Monday, 9 April 2007

民间组织趁马接补选提出诉求



今日是马六甲州马接区补选的“超级星期天”,趁着距离星期四的补选投票日期还有四天的时间,许多朝野领袖尤其是国阵的部长显要,皆现身马接拜访选民拉票。按照往常惯例,一些民间组织也趁机前往补选地区派发本身的传单,宣扬本身的议题,甚至在补选地区遇见高官显要时,趁机当面反映,以期获得关注。

近来峰头甚健的新崛起多元种族青年组织――动力青年(Youth For Change)就在今日号召了约60位年轻人及民间组织活跃人士组成“年轻人关政(关心政治)拜访团”乘坐巴士和汽车,今日一早就从吉隆坡出发,一起前往马接区走透透,拜访选民及朝野候选人。随团浩浩荡荡前往马接区拜访的人士,还包括了著名独立电影导演阿米尔,著名英文杂志《Off The Edge》编辑以及其他的媒体记者。

不过,在补选期间提出博特拉大学(博大)华文学会申请注册被拒问题的博大华文学会主席郑屺强,却惨遭两名内阁部长高等教育部长慕斯达法和人力资源部部长冯镇安的公然回避,惨吃闭门羹。而曾与白小保校工委会主席熊玉生有“喝茶之约”,以谈论重开白小议题的马青总秘书魏家祥,在马接区不期而遇熊玉生时,却以“改天先”为由敷衍。

慕斯达法当提问博华主席“透明”

郑屺强是 “年轻人关政拜访团”的参与者之一。他是在甘榜柏美的巴刹以及附近的咖啡店遇到这两位部长,就趋前提出有关博大社团注册被拒的问题,惟却完全不获理睬,一度使得现场气氛异常尴尬。

“我是因为看到慕斯达法正亲切的问候当地居民,就走向前表达我的来意。”

郑屺强表示,起初慕斯达法(左图)对他的态度还不错,只是当他问到有关“大学社团注册指南”最新的进展时,慕斯达法直接转移视线冷落郑屺强,完全不回应他的提问。

“他完全没回应我的提问,好像突然不把我当一回事,然后继续和其他居民拍照问候。”

冯镇安:我在吃饭,不要打扰

稍后,郑屺强一行人又在一间咖啡店遇到冯镇安。不甘心诉求不获正视的郑屺强再次鼓起勇气,向冯镇安提出了博大华文学会注册被拒的问题。

“但冯镇安竟以‘在吃饭’的理由拒绝和我继续谈下去,并叫我们‘不要打扰他。’”

郑屺强认为,冯镇安(右图)曾担任过马大经济系学院院长,根本不可能不知道大学生面对的问题。

“他还建议我们去找同样身处于马接的慕斯达法反映,还说‘这不关他的事’!”

郑屺强对于部长们接连逃避问题的反应深表失望,并指责敷衍失责。 “我不明白为何身为国会议员、部长、人民代议士的他们,竟然可以用这种不负责任的态度,来回应人民所面对的问题?”

熊玉生:没想到还是那句“改天先”

除了博大华文学会注册遭拒的问题被冷漠以待之外。白小保校工委会和马青总秘书魏家祥之前相约的“喝茶会谈”也没有随着双方在马接区的不期而遇,有任何突破性的进展。

白小保校工委会主席熊玉生是在去年12月,参与由一群年轻人所号召的“黄丝带—与马华领袖喝茶”的场合中,而与魏家祥(左图)邂逅,于是双方就定下了“喝茶会谈”的约定。

“所以我今天在这里(马接)见到他就问起我们的约定,没想到他还是那句‘改天先’来回应我。”

