Friday, 13 April 2007

ADAKAH ARTIKEL INI BERNIAT JAHAT


Kami siarkan sebuah artikel yang dimuatkan di dalam laman web The Star versi Bahasa Melayu.

ADAKAH ARTIKEL INI BERNIAT JAHAT. MUNGKINKAH AKHBAR INTERNET THE STAR VERSI MELAYU INI CUBA MELAGA-LAGAKAN KEPIMPINAN PAS DAN MEMPORAK PERANDAKAN AHLI.

KAMI YAKIN AHLI PAS MATANG DALAM MENGHADAPI SITUASI INI LEBIH-LEBIH RAMAI MUSUH-MUSUH KITA DILUAR SANA MENANTI UNTUK MEMBAHAM KITA JIKA KITA TIDAK MATANG. DALAM APA JUGA KEADAAN KITA MESTI KEMBALI KEPADA ISLAM SEBAGAI RUJUKAN DAN SENTIASA MEMBERIKAN WALA' KEPADA PEMIMPIN


Ahli Pas risau hala tuju parti

SAYA hanyalah seorang ahli Pas sejak tahun 1993 yang tidak punya apa-apa jawatan dalam parti. Saya amat risau dengan prestasi Pas sejak Tuan Guru Abdul Hadi Awang memimpin Pas. Jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan kepimpinan Almarhum Ustaz Fadzil Noor.

Kerisauan saya bertambah setelah saya mendengar ura-ura pihak tertentu untuk mencalonkan Ustaz Harun Taib sebagai Timbalan Presiden pada pemilihan Pas tahun ini.

Saya amat bimbang dengan gabungan Hadi dan Harun ini sekiranya ianya menjadi kenyataan. Sudah pastilah bertambah keras imej Pas di mata masyarakat.

Saya yang tidak berpelajaran ini mengerti bahawa politik itu adalah persepsi. Sudahlah persepsi Pas begitu buruk sejak Ustaz Hadi memimpin Pas, ianya akan bertambah negatif dengan terbentuknya gandingan bersama Ustaz Harun Taib.

Sebagai ahli di peringkat akar umbi, saya amat berharap sekiranya Ustaz Hadi memilih untuk tidak kekal sebagai Presiden dalam pemilihan tahun ini dengan memberi laluan kepada calon Presiden yang berketrampilan sederhana dan progresif seperti Almarhum Ustaz Fadzil.

Bagi saya, Ustaz Hadi wajar meletakkan kepentingan Pas untuk diterima majoriti rakyat jauh mengatasi daripada kepentingan peribadi untuk kekal sebagai Presiden. Jika beliau mampu berbuat demikian, saya mengesyorkan supaya kepimpinan Pas memilihnya sebagai Mursyidul Am yang baru bagi menggantikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang selalu uzur.

Suatu bentuk kepimpinan yang progresif perlulah diketengahkan dalam pemilihan Pas tahun ini bagi memacu pertumbuhan drastik Pas. Ingatlah bahawa Pas adalah sebuah parti politik yang bercita-cita untuk menang pilihanraya, justeru, bergeraklah sebagai sebuah parti politik. Jika tidak, ubahlah gerak kerja Pas menjadi sebuah NGO seperti ABIM.

Abu Mujahed
Kangar, Perlis


IMAM HADHARI CUBA TUTUP KELEMAHAN ARAHKAN HENTI SUARA MASALAH DI MEDIA



Nampaknya Imam Hadhari, Pak Lah cuba menutup kelemahan jabatan kerajaan dengan mengarahkan semua Jabatan dan Agensi kerajaan yang menghadapi masalah dalaman supaya berhenti menyuarakannya di media.

"Jika mereka mempunyai masalah di kalangan mereka, saling bersemuka dan selesaikannya. Bercakap kepada media tidak akan menyelesaikan masalah itu," kata Imam Hadhari kepada pemberita selepas melancarkan Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

Media telah menyiarkan pertikaian antara Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharom dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Christopher Wan Soo Kee dan antara Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensinya Majuikan Sdn Bhd.

"Mereka patut berhenti jawab-menjawab melalui media...ia hanya akan menjadikan rakyat hilang keyakinan terhadap apa yang kita cuba lakukan," kata Abdullah.

