kepada Najib jika Najib datang menziarahi mereka nanti. Apakah peranan Najib dalam kes Altantuya dan isu komisyen pembelian senhata tersebut.? Kalau TIDAK KATAKAN TIDAK, KALAU YA MENGAKU SAJA, TIDAK NANTI RAKYAT TERTANYA-TANYA dan BERPRASANGKA BURUK kepada Najib.

Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali membuat cabaran terbuka kepada Najib supaya membawa beliau ke mahkamah sekiranya dakwaan pembabitan Najib yang juga Menteri Pertahanan dalam skandal komisyen pembelian senjata bernilai RM920 juta tidak benar dan berunsur fitnah.

Berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri Dewan Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah, Batu 9, Kota Sarang Semut baru-baru ini, Anwar yang juga mantan Timbalan Perdana Menteri menyifatkan Najib sebagai pemimpin yang tidak mempunyai maruah kerana hanya bersikap mendiamkan diri walaupun dakwaan pembabitannya berhubung skandal itu telah diketahui dunia antarabangsa.

“Saya telah membuat kenyataan berhubung isu ini di Bloomberg, BBC, Aljazeera dan CNN. Wawancara saya dengan Aljazeera English telah ditonton oleh lebih 60 juta orang di seluruh dunia, tetapi Najib tidak mempunyai harga diri untuk menafikannya,” tegas beliau.

Menurut Anwar, Najib dengan kuasa yang dimilikinya telah melantik syarikat milik Abdul Razak Baginda, sebagai agen menguruskan pembelian kapal selam daripada Perancis dengan komisyen berjumlah RM520 juta.

Abdul Razak Baginda yang diketahui umum sebagai ketua kumpulan pemikir Najib sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah tinggi kerana didakwa bersubahat dalam kes pembunuhan model berbangsa Mongolia, Altantuya Sharibuu.

“Orang kampung nak dapat RM50 sehari pun susah, tapi pemimpin dapat RM520 juta dengan jalan mudah. Itu pun rakyat tak buat apa-apa,” katanya kesal.

Anwar turut mendedahkan pembabitan Najib dalam pelantikan syarikat bekas Menteri Penerangan, Dato’ Seri Adib Adam sebagai broker pembelian jet pejuang Sukhoi Russia yang melibatkan pembayaran komisyen berjumlah RM400 juta.

“Adakah kita boleh jamin keselamatan negara dengan pembelian senjata yang membabitkan amalan rasuah?” soal beliau.

Mantan Perdana Menteri itu juga di akhir ceramahnya menyeru rakyat supaya bangkit melakukan perubahan dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, jika pemimpin yang mengamalkan rasuah dan penyelewengan terus berkuasa, kesalahan perlu diletakkan kepada rakyat kerana enggan melakukan perubahan.


DAP AKAN TURUN BANTU PKR DI IJOK



DAP akan turun membantu PKR dalam kempen Pilihanraya Kecil DUN Ijok bermula dari hari penamaan calon sehingga selesai. Salah seorang pemimpin DAP Pusat, Ronnie Liu dalam Blognya melaporkan bahawa beliau telah dilantik sebagai Pengarah Kempen DAP bagi PRK Ijok dengan dibantu oleh 2 orang Timbalan Pengarah iaitu Peter Tan (Timbalan Pengerusi DAP Selangor) dan T Kannan.

Pengumuman perlantikan tersebut dibuat oleh Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian hari ini.

Sementara itu Timbalan Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw akan mengetuai delegasi DAP pada majlis penamaan calon esok bagi menunjukkan sokongan DAP kepada PKR esok. Selain Dr Tan pemimpin lain yang akan bersama-sama di pusat penamaan calon esok ialah Ahli Jawatankuasa Pusat, M. Kula, Lim Hock Seng, Appalasamy dan Sivanesan.

Ronnie juga mengumumkan akan sentiasa berada di Ijok untuk menguruskan kehadiran kumpulan NGO dan Kumpulan Hak Asasi yang akan turut sama membantu PKR pada pilihanraya tersebut.