熊玉生表示本身之所以选择参与由动力青年号召的“年轻人关政拜访团”前来拜访马接,是希望透过这次的补选,能够会见一些政党领袖,来争取实现重开白小原校的目标。

博大职员现身记者会拍摄照片

另一方面,正当动力青年以及其他的民间组织人士,今早在马接翁武巴刹毗邻的游乐场举行记者招待会时,突然冒出一辆博特拉大学的校园货车,并走出2位佩戴博大职员证的人士。

这两名不请自来的“博大职员”竟在众目睽睽之下,不断向正在举行记者招待会的“年轻人关政拜访团”参与者拍摄照片,使到现场气氛一时略显紧张。而关政拜访团的参与者也不甘示弱,以反拍摄的手法反制这两名身份存疑的“博大职员”,不过双方并未发生任何肢体上的冲突。


RUANGAN BAHASA MANDARIN AKAN DIMULAKAN DI BLOG INI HARI INI


Blog ini akan memuatkan berita, artikel dan pendapat dalam Bahasa Mandarin bermula hari ini.


DATO' SERI JANGANLAH BENGANG SANGAT


MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bengang dan menganggap tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, membangkitkan semula isu Tabung Kesihatan Negeri yang kononnya diseleweng dan menyerang peribadinya, sebagai telatah ahli politik yang ketandusan isu.

Beliau yang juga Naib Presiden Umno berkata, Lim berkali-kali menggunakan taktik sama untuk mendapat publisiti murahan sebelum ini, sedangkan semua yang dibangkitkan mengenai tabung itu dijelaskan dengan terperinci dan panjang lebar dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) dua tahun lalu.

“Semua isu tabung itu sudah dijelaskan dalam Dewan, apa lagi dia mahu. Laporan polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) pun dah buat. Saya bukan guna wang tabung itu untuk masuk poket saya, tetapi untuk mereka yang memerlukannya. Masa ditubuhkan tabung itu tiada wang, tetapi ada rakan yang ada wang menyumbang sedikit demi sedikit.

“Saya juga terpaksa keluar duit sendiri untuk membayar kepada Hospital Putra, termasuk membiayai rawatan ibu mentua dan rakan Umno yang sakit dan dirawat di hospital itu.

“Rakan ini kebanyakan meminta saya membantu dan saya bantu dengan menjamin mereka untuk masuk ke hospital itu, apabila bayaran tinggi dan tidak mampu mereka bayar, saya terpaksa keluar wang sendiri untuk bayar. Kalau tidak, pihak hospital akan cari saya sebab saya jadi penjamin.

“Duit simpanan saya dalam Amanah Sahan Bumiputera (ASB), Tabung Haji dan gaji sebagai Ketua Menteri saya gunakan untuk melunaskan bayaran berkenaan,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan media sempena Pilihan Raya Kecil DUN Machap, di sini malam kelmarin.

MULIA BETUL HATI DATO' SERI SANGGUP MEMBAYAR BIL HOSPITAL RAKAN BELIAU. MASALAHNYA DATO' SERI BUKANNYA LAPORAN TELAH DIBUAT. TETAPI APAKAH SIASATAN BPR TELAH DIBUAT DAN ADAKAH HASIL SIASATAN ITU DIDEDAHKAN KEPADA ORANG RAMAI. BERAPAKAH ORANG DAN SIAPAKAN YANG TELAH DISIASAT. INI KERANA HAMPIR SEMUA LAPORAN YANG DIBUAT TERHADAP PARA PEMIMPIN ISLAM HADHARI DI'BAKULSAMPAH'KAN TERMASUK LAPORAN TERHADAP KHIR TOYO, RAFIDAH AZIZ, SAMY VELLU, MUSA AMAN DAN LAIN-LAIN.

INILAH YANG SEBENARNYA MENGECEWAKAN RAKYAT SEBAB IMAM AL HADHARI DARI DULU LAGI BERKATA BAHAWA TIADA SIAPA YANG TERLEPAS DARI KES RASUAH. TETAPI PELAKSANAANNYA JAUH PANGGANG DARI API.

