Tuesday, 10 April 2007

IRAN JAUH LEBIH MAJU DARI MALAYSIA WALAUPUN PRESIDEN TIDAK MAHIR BERBAHASA INGGERIS


Presiden Mahmoud Ahmadinejad mengumumkan Iran telah sampai ke tahap yang membolehkan ia memajukan program nuklear – pengayaan uranium dalam skala industri seperti negara-negara Barat.

Dari berita di atas adalah jelas bahawa Iran jauh lebih maju dari Malaysia dalam segenap segi. Iran berupaya menghasilkan jet pejuang sendiri, peluru berpandu dan lain-lain. Malaysia beli pesawat pun tidak pandai apabila banyak pesawat yang dibeli adalah besi buruk.

Iran mempunyai industri pertanian yang maju dan mampu menampung bekalan makanan dalam negeri tanpa perlu mengimport dari luar. Malaysia jauh terkebelakang, jika makanan tidak diimport alamat kebulurlah rakyat Malaysia.

Dari fakta di atas jelas menunjukkan bahawa walaupun Presiden dan rakyatnya tidak mahir dan pandai menggunakan Bahasa Inggeris mereka jauh lebih maju dari Malaysia.

Pemimpin Islam Hadhari dan rakyat Malaysia yang mengagung-agungkan Bahasa Inggeris jauh ketinggalan dari Iran.

Kesimpulannya Bahasa Inggeris bukanlah faktor untuk menjadikan sesebuah negara itu maju dan berjaya. Pokok pangkalnya bergantung kepada kerajinan, kecerdikan, keberanian dan ketaqwaan kepada Allah.

SYABAS IRAN DAN AHMEDINEJAD.


BN TERUS RASUAH PENGUNDI MACHAP


MACHAP : Jentera Kempen BN dan Calon BN Lai Meng Chong terus menerus merasuah pengundi Machap dengan berjanji untuk memberi peruntukan RM6,000 hingga RM13,000 untuk lima keluarga bagi memperbaiki rumah mereka.

Ketua jentera pilihanraya MCA, Peng Fei Xun dan para pegawai khas Ketua Menteri Melaka yang hanya dikenali sebagai Mahadevan dan Shahril turut mengiringi Lai sepanjang kempennya.

Selain itu semalam Jentera Pemuda BN mengadakan Laman Selera Pemuda Barisan Nasional (BN) yang diadakan di Bilik Gerakan BN di Melaka Pindah semata-mata untuk menyogok pengundi dengan makanan yang enak-enak.

Sebelum ini Calon DAP Liou Chen Kuang membuat laporan bertulis kepada SPR mendakwa Lai telah menyalahgunakan wang kerajaan dan jentera negeri untuk partinya dan kepentingan dirinya.

Menurut Seksyen 10(a) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, adalah menjadi satu kesalahan untuk menjanjikan atau menawarkan sebarang wang atau pertimbangan berharga kepada pemilih atau pengundi.

Hukumannya termasuk penjara untuk tempoh tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

Adalah diketahui umum bahawa BN dan calonnya sentiasa menggunakan wang dan jentera kerajaan sepanjang kempen pilihanraya untuk memancing undi. Perkara ini seolah-olah tidak menjadi kesalahan di sisi SPR yang di dakwa sudah menjadi parti komponen BN.


BAPA YIN MINTA PERTOLONGAN TIMBALAN MURSYIDUL AM


KUALA LUMPUR: Setelah sembilan hari berlalu, keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, kini berusaha mendapatkan bantuan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Professor Dr Hj Haron Din.

Shamsul Ghazali Shamsudin, bapa kepada kanak-kanak yang hilang itu, berkata beliau akan menemui Dr Haron di kediamannya di Bandar Baru Bangi hari ini bagi membantu mendapatkan sebarang petunjuk untuk mengesan anaknya berusia lima tahun itu.

"Dah macam-macam usaha dibuat, mudah-mudahan dengan menemui Harun Din dan bantuannya, Allah akan memberikan petunjuk dan memudahkan jalan," katanya ketika ditemui Bernama di rumah saudaranya di Subang Jaya dekat sini hari ini.


