Wednesday, 4 April 2007

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUTUK SEKERAS-KERASNYA PARTI GERAKAN


Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap Parti Gerakan Wilayah Persekutuan yang telah meluluskan resolusi menggesa agar Mufti Perak dipecat kerana kononnya beliau terbabit dalam penyebaran SMS berhubung isu murtad pelayar solo, Dato' Azhar Mansor. Resolusi itu telah diluluskan pada konvensyen yang berlangsung pada 1 April lalu.

DPPBK berpendapat tindakan itu telah membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Gerakan membelakangkan undang-undang dan perlembagaan Negara yang jelas memperuntukkan kuasa bagi Sultan-Sultan di semua negeri bagi melantik Mufti-mufti. Parti tersebut tiada hak untuk mencampuri urusan perlantikan Mufti malah Gerakan juga bertindak biadap mencampuri hal-hal Agama Islam apabila mendesak agar Mufti Negeri Perak di pecat.

Tindakan ini sungguh kurang ajar dan menghina Institusi Raja di negara ini. Mereka telah bertindak liar dan melampaui batas dengan cuba menasihati Sultan berhubungan masalah umat Islam.

Resolusi yang diluluskan oleh Gerakan ini boleh mengancam Perpaduan dan keharmonian Kaum yang berlainan agama dan budaya. Lebih-lebih lagi hari ini suasana harmoni dan aman ini semakin pudar disebabkan kegagalan kerajaan BN yang dianggotai Gerakan yang gagal membendong golongan tertentu yang giat menghasut dan membuat provokasi terhadap hak keistimewaan orang Melayu dan Islam yang telah diperuntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

DPPBK menuntut supaya :-

1) Parti Gerakan menarik balik resolusi tersebut serta-merta dan membuat kenyataan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di stesyen TV dan akhbar-akhbar arus perdana.

2) Perdana Menteri mengambil tindakan terhadap Parti Gerakan yang jelas bertindak biadap terhadap Institusi Kesultanan Melayu dan Umat Islam.

3) Pemimpin Parti Gerakan Wilayah Persekutuan di pecat keahliannya kerana isu ini jelas amat serius dan sensitif.

Insya Allah Pemuda PAS akan mengambil tindakan keras (sesuai dengan undang-undang dan Agama Islam) jika sekiranya Parti Gerakan gagal memenuhi tuntutan kami di atas.



Sofi Wahab
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil
sofi@miosh.net


SATUI LAGI PILIHANRAYA KECIL



Kempen Pilihanraya Kecil Machap baru bermula, satu lagi pilihanraya kecil akan berlaku kali ini di Selangor apabila Exconya K. Sivalinggam meninggal dunia di Chennai India hari ini.

Sivalingam yang berusia 59 tahun, mempunyai sejarah sakit jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan pada 1992.

Menurut anggota keluarganya, Sivalingam meninggal dunia di Lapangan Terbang Chennai setibanya dari Kuala Lumpur pada jam 10.40 pagi waktu di India (1.10 petang waktu Malaysia). Chennai terletak dalam Tamil Nadu, di selatan India.

Bernama memetik pegawai pejabat Pesuruhjaya Malaysia di Chennai sebagai berkata, Sivalingam tidak sedarkan diri ketika berada di lapangan terbang itu dan dikejar ke hospital berhampiran.


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berkata, pilihanraya kecil akan diadakan di Ijok kerana kekosongan itu berlaku dalam tempoh tiga tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Mendiang mewakili kawasan pilihanraya Ijok selama tiga penggal dan merupakan ahli exco bagi portfolio perpaduan dan pekerja ladang, serta menganggotai jawatankuasa pusat MIC.

Sivalingam memenangi kerusi Ijok pada Pilihnaya Umum 2004, selepas menewaskan calon Keadilan, Abdul Rahman Moharam dengan majoriti 1,649 undi

Ijok merupakan kawasan majoriti pengundi Melayu (50.6%), India(28%) dan pengundi Cina(20.9%).

Sivalingam mula terpilih sebagai Adun 1990 selepas memenangi kerusi Seri Cahaya di Selangor.

Pada 1995, mendiang bertanding di DUN Ijok, sebuah kerusi baru, dan menang selesa dengan menewaskan calon DAP. Mendiang berjaya mengekalkan kerusi tersebut pada 1999, sekali lagi dengan menewaskan calon DAP.

Sivalingam dilantik sebagai ahli exco kerajaan negeri pada 1997

Pada tahun 2004, beliau sekali lagi berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pertandingan tiga penjuru membabitkan calon Keadilan dan seorang calon bebas.


PRK MACHAP : PENYOKONG BN MULA TUNJUK SAMSENG



Awal-awal lagi penyokong BN telah menunjuk lagak sebagai samseng. Inilah sebenarnya bukti bahawa pada setiap kali pilihanraya BN akan menggunakan taktik mengugut dan menunjukkan mereka boleh buat apa sahaja hatta memukul dan membunuh. Ini dibuktikan pada pilihnraya kecil Padang Terap pada tahun 80-an dulu apabila seorang ahli PAS As-Syahid Othman Talib dibunuh di Felda Lubuk Merbau semasa kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Padang Terap, Kedah.

Semalama semasa penamaan calon PRK Machap sekali lagi penyokong BN bertindak samseng memukul dua penyokong DAP sehingga cedera. Perbuatan mereka ini seolah-olah direstui oleh pemimpin BN.

DAP kemudiannya membuat laporan polis dan seorang lelaki telah ditahan untuk disoalsiasat.

Gambar menunjukkan pergaduhan yang berlaku semalam (Malaysiakini)


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59