Tuesday, 3 April 2007

KAYA BETUL ANAK PM SAMPAI BOLEH RUMAH DI LUAR NEGERI BERNILAI 60 JUTA?



Pada ketika ramai rakyat yang tidak ada rumah, kalau ada rumah pun umpama ponodk buruk, tiba-tiba kita di gemparkan apabila anak Imam Al Hadhari membeli rumah bernilai RM60 juta di luar negeri. Kaya sungguh anak Imam Al Hadhari yang masih muda ini.

Menantu Imam Hadhari, Khairy Jamaluddin sendiri membuat pengakuan bahawa rumah tersebut dimiliki oleh anak Imam Hadhari iaitu Kamaluddin Abdullah.

Khairy menjelaskan demikian ditanya mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa seorang pemimpin besar negara mempunyai rumah berharga RM60 juta di Perth.

Dr Mahathir membuat dakwaan demikian ketika berucap dalam satu majlis forum rakyat anjuran Umno cawangan Kulai Besar, Johor Khamis lalu.

Beruntungnya beliau menjadi anak Perdana Menteri yang boleh kaya secepat kilat selepas bapanya menjadi orang terpenting negara.


KHAIRY SELAGI LAGI BERLAGAK BAGAI PERDANA MENTERI



Hari ini Khairy selagi lagi berlagak umpama beliau seorang Perdana Menteri apabila menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Dr Mahathir baru-baru ini.

Khairy berkata, Dr Mahathir membuat dakwaan mengenai rumah berharga RM60 juta yang dipunyai oleh seorang pemimpin negara itu secara umum tanpa memberikan sebarang bukti.

Mengenai dakwaan Dr Mahathir bahawa pemimpin Malaysia terlalu takut kepada pemimpin Singapura, Khairy berkata, mereka tidak pernah takut kepada republik itu tetapi sebarang dasar luar mengutamakan kepentingan negara.

“Dasar luar Malaysia berdasarkan kepada prinsip tegas dan berani dengan semua negara termasuk dengan Singapura,” katanya.

Menurut Khairy lagi, pembatalan Jambatan Bengkok dibuat untuk kepentingan negara dan bukannya kerana desakan pemimpin Singapura.

Khairy juga menjelaskan bahawa Pemuda Umno telah mengambilkira kepentingan orang Melayu Johor dalam projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Katanya, Permuda Umno Johor telah beberapa kali membincangkan perkara tersebut dengan Pemuda Umno Pusat mengenai masa depan dan peluang orang Melayu Johor dalam WPI.

“Saya juga telah menulis dua rencana mengenai WPI dalam akhbar tempatan...mengenai kebaikan dan peluang untuk mereka.

“Saya telah huraikan apa yang perlu kita waspada mengenai WPI dan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat.

“Saya anggap beliau (Dr Mahathir) tidak baca rencana itu, jadi beliau tidak tahu,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kerjasama antara DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihanra kecil Machap, Khairy berkata, mereka berbohong sesama mereka.

Katanya, dalam pilihanraya umum 1999, DAP dan PKR bekerjasama erat, berpecah pada 2004 dan kini berbaik dan bergabung semula.

“Kalau mereka boleh berbohong sesama sendiri, mereka juga boleh berbohong kepada rakyat. Mereka tidak ada formula sesama sendiri, jadi macam mana hendak perintah negara,” katanya.

ATAS KAPASITI APAKAH KHAIRY BERCAKAP SEPERTI DI ATAS. APAKAH KHAIRY TIDAK SABAR-SABAR UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI SEHINGGA CAKAP-CAKAPNYA SEKARANG UMPAMA SEORANG PERDANA MENTERI.


KES RASUAH ZULKIFLI : IMAM AL HADHARI CAKAP TAK SERUPA BIKIN



Cakap berdegar-dengar untuk membenteras rasuah dan melaksanakan kepimpinan yang telus dan effektif. Tetapi akhirnya semua itu hanyalah retorik dan omong kosong belaka.