Beliau dan rakan-rakannya boleh dihubungi melalui talian berikut : (Ronnie Liu 012 201 3656, Peter Tan 012 3322999, T Kannan 012 3060111)


FAKTA UNTUK PENGUNDI IJOK : KERAJAAN BN BAZIRKAN RM257.4 JUTA BAYAR PAMPASAN KPD GERBANG PERDANA



Sebanyak RM254.7 juta duit rakyat dibazirkan untuk membayar tuntutan Gerbang Perdana Sdn Bhd (GPSB) terhadap pembatalan projek pembinaan jambatan separuh bagi menggantikan Tambak Johor dalam kawasan Malaysia. (Pandai betul Imam Al Hadhari memerintah, sekali nak buat jambatan lepas tu batalkan pula, AKHIRNYA DUIT RAKYAT JADI KORBAN)

Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat bayaran tersebut secara berperingkat melibat pampasan terhadap pembatalan projek, kerja yang dilakukan sebelum pembatalan, peralatan yang telah dibeli dan bayaran untuk sub-kontraktor, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu.

"Pampasan juga dibayar terhadap masa yang telah digunakan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam.

JADI PENGUNDI IJOK JANGAN TERPESONA DENGAN JANJI DAN PUJUK RAYU GOLONGAN 'PENYANGAK BN' INI KERANA MEREKA SEBENARNYA TIDAK TAHU MENTADBIR NEGARA, YANG MEREKA TAHU IALAH MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT SAHAJA.

Gambar Hiasan Imam Al Hadhari pegang bahu Amoi


AMARAN OLEH RAKYAT MALAYSIA : NAIB CANSELOR DAN TIMBALAN NAIB CANSELOR IPTA JANGAN KAMU JADI BARUA BN SEKALI LAGI!!!!!



Sejumlah 19 TNC dan Dekan HEP (sebenarnya seluruh urusetia HEP sendiri) universiti seluruh negara kini sudah menjadi sebahagian daripada jentera kempen Umno-BN, dan ini dibuktikan dalam pilihan raya kecil Dun Machap, Melaka, bermula pada hari penamaan calon 3 April sehingga hari mengundi, Khamis 12 April nanti. Mereka bukan lagi berusaha menghalang pelajar-pelajar berkempen untuk calon pembangkang, tetapi bertindak proaktif menyokong calon BN, satu operasi yang begitu memalukan. Itulah tulisan Ahmad Lutfi dalam Harakahdaily.

Pilihanraya Kecil Machap benar-benar mendedahkan betapa rendah dan hinanya nilai TNC dan pegawai-pegawai tinggi IPTA tempatan. Mereka sanggup menjadi BARUA BN semata-mata kerana kepentingan pangkat dan periuk nasi sehingga mereka menggadaikan ilmu dan kecerdikan yang ada pada mereka. Maruah mereka-mereka ini hancur berkecai dan kemuliaan mereka tercabut oleh kerana tindakan mereka ini.

Kita lebih menyanjung tukang-tukang sapu (bukan bertujuan menghina kerja mereka)dari TNC dan Dekan-dekan ini. Sijil mereka yang berjela-jela yang sebahagian besar perbelajaran mereka dibiayai oleh duit rakyat mereka ketepikan. Otak mereka yang cerdik mereka letakkan di kepala lutut kerana mereka gagal berfikir mana yang baik mana yang buruk, mana yang betul undang-undang dan mana yang salah.

Kami rakyat Malaysia tidak redha duit kami yang kamu belanjakan ketika belajar dahulu disia-siakan dengan kamu menyalahgunakan ilmu dan kedudukan kamu untuk memenangkan kerajaan yang jelas zalim, menyeleweng dan tidak adil ini.

JANGAN KAMU JADI BARUA UMNO/BN SEKALI LAGI. KAMI RAKYAT MALAYSIA TIDAK REDHA DUIT KAMI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR ELAUN, KOS PENGANGKUTAN DAN TEMPAT TINGGAL KAMU SEMASA KEMPEN DI IJOK DAN MACHAP. MALAH KAMI JUGA TIDAK REDHA KAMU MENGGUNAKAN ILMU DAN KEDUDUKAN KAMU SEKARANG SETELAH MENDAPAT ILMU DENGAN MENGGUNAKAN DUIT KAMI KETIKA BELAJAR DAHULU.


