Wednesday, 11 April 2007

SIARAN LANGSUNG SIDANG DUN TERENGGANU


SILA KLIK 'SIARAN LANGSUNG SIDANG DUN TERENGGANU' DI RUANGAN RANGKAIAN KAMI DALAM BLOG INI UNTUK MENGIKUTI SIARAN LANGSUNG TERSEBUT BERMULA 9-12 APRIL INI.

HARAP MAKLUM


PILIHANRAYA KECIL IJOK 28 APRIL, PENAMAAN CALON 19 APRIL


Suruhanjaya Pilihanraya (SPRI) hari ini mengumumkan bahawa pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok di Selangor akan diadakan pada 28 April ini.
Manakala hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil tersebut telah ditetapkan pada 19 April ini.

Kerusi DUN berkenaan kosong berikutan kematian wakil rakyatnya dari MIC Datuk K.Sivalingam Rabu lalu di Chennai, India kerana sakit jantung.

Pilihanraya kecil dijangka bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dengan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setakat ini, Pengerusi PKR Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim disebut-sebut bakal dipilih oleh parti itu bertanding di DUN Ijok

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mengesahkan bahawa calon BN di Ijok adalah dari MIC.

Dengan itu, beliau yang juga Pengerusi Umno dan BN Selangor, menolak spekulasi bahawa BN akan meletakkan calon dari Umno bertanding di Ijok.

Calon berpotensi

Sebelum ini, Umno bahagian Kuala Selangor mendesak BN Selangor supaya meletakkan calon Umno bertanding di Ijok kerana majoriti pengundinya adalah orang Melayu.

Dilaporkan kerusi tersebut selama ini diperuntukan kepada MIC kerana kawasan pilihanraya Ijok mempunyai jumlah pengundi kaum India yang teramai di Selangor.

Bercakap selepas mempengerusikan mesyuarat BN Parlimen Kuala Selangor semalam, Mohd Khir berkata hal itu telah dipersetujui sebelum ini.

"Jika ada pertukaran kerusi dengan Umno atau parti komponen lain, ia hanya akan dilakukan setelah proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan," katanya.

Mohd Khir telah mengadakan perbincangan dengan Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan Ketua Badan Perhubungan MIC Selangor Datuk G. Palanivel semalam mengenai senarai calon berpotensi untuk pilihanraya kecil itu.

Sementara itu, antara calon berpotensi ialah Ketua Penerangan MIC M.Saravanan; ahli-ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, R S Maniam dan S Murugavellu; Ketua Bahagian MIC Kuala Selangor P Thirumoorthy; dan anggota jawatankuasa kerja pusat MIC, T Mohan dan S Murugesan.


DAKWA DAN DEDAHKAN HASIL SIASATAN TERHADAP ZULKIFLI - US BAKAR



BUKIT KATIL - Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK), Ustaz Abu Bakar Ramli(Gambar) menggesa kerajaan mendedahkan hasil siasatan Polis keatas Bekas Ketua Pengarah BPR,Zulkipli Mohd Nor yang telah siap dan akan diserahkan kepada Peguam Negara minggu ini.

DPPBK juga menggesa Peguam Negara segera mendakwa Zulkipli jika siasatan tersebut mendapati ada kes-kes yang boleh didakwa di Mahkamah.

"Kita tidak mahu kes ini ditutup dan tidak dihebahkan kepada rakyat. Malah lebih malang lagi jika kes ini tidak dibawa mahkamah jika hasil siasatan mendapati dakwaan terhadap Zulkipli adalah asasnya" tegas Ustaz Bakar.

"Jangan nanti kes ini dibakulsampahkan sepertimana kes-kes berprofail tinggi lain seperti kes Khir Toyo, Rafidah Aziz dan sebagainya" ujar Ustaz Bakar yang juga merupakan AJK PAS Kawasan Bukit Katil.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee berkata siasatan mengenai dakwaan rasuah dan salahguna kuasa terhadap bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Zulkipli Mat Noor telah selesai dan laporannya akan dihantar ke pejabat Peguam Negara sebelum akhir minggu ini.