Semalam Imam Hadhari berkata kertas penyiasatan dakwaan rasuah dan salah guna kuasa terhadap Ketua Pengarah BPR Zulkipli Mat Nor, tidak akan didedahkan. Maka jelaslah bahawa Imam Al Hadhari hanya bercakap kosong untuk melaksanakan pentadbiran yang telus dan transparen.

Pada Selasa lepas, polis menubuhkan sebuah pasukan khas menyiasat dakwaan terhadap kes rasuah dan salah guna kuasa oleh Zulkipli, yang dianggotai 10 pegawai polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pasukan itu telahpun mengambil keterangan daripada 21 saksi berhubung kes itu.

Pada tahun lepas bekas pengarah BPR Sabah Mohamad Ramli Abdul Manan membuat laporan polis mendakwa Zulkipli mengamalkan rasuah, memiliki harta dan aset secara tidak sah serta tidak sepadan dengan sumber pendapatannya.


Machap: Pertandingan satu lawan satu BN-DAP



MACHAP - Pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, seperti yang dijangkakan, akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dengan calon DAP pilihanraya kecil pada 12 April ini.

Calon BN, Lai Meng Chong, 56, (kiri) menyerahkan borang pencalonannya kepada pegawai pengurus pilihanraya Hasim Ismail pada kira-kira jam 9.10 pagi, diikuti oleh calon DAP, Liou Chen Kuang (kanan), kira-kira 15 minit kemudiannya.

Pencalonan untuk pilihanraya kecil itu dibuka selama sejam mulai jam 9 pagi tadi di Kompleks Japerun, Bukit Bulat, Alor Gajah.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Wira Poh Ah Tiam, 55, yang juga Pengerusi MCA Melaka, pada 15 Mac lalu. Dalam pilihanraya umum 2004, Poh menewaskan Liou, 33, dengan majoriti 4,562 undi.

Lai adalah Naib Pengerusi MCA Alor Gajah dan setiausaha politik kepada Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr Fong Chan Onn.

Beliau tiba di kompleks Japerun dengan diiringi kira-kira 4,000 penyokong BN yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Hadir sama termasuk Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting, Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, Timbalan Presiden Gerakan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Calon DAP pula diiringi ke pusat pencalonan oleh kira-kira 500 penyokong dengan diketuai penasihat parti pembangkang itu, Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti, Lim Guan Eng.

Malaysiakini


LEBIH BAIK WAKIL RAKYAT MATI DARI YANG HIDUP



SKRIP 1Penduduk Kemuning pula tiba-tiba mendapat surau baru dan bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam malahan dimaklumkan oleh penduduk setempat bahawa pembinaan surau ini dibuat 'secepat kilat' oleh kerajaan negeri.

SKRIP 2
Projek melebarkan jalan Machap-Selandar juga telah beroperasi semula setelah sekian lama tergendala, kiri-kanan jalan telah dibersihkan, parit dan longkang sedang digali, tiang elektrik dibaiki atau dicat semula.

SKRIP 3
Jalanraya di sepanjang jalan Machap sudah mula dibersihkan, rumput telah dipotong, dahan dan pokok tumbang yang menghalang serta boleh menyebabkan kemalangan telah dibersihkan oleh kontraktor pembersihan.

Ketiga-tiga cerita di atas di cedok dari Harakahdaily hari ini. Dari cerita di atas maka bolehlah kita buat kesimpulan bahawa wakil rakyat yang menjadi arwah bagi yang Islam dan Mendiang bagi yang bukan Islam lebih baik dan lebih berdedikasi dari yang hidup.

Kalaulah bekas Wakil Rakyat Machap Poh Ah Tiam masih hidup sudah tentu projek-projek di atas tidak akan dilaksanakan.

'WAKIL RAKYAT HANTU' LEBIH BAIK DARI WAKIL RAKYAT HIDUP


SATU LAGI PROJEK BESAR KERAJAAN ISLAM HADHARI TERBENGKALAI



BALING – Satu demi satu projek besar kerajaan Islam Hadhari terbengkalai atau tidak dapat disiapkan mengikut jadual. Hari ini media menyiarkan bahawa Kompleks Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling yang dianggarkan menelan belanja RM39.5 juta terbengkalai selepas gagal disiapkan mengikut jadual.