ISU RASUAH POLITIK DALAM UMNO (POLITIK WANG) SENDIRI TIADA SEORANG PUN DIHERET KE MAHKAMAH TERMASUKLAH YANG TELAH DIBUKTIKAN BERSALAH.


CERAMAH DATO 'TUAN IBRAHIM TUAN MAN MALAM INI



CERAMAH DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN AKAN DIADAKAN DI BILIK GERAKAN BELIMBING DALAM, DURIAN TUNGGAL MALAM INI 9 APRIL 2007 BERMULA JAM 9 MALAM.

SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DI JEMPUT HADIR


ISU KEHILANGAN YIN : PEMUDA RAYU PULANGKAN YIN KEPADA KELUARGA




DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MERAYU SESIAPA SAHAJA YANG MENCULIK ATAU MENGURUNG MUHAMMAD NAZRIN SHAMSUL GHAZALI ATAU YIN,5 TAHUN AGAR MEMULANGKAN BELIAU KEPADA KELUARGANYA SECEPAT MUNGKIN.

KAMI SANGAT SIMPATI DAN TURUT SAMA BERSEDIH DI ATAS KEJADIAN YANG MENIMPA PASANGAN SHAMSUL GHAZALI SHAMSUDDIN DAN ISTERINYA NOR AMIZAH AHMAD DAN MENDOAKAN YIN KEMBALI KEPANGKUAN MEREKA SECEPAT MUNGKIN.

KEPADA SESIAPA YANG MENJUMPAI YIN ATAU MELIHATNYA DI MANA-MANA DI HARAP DAPAT MEMBERIKAN MAKLUMAT TERSEBUT KEPADA KEDUA ORANG TUANYA.

JIKA SESIAPA YANG INGIN MEMBERIKAN MAKLUMAT BERKENAAN YIN BOLEHLAH MENGHUBUNGI TALIAN HOTLINE KAMI DI 019-682 1318 ATAU EMAILKAN KE mstcmal@miosh.net.

PARA PENGUNJUNG BLOG INI JUGA BOLEH MENGHUBUNGI KELUARGA NAZRIN SECARA TERUS MELALUI TALIAN BAPANYA SHAMSUL (012-5090451) ATAU IBUNYA NOR AMIZAH (012-3749647) ATAU BALAI POLIS BERHAMPIRAN.


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKA TALIAN HOTLINE UNTUK ADUAN


DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENYERU SELURUH WARGA PARLIMEN BUKIT KATIL UNTUK MENYALURKAN SEBARANG ADUAN MENGENAI APA JUGA ISU YANG TERBABIT KHASNYA DI DALAM PARLIMEN BUKIT KATIL.

KAMI JUGA AKAN MENERIMA ADUAN DARI SESIAPA JUGA TIDAK MENGIRA LOKASI DAN TEMPAT. INSYA ALLAH ADUAN TERSEBUT AKAN DISALURKAN KEPADA DEWAN PEMUDA KAWASAN BERKENAAN UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.

SEBARANG ADUAN BOLEH DIKEMUKAKAN KE TALIAN 019-682 1318 ATAU EMAIL KE mstcmal@miosh.net.

SELAIN ITU ADUAN JUGA BOLEH DIBUAT DI RUANGAN ADUAN/SEMBANG BERMANFAAT DI DALAM BLOG INI.


JENAYAH DI KL MENINGKAT 40 % : KEMBALILAH KEPADA ISLAM


BUKIT KATIL : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil, Ustaz Hj Abu Bakar Ramlee menggesa kerajaan Islam Hadhari kembali mengamalkan undang-undang Islam jika sekiranya negara ini mahu diselamatkan dari segala masalah yang semakin membarah sekarang.

"Jenayah semakin meningkat, maksiat menjadi amalan pemimpin dan rakyat, ekonomi tidak menentu, keselamatan rakyat semakin membimbangkan dan seribu satu macam lagi masalah yang menimpa kita sekarang" tegas Us Bakar ketika diminta mengulas isu peningkatan jenayah sebanyak 40 % di Kuala Lumpur.