Menurutnya lagi, keterangan daripada semua pihak telah dirakam dan pasukan khas yang menyiasat kes itu sedang menghalusi laporan tersebut.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya semalam, Wan berkata, pasukan khas polis itu yang terdiri daripada 10 pegawai daripada Bukit Aman, telah menjalankan tugas dengan baik, demikian menurut laporan Bernama.

Kini, katanya, terpulanglah kepada pejabat Peguam Negara untuk memutuskan tindakan selanjutnya.


KESIAN UMNO KUALA SELANGOR



Kasihan Umno Kuala Selangor!! Itulah ungkapan yang kita boleh ucapkan kepada Umno Kuala Selangor yang sekali lagi kempunan untuk bertanding mewakili BN pada Pilihanraya Kecil Ijok yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Blog ini awal-awal lagi memberi ingat kepada Umno Kuala Selangor supaya menyimpan hasrat mereka untuk bertanding kerana tidak mungkin Imam Al Hadhari dan Khir Toyo berani 'merampas' kerusi tersebut dari Samy Vellu (Sami yang ada value).

Keputusan muktamad akhirnya terpaksa diumumkan oleh MB Selangor yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Negeri mengesahkan bahawa kerusi DUN Ijok di Kuala Selangor tetap akan dipertahankan oleh MIC.

Beliau menyatakan ini setelah mengadakan perbincangan dengan pimpinan terteinggi MIC yang diketuai Presidennya sendiri Datuk S Samy Vellu.

Oleh itu berkecailah harapan Umno Kuala Selangor khasnya cawangan-cawangan di DUN Ijok untuk melihat anak tempatan dari kalangan mereka dijadikan calon BN untuk pilihanraya kecil DUN tersebut yang akan diisytiharkan tarikhnya oleh pihak SPR hari ini.

Tuntutan Umno Kuala Selangor ini bukan satu tuntutan baru malah ia dibuat hampir setiap kali pilihanraya sejak kerusi ini yang dahulunya dikenali DUN Assam Jawa, kemudiannya Seri Cahaya dan kini Ijok, diperuntukkan kepada rakan kongsi Umno itu iaitu MIC. Tanyalah mana-mana penduduk di DUN ini dan anda akan mendengar berbagai rungutan yang kadangkala berasas oleh kerana pengundi Melayu merupakan majoriti pengundi di kawasan yang BN tidak pernah kalah ini.

Sejak 1959 para pengundi Melayu dengan taat dan setia atas nama rakan kongsi telah memberikan undi kepada calon MIC. Malah cabaran terkuat terhadap MIC untuk kerusi ini berlaku pada tahun 1990 apabila calon Semangat 46 tewas kepada mendiang Sivalingam dengan majoriti 1,317 undi (yang paling tipis dalam sejarah di DUN berkenaan), itupun atas sokongan padu para pengudi Melayu kerana pada tahun itu pengundi Cina telah SWING sepenuhnya kepada pembangkang manakala pengundi India hampir 40% SWING kepada pembangkang kerana faktor IPF yang berada dalam pakatan bersama Semangat 46 ketika itu.

Jika tidak kerana taat setianya pengundi Melayu pada tahun 1990 itu sudah pasti kerusi tradisi BN ini sudah jatuh ke tangan pembangkang.

Tetapi pada tahun 2004 yang lalu pengundi Melayu di Ijok telah mula menzahirkan ketidakpuasan hati mereka. Mereka berharap kerusi ini akan diserahkan kepada Umno tetapi ianya tidak juga berlaku, akhirnya pada tahun itu pengundi Melayu secara terbuka telah memberikan undi protes kepada calon pembangkang. Dalam pilihanraya itu lebih kurang 8 saluran mengundi telah dimenangi oleh calon PKR di kawasan majoriti Melayu.

Pilihanraya kecil ini bagaimana? Terubatkah hati ahli-ahli dan pimpinan Umno tempatan apabila MIC enggan memenuhi tuntutan mereka sedangkan sebelum ini mereka lah yang bertungkus lumus mempertahankan parti itu disaat pengundi India beralih sokongan pada tahun 1990 dahulu.