Perdana Menteri juga berkata adalah tidak perlu bagi kerajaan untuk mengeluarkan garis panduan bagi menghentikan perbuatan menyuarakan masalah dan jawab-menjawab di media.

Perdebatan antara Johari dan Wan timbul apabila Wan menyangkal kenyataan Johari mengenai perangkaan kes jenayah di daerah Sentul yang dikatakan meningkat 90 peratus.

Sementara kemelut dalaman LKIM dan Majuikan berlaku apabila kedua-dua pihak saling membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai penipuan dan pecah amanah yang berlaku di dalam lembaga berkenaan.

NAMPAKNYA IMAM HADHARI CUBA MENUTUP KELEMAHANNYA SENDIR. JADI SELEPAS KITA MUNGKIN TIDAK AKAN MENDENGAR LAGI KENYATAAN-KENYATAAN AKHBAR YANG MENUNJUKKAN KELEMAHAN JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN. APA YANG DISIARKAN OLEH MEDIA SEMUANYA BAIK-BAIK BELAKA. JADI KEPIMPINAN IMAM AL HADHARI DILIHAT CEKAP, BERSIH DAN BERAMANAH.


KHIR TOYO PENING KEPALA



Menteri Besar Selangor Khir Toyo sekarang berhadapan dengan situasi yang sangat memeningkan kepalanya kerana masalah dalaman Umno di Kuala Selangor dan juga berhadapan dengan 'ketakutan' kepada Samy Vellu.

Umno Kuala Selangor siang-siang lagi mendesak kerusi Ijok ditandingi oleh Umno kerana wakil MIC didakwa gagal membawa sebarang perubahan kepada DUN Ijok walaupun sudah lama menjadi wakil rakyat di situ.

Umno Kuala Selangor berpecah dengan teruk sejak kekalahan Ahli Parlimen Kuala Selangor Daud Tarihep kepada Ketua Bahagian sekarang. Daud langsung tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam bahagian malah beliau terpaksa menubuhkan sekretariat Ahli Parlimen Kuala Selangor untuk menjalankan kerja-kerja parti di sana. Aktiviti sekretariat ini langsung tidak mendapat restu dari Umno Bahagian. Begitulah celarunya Umno Kuala Selangor.

Bagi MIC pula sudah pasti kerusi ini tidak akan dilepaskan begitu mudah tanpa adanya janji dan persetujuan yang lebih menguntungkan mereka pada masa depan. Jika benar kerusi ini hendak diserahkan kepada Umno sudah tentu Samy Vellu akan 'demand' untuk ianya ditukarkan dengan kerusi MIC di tempat lain dan mungkin jumlahnya lebih dari satu. Kerusi Umno mana pula yang terkorban, sama-sama kita lihat nanti pada pilihanraya umum akan datang.

Apa yang pasti pergolakan dalam Umno dan ketakutan Umno kepada MIC sudah tentu memberikan sedikit kelebihan kepada pembangkang. Untuk mengimbangi hal ini sudah pasti SANTA CLAUS akan berbelanja lebih di Ijok berbanding di Machap demi untuk memancing undi.


POLITIK SABAH BERGOLAK SEMULA - TIMBALAN KETUA MENTERI LETAK JAWATAN



Barisan Nasional semakin hari semakin bermasalah. Penyakit di Semenanjung merebak ke Malaysia Timur pula apabila hari ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Chong Kah Kiat meletakkan jawatan secara mengejut.

Beliau juga Menteri Pelancongan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Sabah mengumumkan perletakan jawatannya daripada kabinet negeri itu, di Kota Kinabalu pagi ini.

Bagaimanapun, Chong berkata, beliau kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan Tanjung Kapor.

Difahamkan beliau meletak jawatan kerana tidak lagi sehaluan dengan Ketua Menteri, Datuk Musa Aman.

Chong juga sebelum ini merupakan Ketua Menteri Sabah ke-13 pada tahun 2001 di bawah sistem penggiliran ketua menteri antara parti-parti komponen BN di Sabah.

Beliau juga merupakan bekas Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP).