"Selagi Imam Hadhari dan kerajaan pimpinannya berdegil tidak mahu kembali kepada Islam selagi itulah masalah ini akan terus membelenggu negara malah ianya akan semakin parah dan akhirnya meruntuhkan negara" kata beliau kepada blog ini.

Beliau menambah bahawa penjenayah sebenarnya tidak gerun kepada undang-undang manusia walaupun ianya dilihat ganas dan mengerikan kerana keberkatan dan 'pencegahan' dari Allah tiada dalam undang-undang ciptaan manusia yang diamalkan sekarang.

Media semalam melaporkan bahawa kadar indeks jenayah dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini di Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan 40 peratus. Ini adalah sesuatu yang sangat membimbangkan rakyat.

Adalah jelas bahawa segala perancangan dan hasrat Perdana Menteri untuk memerangi jenayah secara besar-besaran tidak meninggalkan kesan malah kadar jenayah semakin meningkat.


ISU PECAT MUFTI : GERAKAN AKHIRNYA MOHON MAAF



KUALA LUMPUR: Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan Datuk Dr Tan Kee Kwong (Gambar) semalam memohon maaf berikutan kenyataannya terhadap Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria pada sidang akhbar semasa konvensyen Gerakan Wilayah Persekutuan di sini Ahad lepas.

"Saya dengan rendah hati dan ikhlas memohon maaf atas kenyataan itu," katanya dalam satu siaran akhbar hari ini, sambil menambah bahawa kenyataan berkenaan dibuat atas kedudukan peribadinya.

Dr Tan, yang juga anggota parlimen Segambut, berkata beliau tidak berniat menghina Islam dan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam negeri itu.

Pada sidang akhbar berkenaan, Dr Tan menyatakan kebimbangannya berhubung tindakan memerintah orang bukan Islam menghadiri perbicaraan di Mahkamah Syariah dan meminta pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang menimbulkan ketegangan agama, dengan menyebut secara khusus kes yang melibatkan Harussani.

Sebuah akhbar berbahasa Ingeris melaporkan bahawa Gerakan Wilayah Persekutuan meluluskan usul mendesak pemecatan Harussani berkaitan perbuatan penyebaran SMS yang tidak berasas yang mendakwa pelayar Datuk Azhar Mansor telah murtad.

Presiden Gerakan Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik hari ini menjelaskan bahawa tiada resolusi sedemikian diluluskan pada konvensyen berkenaan.

"Gerakan sedar sepenuhnya bahawa pelantikan mufti itu dibuat atas perkenan Sultan Perak. Kami hormati kuasa baginda sebagai pemerintah negeri itu," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat Gerakan di ibu pejabat parti itu di sini.

Mesyuarat itu adalah yang terakhir dipengerusikan Dr Lim sebagai presiden Gerakan setelah menerajui parti itu selama 26 tahun.

"Saya harap, dengan kenyataan dan penjelasan ini, isu berkenaan ditutup dan rakyat tidak melihatnya di luar konteks sebenar," kata beliau.

Satu perhimpunan agung luar biasa akan diadakan di ibu pejabat Gerakan esok bagi menerima persaraan Dr Lim. Ia juga akan menyaksikan pengesahan timbalan presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai pemangku presiden.

Dr Lim berkata beliau sedia menerima apa jua peranan yang diberi oleh Gerakan kepadanya setelah bersara.

Mstar


HJ BAKRIN DAN HJ SALIM DILANTIK YDP DAN TYDP PAS KAWASAN BUKIT KATIL


BUKIT KATIL : Bekas TYDP dan Bendahari PAS Kawasan Bukit Katil sessi lalu, Hj Bakrin Sidek dan Haji Salim Tahir dilantik menjadi YDP dan TYDP PAS Kawasan tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung yang berlangsung di Maahad Ar Rahmah, Ayer Molek di sini Sabtu lalu.