Orang-orang Melayu termasuklah yang Umno, PAS dan lain-lain (termasuk yang tidak berparti dan pengudi pos sekalipun) perlu bijak bermain politik jika mereka kasihkan bangsa, agama dan negara. Buktikan kebijaksanaan anda itu di Ijok nanti.

BLOG INI MENYERU DAN MENGGESA KAWAN-KAWAN KITA DI IJOK SUPAYA MEMPROTES KEPUTUSAN IMAM AL HADHARI DAN KHIR TOYO INI DENGAN MENGUNDI CALON PEMBANGKANG PADA HARI PENGUNDIAN NANTI. DENGAN CARA INI SUDAH PASTI KERUSI DUN IJOK AKAN DISERAHKAN KEMBALI KEPADA UMNO KERANA MIC TIDAK MENDAPAT SOKONGAN PADA PILIHANRAYA KECIL INI. KALAU ORANG-ORANG UMNO IJOK TAK PERCAYA CUBALAH 'TRY' INSYA ALLAH ANDA AKAN DAPAT YB UMNO UNTUK KERUSI DUN IJOK SELEPAS PILIHANRAYA UMUM KE-12 NANTI.
JANGAN TAKUT UNTUK MENCUBA


SAF KEPIMPINAN BARU PAS KAWASAN AKAN DIBENTUK MALAM INI



Kepimpinan baru PAS Kawasan Bukit Katil akan mengadakan mesyuarat pertama bagi membentuk jawatankuasa baru malam ini. Mesyuarat yang akan berlangsung di Pejabat PAS Kawasan ini dijangka menyaksikan perlantikan semua jawatan-jawatan penting seperti Setiausaha, Ketua Penerangan, Bendahari dan Ketua-ketua Lajnah.

Yang Dipertua PAS Kawasan yang baru, Hj Bakrin Sidek(Gambar) ketika dihubungi semalam memberitahu bahawa beberapa orang muka baru dan lama akan dilantik sebagai AJK tambahan. Adalah dijangkakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sessi lalu, Hj Salamat Aman akan dilantik untuk menjawat jawatan yang penting bagi memantapkan lagi PAS Kawasan.

Di antara cabaran besar kepimpinan PAS Kawasan kali ini ialah mengaktifkan semula cawangan-cawangan PAS yang lemah serta persediaan untuk menghadapi pilihanraya umum kali ke-12 yang dijangka diadakan pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.


PAS KAWASAN BUKIT KATIL CADANG KONVENSYEN PERINGKAT NEGERI



BUKIT KATIL - Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sabtu meluluskan usul agar Badan Perhubungan Negeri Melaka mengadakan konvensyen PAS negeri sebagai satu platform untuk menilai dan menganalisa gerakerja PAS di semua peringkat di Negeri Melaka.

Perkara ini amat penting kerana selama ini konvensyen sebegini tidak pernah di adakan walaupun ianya dilihat mampu menghasilkan impak yang baik untuk gerakerja parti.


Semasa membentang usul yang dibawa oleh AJK PAS Kawasan, NYDP PAS Kawasan, Hj Ali Sharif(Gambar) berhujah bahawa konvensyen sebegini amat penting untuk pihak pimpinan negeri membentangkan aktiviti tahunan dan perancangan mereka untuk dibahas dan dinilai oleh ahli dan pimpinan peringkat kawasan.


"Hampir semua PAS negeri mengadakan konvensyen PAS Negeri selepas semua PAS Kawasan selesai mengadakan Mesyuarat Agung masing-masing". tegas Hj Ali.

"Jadi Mesyuarat Agung PAS Kawasan mengusulkan agar konvensyen sebegini wajib diadakan demi untuk kesinambungan perjuangan dan kelangsungan perjuangan kita", tambah Hj Ali.

Usul ini telah diterima sebulat suara oleh para perwakilan.


Mesyuarat yang berlangsung di Maahad Ar Rahmah tersebut telah dihadiri oleh lebih 100 perwakilan dan pemerhati. Ianya telah dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli(Gambar).


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59