Sehari dua ini politik Sabah bergolak dengan hebat apabila Ketua Menterinya Musa Aman didakwa terlibat dengan rasuah. Pelbagai laporan telah dibuat oleh pembangkang namun tindakan susulan belum kelihatan.

Gambar Malaysiakini


'SANTA CLAUS' BERPINDAH DARI MACHAP KE IJOK



Setelah Pilihanraya Kecil Machap berakhir semalam, maka 'Santa Claus' BN telah mula mengemas barang-barang dan duit-duit untuk diberikan kepada pengundi Ijok bermula dari malam tadi.

Semua orang tahu pada setiap kali Pilihanraya maka berkeliaranlah 'Santa Claus' BN di kawasan pilihanraya tersebut bagi memberikan habuan kepada pengundi sebagai umpan supaya pengundi memangkah BN pada hari pengundian.

'Santa Claus' bukannya seorang tetapi jumlahnya ratusan malah mungkin mencecah ribuan. Duit-duit yang dipunyai oleh 'Santa Claus' ini tidak pernah susut dan habis. Kita pun naik hairan dari mana 'Santa Claus' memperolehi sebanyak itu.

Malah habuan yang diberikan oleh kumpulan 'Santa Claus' ini bukan sahaja berbentuk wang malah dalam bentuk projek, harta benda, janji dan sebagainya. Pendek kata hanya emak dan bapa sahaja yang 'Santa Claus' tidak boleh beri kepada pengundi.

'Santa Claus'-'Santa Claus' ini ada yang wanita, ada yang lelaki malah ada yang pondan. Mereka tidak segan-silu mengagihkan habuan-habuan tersebut walaupun ianya jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya. Hal ini bukan kerana mereka ini maksum tiada dosa, tetapi mereka diberikan imuniti oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang telah diketahui umum sudah lama menjadi anggota komponen parti Barisan Nasional (BN).

Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Polis juga seolah-olah memejam mata apabila setiap laporan yang dibuat oleh pembangkang terhadap salah laku 'Santa Claus' ini dibakulsampahkan tanpa nesan. Ini kerana 'Santa Claus' -'Santa Claus' ini adalah terdiri dari pemimpin-pemimpin tertinggi negara, maka mereka seolah-olah tidak terikat dengan undang-undang.

Semasa kempen Pilihanraya Kecil Machap juga seperti biasa 'Santa Claus' ini menggunakan seluruh jentera kerajaan untuk memancing undi. Ada 'Santa Claus' yang mengheret Timbalan Naib Canselor Universiti-universiti Awam untuk turut berkempen. Ada 'Santa Claus' yang menggunakan Felda untuk memikat peneroka di Hutan Perca dan lain-lain. 'Santa Claus' ini memang bergeliga otak mereka dalam menggunakan wang rakyat untuk mengekalkan kuasa mereka.

Semalam DAP telah mendedahkan bagaimana pengundi-pengundi Machap telah disogokkan dengan wang RM200 seorang oleh 'Santa Claus' dibeberapa tempat di Machap. Gambar-gambar pengundi-pengundi yang menerima wang sogokan dari 'Santa Claus' ini disiarkan oleh akhbar internet Malaysiakini. Namun gambar-gambar 'Santa Claus' tidak disiarkan mungkin tidak dapat diambil agaknya. Kita yakin 'Santa Claus' ini tidak akan diambil tindakan kerana negara ini adalah negara emak bapak 'Santa Claus'. Mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka.

Kini kumpulan 'Santa Claus' sedang bergerak ke Ijok untuk mengagih-agihkan habuan kepada pengundi Ijok agar mereka mengundi BN. Ketua 'Santa Claus' yang kedua besar di negara kita sudah tentu akan sekali berkampung di Ijok sebagaimana yang dilakukannya di Machap.

JAGA-JAGA PENGUNDI IJOK JANGAN SAMPAI KAMU NANTI MASUK KE DALAM KOCEK 'SANTA CLAUS'. SEMALAM KETUA 'SANTA CLAUS' SELANGOR TELAH MELAWAT IJOK MERASMIKAN TAPAK MASJID UBUDIAH RANTAU PANJANG, IJOK. MACAM-MACAM JANJI AKAN DIBUAT NANTI OLEH 'SANTA CLAUS' INI WALAUPUN SEJAK PILIHANRAYA UMUM 2004 INILAH KALI PERTAMA BELIAU MENJEJAK KAKI KE IJOK.