PENGUNDI ISLAM DI IJOK RENUNGI TITAH TENGKU PUAN PAHANG



"Sebagai wanita Islam saya mempunyai hasrat untuk memakai tudung kepala, tetapi hasrat saya itu belum menjadi kenyataan daripada zaman remaja hinggalah saya berkahwin dan mempunyai anak. Bagaimanapun saya tidak berhenti berdoa kepada Allah untuk memakai tudung kerana bertudung dan menutup aurat adalah suatu yang wajib bagi seseorang wanita beragama Islam". Petikan dari Berita Harian hari ini.

Cuba pengundi-pengundi Islam di Ijok perhatikan pemimpin-pemimpin wanita Umno, isteri dan anak-anak pemimpin Umno Islam Hadhari adakah mereka taat akan perintah Allah supaya bertudung sebagaimana titah Tengku Puan Pahang di atas.

Kalau sebahagian besar pemimpin wanita,anak dan isteri pemimpin Islam Hadhari tidak menutup maka jangan haraplah mereka dapat menjaga Islam dan memerintah negara ini mengikut ajaran Islam.

Pak-pak Haji, mak-mak hajah sila nilaikan semula sokongan kita kepada BN. Jangan nanti kita di tipu oleh mereka untuk kesekian kalinya. Hanya kerana mereka bagi bantuan buat surau dan masjid, datang ziarah semasa kempen, bagi duit, bagi kain batik kita tertipu.


Gambar : Manis : Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar bersama puterinya, Tengku Afzan, 7 tahun.


SEMUANYA KERANA IJOK : 3 PEMIMPIN ISLAM HADHARI TERPAKSA BERLAKON BERBAIK-BAIK


Gara-gara terjadinya Pilihanraya Kecil Ijok, maka terpaksalah 3 orang kuat Islam Hadhari Bahagian Kuala Selangor berlakon untuk berbaik semula. Semua itu hanyalah lakonan untuk mengabui mata penyokong-penyokong mereka. Kalau Pilihanraya Kecil ini tidak berlaku jangan harap untuk mereka bersalam-salam dan 'berbaik' semula.


Semuanya gara-gara Ijok. Satu pertemuan antara Khir Toyo dengan tiga pemimpin terbabit – Ahli Parlimen Kuala Selangor, Daud Tarihep; Ketua Umno bahagian itu, Datuk Ameruddin Setro dan Timbalannya, Mohamed Sayuti Said – diadakan minggu lalu.

Ameruddin dan Mohamed Sayuti masing-masing merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Jeram dan Bukit Melawati dalam Parlimen Kuala Selangor.

Krisis antara mereka tercetus sewaktu berlakunya pertandingan jawatan peringkat bahagian Kuala Selangor pada 2004.

"Dr Mohd Khir meminta kami bertiga supaya berdamai dan melupakan sengketa lama terutama menjelang pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok 28 April ini,” kata Daud ketika ditemui malaysiakini semalam.

"Saya sedia berdamai dengan Ameruddin dan Mohamad Sayuti tetapi perlu sepanjang masa dan bukannya kerana pilihanraya kecil Ijok sahaja ," kata Daud (foto) selepas majlis pengumuman calon BN Ijok semalam. Kata-kata Daud ini jelas menunjukkan bahawa ada-ada unsur-unsur tidak baik masih membelenggu hubungan mereka bertiga. Mungkin mereka terpaksa berlakon demi untuk memenangkan BN di Ijok. Kalau tidak jangan harap mereka nak berdamai.

Sebab itu pada setiap kali Pilihanraya Kecil maka ramailah pelakon-pelakon drama yang lahir.

Ada yang tak pernah pakai tudung terpaksa berlakon pakai tudung seperti semasa kempen Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir. Ada yang jarang pakai kopiah bukan hebatnya pakai kopiah. Ada yang jarang ke surau dan masjid bukan main alim lagi duduk di saf depan semasa solat Jumaat. Ada yang tidak pernah berselut dan berlumpur terpaksa menyinsing seluar dan baju bermain lumpur. Pendekata pelbagai watak dan adengan dapat kita lihat semasa tempoh berkempen ini.