Kedua-dua mereka menang tanpa bertanding setelah semua calon-calon lain untuk kedua-dua jawatan tersebut memberikan laluan kepada mereka. YDP PAS Kawasan Bukit Katil sessi lalu, Hj Mohd Yassin Abdul Ghani menarik diri dari pencalonan untuk YDP.

Jawatan NYDP disandang oleh Haji Mohd Ali Sharif yang memenangi jawatan tersebut dalam pemilihan satu lawan satu dengan bekas AJK sessi lalu, Hj Abdullah Ahmad.

Pada pemilihan tersebut juga, bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sessi lalu, Hj Salamat Aman turut dipilih semula bersama-sama dengan beberapa orang AJK sessi lalu seperti Hj Mohd Diah Abdul,Hajah Ropisah Nordin, Amran Kassim, Ramli Dalip, Abdul Aziz Ali, Hj Ab Rahhim Idris, Hj Mohd Nor Jaafar, Khairuddin Ismail, Masturah Hassan dan Hj Abdullah Ahmad.

Turut dipilih semula ialah bekas Setiausaha sessi lalu iaitu Hj Yassim Musa.

Selain itu Timbalan Ketua Dewan Pemuda yang juga Ketua Urusan Ulama Kawasan sessi lalu, Ustaz Abu Bakar Ramli juga dipilih bersama-sama dengan muka-muka baru iaitu Ustaz Khairul Che Salleh, Ustaz Abdul Latif Hussin dan Ustaz Mazlan Ibrahim.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil ini telah dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli. Turut hadir pada perasmian tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ustaz Kamaruddin Sedik.


BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA


BUKIT KATIL - Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS bersedia dari sekarang untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 12 yang mungkin diadakan bila-bila masa dari sekarang.

"Riak pilihnraya semakin kencang sekarang, lebih-lebih kerajaan BN semakin tidak popular kerana pelbagai isu yang tidak memihak kepada mereka dan mereka tidak boleh menunggu lebih lama kerana ianya akan menjadi lebih parah" kata Dr Hatta.

"Faktor Anwar juga masih relevan, di mana mahu tidak mahu mereka terpaksa menerima hakikat bahawa, Anwar tidak boleh dibenarkan bertanding dalam pilihnaraya akan datang, jika mereka menunggu sehingga selepas April 2008, maka pada ketika itu Anwar sudah layak bertanding. Anwar yang mempunyai pengalaman mentadbir negara, masih berpengaruh sudah pasti akan memberikan tamparan hebat kepada mereka" tambah Dr Hatta lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung PAS Kawasan Bukit Katil kali keempat di Madrasah Ar Rahmah Solok Gaung, Ayer Molek Sabtu lalu.

Selain itu Dr Hatta menyeru seluruh kepimpinan PAS Kawasan supaya memperkemaskan jentera parti di setiap peringkat agar pasukan yang dibentuk untuk menghadapi pilihanraya nanti adalah pasukan yang mantap dan padu.

"Jangan nanti jika berlaku perubahan kepimpinan PAS Kawasan, semuanya terpaksa dirombak, Majlis Tindakan DUN terpaksa dilantik dengan yang baru, Jentera Pilihanraya Kawasan baru, Unit Peti Undi baru, maka kalau begitu sampai bila pun kita akan bersedia" tegas Dr Hatta.

"Namun begitu katanya ini tidak bermakna mana-mana jawatan yang tidak boleh diganti, kalau orang lama tidak berfungsi kenalah ganti dengan yang lain supaya ianya lebih mantap" kata Dr Hatta yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak.

Dr Hatta juga menyeru kepimpinan PAS Kawasan supaya mempelbagaikan program parti guna untuk menarik minat rakyat kepada PAS. Ini kerana sejak akhir-akhir ini, program PAS seperti ceramah tidak mendapat sambutan seperti tahun 1999 dahulu.

Turut hadir dalam upacara perasmian tersebut ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sedik.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59