Beliau berkata sebelum ini ramai pengamal perubatan tradisional menawarkan diri untuk membantunya namun hingga kini belum ada sebarang petunjuk yang tepat tentang kedudukan sebenar anaknya itu.

Muhammad Nazrin dilaporkan hilang lebih kurang pukul 2 petang 31 Mac lepas ketika mengikut ibu bapanya membeli-belah di Kompleks Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Shamsul berkata melalui seorang bomoh yang ditemuinya sebelum ini, dia menyatakan Yin kini bersama dengan seorang perempuan namun tidak diketahui tempatnya.

"Menurut bomoh tersebut, perempuan itu akan menghantar Yin di tempat dia hilang iaitu di Sogo dalam masa dua atau tiga hari lagi," katanya.

Bagaimanapun, dia masih ragu-ragu tentang ramalan bomoh itu.

Katanya selain usaha tersebut, pelbagai pihak juga turut membantu termasuk melakukan solat hajat termasuk majikannya, Bank Islam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ahmad Ibrahim berkata beliau telah mengarahkan semua polis daerah dan balai-balai di bawahnya melakukan rondaan dan pemantauan setiap hari bagi mengesan kanak-kanak itu.

"Selain itu kita juga turut meminta kerjasama semua kedai-kedai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit dan Jalan Raja Laut yang mempunyai kamera litar tertutup untuk diperiksa rakamannya sekiranya terdapat imej kanak-kanak menyerupai mangsa," katanya.

Mstar


UMNO TERUS LAKUKAN MAKSIAT SETELAH 50 TAHUN MEMERINTAH - TUAN IBRAHIM


DURIAN TUNGGAL - Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bahawa Umno terus melakukan maksiat setelah 50 tahun memerintah dan tidak ada tanda-tanda Umno mahu kembali kepada Islam. Sebaliknya mereka terus melakukan maksiat dan kemungkaran dengan memberikan lesen judi, arak, membiarkan perzinaan, dadah, gejala sosial terus meningkat dari masa ke se masa.

"Maka sesiapa yang bersekongkol dan mengundi mereka, orang itu turut sama berkongsi dosa Umno" tegas Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.


"Kes-kes jenayah semakin meningkat, sebagaimana laporan akhbar hari ini (semalam) yang menunjukkan bahawa kes jenayah di Kuala Lumpur meningkat 40 % dalam 3 bulan pertama tahun ini" tambah beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ceramah anjuran Majlis Tindakan DUN Durian Tunggal di Sekolah Agama Al-Munawwarah di sini malam tadi.

Beliau seterusnya menyatakan kekesalan kerana rakyat terus memberikan kepercayaan kepada Umno walaupun jelas Umno jauh menyimpang dari landasan Islam sebenar.

"Umno terus melakukan maksiat setelah 50 tahun memerintah. Berapa ramai anak luar nikah dilahirkan, berapa banyak kes zina berlaku, berapa ramai orang Islam yang murtad sepanjang 50 tahun Umno memerintah. Cukuplah, jangan dibiarkan mereka terus memerintah dan menghancurkan negara" tegas beliau lagi.

Dalam ucapannya beliau menggariskan 3 perkara yang perlu dilakukan oleh ahli-ahli dan penyokong PAS iaitu bekerja kuat untuk memenangkan Islam; menggerakkan anak-anak untuk bersama-sama dengan perjuangan dengan mendaftarkan mereka menjadi ahli; berserah kepada Allah dengan meningkatkan ketaqwaan seperti sembahyang malam dan sebagainya.

"Insya Allah dengan komitmet dan kerja kuat kita semua, Allah memberikan kemenangan kepada Islam dan kita semua di dunia dan akhirat" kata beliau mengakhiri ceramah beliau.

Ceramah tersebut yang sepatutnya di adakan di Bilik Gerakan Kg Belimbing Dalam terpaksa dipindahkan ke Sekolah Agama Al Munawwarah kerana hujan lebat yang turun awal petang semalam. Turut menyampaikan ceramah ialah Ustaz Wan Zahidi Wan Ismail Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59