SEKITAR PROSES PENGUNDIAN DI MACHAP SEMALAM


Pengundi memeriksa nama dalam Daftar Pemilih di Pondok Panas BN
Pengarah JPP DPP Pusat, Sdr Ariffin Deraman memantau perjalanan proses pengundian
Pondok panas BN dikerumuni pengundi. Namun ianya gagal meningkatkan undi BN
Puteri-puteri yang mendapat tarbiah dari Imam Al Hadhari ketika merayu undi semalam
Imam Hadhari Kedah Mahdzir Khalid tanpa segan silu bersalam dengan Puteri-puteri yang cantik molek dan segar bugar


ADA YANG TIDAK KENA PADA GAMBAR-GAMBAR INI



Dalam Islam Hadhari jelas tidak ada halal haram. Pegang bahu 'Ah Moi' comel pun HALAL, bersalam dengan minah dan bini orang pun halal semuanya boleh. Bagi mereka aurat dan bersentuh lelaki perempuan bukan muhrim tidak ada menjadi masalah.

Sebab itu Imam Hadhari selamba saja pegang bahu 'Ah Moi' comel lote. Malam tadi pun selepas pengumuman keputusan Pilihanraya Kecil Machap, orang no 3 Islam Hadhari iaitu Imam Hadhari Melaka tanpa segan silu pegang tangan Ketua Puteri Noraini Ahmad, manakala Imam Pemuda mereka Hishamuddin begitu gembiran pegang tangan 'Juhi Chawla' Shahrizat.
Gambar ini pula jelas menunjukkan kedegilan salah seorang isteri pemimpin besar Islam Hadhari disaat orang lain semua pakai tudung, lihat dalam gambar ini dia seorang saja yang 'berbogel' kepalanya.

Itulah Islam Hadhari semua boleh buat.


BN MALU BESAR DI MACHAP, MAJORITI BERKURANG UNDI DAP BERTAMBAH



ALOR GAJAH - Barisan Nasional (BN) malu besar apabila majoriti BN berkurangan dan undi DAP bertambah dalam Pilihanraya Kecil DUN Machap semalam. Walaupun BN berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap dengan majoriti 4,081 undi tetapi ianya jelas memberikan tamparan hebat kepada BN lebih-lebih seluruh jentera kerajaan, menteri-menteri berkampung di Machap tanpa menghirau halal, haram dari segi agama dan demikrasi.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, calon BN, Lai Meng Chong, 56, menewaskan calon DAP, Liou Chen Kuang, 33. Meng Chong meraih 5,533 undi sementara Chen Kuang memperoleh 1,452 undi. Pada pilihan raya umum ke-11 itu, Chen Kuang tewas dengan majoriti 4,562 undi. Beliau memperoleh 1,285 undi berbanding Ah Tiam yang mendapat 5,847 undi.


Keputusan jelas tidak disenangi oleh Perdana Menteri, Imam Al Hadhari ketika ditemubual oleh RTM dan TV3 selepas keputusan malam tadi. Beliau memberikan alasan bahawa Calon BN adalah muka baru yang tidak sama dengan bekas Mendiang Poh Ah Tiam yang sememangnya dikenali ramai.

Seramai 74.35 peratus daripada 9,623 pemilih berdaftar di kawasan DUN itu keluar mengundi mulai pukul 8 pagi hingga pukul 5 petang di lapan pusat yang menyediakan 19 saluran mengundi.

Orang paling sedih sudah tentulah orang no 2 Islam Hadhari iaitu Najib Razak yang berkampung di Machap demi untuk menaikkan nama BN. Najib jelas terpaksa berpura-pura gembira menyembunyikan kesedihannya.

Dalam tinjauan blog ini ketika proses pengundian berjalan lancar semalam, ternyata BN menggunakan seluruh jentera kerajaan. Menteri-menteri besar, menteri kabinet dan lain-lain dilihat mundar-mandir di setiap peti undi. Itupun gagal memberikan pukulan maut kepada pembangkang.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59