Nampaknya cakap-cakap bahawa kerajaan Islam Hadhari pimpinan Imam Al Badawi merupakan kerajaan yang cekap dan mempunyai sistem pemantauan yang berkesan, hanyalah cakap-cakap kosong ibarat 'masuk bakul angkat sendiri'.

Media difahamkan Kompleks IPD seluas 3.67 hektar yang terletak di Lot 3319 dan 4662, Charok Nau, Mukim Pulai itu terbengkalai walaupun hampir 95 peratus daripada projek itu telah disiapkan.

Keadaan tersebut menyebabkan sebahagian besar pegawai dan anggota polis di daerah berkenaan bertugas dalam keadaan ruang pejabat yang kurang selesa.

Pengarah Jabatan Logistik Bukit Aman, Datuk Zainal Tahir ketika dihubungi mengesahkan masalah yang menimpa kompleks tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana katanya, masalah itu di luar bidang kuasanya.

Mengapa projek ini terbengkalai? Ini persoalannya. Mungkin selepas ini Samy Vellu akan menjawab dengan skrip filem Tamilnya yang memang sudah lama digunapakai oleh beliau bila berhadapan dengan isu sebegini.

Berdasarkan perancangan asal, projek yang mula dibina pada Mei 2003 itu sepatutnya disiapkan menjelang 4 Mei 2005.

Bagaimanapun, ia terpaksa dilanjutkan sebanyak dua kali dan sehingga kini masih belum menunjukkan tanda ia dapat disiapkan.

Projek yang terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Baling itu dilengkapi blok bangunan pentadbiran, balai polis, stor barang-barang kes dan 177 unit kediaman untuk pegawai dan anggota.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hassan ketika ditemui berkata, projek berkenaan kini diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KKDN).

“Memang benar projek Kompleks IPD terbabit terbengkalai sejak dua tahun lalu dan saya sendiri pun tidak tahu bilakah ia akan dapat disiapkan.

“Keadaan ini menimbulkan kesulitan bukan saja kepada anggota polis tetapi juga orang ramai yang berurusan di IPD lama yang kini mempunyai ruang amat sempit,’’ katanya.


YDP DAN TYDP PAS KAWASAN BUKIT KATIL MENANG TANPA BERTANDING


BUKIT KATIL : PAS Kawasan Bukit Katil bakal mempunyai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua baru pada pemilihan kepimpinan PAS Kawasan Sabtu ini. Perkara ini diumumkan oleh sumber yang boleh dipercayai selepas mesyuarat Dewan Harian Kawasan di sini malam tadi.

Jawatan Ketua Urusan Ulama' juga akan dimenangi tanpa bertanding. Ketiga-tiga jawatan tertinggi tidak dipertandingkan berikutan hanya seorang calon sahaja yang menerima pencalonan bagi jawatan tersebut.

Pada mesyuarat malam tadi YDP PAS Kawasan sekarang, Hj Md Yassin Abd Ghani mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.

Dengan perkembangan tersebut bermakna hanya jawatan NYDP, AJK, Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan pemeriksa kira-kira akan dipertandingkan pada mesyuarat agung Sabtu ini.

Jawatan NYDP akan menyaksikan pertandingan antara penyandang jawatan, Hj Mohd Ali Sharif dan AJK sessi ini, Hj Abdullah Ahmad yang juga merupakan Ketua PAS Cawangan Taman Cempaka.

Mesyuarat Agung Kawasan dijadualkan berlangsung pada 7 April ini bermula jam 8.30 pagi dengan dirasmikan oleh Bendahari PAS Pusat, Dr Hj Mohd Hatta Ramli.


Keahlian Unit Amal

Iklan

Artikel Menarik

A

 

Dewan Pemuda PAS Bukit Katil Hakcipta © 2011 Kredit Ubahsuai oleh Kijang59