SYABAS TAN SRI KHALID. PASTIKAN BN TERSUNGKUR DI IJOK


GAMBAR PADA MAJLIS PENGUMUMAN CALON PKR MALAM TADI DI IBUPEJABAT KEADILAN BATANG BERJUNTAI.GAMBAR IHSAN AGENDADAILY


PRK IJOK : RAKYAT DIHIDANGKAN DENGAN KONSERT UNTUK LALAIKAN MEREKA



Matlamat mengHALALkan CARA. Apa sahaja tindakan dan program yang mampu membawa sokongan rakyat kepada BN akan digunakan. HALAL dan HARAM dari segi agama dan undang-undang tidak menjadi hal bagi Umno/BN. Yang penting bagi mereka ialah undi. Biar berbillion duit dibelanja pemimpin Islam Hadhari tidak kisah. Biar berbakul dosa akibat maksiat kerana percampuran lelaki dan perempuan ketika konsert tidak menggerunkan pemimpin Umno/BN. Biar beribu perlanggaran undang-undang ketika kerkempen tidak meninggalkan bekas kepada mereka kerana undang-undang negara seolah-olah seperi mak bapak mereka punya.

Itulah Islam Hadhari. Suatu ajaran yang langsung tidak mengendahkan agama dan undang-undang ciptaan mereka sendiri.


Mereka-mereka seolah-olah buta, pekak dan tuli tidak langsung menghiraukan aduan, laporan dan 'complaint' yang dibuat kepada Polis, SPR dan BPR. Lebih malang Polis, SPR dan BPR juga seolah-olah seperti mak bapak mereka punya, langsung tidak berkuku untuk mengambil tindakan.

Malam tadi strategi MATLAMAT MENGHALALKAN CARA yang biasa digunakan sekali lagi dipakai untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap majlis pengumuman Calon PKR di Batang Berjuntai. Umno dan jentera Barisan Nasional Selangor terpaksa menggunakan artis sensasi, Mawi untuk mengaburkan mata penduduk Ijok supaya tidak tertumpu kepada Barisan Alternatif (BA) dan meraikan kedatangan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi mengumumkan calon KeADILan di Pekan Batang Berjuntai malam ini.

Harakahdaily yang mendapat maklumat tersebut dari satu sumber mendakwa,Umno terpaksa memperuntukkan RM80 ribu untuk mengadakan majlis makan malam dengan jangkaan kunjungan penduduk Ijok lebih lima ribu orang.

Menurut sumber itu lagi, majlis malam dan konsert percuma pada malam tadi diadakan di padang Sekolah Rendah Bukit Badong, Batang Berjuntai.

ITULAH ISLAM HADHARI YANG DIASASKAN OLEH IMAM AL BADAWI WAL HADHARI. SEMUA BOLEH.


PAS TIDAK BOIKOT PRK IJOK



PAS tidak memboikot pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok pada 28 April ini dan akan membantu kempen calon Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sehubungan itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri akan turun padang untuk membantu calon PKR berkempen di Ijok.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, pihak akan turun berkempen membantu PKR sepanjang kempen pilihanraya kecil itu.

Malah beliau bersama Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Naib Presiden, Datuk Dr Hassan Ali telah menghadiri majlis pengumuman calon PKR di Ijok malam tadi.

Barisan Alternatif (BA)

Pada mulanya, kata beliau, kepimpinan PAS mahu berunding terlebih dahulu dengan PKR mengenai pendirian parti itu dalam pilihanraya kecil Ijok.

Bagaimanapun, katanya, sebelum sempat rundingan itu diadakan, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telahpun mengumumkan dalam satu majlis ceramah di Kedah, keputusan parti itu untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok.

PKR memilih Bendahari Agung PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai calon parti itu di Ijok. Majlis pengumuman rasmi akan dibuat oleh Anwar di Ijok malam ini.

Berikutan itu, kata Dr Hassan yang juga pesuruhjaya PAS Selangor, pihaknya akan membantu PKR dengan bersungguh-sungguh.

Katanya, ini termasuk menyediakan penceramah untuk membantu calon PKR sepanjang kempen pilihanraya kecil itu.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59